Selasa, 7 Oktober 2008

KULAT MINTA MAAF PADA SPEAKER MELAKA

Sehingga kini akhbar ini belum lagi membuat 'ralat'.


Selepas aku psotkan artikel yang lalu, aku menerima beberapa SMS dan panggilan telefon dari para sahabat yang menyatakan 'petikan' (klik sini) headline dari akhbar Sinar Harian, Edisi Melaka (Ahad-5 Oktober 2008) oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka ternyata tersilap cetak. Petikan tersebut sepatutnya berbunyi PRU11 bukan PRU12. Kenyataannya di halaman dalam muka 2 memang ada menyebut PRU11. Justeru memang sah bukan silap Datuk Othman Muhamad tetapi dari pihak akhbar Sinar Harian. Betul juga seperti jangkaan dari sahabat, Harimau-menaip, Akhbar Sinar Harian sejak akhir2 ni kerap tersalah cetaknya.

Sehubungan dengan itu, sebagai bertanggungjawab atas 'etika penulisan', aku dengan hati terbuka memohon maaf kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka itu di atas 'kekhilafan' tersebut. Walau bagaimanapun aku tetap mempertahankan artikel yang telah disiarkan berdasarkan 'apa yang dipandang, dilihat' dan 'apa yang ditulis, dibaca'.

Kulat - Kalau iapun Datuk Speaker nak menjaga kedudukan, tak payahlah panggil press buat statement nak menyokong. Rakyat semua tahu pemimpin2 UMNO ni semua orang yang kuat buat kerja untuk rakyat. Janganlah buat perbandingan PRU11 yang dah sepuluh tahun berlalu. Kita perlu lihat cabaran hari ini. Kekuatan Ketua Menteri Melaka itu sendiri tergugat semasa PRU12 dimana beliau sendiri hilang sokongan pengundi merosot kepada -54% iaitu daripada 5,992 undi pada PRU11 jatuh terus 2,708 undi pada PRU12. Manakala di parlimennya (Bukit Katil), merosot begitu teruk sehingga -94% iaitu hampir2 membuka satu lembaran baru bagi parti PKR di Melaka. Harap Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka itu perlu lihat kepada kenyataan bukannya khayalan. Jangan terlalu menyokong yang membawa rebah. Wallahualam.

PS*Orang tua-tua kata, nasib baik tak dapat 'dosa kering'.

10 ulasan:

sumandak bayu berkata...

Ni lah dikatakan manusia tak pernah hilang dari kekhilafan selagi hayat dikandung badan...

Sumandak ta lah kenal sangat dengan Datuk Speaker ni tapi orang dia baik; dosa-dosa kering macam ni dia akan maafkan yang penting kita berani mengaku setiap kesilapan yang dibuat.

kulatlapok berkata...

salam SUMANDAK BAYU;

Terima kasih nasihat anda.

Master Yoda berkata...

Salam sedara cendawan,

Den pon same la...

Dok terkomen sinis plak kat org tua ni...

kulatlapok berkata...

salam MASTER YODA;

Tak ape Bro, bukan silap kita. 'kita lihat apa yg terpandang' dan 'kita baca apa yg tertulis' so kira sumbernya yg tak betul, tapi alhamdulillah kita semua cepat2 betulkan bro....

Kerajaan Rakyat berkata...

Salam Saudara,

I tarik balik komen terdahulu.

Sebab silap berita.

Datuk Speaker tak makan cencolok,
dia makan chocolate.

Salam takzim

sumandak bayu berkata...

Sumandak tabik spring kat hang la kulatlapok... berani kerana benar...

Harimau-Menaip berkata...

Aiikk..komen den kono cantas? Tak baik ko bro.

kulatlapok berkata...

salam Blogger;

1. KERAJAAN RAKYAT; Tak mengapa Tuan, bukan salah kita... Kita menjadi mangsa kesilapan dan kecuaian pihak lain dan akhirnya kita sendiri mengulas secara terkhilaf.

2. SUMANDAK BAYU; Terima kasih sekali lagi.

3. HARIMAU MENAIP: Ini komen ko pada post yang lalu- "Silap mamat ni ke atau salah paper? Dah banyak kali den nengok Sinar Harian silap fakta ni.." memang betullah jangkaan hang tu... boleh jadi tok nujum.

Pemuda Malaysia berkata...

Alhamdulillah..

Semoga kita sentiasa bermaaf-maafan selagi hayat dikandung badan..

Dato' Man memang seorang insan yang baik dan Insya-Allah beliau akan memaafkan atas setiap kekhilafan yang berlaku..

Buat akhbar sinar harian, semoga lebih teliti apabila mencetak artikel supaya tidak menjadi beban di kemudian hari..

kulatlapok berkata...

salam PEMUDA MALAYSIA;

Rasanya masih tidak ketinggalan untuk bermaaf2an d suasana bulan Syawaal ini. Bermaaf-maafan sebahagian keimanan hambaNya yg daif.....

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN