Ahad, 5 Oktober 2008

NAK MENGAMPU, FAKTA PULAK TERSILAP..

Datuk Othman Muhamad, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka

"Sikap beliau yang selalu turun padang dan mendengar permasalahan kaum Cina telah membuatkan beliau disenangi masyarakat Cina dan hasilnya Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi Palimen Kota Melaka dalam PRU12"

Inilah petikan kata-kata dari Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Othman Muhamad yang disiarkan muka hadapan dengan tajuk utama "Mohd. Ali Paling Layak" dalam Sinar Harian, Edisi Melaka (Ahad-5 Oktober 2008). Sungguh pelik dan menghairankan bagaimana Kerajaan Negeri Melaka melantik seorang speaker yang tidak tahu Ahli Parlimennya dari parti mana? Setahu Kulat, Kerusi Parlimen Kota Melaka (P138) dalam PRU12 adalah milik DAP. (sila klik disini) Bila masa pulak BN dapat merampas P138 dari DAP dalam PRU12?

Petikannya itu adalah sebagai menyokong cadangan Ketua Menteri Melaka untuk menawarkan diri jawatan No. 2 dalam kepimpinan UMNO dan menyatakan bahawa Datuk Mohd. Ali Rustam adalah orang yang "paling layak" diantara yang layak sebagai calon Timbalan Presiden UMNO Malaysia.

Kulat - Kalau iapun nak menyokong Tok Ketuanya, janganlah sampai "tak ketahuan" kata orang Utara. Nak mengampupun biarlah bertempat dan betul faktanya kerana yang bercakap tu bukan calang-calang pangkatnya iaitu orang yang berkuasa dalam Dewan Undangan Kerajaan Negeri. Wallahualam

6 ulasan:

Master Yoda berkata...

Salam sedara cendawan...

La ni sedara kene tgk speaker DUN ni cane, dh empat mata pon...

Tak pakai spek kot mase tgk reference...Tu yg menggagau dan merapu tak tentu pasal...

Yang kelakarnye,Tok Misai Ketot ni berhajat bsor ye bertanding TP UMNO...

Jgn kene booo nnt sudah la ye Tok Misai..

Jgn org dok ungkit balik citer:

1. "ba alif ba ya"
2. Sg Melaka yg tercemar
3. nelayan yg kene kacau rezki mereka dek perlombongan

mase kempen nnt, haru nak menjawab

Harimau-Menaip berkata...

Pengampu Adolf Hitler la ni..

Silap mamat ni ke atau salah paper? Dah banyak kali den nengok Sinar Harian silap fakta ni..

mountdweller berkata...

Dia ni mabuk ke merapu atau mamai!

inilah taraf speaker dewan negeri melaka.

motor cabok berkata...

tu laaa... makan lemang banyak sangat!..
mabok lemang la tu... cakap pun dah merapu...
weh kulat... welcome back!

sumandak bayu berkata...

silap cakap kot dia kan manusia biasa gak... tapi agak-agak lah dengan title yang dipegang skang ni jan jadi bahan ketawa pulak... Risau Sumandak

Kerajaan Rakyat berkata...

Ni lah akibatnya. Orang lain pagi raya makan rendang, mat speaker makan cencalok.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN