Isnin, 28 Julai 2008

DARI MERCEDES KE BPR



Inikah salah sebuah kereta kerajaan negeri Terengganu yang ditahan untuk disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR)..?? Yang pastinya kita mahu lihat, BPR dapat siapa.. ikan jerung atau ikan bilis...???


Niat murni Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang berjaya membuktikan bahawa kereta V6 Executive buatan negara ini tidak berkualiti dan terpaksa membeli 14 buah Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri itu. Namun niatnya itu akhirnya mengundang kontroversi sehingga di bawa ke meja kabinet dan seterusnya mengundang kehadiran Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan telah menahan lapan buah kereta Proton Perdana V6 Executive exco dan pegawai kanan kerajaan Terengganu bagi membantu siasatan berhubung kos penyenggaraan kenderaan itu yang terlalu tinggi.

MB Datuk Mohd Said mungkin tidak berniat untuk mendedahkan kepincangan kepimpinan Idris namun hakikatnya apapun penafian yang dibuat terbukti kos penyelenggaraannya terbukti tinggi iaitu RM235,123,08. Datuk Idris dilaporkan akan membuat laporan polis bagi membersihkan namanya. Namun begitu BPR dah pun masuk menyelongkar semua dokumuen di Wisma Darul Iman semasa pemerintahan Idris. Selepas ini dijangka lebih ramai lagi akan di soalsiasat termasuk pengusaha bengkel, makenik dan mungkin juga sehingga kepada tukang pencuci kereta..... Apa yang pasti kita mahu lihat BPR dapat siapa? Ikan jerung atau ikan bilis..?? Wallahualam.

AL-QURAN TEMAN DI DALAM KUBUR


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dari kawan isteri teman untuk renungan kita bersama...
From: Alida Abdul Alida Abdul JalainiTokyo


Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : 'Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya'. Melalui hadis di atas, kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa 'Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.


Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : 'Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!'.
Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: 'Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat'. 'Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi'......Wallahualam

Sabtu, 26 Julai 2008

DNA.... TERBUKTI KENAPA DSAI MENOLAKNYA


Rahsia rangka manusia Kota Melaka terjawab..? (Kosmo-27 Julai)

Sample DSAI masih tak terjawab..??

Penemuan rangka manusia di Kota Melaka yang dipercayai dari zaman Kesultanan Melayu Melaka awal tahun ini menemui perkembangan positif menurut Analisis Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia (PPMA), Universiti Sains Malaysia (USM). Pengarah PPAM, USM, Prof. Madya Dr. Mokhtar Saidin memberitahu, analisis mendapati empat rangka lengkap yang berasal dari tahun 1400 hingga 1450 itu terdiri daripada tiga rangka lelaki dan satu perempuan. Katanya, keempat-empat rangka itu dalam lingkungan usia 25 hingga 45 tahun dan 40 hingga 44 tahun bagi lelaki dan 17 hingga 25 tahun bagi perempuan.

Pengesahan lanjut seperti ras, bangsa dan lain-lain akan ditentukan melalui kajian ujian asid deoksiribonukliek (DNA) yang sedang dijalankan di Pusat Kimia USM dan juga Beta Analytic, Florida, Amerika Syarikat. Justeru seperti apa yang diulas oleh Kulat pada 19 Julai memang tepat kenapa DSAI menolak untuk mengambil sampel DNAnya yang terbaru. Ini ditambah lagi selepas DSAI dibebaskan daripada tahanan, satu pasukan forensik memasuki lokap dan mengambil kesan-kesannya termasuk rambut, bulu-bulu dan sel kulit. Tindakan forensik itu menimbulkan banyak persoalan dan motifnya diragui.
Manusia pada zaman Kesultanan Melaka pun mereka boleh perolehi maklumat, inikan sampel DSAI yang baru 10 tahun?? Kan ganjil je bunyinya tu..??? Lu orang fikirkanlah sendiri...Wallahualam.

Jumaat, 25 Julai 2008

JOM TENGOK WAYANG.....FILEM TERHANGAT..!!






JOM GI TENGOK, TENGOK JANGAN TAK TENGOK...TERHANGAT MASA KINI..!!

Rabu, 23 Julai 2008

MB TERENGGANU BUKTIKAN KERETA NASIONAL TIDAK BERKUALITI



"Kenderaan yang disyorkan oleh kabinet untuk Exco Terengganu bagi mengurangkan kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi...."









Bas yang disyorkan untuk Kerajaan Negeri Terengganu untuk tujuan lawatan ke negeri-negeri di Malaysia..cukup untuk memuatkan kesemua Exco Terengganu..jimat kos dan tidak menggunakan minyak, boleh gilir-gilir memandu...... meleleh air liur nak mengayuhnya...

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said merupakan seorang pemimpin negeri yang begitu proaktif. MB baru ini mencipta sejarah apabila berjaya memprovok kerajaan pusat sehingga berjaya mengembalikan wang royalti ke negeri itu. Kali ini beliau sekali lagi menjadi MB pertama berjaya membuktikan bahawa kereta buatan negara ini tidak berkualiti, mudah rosak dan tidak tahan untuk perjalanan jauh.

Maka atas alasan itu kerajaan negeri Terengganu terpaksa membeli 14 buah Mercedes E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri itu. Menurut pemerhati, tindakan Menteri Besar Terengganu itu adalah terang-terang bertentangan dengan dasar jimat cermat kerajaan selama ini dan seharusnya beliau menjadi ikon jimat cermat kepada masyarakat. Perbuatannya seolah-olah merendah-rendahkan produk negara .

Bagi Datuk Ahmad Said pula, kerajaan Negeri Terengganu ada alasannya dan sedia mengemukakan bukti terperinci kos perkhidmatan dan kerosakan kereta Proton Perdana V6 Executive, yang telah digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri sebelum ini terlalu tinggi. Menurut beberapa pihak, tindakan kerajaan negeri itu bercanggah dengan pekeliling kerajaan Pusat berhubung penggunaan kereta nasional oleh para pemimpin dan pegawai kanan kerajaan dan isu pembelian kereta tersebut telah di bawa bincang ke kabinet.

Isnin, 21 Julai 2008

BUAYA MATI DISERANG HARIMAU..

MENAKJUBKAN (B/Harian-21Julai) Seekor harimau bintang menerkam dan membaham buaya yang berenang di air. Aksi luar biasa ini dirakam buat kali pertama oleh seorang jurugambar hidupan liar Amerika di taman haiwan Afrika Selatan baru-baru ini. Rakaman luar biasa serangan harimau bintang ke atas buaya itu dilakukan julung kalinya di taman haiwan Afrika Selatan oleh Hal Brindley, seorang jurugambar hidupan liar Amerika, yang sepatutnya mengambil gambar badak sumbu dari keretanya di Taman Negara Kruger. Tiba-tiba seekor harimau bintang melompat keluar dari celah pokok renik dan belukar serta terus menerkam buaya yang berenang di air, menyebabkan berlaku pergelutan berdarah antara kedua-dua haiwan ganas itu. Apakah yang boleh kita pelajari dari peristiwa ini??
PS* Itu belum lagi ketangkasan sang Harimau-Menaip.......

Sabtu, 19 Julai 2008

AKHBAR SINAR HARIAN MEMPERBODOHKAN PAK LAH


Firaun yang wujud zaman Nabi Musa AS pun masih boleh diambil sample DNAnya, inikan sample DNA DSAI yang baru 10 tahun yang lalu...


AKHBAR SINAR HARIAN YANG KINI MENDAPAT SAMBUTAN MELUAS DIATAS KETELUSAN BERITANYA DISIARKAN TANPA MEMBEZAKAN FAHAMAN POLITIK. NAMUN DALAM KETELUSAN ITU, PENGARANGNYA HARUS BERHATI-HATI BILA MELETAKAN TAJUK YANG SESUAI UNTUK MENARIK TATAPAN PEMBACA. APATAH LAGI TAJUK YANG IMUATKAN ITU ADALAH DARI KENYATAAN PEMIMPIN NO. 1 NEGARA INI .

AKHBARNYA YANG BERTARIKH 19 JULAI- MUKA SURAT 5, MEMUATKAN TAJUK "DNA ANWAR SUDAH LAMA, YANG BARU DIPERLUKAN". SATU TAJUK ATAU KENYATAAN YANG CUBA MEMPERBODOHKAN PEMBACA KHUSUSNYA RAKYAT NEGARA INI YANG SEDANG MENGAMATI PERJALANAN KES DSAI. MUNGKIN ITU KENYATAAN BENAR YANG KELUAR DARI MULUT PM KITA SENDIRI NAMUN PENGARANG MESTI PEKA IMPLIKASINYA KEPADA PEMBACA.

PAK LAH MUNGKIN TERLUPA ATAU TIDAK DIINGATKAN OLEH PEMBANTU2NYA YANG DNA INI TIDAK PERLU ADA YANG BARU KALAU SUDAH ADA SAMPLENYA YANG DISIMPAN OLEH PIHAK POLIS. BUKAN KITA SEMUA TAHU BAHKAN RAKYAT SELURUH DUNIA TAHU BAHAWA DNA BOLEH DIPERLOLEHI DENGAN BERBAGAI CARA. SEDANGKAN FIRAUN YANG MATI BERIBU TAHUN PUN BOLEH DIAMBIL DNANYA. INIKAN BARU 10 TAHUN YANG LALU.

BAGI SAYA DSAI, PERLU MEMPERTAHANKAN PENDIRIANNYA KERANA CARA PENGAMBILAN DNANYA 10 TAHUN YANG LALU DIAMBIL SECARA PAKSA OLEH.....DAN BELIAU BERHAK MENOLAKNYA KERANA BIMBANG DIMANIPULASIKAN OLEH MEREKA YANG CUBA NAK MENJAHANAMKAN KARIERNYA DAN MENGULANGINYA DNA LAMA MASIH BOLEH DIGUNAKAN LAGI.

LIHAT SAJA....SEDANGKAN PIHAKNYA CUBA MEMINTA SALINAN REPOT YANG DIBUAT OLEH SI SAIFUL SEHINGGA KINI SUDAH TIGA MINGGU MASIH TIDAK DIBENARKAN OLEH PIHAK POLIS, SEDANG INI PROSES BIASA APABILA ORANG YANG DITUDUH BERHAK MENDAPAT SATU SALINAN POLIS DARIPADA ORANG YANG MENUDUH UNTUK DITELITI OLEH PEGUAM YANG MEMBELA UNTUK MEMGETAHUI KANDUNGAN REPOT DAN KESALAHAN YANG DIDAKWANYA ITU. MENURUT PIHAK POLIS SALINAN TERSEBUT TIDAK BOLEH DIBERI KERANA ARAHAN...????

APAKAH MUSLIHATNYA SEMUA INI MENJADI TANDATANYA KEPADA RAKYAT NEGARA INI? NAMUN APA YANG PASTINYA PAK LAH PERLU DIBERI MAKLUMAT YANG BETUL OLEH PENASIHATNYA ( YANG JUGA TIDAK BERAPA BIJAK) SUPAYA KENYATAANNYA TIDAK DIPERTIKAIKAN OLEH RAKYAT DAN MEMPERBODOHKAN DIRINYA SENDIRI.

PS* SEPERTI KATA HARIMAU MENAIP " YANG PANDAI TAK SEMESTINYA BIJAK"

Khamis, 17 Julai 2008

DEBAT - IBARAT PENINJU 'LIGHTWEIGHT' VS 'HEAVYWEIGHT' - TAN SRI RAHIM


Jika UMNO berminat mengadakan lagi debat pada masa akan datang, ia patut diadakan antara 'heavyweight' menentang 'heavyweight' - Tan Sri Abd. Rahim Tamby Chik.

Calonnya sudah pasti: PM, TPM dan 3 Naib Presiden UMNO sekarang.



15 JULAI LALU DEBAT YANG DIRANCANG AKHIRNYA TERLAKSANA SUDAH. DEBAT POLITIK MENJADI SATU SEJARAH NEGARA BILA MANA IANYA JULUNG KALI DIADAKAN SELAIN DARI DEBAT-DEBAT YANG MEMBABITKAN SEKOLAH ATAU IPTA. TAPI YANG MENGHAIRANKAN SELEPAS ITU TIADA SATUPUN KOMEN ATAU ULASAN-ULASAN DARI EDITOR PIHAK MEDIA TERUTAMA DARI PIHAK KERAJAAN . NAMUN HANYA BEBERAPA REAKSI DARI KALANGAN PEMIMPIN UMNO, ANTARANYA:

1.DATO' SERI NAJIB : HANYA MENGATAKAN KERAJAAN AKAN KAJI KESAN DEBAT DAN MENYIFATKAN HUJAH DARI DSAI CERITA LAMA DAN TELAHPUN DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN SEKARANG.

2.DATUK SERI ALI RUSTAM: SEJAK AWAL LAGI BELIAU TIDAK SETUJU MENGENAI PERDEBATAN ITU KERANA BERPENDAPAT AHMAD SHABERY TIDAK PERLU BERDEBAT DENGAN PEMIMPIN YANG MEMPUNYAI KES TIDAK BAIK.

3.DATO' SERI SHAHIDAN: DEBAT TERBUKA SATU PERMULAAN YANG BAIK UNTUK KESUBURAN SISTEM DEMOKRASI DI NEGARA INI.

4. DATO' ANI AROPE: BELIAU MENGAKU MELETAKKAN JAWATAN KERANA TIDAK BERSETUJU DENGAN INTIPATI PERJANJIAN IPP DAN SEHINGGA KINI PENDIRIANNYA TETAP TIDAK BERUBAH.

5. TAN SRI ABD. RAHIM TAMBY CHIK: SHABERY PERLU LAGI BANYAK BELAJAR BERHUJAH DENGAN FAKTA DAN MENYIFATKAN DEBAT 15 JULAI LALU SEPERTI PERLAWANAN TINJU YANG TIDAK SEIMBANG IAITU ANTARA LIGHTWEIGHT DENGAN HEAVYWEIGHT.

Rabu, 16 Julai 2008

DEBAT BERAKHIR....DAPAT PELUANG SERANG PERIBADI ANWAR....MINYAK KEKAL NAIK...


AKHIRNYA DEBAT ANTARA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM DENGAN DATUK SERI MOHD. SHABERY CHIK MENJADI KENYATAAN DAN IANYA AKAN TERUS TERCATAT 15 JULAI MENJADI LIPATAN SEJARAH NEGARA DEBAT ANTARA PEMIMPIN (PENASIHAT) UTAMA PEMBANGNKANG DENGAN WAKIL UMNO/BN. PENGISIAN KEDUA-DUA PENDEBAT SAMA HEBAT DAN SAMA MEMPUNYAI FAKTA-FAKTANYA TERSENDIRI SERTA MASING-MASING SANGGAH MENYANGGAH HUJAH ANTARA SATU SAMA LAIN.
NAMUN BEGITU, DALAM KEHANGATAN BERHUJAH, WAKIL DARI UMNO/BN TIDAK IKHLAS DENGAN MENGAMBIL KESEMPATAN "MENYERANG PERIBADI" DSAI TERMASUK JUGA KHADAM YANG DIBAWANYA. SYABAS KEPADA DSAI TIDAK MELATAH DENGAN SIKAP PROFESIONALNYA UNTUK TIDAK MEMBALAS SERANGAN PERIBADI TERSEBUT TETAPI HANYA MEMPERLI DATUK SHABERY DI AKHIR PERGULUNGGAN.
WALAU BAGAIMANAPUN DEBAT TERSEBUT TELAHPUN BERKAKHIR DAN TERSERAHLAH KEPADA RAKYAT MENILAI FAKTA-FAKTA YANG TELAH DIHURAIKAN OLEH KEDUA-DUA PENDEBAT TERSEBUT. APA PUN YANG JELASNYA DI SINI "HARGA MINYAK TIDAK JADI TURUN DAN IANYA KEKAL NAIK....RAKYAT HARUNGILAH JUA.."

Isnin, 14 Julai 2008

DSAI BUAT HAL LAGI...


Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak muncul-muncul di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk disoal siasat bagi dakwaan kes liwat seperti yang beliau janjikan Sabtu lalu. Tindakan beliau itu menaikan kemarahan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Mohd Bakiri Zinin dalam satu sidang medianya di pejabat IPK Kuala Lumpur. Menurut peguam DSAI, Sankara Nair berkata, tindakan penasihat PKR itu diambil kerana polis "mengganggu" kakitangan dan ahli keluarganya semalam walaupun Anwar bersedia hadir secara sukarela.

"Gangguan" polis itu - setakat ini belum jelas jenis gangguan yang didakwa Anwar - sewaktu pihak berwajib cuba menyerahkan arahan hadir memberi keterangan bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah. Adalah diharapkan DSAI perlu bersungguh-sungguh menyelesaikan kemelut yang melanda agar rakyat tidak akan menjadi keliru. Sekiranya beliau lebih banyak berdolak dalik, ianya akan menghakis kepercayaan rakyat yang simpati kepadanya terutama penyokong dan ahli PKR itu sendiri.


Ahad, 13 Julai 2008

EZAM PAKAR DEDAH...

INIKAH SALAH SATU KOTAK RAHSIA EZAM...

AYAM TAMBATAN UMNO, EZAM MD NOR YANG KINI SUDAH MENGORAK LANGKAH BERKOKOK DARI SATU DAHAN KE SATU DAHAN SETELAH MENDAPAT RESTU MENJADI AHLI UMNO SEMULA SELEPAS TERKUCIL SEKEJAP BERSAMA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM. KINI ATAS PLATFORM UMNO, BELIAU TELAH MULA MENGHEBAHKAN PULA KEPADA ORANG RAMAI AKAN MENDEDAHKAN RAHSIA PENASIHAT (DSAI) PARTI KEADILAN WALAUPUN SEHINGGA AKAN MENGAIBKAN ANAK-ANAK DAN KELUARGA DSAI.

WADUHH..BEGITU SEMANGAT DAN BERIA-IA BENAR SI EZAM INI UNTUK MENCABAR DAN MENGHALANG BEKAS KETUANYA DARI TERUS MENGUASAI PERSADA POLITIK TANAH AIR. KESUNGGUHANNYA SEHINGGA SANGGUP BERSUMPAH SECARA ISLAM SEBENAR IAITU APA YANG DIDEDAHKAN NANTI BUKANLAH PALSU. BELIAU KINI TELAHPUN BERBINCANG DENGAN ULAMA MUKTABAR (SUDAH TENTULAH ULAMAK YANG SETERU DENGAN DSAI ATAU PEMBANGKANG) UNTUK MENDAPATKAN PANDANGAN.

EZAM SEKARANG DULU DAN KINI SELAMANYA TELAH DIIKTIRAF MENJADI PAKAR DEDAH SEGALA DEDAH APA SAHAJA RAHSIA. KALAU DULU BELIAU MENDAKWA AKAN MENDEDAHKAN 6 KOTAK RAHSIA BILA TIBA MASANYA NANTI. NAMUN SEHINGGA KINI MASANYA BELUM LAGI TIBA. KINI MASA LAIN PULA YANG TIBA BELIAU SEKALI LAGI BAKAL MENDEDAHKAN PULA RAHSIA BEKAS KETUANYA JIKA DIA DIASAK DALAM TEMPOH 24 JAM MENUDUHNYA BELIAU ADA KONSPIRASI UNTUK MENJATUHKAN DSAI.

APAPUN PENDEDAHAN YANG BELIAU NYATAKAN, RAKYAT MASIH LAGI TERTUNGGU-TUNGGU 6 KOTAK RAHSIA YANG BELIAU DAKWA DAHULU. SIAPALAH AGAKNYA NAMA-NAMA PEMIMPIN KANAN UMNO YANG ADA DALAM KOTAK RAHSIA EZAM ITU.

DEDAH, DEDAH JANGAN TAK DEDAH.....BPR DOK TERNGANGA MENUNGGU..BILALAH 6 KOTAK TU NAK DIBUKA...WALLAHUALAM.

Khamis, 10 Julai 2008

NAK PERCAYA KE TAK PERCAYA..??



Aku ada terbaca satu post dari blogger yang dikenali sebagai 'ODEEN' dan tertarik dengan kenyataannya. Apa lagi aku pun ciplaklah kat blog aku ni untuk makluman semua blogger. (Terima kasih ODEEN, aku postkan hang punya ni tanpa pengetahuan hang, apapun ianya telah di publishkan, so kira advantagelah kat hang..)

Salam Sejahtera Kepada Semua Blogger..Di sini saya nak kongsi Sesuatu yang pelik Tentang Saiful.
1) Berumur 23 tahun, berbadan tinggi dan agak tegap, jika dibandingkan Anwar yang berumur 65 tahun yang sudah berumur sudah semesti senang saja si Saiful tu tendang alat sulit dia bila Anwar nak liwat dia. Lagipun kalau Anwar jika dilihat dari usianya bukannya kuat sangat. Ini bermakna saiful rela diliwat.

2) Kalau si Saiful ni nak betul-betul bukti supaya Anwar tidak boleh menafikan tuduhan dia boleh menggunakan telefon bimbitnya untuk merakanm video perbuatan liwat tersebut atau menyuruh orang lain untuk merakamnya. Mungkin kali pertama tidak berjaya masih adalah peluang kali kedua. Kenapa saya kata begitu kerana Saiful mendakwa di liwat beberapa kali oleh Anwar. Jadi senang saje Saiful ni nak kenakan Anwar. Tapi Saiful tak lakukan sedemikian. Nampak sangatlah Saiful ni ada niat tertentu.

3) Bila kita lihat Saiful dalam TV dia nampak gembira dan tersenyum-senyum lagi ketika beliau bersama peguamnya. Si Saiful ni seolah-olah tidak tertekan langsung dengan peristiwa yang menimpa dirinya dan tidak berasa bersalah melakukan perbuatan liwat dia ni. Kalau dia nak kata dia dipaksa oleh Anwar ianya boleh dipertikaikan kerana nampak gayanya berliau begitu gembira dan seolah-olah tidak dipaksa. Jika seseorang yang dipaksa sudah tentu beliau akan berasa tertekan, sedih dan malu berdepan dengan orang lain.

Seseorang yang dirogol pastinya berasa malu dan tertekan berdepan dengan orang lain. Saiful seperti sudah biasa melakukan perbuatan tersebut tanpa rasa malu. Jadi sifat Saiful ini sangat diragui. Bukan saya saja kata begitu malah orang kampung saya bila dia orang tengok TV mereka hairan dengan sifat Saiful. Si Saiful ni amat meragukan.

4) Sebelum melaporkan dakwaan liwat kepada polis, Saiful telah bertemu dengan Dato’ Seri Najib dan menceritakan hal liwat berkenaan kepadanya. Pelik kenapa perlu berjumpa Najib kenapa tak terus pergi buat laporan dibalai polis atau sekurangnya penasihat undang-undang atau agama ke? Kenapa tak jumpa Paklah terus ke, kanapa mesti Najib? Pelik-pelik si Saiful ni…

5) Satu lagi kenapa baru sekarang Saiful baru nak melapor kepada polis yang dia diliau oleh Anwar walaupun beliau mendakwa beberapa kali diliwat oleh Anwar. Kenapa? Si Saiful ni takut ke nak melapor pada polis atau beliau memang nak tunggu masa macam sekarang ni dengan niat untuk menjatuhkan Anwar. Atau apakah si Saiful ni tidak mempercayai polis dapat menjamin keselamatannya sebelum ini, sehinggalah Anwar membongkar rahsia penyelewengan orang kenamaan yang berkaitan dengan badan kehakiman dan kepolisan barulah Saiful berasa selamat untuk melaporkan hal itu kepada polis.

Jelaslah si Saiful ini amat meragukan dan tak boleh dipercayai. Jika ada orang mempercayai orang seperti ini, tak tahulah mungkin mereka ini orang yang bersifat seperti Saiful. Adakah orang seperti Saiful ini kita boleh percayai kenyataannya atau perlukah kita bantu dan beri sokongan moral?... Wallahualam.. Selagi tiada bukti kukuh orang pasti tidak percaya tentang tuduhan liwat ini. Kalau setakat mengaku kena liwat dengan muka yang tersenyum tanpa rasa bersalah, semua orang boleh buat.

PS* Segala kenyataan di atas mungkin padangan peribadi individu dan terpulanglah pada persepsi masing-masing untuk...........Wallahualam..

Isnin, 7 Julai 2008

PADANLAH MUKA KO..



Akibat kebiadapan dan gara-gara cuba melondehkan seluar dan menonggeng ke arah penonton sambil menjerit perkataan ‘jilat, jilat’ ketika menyanyikan lagu "Mari Nyanyi Menjilat", vokalis kumpulan biadap yang tak tahu adat iaitu Carburetor Dung dibelasah oleh orang ramai yang menyaksikan persembahan mereka pada Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya semalam (6 Julai).
Persembahan mereka sebagai acara selingan itu menarik kemarahan penyokong PR terutama PKR dan PAS. Persembahan mereka juga memberi implikasi yang kurang enak dari penyokong parti PAS yang sememangnya berlawanan arus dengan perjuangan mereka dan tidak mustahil ideologi ini akan membibitkan renganggan PAS dengan PKR.
Kebiadapan perangai hudoh simamat ini pulak mendapat sokongan dari rakan artis yang lain yang menyatakan 'Tidak Perlu Memohon Maaf' kerana perkara seumpama ini adalah perkara biasa dan pertunjukan mereka adalah memenuhi undangan. Artis itu mendakwa kehadiran mereka tidak semestinya mereka menyokong parti tersebut. Padanlah muka ko kena belasah kerana terkinja-kinja tak tentu pasal. Dahlah bukan penyokong PKR, buat spoil majlis je.
PS* Memang patut PKR (harimaumenaip) tu kita pecat dia kerana bawa berok ma'aghip ke stadium.

Ahad, 6 Julai 2008

KAWAN BAIK BUKAN SENANG NAK DIANGGAP BAIK

Kawan Baik? Bukannya senang nak cari kawan yang baik . Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik . Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya. Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya. Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya untuk mencapai kejayaan. Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan. Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa. Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya. Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik . Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya. Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya. Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita. Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!! Amin Yarabbil Alamin. Wallahualambissawab.

From Tokyo: Alida Abdul@hotmail.com <>

Khamis, 3 Julai 2008

ALFATIHAH UNTUK ADIK AINA MARDIAH & TAKZIAH KEPADA KELUARGA SHAHRIAL SIRIN



"Anak tahanan ISA meninggal dunia ketika kelibat ayah belum kelihatan.." (Harakah- 3 Julai)

logo ehsan dari hamkataghaz
Sedih dan menyayat hati bila terbaca laporan tersebut. Sungguh menyentuh hati bila kita sendiri mengambarkan keadaan yang sukar yang dihadapi oleh Saudara Shahrial Sirin terkena pada diri kita sendiri. Tujuh tahun anak (Allahyarham Aina Mardiah) terputus kasih sayang yang dipisahkan tembok berjeriji besi dan akhirnya dua beranak ini benar-benar terpisah terus oleh kezaliman undang-undang yang dicipta oleh tangan manusia itu sendiri.
Lebih mendukacitakan, bapa kandung Allahyarhamah, Shahrial Sirin yang dilaporkan bertolak dari Kem Tahanan Kemunting selepas mendapat kelepasan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar jam 1.00 tengahari (3 Julai) ini masih belum tiba lagi di hospital. Bagaimanakah perasaan si ayah, hanya Tuhan saja yang tahu. Tujuh tahun kasih sayang dan belaian si ayah terkubur di sebalik tembok. Kehausan belaian dan kasih sayang seorang ayah dititip rindu oleh si anak sehingga dibawa ke liang lahad.
"Semoga Allah SWT memberi kesabaran kepada keluarga Allahyarhamah dan memberi balasan setimpal kepada mereka yang menzalimi keluarga ini" Wallahualam.

Rabu, 2 Julai 2008

SODOMI? KISAH BENAR MAIN BELAKANG...!!

Sana sini post yang aku intai, semuanya cerita yang dok tengah hangat lahni iaitu cerita 'main belakang'. Penerbit filem terkenal negara ini, David Teo baru je melancarkan dramanya 'Jangan Main Belakang'. Rupanya betul-betul punya cerita main belakang. Kecoh tu satu negara. Drama ni lebih hebat meletupnya sebelum drama David Teo dimainkan. Belum tengok lagi dah 'pecah panggung'. Yang menarik plotnya 'sodomi' ni 'anu'nya dah lama tak pakai iaitu hampir 10 tahun, kembali bertenaga. Hebat betul 'anu'nya tu...apalah agaknya petua yang diamalkannya..?

Cerita sodomi ni teringat kisah yang benar-benar berlaku pada diriku kira-kira 6 bulan yang lalu. Tapi aku tak buat repot pada polis sebabnya nanti polis kata aku yang gila. Kisahnya bilamana suatu hari aku berjumpa seorang individu yang berkelulusan profesional. Orangnya memang kacak dan hensem. Memang orang yang berkerjaya profesional ni seperti tak ada kerja lain, kalau bab buat kerja belakang ni macam dah jadi perkara biasa je pada diaorang.

Pada awal perkenalan, memang aku tertarik dengan individu ni. Apa saja yang diceritakan, seolah-olah aku mengiyakannya saja dan aku dilayan seperti tetamu yang istimewa. Layanan mesranya serta celotehnya membuatkan aku terus akur dengan kehendaknya. Tibalah pada suatu hari semasa akau sedang berehat di biliknya, datanglah pembantunya memberikan aku sehelai baju dan membawa aku ke sebuah bilik yang behawa dingin. Selepas itu aku merasakan diriku seolah-olah seperti dibuai mimpi indah sehingga tak terasa belakang aku dimasukkan sesuatu.....Bermulalah episod baru dalam hidup ku. Aduh..buat pertama kalinya, dalam keadaan rela paksa belakang aku dimasukkan sesuatu oleh mereka yang suka buat kerja masukkan alat tu di belakang.

Selepas lebih kurang setengah jam, dalam keadaan khayal, nama aku dipanggil oleh doktor yang merawatku memaklumkan bahawa kerja-kerja 'colonoscopy' terhadap ku sudah selesai dan akupun dibawa semula ke wad untuk berehat. Itulah pengalaman pertama aku. Alhamdulilah selepas menerima rawatan kaedah tersebut doktor sahkan aku bebas dari penyakit buasir.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN