Sabtu, 11 Oktober 2008

PENGAMPU YANG MELAMPAU

Boleh dikatakan kebanyakan blog yang aku terokai pagi ini semua mengisahkan kemurahan kerajaan negeri Melaka menganugerahkan 'Datuk' kepada pelakon bolywood terkenal. Dahulu isu penganugerahan ini menjadi topik panas bilamana Melaka merupakan negeri yang melambakan anugerah Datuk paling banyak selepas Datuk Ali dipilih menjadi Naib Presiden UMNO. Kali ini seperti ada 'udang disebalik batu' apabila anugerah kepada pelakon tersebut ada kaitannya dengan jawatan yang bakal ditandinginya pada pemilihan UMNO Mac depan.

Alasan pengiktirafan tersebut, menurut kenyataan Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, En. Saadun Basirun (Akhbar Sinar Harian - 11 oktober - N13) : "IALAH KERANA KEMASYHURAN NAMA DAN POPULARITINYA DI KALANGAN PEMINAT DI NEGARA INI DAN USAHA KOMITEDNYA MEMARTABATKAN SENI DI MATA DUNIA"

Sila baca kenyataan dari SUKJ di bawah ini mungkin ada kebenaranya:
Alasan yang diberikan oleh pemerintah kerajaan negeri Melaka diatas penganugerahan Datuk ini tentunya berbeza dengan persepsi rakyat kebanyakan. Manakala bagi seorang 'Blogger 3rd Class' seperti saya ini sudah tentu mempunyai penilaian dan persepsi yang lebih kehadapan dari rakyat biasa. Persepsi dan penilaian saya adalah seperti berikut:
1) Melaka memang telah dikenali sebagai negeri 'pemurah dan pemudah' untuk anugerah Datuk. Ini kerana Gabnornya terdiri dari pemimpin-pemimpin UMNO.
2) Walaupun Shah Rukh dikurniakan Datuk tetapi beliau tidak hadir pada hari ini. Ini bermakna sudah tentu satu tarikh khas dan satu majlis khas akan diatur untuk anugerah kepada Shah Rukh Khan. Bila agaknya..?
3) Bila agaknya mungkin Datuk Ali Rustam lebih tahu tarikh tersebut.
4) Tidak dinafikan Datin Seri Rosmah Mansor isteri Najib memang minat sangat dengan pelakon-pelakon Hindi yang terkenal.
5) Jadi kehadiran Shah Rukh memang dirancang khas dimana akan ada majlis khas tertentu yang akan dihadiri oleh Datin Seri Rosmah Mansor.
6) Kesimpulannya, jika pemimpin dan bekas pemimpin UMNO di Melaka mahu 'membodek' Datuk Najib yang bakal menjadi Perdana Menteri, maka UMNO Melaka perlulah menjaga hati Datin Seri Rosmah Mansor.

Kulat: Sependapat dengan SUKJ. Kita lihat dimana rasionalnya anugerah ini diberikan kepada pelakon bolywood ini. Apa jasa-jasanya yang telah dicurahkan untuk pembangunan dan kemajuan negeri Melaka? Apa cabang seni yang telah dia 'martabatkan'? Dondang sayang? Nazam? Joget? Ghazal? Adalah lebih baik ianya diberikan kepada artis2 di negara kita yang telah berjasa dan menaikan imej negara. Apapun kita tunggu dan lihat apa kenyataan dari pemimpin2 UMNO. Kalau di Melaka sudah tentu menyokong tanpa berbelah bagi.

12 ulasan:

sumandak bayu berkata...

Alamak apa dah jadi????? title 'DATUK' kita boleh gak ye... sampaikan BOLLYWOOD hebat.....

Tapi sesuai ke dia terima pangkat tu... kalo dia selalu derma kat fakir miskin di MALAYSIA ok gak di kira juga... tapi kalo setakat lakonan yang lakukan industri INDIA, Sumandak pun hairan...

Kalo macam ni pelakon dari Hong KOng, Taiwan, Korea asal mana-mana pelakon yang diminati oleh pemimpin kita bole dengan mudah dapat pangkat......

Sumandak ingat lagi perjuangan orang lama di Sabah kalo tak ada 10 hinnga 15 tahun bagi sumbangan dengan negeri jan la nak mimpi dapat pangkat PGDK....

Bro ni dah talabih sudah orang sabah cakap....kena tengok lah jan isu ni jadi bahan jenaka MALU KITA BRO

Pemuda Pelapis berkata...

Salam Aidilfitri,

Hang jangan buat-buat tak faham! Tun Khalil Yaakob seisi keluarga dan Dato' Seri Mohd Ali Rustam seisi keluarga tu peminat fanatik pelakon Shah Rukh Khan. Kalau hang rasa nak ber"title"kan Datuk / Dato' Seri jugak kenalah cari idea untuk buat-buat baik menabur budi pada depa berdua.

Takpalah jadi kaki kipas depa pun kerana tengah saat-saat nak pemilihan ni memang ramailah kaki kipas yang dicari-cari supaya nampak konon ada ramai orang menyokong depa khususnya "Ali Ketam" yang suka cakap merapu tu.

Berita-berita macam ni apa nak dihairankan? Dah masak sangat dah. Datuk zaman la ni mana ada "value" sangat pun sebab di sesetengah negeri boleh dibeli pun dengan hanya serendah RM15,000 boleh dapat. Tambah-tambah dengan Khalil Yaakob. Dia tu bukannya setaraf dengan Raja-Raja cuma lantikan biasa sahaja. Tak payahlah kita buang-buang masa nak panjang-panjangkan cerita hal-hal ni. Buat penat tangan menaip je.

Bukan apa pun cuma saya kesian kat kawan-kawan ambil tahu perkara yang tak patut kita berikan perhatian. Tak mendatangkan apa-apa faedah kepada agama, bangsa dan negara. Ingatlah selalu depa kaya tapi kita yang kayap.

azlishukri berkata...

salam singgah. salam aidilfitri. apa yang saudara katakan ini memang tepat.

kulatlapok berkata...

salam PEMUDA PELAPIS:

Setuju sangat dengan kenyataan Sdr..
Lahni semuanya nampak macam Kontra aje dengan tindakan kerajaan negeri Melaka ni. Kita bukan irihati sangat tapi rakyat Malaysia yg perihatin. Lihat dimana rasionalnya anugerah ini diberikan kepada pelakon bolywood ini.

Yang PENTINGNYA, Apa jasa-jasanya yang telah dicurahkan untuk pembangunan dan kemajuan negeri Melaka ATAU mALAYSIA? Apa cabang seni yang telah dia 'martabatkan'? Dondang sayang? Nazam? Joget? Ghazal? iTU SEBENARNYA YG RAKYAT NAK TAHU ASAS pemeberian anugerah tersebut? Percaya atau tidak..... Kalau di Melaka pemimpin2 UMNOnya sudah tentu menyokong tanpa berbelah bagi.

Cob Nobbler berkata...

penggiat seni x diberi perhatian.yang disebok,shah rukh khan.

macam mana industri seni nak maju..

Tanpa Nama berkata...

Salam Saudara,

Kalau Rosmah dapat SRK, mau roboh katil. Dia sedut SRK sampai kering.

Tapi kalau dia dapat kulat, kulat yang sedut dia sampai kering....

Jangan mare.

kulatlapok berkata...

salam KERAJAAN RAKYAT:

Alamak Tuan sofi, sampai tu macam sekali taksubnya Kak Rosmah kita tu.... Kalau dapat Kulat hampaeeeh tak di apeknyaaa.... dia sedut dengan vacumm lagi ada lah...

PS*Kulat sebenarnya dah dapat pingat, tapi yg kocik2 je...

tiamia berkata...

hehehe... Dato Shahrukh...hanya rustam yang bole buat pilihan pelik dan tak masuk akal.

agaknya dia tak tau pelakon bollywood yang ni sombong la amat. perasan dia perfect.

Tak apalah, michele yeoh pun sombong gak. dapat dato juga.

Alahai... dah takde makne gelaran dato ni.


sebenornya kalau kene gaya bole beli. Sumbanglah banyak banyak kat orang yang usul nama, culai-culai memenda daerah dan yang buat keputusan. maka akan dapatlah gelaran itu.....

hafiz berkata...

hahaha bukan pengampu namanya. itu bodoh. ba wau dal wau ha! hahahaha memalukan!

kulatlapok berkata...

salam:

1.TIAMIA: Kalau nak bagipun ikut rasionalnya, ialah penerbit atau pengurus produksinya kerana dia yg mnemilih tempat lokasi, SRK ni diani hanya melakonkan aje mengikut arahan, tapi dia yg dapat nama mempromosikan Melaka? Mana rasionalnya... orang tak belajar tinggi pun tahu nilai sesuatu anugerah....

2. HAFIZ: Aku rasa tak adil kalau aku tak postkan komen ko ni.. aku tak cakap macam ko tu tapi... lebih kurang sama juga maksudnya..

melayuangkat berkata...

Kurniaan Duniawi punya pasal satu negara kecoh. Sebelum Puasa dulu, Malaysia tak lagi jadi Johan Tilawah AntaraBangsa seperti tahun tahun yang lazimnya, tapi satu suara kesal pun tak ada.

Khan banyak promosi Malaysia dalam filem Hindustan Bollywood. Ini tak bermakna dia patut dapat Dato tapi kita tidak boleh nafikan kebaikan dia memilih untuk promo secara tidak langsung Malaysia pada India khasnya.

Umum tahu sekarang India Negara ke dua bangkit di Asia dari segi ekonomi dan pelancung dari India antara yang berbelanja besar bila melancung di negara kita.

Tak payahlah kita cari dan tambah dosa kering dengan Rosmah. Dengan kedudukan dia kalau dia nak jumpa Khan tu bila bila masa bisa di atur. Rosmah tak perlu Ali Rustam.

Tapi tak apalah bagus juga Rosmah dapat pahala percuma orang mengumpat dan mengata dia.

Salam anakku Cendawan Melayu.

kulatlapok berkata...

salam Makcik:

Terima kasih kerana menasihat blogger2 tanpa jemu. Pemberian itu adalah hak pemimpin yg empunya kuasa. Terlalu lama ditampuk kuasa menjadikan dirinya sememang berkuasa dan segala tindak tanduk tidak ada siapa yg boleh menghalang... sehingga gajah (golongan artis tanahair) didepan mata segaja tidak melihatnya..akhirnya mengundang rasa tidak puashati golongan ini dan persatuan seniman juga sudah mula terasa seperti badut.. katanya, walaupun bab2 artis ini seperti yg pernah saya katakan dulu adalah golongan (tidak semua) yg hipokrit dan tidak boleh dipercayai.. tetapi martabat seni mereka seolah-olah tidak dihargai.. Wallahualam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN