Rabu, 22 Oktober 2008

MAHATHIR ADA 'LOCUS STANDI', WAJARKAH BELIAU UNTUK MENGHENTAM UMNO?

Ketua Umno Bahagian Jelebu Datuk Seri Dr Rais Yatim telah membidas mereka yang mengkritik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membuat kenyataan tentang Umno. Rais berkata Dr.Mahathir berhak buat kenyataan tentang Umno kerana beliau ada locus standi (kedudukan) untuk membuat apa jua kenyataan tentang Umno kerana beliau juga telah menerajui parti itu selama 23 tahun. Kata Menteri Luar itu lagi, Dr Mahathir berhak untuk menyatakan apa saja yang beliau mahu tentang Umno. (berita selanjutnya...)

Kulat: Kenyataan Menteri Luar itu seolah-olah menempelak Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membuat kenyataan menuduh Dr Mahathir menjadi punca perpecahan yang berlaku dalam parti itu. Apakah dengan kedudukan 'locus standi' itu, Mahathir boleh menghentam kepimpinan UMNO sesuka hatinya, apatah lagi beliau kini bukan lagi ahli UMNO. Dengan pengalaman menerajui parti selama 23 tahun, sepatutnya Mahathir lebih banyak membantu menasihat bukan banyak menghentam. Tindakan Mahathir ini dilihat mempengaruhi ahli2 UMNO yang lain untuk turut sama mengambil peluang menghentam presidennya sendiri. Ini dapat dilihat sejak akhir2 ini setelah pengumuman peralihan kuasa yang pasti berlaku pada Mac depan, ramai pemimpin UMNO yang mula menunjukan taringnya menekan dan membidas PM secara terbuka. Apa yang pastinya kini Pak Lah mungkin sudah terlewat dan tersedar dari lamunan untuk memilih yang mana sebenarnya rakan politiknya. Wallahualam.

7 ulasan:

man_helang berkata...

kawan ketawa senang dicari...kawan menangis???

Tanpa Nama berkata...

Salam sedara cendawan,

si A kate si B sengal,

si B kate si A penyibuk...

si C pertahankan si A tadi....

so,soalannye:

1. siapakah si A?

2. siapakah si B?

3. apakah peranan si C tuk pihak si A?

sms jwpan anda ke 00000 dan anda berpeluang tuk jadi ahli parti bedul seumur idup...

kah kah kah..

kulatlapok berkata...

salam blogger:

1. MAN HELANG: Kawan menangis?? Hanya Kak Fidah seorang je lah yang nampaknya... No! Datuk No! semasa mempertahankan Dr Mahathir, akhirnya dua2 menangis...hik, hik, hik menangis konon...

2. MASTER YODA: Pemimpin2 UMNO ni, Depan mata senyum sampai ke telinga, siap ada cium tangan pemimpin sehingga panjang muncungnya... dibelakang rupanya menjelirkan lidah macam biawak....

Unknown berkata...

semuanya ada pendirian dan pandangan masing2, harus dipandang pada positifnya , insyaallah politik di malaysia akan lebih matang...heh

kulatlapok berkata...

salam Pendekar:

Saya bersetju dengan sdr/sdri, bahawa setiap individu rakyat Malaya ada hak bersuara dan mempunyai pandangannya sendiri. Tetapi biarlah ianya membina ke arah yang lebih baik...

Tanpa Nama berkata...

Salam untuk cendawan...,
Dari sehari ke sehari ahli UMNO bertambah teruk,adat dan budaya orang melayu dulu diamalkan kini sudah tidak dipraktikkan lagi, sikap kurang ajar dan durhaka pada ketua sudah menjadi pekara biasa. Ramai yang nak tunjuk pandai tapi mereka dilihat memang tak pandai. Malang sungguh UMNO. Inilah akibat ajaran dari orang tua yang dah pencen tapi masih nak berkerja. Patutkah rakyat sokong lagi UMNO..? atau tukar sokongan kepada Pakatan Rakyat pula...?

kulatlapok berkata...

salam sdr. Umar:

Seperti yang saya kataka dulu dan juga mungkin ramai ahli2 UMNO di luar sana, DR. Mahathir ini bukan buat teguran untuk membina tetapi lebih kepada untuk memberi ruang kepada anak kesayangannya. Kenapa dan mengapa serta kena mengenanya antara Mahathir dengan KJ?? Pak Lah tidak pernah dilihat wahemah turut sama berkempen untuk KJ. Tetapi cuba uruti peristiwa Mukhriz sehingga ke hari ini, Mahathir bersungguh2 supaya anak kesayangan itu mendapat tempat dalam UMNO. Kalau kita ;lihat, dari kepem PRU12 hinggalah kepada pemilihan UMNO Mac depan, Mahathir lah yg paling sibuk mencanang disebalik penglibatan Mukhriz. Wallahualam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN