Ini nukilan SA khas untuk YB BEBAS Kulim Bandar Baharu diN3kan disini tanpa edit untuk tatapan blogger semua.
ZUL, Setelah PKR hilang 3 kerusi,dan ia masih berpegang pada prinsip dan memecat kamu: menjadikan ia tinggal 27 kerusi. DSAI telah sedia serahkan jawatan Ketua Pembangkang kepada DAP. DAP atas dasar setiakawan telah memberi MANDAT supaya DSAI terus kekal sebagai Ketua Pembangkang.
Disini ada 2 perkara yang perlu diambil perhatian:
1. Prinsip: Kalau PKR atau DSAI pentingkan jawatan, tidak mungkin PKR pecat kamu.Pemecatan kamu sudah pasti akan mengurangkan bilangan kerusi PKR.tetapi PKR tetap berpegang pada prinsip. Syabas PKR.
2. Setiakawan: DAP, walaupun diklasifasikan sebagai kafir oleh anda, mereka telah menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi.
Malangnya, dan kononnya atas nama perjuangan Islam, ada yang sanggup menikam kawan sesama Islam. Mungkin pada pendapat anda, anda seorang yang mulia dan tinggi darjatnya tetapi bak kata orng, "ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS," Siapakah yang lebih tinggi darjatnya? Seorang yang setia pada kawan semasa senang dan susah atau yang menikamnya dari belakang? Zul, DSAI telah mendapat mandat dari DAP dan para pemimpin PAS untuk kekal sebagai Ketua Pembangkang.
Bagaimana dengan kamu sendiri? Adakah kamu sanggup berdepan dengan
pengundi KBB untuk mendapat mandat mereka kerana kamu ZULKIFLI NORDIN? Bukan kerana PKR? Bacalah komen saya dalam scripe budak hingusan: tiada satu pun yang berani anda jawab. Tak mungkin, anda berani berdebat dengan pemimpin PAS seperti Khalid Samad, TGNA, malahan Haron Din dikatakan telah menerangkan pendirian awalnya. Sanggupkah anda berdebat?
BERANI KERANA BENAR, bukankah begitu. Khalid telah cabar kerana dia kata dia benar. Kalau dia benar, sudah pasti anda salah.
Sahutlah cabaran tersebut. Biarlah Haron Din jadi orang tengah.
15 March, 2010 20:36