Khamis, 11 Disember 2014

MENANG SORAK KG. TERGADAI, ANGGOTA PEMBANGKANG SEPERTI MENDAPAT DURIAN RUNTUH


Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk dua wakil rakyat Pakatan Rakyat, ditetapkan ganti rugi keseluruhan RM4.5 juta ekoran penahanan mereka pada 2011. Mereka ialah anggota parlimen Batu Tian Chua, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang assemblyperson Saari Sungib, aktivis Hishamuddin Rais dan Badaruddin Ismail serta bekas pemimpin PKR Badrul Amin Baharom. Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga hakim DI SINI. 

p/s: sejak kebelakangan ini, Utusan Malaysia asyik membayar gantirugi aje...



Rabu, 10 Disember 2014

UTUSAN KALAH LAGI...


Utusan Malaysia diarahkan membayar RM250,000 selepas didapati bersalah memfitnah pemimpin popular DAP Lim Kit Siang dalam artikel yang memetik “Father Augustus Chen”. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga menetapkan bayaran kos RM25,000 kepada anggota parlimen Gelang Patah itu DI SINI.


NOTA: Maklumatpun palsu, macamana suratkhabar nak laku kalau macam ni....

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN