Ahad, 12 Oktober 2008

9 JENIS ANAK SETAN...

Peringatan untuk kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka. Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:-

1. Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih! dan membeli barang-barang yangtidak perlu.

2. Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan - Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etcdan lain-lain.

6. Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim - (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk........
10. Isetan - Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing &.....Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan. Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta. Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

11. Hindusetan - Nie mereka2 yg menonton cerita hindustan, sampai masuk waktu sembahyang, maseh menyonggol depan tv.....kepala sampai keluar tanduk, (setan ni yang dapat Pingat 'Datuk' dari kerajaan negeri Melaka baru-baru ni.....)

12. Santan - Yang ini aje nampaknya ramai manusia mencarinya.... memang berguna untuk masak kari dan masak lemak...
Kulat: -Agak-agaknya setan yang mana satu yang selalu menghampiri kita setiap hari atau sememangnya kesemua sekali?...... Wallahualam.

kiriman:
Abdul Jalaini Abdul Jalil
Tokyo, JAPAN

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam saudara.

Terima kasih atas ilmu ini.

Semoga kita semua dijauhkan daripada
setan-setan ini.

Salam takzim

Unknown berkata...

Bagi saya tentunya santan sebab saya suka makan masak lemak. Gulai lemak ikan atau sayur lemak. Tapi ini pun setan gugak sebab banyak kolestrol. Mudaratkan jantung beb...

kulatlapok berkata...

salam blogger;

1. TUAN SOFI: Insyaallah memang sudah menjadi tugas kita semua wajib saling ingat mengingati.

2. MOUNTDWELLER: Otak Hang memang cekap, santan memang 'memudaratkan' kepada mereka yg telah 'dimudaratkan' oleh benda alah tu... tapi masak lomak memang sodap, lebih2 lagi kena ikan kelai salai masak lomak cili padi. pehhhhh....berdentum!!

man_helang berkata...

no doblas tu...mak aku selalu suh bli...kene2 plak time dkat2 raya...

erisya nor berkata...

salam kenal sdr kulat,

terima kasih berkongsi ilmu. rupanya selama ini cik zalituun ikut shopping sama!

kulatlapok berkata...

salam:

1. MAN HELANG: Ko ni pii mana lama tak dengaq berita, beraya sakan betul ko..?? Aku pun sama juga kena cari benda tu.. kalau tak ada pehhh mak aku sampai merajuk taknak raya...

2. ERISYA: Selamat datang ke titipan Cendawan.... Itulah kekadang kita ni letak nama anak2 ikut sedap bunyi je tapi rupanya ada persamaan dengan makhluk Allah yg dilaknat tu... Wallahualam

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku Cendawan Melayu,

Mak Cik baru dapat balik internet..line down.

Buka buka saja ada bab setan setan, hindustan dan santan.

Kalau tak ada santan susahlah...nak masak lauk pauk dan kueh muih Melayu. Tapi kena awasi penggunaannya..Quantitinya.

Hindustan, Mak Cik tak boleh komen sebab memang tak minat dan tak tahu banyak fakta tentangnya walaupun filem hindustan, tapi baru baru ni kecoh pasal King Khan dapat Dato dari Melaka. Itu saja.

Yang setan setan paling bahaya sebab mengalir dalam darah tubuh kita..kena kuatkan iman sentiasa melawan mereka sedaya upaya.

WaAllahuAlam.

Tanpa Nama berkata...

Salam sedara cendawan,

Yang no doblas ni memang laku time nak raya hari tue...

3 kilo aku bli tuk masak rendang,kari ngan masalodeh....

sumandak bayu berkata...

Salam Bro....

Lama dah Sumandak tak masuk blog Bro... hebat gak dengan nama-nama anak setan ni..... ape pun kehidupan kita sememangnya penuh dengan setan-setan sedunia

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN