Selasa, 14 Oktober 2008

MUHD TAIB KENA 'BLANKSPOT'

"Saya dah ambil SPM empat kali dah, kempat2nya lulus, kali ni bagilah saya ambil STPM pulak" kata Tan Sri Mohamad Mohd Taib ketika membuat pengumuman menawarkan diri untuk jawatan no. 2 tertinggi UMNO disambut dengan tepukan oleh AJK Bahagiannya. Namun Ahad lalu calon Timbalan Presiden Umno ini yang dianggap antara calon ‘heavyweight’ ini mengalami mimpi ngeri yang tidak disangka-sangka apabila menerima satu kejutan besar apabila tewas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, dengan undi 181-88, dalam pemilihan peringkat Umno Bahagian Shah Alam. Kejutan buat pemimpin veteran ini seolah-olah terkena 'blankspot' ketika memandu melihat cermain pandang belakang yang mana sebelum ini Badan Perhubungan Umno Selangor telah sebulat suara bersetuju iaitu semua bahagian di Selangor mencadangkan Muhammad sebagai calon Timbalan Presiden. Nampaknya 'bulat air kerana pembentong' tidak menjadi kenyataan apabila pembentong yang disangka bulat rupanya pecah di sana sini.
Kejutan ini juga seolah-olah seperti satu isyarat bahawa peralihan kuasa bukan sahaja mesti berlaku di peringkat tertinggi malah bahagian juga memerlukan suatu kepimpinan baru. Ini bermakna kepimpinan Mohd Taib telah mula dipersoalkan bilamana beliau hilang separuh sokongan daripada perwakilannya sendiri yang mewakili seluruh cawangan Bahagian Shah Alam. Tidak mustahil Bahagian Shah Alam akan berlaku pertukaran kepimpinan pada masa hadapan. Justeru proses perubahan kepemimpinan ini dilihat wajar kerana peralihan kuasa membuktikan peremajaan parti, tetapi pada masa sama amalan dan budaya parti yang merosak dan melemahkan Umno perlu digantikan dengan perkara yang boleh menguatkan Umno. Kepada pemimpin2 UMNO Selangor, "tepuk dada tanya selera". Wallahualam

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Saudara,

Ni namanya ketirisan undi.
Selalu Mat Taib amalkan ketirisan tender.

Maka terbukalah 'kemaluannya' tiris di negeri sendiri.

Salam takzim

kulatlapok berkata...

salam Tuan Sofi:

Nasib M. Tayson ni ibarat sepatah kata seribu makna.... ibarat pepatah cina katanya... tak ada dua singa yg duduk diatas satu bukit.. jadi dia nak jadi satu singa sahaja di atas bukit... namun singa tidak boleh jadi anjing untuk menyalak bukit... wallahualam

Unknown berkata...

Harimau tua sudah dihalau. Ketua yang sudah luruh taring memang tidak berguna lagi.

Kecian!

motor cabok berkata...

motor cabok dah ulas dah tentang terkejutnya rais yatim sebab dia tak sangka orang bawah pilih mukhriz dalam blog motor cabok...

ini lagi "sekoq" pemimpin yang tak sedar diri.. dia ingat orang nak kat dia.. dia tak sedar yang dia tu dah "out of date" dalam parti keris karat tu...

selamat tinggal "mamat"...

Tanpa Nama berkata...

Salam sedara cendawan,

Org bleh nilai mana kaca dan permata..

Tapi dua2 org yg nak dipilih tu tak sesuai diibaratkan permata,kain buruk lap motor bleh la....

kulatlapok berkata...

salam blogger;

1.MOUNTDWELLER: PENGALAMAN MENGAJAR KITA ERTI SEGALA2NYA...

2.MOTOR CABOK: SEKALI AIR BAH, SEKALI PANTAI BERUBAH... WALLAHUALAM.

3.MASTER YODA: KALAU NAK BUAT KAIN LAP MOTOR JE, LEBIH BAIK BAGI KAT MAT MOTOR CABOK...

Unknown berkata...

aku nak tengok jugak aper kesudahan cerita politik kat tanahairku yang tercinta,

moga yang layak duduk dikerusi yang layak, takut2 yang pekak dan buta pulak yang jadi raja.....

;-)

angah berkata...

salam..

patut lah dulu tak tahu bahasa inggeris..
ambik SPM pun 4 kali...
kalau SPTM agak2 kena 8 kali kot...
:)

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN