Isnin, 30 November 2009

Saya Amat Mencintai Fatine, Auwww..! Tak Rela I You....!!

"Bukan kehendakku jadi begini......" Mohammed Fazdil Min Bahari, dengar namanya saja kita dapat bayangkan suatu nama yang gagah dan macho untuk pemilik yang empunya nama. Tapi sayangnya auwwww.!! tak rela I you.... !!

Kusangka Intan rupanya Kaca. Kusangka Tino, rupanya Jante.....alahai inilah warna-warna dunia akhir zaman. Walaupun kita semua tahu, Allah SWT yang menjadikan alam semesta dan menghidupkan segala kehidupan mahluk di dunia ini, malah sejak lahir, kita dingatkan bahawa Allah itu MAHA BERKUASA DAN MAHA BERKEHENDAK, namun bukanlah tabiat kaum Lut yang harus kita persembahkan.

Nama manjanya Fatine, seorang jurusolek bakal dihantar pulang ke Malaysia kerana tinggal lebih masa di Britain. Sekembalinya nanti seluruh masyarakat Islam negara ini tertunggu-tunggu apakah reaksi dan tindakan badan-badan yang bertanggung jawab khususnya Penasihat-penasihat agama atau Menteri yang diamanahkan menjaga kepentingan agama Islam di negara ini (Menteri Jabatan Perdana Menteri). Apakah tindakan dan reaksi mereka terhadap pengamal tabiat kaum Lut ini? Sama-samalah kita tunggu dan lihat..!! Wallahuaalam.

Sabtu, 21 November 2009

APABILA MANUSIA MENJADI HAIWAN...

"Mengapakah kau diciptakan oleh Allah menjadi seorang manusia yang sempurna, kan lebih baik Allah menciptakan kau menjadi seekor haiwan"

Inilah akibatnya apabila jiwa manusia itu telah dapat dikuasai oleh iblis dan syaitan, nafsu terus memberontak tanpa belas kasihan, lantaran itu anak kandung sendiri dicampak bagaikan seekor haiwan peliharaan sehingga membawa kematian.

Balasannya manusia yang bernama Mohammad Nasir Sulaiman dari Bayan Lepas ini akhirnya disumbat ke penjara selama 20 tahun kerana mencampak bayi perempuannya ke atas tilam sehingga menyebabkan pendarahan otak.

Rabu, 18 November 2009

PARTI KOMPENEN BN DAH JADI HURU-HARA..?

Gambar kartun ni aku cilok dari google image. Apa yang dia kata dalam bahasa MCA tupun aku tak faham. Hantem sajelahh..!! Apa yang pastinya karekatornya sudah tentulah wajah Presiden MCA bersama dengan Timbalannya yang telah dludahnya berkali-kali akhirnya dijilat semula dan kini dah jadi kamcing pulak. Sekarang ni, mereka berdua dah berubah dan kini sedang merancang PELAN PERPADUAN MCA yang baru.

PELAN PERPADUAN terkini yang dirancang oleh Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Kiat ialah membuat alasan rombakan (mencantas) ke atas keanggotaan Majlis Presiden dengan melantik beberapa muka baru dan 'MEMECAT' pula pemimpin sayapnya iaitu Ketua Pemuda, Datuk Dr Wee Ka Siong, Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Chor Chee Heung.

PELAN PERPADUAN Ong Tee Kiat dan Chua Soi Lek, dua pemimpin yang bertelagah ini telah menjadi kenyataan apabila mereka berdua telah berganding bahu semula. Namun PELAN PERPADUAN untuk keseluruhan AHLI MCA kini menuju jalan kehancuran. Krisis MCA sekarang dilihat semakin kompleks dan menjadi huru-hara. Ahlinya kini terpisah kepada dua kumpulan antara penyokong Presidennya dengan Naib presidennya. Datuk Liow Tiong Lai kini seolah-olah sedang diganyang oleh Presidennya sendiri dengan melantik enam muka baru dan tiga muka lama menganggotai Majlis Presiden.

Kini Ong Tee Kiat yang telah memiliki kekuatan sokongan dalam Majlis Presiden telah menolak cadangan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 28 November ini dalam Mesyuarat ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA semalam kerana mendakwa terdapat kecacatan dan melanggari perlembagaan parti.

Isnin, 16 November 2009

SPR TIDAK DAPAT MENGATASI KUASA SPEAKER DUN ???

Speaker DUN Negeri Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail akhirnya berjaya memfailkan semakan kehakiman pada 1 Oktober lalu setelah SPR membuat keputusan tidak berlaku kekosongan dalam kerusi DUN Kota Siputeh. Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Abu Hassan tidak dibenarkan daripada menghadiri persidangan DUN esok.

Keputusan Abdul Isa memecat Ketua UMNO Bhg. Jerlun itu memang ada asasnya mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah dan wakil rakyat tersebut gagal menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut serta tidak mempunyai alasan yang munasabah seperti yang diminta. Bagaimanapun, sebelum itu, SPR dan beberapa pemimpin tertinggi UMNO telah mengarahkan Abu Hassan tetap akan menghadiri sidang DUN dan mengekalkan beliau sebagai Wakil Rakyat.

Namun Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin telah menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar meskipun beliau bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan, namun beliau berpendapat SPR tidak dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah. Alhamdulillah dalam kes ini pihak mahkamah sebenarnya telah berjaya memelihara institusi sesebuah DUN dan kuasa Speaker.

Namun dalam hal ini berlainan pulak seperti apa yang berlaku dalam DUN Perak dahulu, dimana Hakim Alauddin telah membuat keputusan yang mencipta sejarah dengan memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi tersebut dan bukan Speaker DUN Perak S. Sivakumar. Beliau berpendapat bahawa tafsiran Perkara 36 (5) Perlembagaan Perak, yang dibaca bersama Seksyen 12 (3) Akta Pilihanraya 1958, bermaksud SPR merupakan entiti sah untuk menentukan jika wujud kekosongan kerusi DUN Perak.

Mahkamah tersebut buat pertama kali telah memutuskan bahawa ia mempunyai bidang kuasa untuk mentafsir isu perlembagaan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bagi menjelaskan pertikaian sama ada Speaker DUN atau SPR berhak menentukan kekosongan tiga kerusi DUN di negeri itu. Mana satu yang betul ni, SPR atau Speaker?? Wallahuaalam.

Ahad, 15 November 2009

SPRM CEPAT SIASAT JANGAN TAK SIASAT..!!

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Anuar Sapian telah menyerahkan satu memorandum kepada Penolong Pengarah SPRM Kelantan, bagi menyiasat dengan kadar segera pengakuan Mursyidul Am Pas itu yang beliau ditaja oleh pihak tertentu melalui pakej VVIP bernilai RM65,000 bagi menunaikan haji tahun ini.

Selepas itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji tahun ini berikutan berita penajaannya ke tanah suci Mekah itu telah diperbesar-besarkan oleh media.

Selain daripada itu, Pemuda UMNO Kelantan juga turut merasa ragu dan meminta supaya SPRM menyiasat pelantikan menantu Nik Abdul Aziz, iaitu Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Pihak SPRM telah mengesahkan menerima memorandum tersebut dan diharapkan SPRM apa lagi tunggu?. Cepat-cepatlah menyiasatnya. Nanti kalau lewat cerita ni dah basi. Jangan jadi seperti sesetengah pemimpin tertinggi UMNO yang telah dilaporkan mempunyai kes rasuah, tetapi makan tahun untuk bertindaknya malah ada yang sehingga kini belum lagi disiasat kes mereka.

Rasanya bagi kes Nik Aziz ni, PEMUDA UMNO Kelantan usahlah risau sangat, belum lagi nak siasat, SPRM dahpun tahu ceritanya, apatah lagi Tuan Guru Nik Aziz pun telah membuat pengakuan secara terbuka. Bukan senang nak cari pemimpin yang berterus terang tanpa berselindung memberi maklumat terus kepada media. Pengakuan beliau itu nanti lebih menyenangkan pihak SPRM membuat siasatan terhadapnya. Pengakuan seperti ini jarang berlaku pada sesetengah pemimpin yang lebih banyak penafiannya seperti contoh kes 4 juta oleh seorang pemimpin kanan kerajaan negeri dahulu yang akhirnya terlepas dikatakan tiada bukti. Sesetengah pemerhati menyifatkan adakalanya tindakan segera SPRM itu tidak lebih sebagai penyelamat kerana mereka sayangkan PAS. Agaknya...!! SPRM, ayuh! siasat! siasat! jangan tak siasat..!! Wallahuaalam.

Selasa, 10 November 2009

PERWATAKAN BADRUL HISHAM, ANDA SAKSIKAN SENDIRI..!!

ol

Sila lihat dan saksikan sendiri perwatakan yang tidak menyakinkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah semasa mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Buletin Utama bulan lalu (klik pada video). Isu liwat DSAI adalah salah satu puncanya dakwa Badrul kenapa beliau keluar dari PKR dan kini menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN). Dakwanya lagi, beliau sudah hilang keyakinan malah keputusan ini katanya adalah berasaskan kepada prinsip agama dan moral dirinya sebagai seorang Islam dan sudah jelak dengan sikap penasihat PKR, katanya.

Berdasarkan pada video di atas, PKR perlu berhati-hati memilih calonnya pada masa akan datang supaya tidak memilih calon yang tidak mempunyai keyakinan bila bercakap seperti YB Badrul Hisham ini. Beliau seolah-olah tidak mempunyai keyakinan diri sendiri dan alasan liwat DSAI tidak boleh dikaitkan dengan masalah peribadi beliau. Sesuatu alasan yang dangkal dan tidak masuk akal. Beliau patut mencari alasan yang konkrit serta perlu menangkis tuduhan kerajaan negeri bahawa beliau tidak menjalankan tugas yang sepatutnya di sini sebagai wakil rakyat kawasan Pelabuhan Kelang serta tidak membuat program pembangunan kawasan seperti yang diminta oleh MB Selangor. Wallahuaalam

Ahad, 8 November 2009

ISU DR. ASRI: 'TAULIAH' JAIS HANYA SATU ALASAN

Isu berceramah tanpa tauliah yang dikenakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sepatutnya tidak timbul. Sebenarnya JAIS boleh menggunakan budi bicara mereka di bawah klausa 'Pengecualian' seperti yang tercatat di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, iaitu klausa pengecualiannyanya seperti di sini.

Justeru Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 jelas bahawa dakwaan Dr Asri memberi ceramah tanpa tauliah hanyalah sebagai alasan sahaja. Isu 'tauliah' oleh JAIS kini hangat dipersoalkan termasuklah soal kelulusan tokoh agama yang berusia 38 tahun itu yang telah memperolehi Ijazah Hadith, iaitu 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001).

Beliau juga adalah Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis dan pernah menerima Anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1427H, Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Perlis Tahun 1429H dan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah USM Tahun 1430H. Namun pengiktirafan yang diterimanya itu masih lagi tidak layak mengikut peraturan JAIS dan tangan-tangan ghaib yang ada di Selangor. Wallahuaalam.

Isnin, 2 November 2009

DR. ASRI KE MAHKAMAH TANPA PERTUDUHAN

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak pagi ini tetapi tidak ada pertuduhan disebut, dan beliau kemudian dibebaskan dengan bon jaminan tanpa cagaran. Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu yang mendakwa Dr. Asri berceramah tanpa tauliah menimbulkan pelbagai persoalan.

Turut mempersoalkannya ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang musykil motif penahanan itu ini kerana tangkapan dah dibuat tetapi proses pendakwaan tidak berjalan sepatutnya. Dr. Asri telah pergi mahkamah sejak pukul 9 pagi tetapi sampai tengah hari tiada pertuduhan dikenakan. Namun pihak JAIS sebenarnya cuma memohon jaminan BON yang tiada cagaran hanya semata-mata untuk menyiapkan kertas siasatan yang didapati tidak lengkap untuk menuduh Dr. Asri.

Bila pihak JAIS membangkitkan isu TAULIAH ni, banyak pihak yang mempersoalkannya. salah satunya seperti ini.. SAPA NAK JAWAB PULAK NIE? ADA TAULIAH KE DIA BAGI KULIAH DI SURAU NIE (klik sini) . Wallahuaalam.

TARAF MUFTI TAPI TAK ADA TAULIAH..?

Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin telah diitahan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negerdi Selangor (JAIS) semasa sedang memberi ceramah di Taman Sri Ukay di Ulu Kelang. Selain anggota JAIS, juga seramai 25 anggota polis turut hadir mengiringi penangkapan beliau.

Alasan yang diberikan oleh pihak JAIS ialah mereka menerima aduan dan terpaksa membuat penangkapan kerana Mohd Asri memberi ceramah tanpa tauliah. Ustaz Sharom Maarof, Pegawai Penguatkuasa Agama, dengan nada yang keras, "Dia tidak ada tauliah untuk memberi ceramah..." Pelik betul alasannya.

Lagi yang mendatangkan kemusykilan ialah selepas dibawa ke balai polis, tidak ada seorang pun kelibat pegawai JAIS kelihatan pada ketika itu dan Dr Asri kemudiannya dibebaskan tanpa diambil sebarang keterangan.

Maklumat:Mstaronline.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN