Ahad, 19 Oktober 2008

NASIB 2 LAGI CALON TIM PRESIDEN UMNO DI JANGKA SAMAR?

Gambar terbaru yang dikirimkan oleh seorang teman ketika kedua-dua pemimpin veteran ini yang juga calon Timbalan Presiden UMNO bertemu dalam satu majlis Anugerah Desa Cemerlang (ADC) di Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, Melaka pada 18 Oktober lalu. Kemampuan kedua-dua calon ini merai sokongan dari akar umbi sehingga kini dilihat masih lagi samar dan belum mencapai tahap sebenar berbanding dengan calon favourite, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang kini selesa dan semakin hampir layak (sekarang 38 pencalonan) bertanding Timbalan Presiden. Sehingga setakat hari ini (19 Oktober), Menteri KKLW itu menerima 4 pencalonan berbanding Datuk Seri Ali Rustam yang masih kekal 3. Kedudukan Ketua Menteri Melaka itu dijangka berubah apabila beberapa bahagian di Melaka telah bersidang mulai hari ini. Namun kedua-dua calon ini mendakwa tetap optimis layak untuk bertanding memandangkan masih ada seratus lebih bahagian lagi belum bersidang. Berikut beberapa petikan dan hasrat calon-calon yg bertanding di awal pencalonan:
1. TAN SRI MUHYIDDIN YASIN : "Jangan Ragui Saya"
Petikan: "Jika saya diberi peluang ertinya kedudukan saya adalah orang nombor dua dan sebagai orang nombor dua kena bersikap orang nombor dua lah.."
2. DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM : "Bantu kukuhkan parti"
Petikan: "Saya berharap ahli-ahli UMNO akan membuat pertimbangan berasaskan kepada rekod perkhidmatan dan sumbangan calon yang menawarkan diri, pilih yang terbaik. Siapa sahaja yang dipilih harus disokong"
3. TAN SRI MUHAMMAD MOHD TAIB: "Utamakan sikap setia"
Petikan: " Kalau pemimpin nombor satu tidak percaya kepada timbalannya sudah pastilah beliau tidak boleh menumpukan perhatian kepada tugasnya"
Kulat: Dari segi apakah sebenarnya ketiga2 calon ini yang patut dipilih dan yang paling layak memegang jawatan orang no. 2 negara? Yang pastinya salah seorang calon iaitu Menteri KKLW sudah hilang kepercayaan dari ahli2 UMNO bahagiannya sendiri. Wallahualam.

3 ulasan:

mountdweller berkata...

Apakah ini yang dikatakan mengemis di padang pasir?

sumandak bayu berkata...

salam bro,

susah gak nak buat pilihan bila mana pemimpin veteren kita sesama sendiri keluarkan kenyataan sedemikian.... kira boleh pening gak kepala sumandak.....yelah nak pilih calon pertama tapi calon kedua ada gak kelebihan dia begitu juga calon ke-3.

Sebenarnya Bro, untuk nilai pemimpin ni satu aje tahap perjuangan dia untuk rakyat.... kalo dah pernah ada sejarah mengkhianati kepercayaan rakyat rasanya pepatah melayu tetap tak dapat digunakan juga ' pisang tetap berbuah dua kali'....

apepun jangan pula pasal nak jadi no.2 sanggup gadai maruah dan perjuangan sebenar dalam parti. Itu yang penting

kulatlapok berkata...

salam Blogger:

1. Mountweller: Mengemis di padang pasir? Kesian.....biar kita mengemis di tanah gersang..

2. Sumandak Bayu: Pemikiran kita sama, sejarah tidak pernah melupakan kita, dari sejarahlah kita belajar menjadi lebih berhati2... kalau dulu hanya dua tiga kilo je bawa duit,lepas ni mungkin berkilo-kilo....

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN