Khamis, 30 April 2009

Selamat Menyambut Hari Pekerja

DUNIA HARUS BANTERAS PENGGUNAAN BURUH KANAK-KANAK

"1 Mei Hari Pekerja di negara ini diumumkan sebagai Cuti umum oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman sebagai hari kelepasan am bagi pekerja Malaysia pada tahun 1972. Pengumuman itu dibuat dalam ucapannya ketika merasmikan Seminar Kesatuan Sekerja Biro Buruh dan Kesatuan Sekerja UMNO yang diadakan di Dewan Belia, Kampung Pandan pada 20 Mei 1972. Dalam penjelasannya, Allahyarham menyatakan bahawa keputusan itu telah dibuat dengan harapan pergerakan buruh akan menganggap 1 Mei sebagai satu hari dedikasi sesuai dengan cita-cita kebangsaan dan berharap gerakan pekerja akan didorong oleh tujuan dan rasa terikat kepada cita-cita kebangsaan tersebut".

Di Malaysia nasib pekerja tempatan di negara ini masih lagi bernasib baik dan terbela. Setiap pemasalahan yang dihadapi masih lagi mendapat perhatian pihak kerajaan walaupun beberapa tuntutan yang dibuat pihak Kesatuan masih lagi ada yang tertangguh dan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Apapun perjuangan nasib pekerja masih lagi diteruskan oleh pemimpin2 Cuespac dan MTUC di negara ini tanpa pernah jemu bagi mamastikan golongan pekerja mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Ahad, 26 April 2009

Dari Burung Menular Pula Ke Babi

GAMBAR virus H1N1 selesema babi.
Selepas virus 'selsema burung', kini penyakit tersebut telah menular pula kepada speisis lain yang baru dikesan sebagai sejenis virus 'selesema babi' yang disahkan membunuh berpuluh penduduk Mexico di sini. Kebimbangan terhadap virus baru itu - H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia tidak pernah dikesan penyelidik sebelum ini turut menjangkiti sekurang-kurangnya lapan penduduk di Texas dan California.

Memang patutlah kenapa Islam meletakkan hukum Anjing dan Babi itu dikategorikan najis 'mughallazah' iaitu antara najis yang paling berat sekali dalam hukum fekah. Walaupun ada nas mengatakan hanya haram memakan dagingnnya tetapi diketahui tidak ada nas menyatakan pula secara jelas hukum menyentuhnya. Namun kenapa Islam mengkategorikan 'najis berat' dua jenis makhluk ciptaan Alah ini memang ada asasnya.
Kulat: Bila cerita bab2 babi ni.. teringat kembali demontrasi babi oleh penduduk2 di Kampung Kuala Sungai Baru, Melaka di sini . Itulah sebab agaknya kenapa mereka beria-ia untuk menghapuskan ternakan babi di kawasan mereka setelah virus JE menyerang penduduk di sebuah kampung di Port Dickson suatu ketika dahulu. Justeru kebimbangan mereka dengan mengadakan demontrasi dahulu mungkin akan diambil kira oleh kerajaan negeri Melaka dan juga cadangan kerajaan PKR Selangor akan kesan virus dari babi ini. Cegah sebelum parah. Wallahuaalam.

PKR Berjaya Benamkan PAS


Tahniah buat pasukan Selangor yang akhirnya berjaya merangkul Piala FA 2009 walaupun dari psikologinya para pemain Selangor begitu tertekan bila ketinggalan 0-1 pada masa tambahan. Namun berkat semangat juang yg tinggi, mereka akhirnya berjaya mengatasinya sehingga ke wisel penamat menerusi sepakan penalti.

Tahniah juga buat pasukan Kelantan yang berjaya beraksi di perlawanan akhir sejak 39 tahun. Syabas juga kepada Tan Sri Anuar Musa yang mencetuskan deminsi baru bolasepak Kelantan. Keputusan penuh Selangor 4 Kelantan 1 setelah terikat 1-1. Syabas juga kepada penganjur serta pihak2 berwajib yg berjaya mengawal keadaan tanpa ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Jumaat, 24 April 2009

DENDA HALIM NAPI TAK BERBALOI


gambar laporan akhbar Kosmo semalam 23 April 2009


cerita yg sama pernah dilaporkan oleh Kosmo pada 14/6/2007

Mohd. Halim Napi digantung tiga bulan dan denda RM3,000 di sini. Itu hukuman yang dikenakan ke atas penjaga gol Kelantan dan Kebangsaan itu yang berkelakuan ganas ke atas pemain Negeri Sembilan, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak pada perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Kota Bharu awal bulan ini. Ramai pemerhati dan peminat sukan bolasepak menyifatkan denda yang dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke atas pemain itu agak tidak berbaloi berbanding apa yang telah dicetuskan oleh pemain tersebut yang menyebabkan banyak kerugian serta kemusnahan harta benda.

Penjaga kebangsaan itu seperti tidak serik dan lupa kepada keadaan dirinya dahulu yang dihimpit kesusahan sehingga nekad meninggalkan terus kerjaya profesional yang dikecapi sejak 15 tahun lalu. Penjaga gol tinggi lampai itu, pernah bertekad tidak akan lagi terbabit dalam sebarang kegiatan bola sepak termasuk sebagai jurulatih kerana mendakwa bosan sikap tidak profesional persatuan dalam Liga Malaysia. Beliau pernah bertekad beralih angin memulakan kerja kampung termasuk mengembala lembu, bagi menyara kehidupan isteri serta lima anaknya.

Kulat: Sebelum itu, hambo raso hambo kena minta maaf terlebih dahulu kepada peminat2 bolasepak Kelantan kerana mungkin mereka marah dengan posting ni.. Namun itulah hakikatnya, kedegilan dan sifat panas baran penjaga gol Kelantan ini tidak harus dibuat contoh. Malah hukuman yang dikenakanpun rasanya memang tidak berbaloi langsung jika nak dikirakan kemusnahan dan kesusahan orang lain. Mohd Halim sepatutnya dikenakan denda lebih berat atau nama lainnya gantung terus kasut bolanya sebagai pengajaran kepada lain2 pemain.
Rasanya FAM tidak boleh berlembut lagi dengan sikap samseng yang cuba ditonjolkan sesetengah pemain ditengah padang tidak akan diberi muka. Rasanya selepas ini Halim tak payahlah nak susah2 lagi bermain bola kerana kerap menimbulkan kekecohan di tengah padang. Selepas bersara nanti, Halim dinasihatkan bolehlah kembali mengembala lembu semula dan selepas ini pasti kekecohan di tengah padang tidak akan berlaku lagi. Peminat bolasepak Kelantan khususnya negara ini akan terus mengingati Mohd Halim Napi sebagai 'Masterprovok' bolasepak negara.
DAN MALAM INI, JANGAN LUPA SAKSIKAN FINAL PIALA FA 2009. RAMAI PEMINAT NAK SAKSIKAN KEHEBATAN BUKAN PASUKANNYA TAPI SUSDAH PASTINYA UNTUK MELIHAT AKSI GELAGAT KEDUA-DUA PENYOKONG MERAH DAN KUNING. SELAMAT MENONTON..!!

Isu Anak Kekal Agama: Mana Penjelasan Mufti & Datuk Jamil Khir Baharom


MCA, Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) menyambut baik keputusan Kabinet mengenai agama anak-anak dan mereka semua menyatakan rasa puas hati dengan keputusan Kabinet berhubung penyelesaian pertikaian mengenai agama anak-anak yang kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka memeluk Islam. Langkah ini adalah selaras dengan konsep 1 Malaysia gagasan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk meningkatkan harmoni.

Mereka semua yang bukan beragama Islam itu juga telah meminta agar arahan Kabinet yang sama perlu dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama negeri-negeri bagi mengelakkan sebarang percanggahan terhadap kesepakatan yang dicapai oleh pemimpin-pemimpin dalam Kabinet. Hakikatnya, menurut mereka lagi, arahan Kabinet sedemikian mesti terus disepadukan menerusi pembaharuan perundangan atau meluluskan Akta Parlimen atau meminda Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan untuk mengelakkan kekeliruan apabila keretakkan rumah tangga berlaku tanpa penyelesaian yang memuaskan dan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan di mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan dan menentukan agama anak-anak.

Hal tersebut disokong penuh pula oleh Presiden Hindu Sangam Malaysia, Datuk A. Vaithilingam, yang mendakwa keputusan mengenai pegangan agama anak-anak mestilah seiring dengan agama yang dianuti semasa perkahwinan kedua-dua ibu bapa, adalah satu langkah bijak dan permulaan yang baik bagi menyelesaikan pertikaian antara pasangan.
Kulat: Rakyat khususnya kaum muslimin dan muslimat negara ini telahpun mendengar ulasan dari Datuk Mohd Nazri Aziz berhubung perkara tersebut yang tidak boleh dibawa ke mahkamah syariah. Walaupun pahit untuk ditelan, namun itulah hakikatnya bagi memelihara semua kaum di negara majmuk ini. Namun bagi kaum muslimin rakyat negara ini ingin juga mendengar ulasan dari menteri yang menjaga hal-ehwal agama yang baru negara ini yang sehingga kini masih lagi belum mengeluar sebarang ulasan berkaitan isu tersebut. Rakyat berharap kesucian agama Islam tidak diperkotak-katikkan yang sejak akhir-akhir ini nampak agak longgar termasuklah isu2 murtad yang masih belum ada jalan penyelesaiannya. Harap Datuk Khir Jamil Baharom jangan hanya nampak 'keindahan dalam BN dan UMNO' sahaja di sini selain daripada tanggungjawab yang sedang menanti di hadapan. Bagaimana pula pandangan Mufti2 negara ini?? Wallahua'alam.

Selasa, 21 April 2009

PM KATA TAK SUKA TONJOLKAN GAMBARNYA..??

Sedutan Transkrip Penjelasan PM sebelum pertemuan dengan editor media tempatan dikediamannya: ...........Saya juga mengingatkan, bahawa rakyat hari ini mengharapkan pendekatan yang berbeza. Dan kita tidak perlu kepada pendekatan yang terlalu mementingkan luaran (ritual) ataupun kedudukan kita sebagai anggota pentadbiran. Tetapi kita mesti sensitif dengan pandangan rakyat dalam apa jua yang kita lakukan.

Saya bagi contoh kalau kita hendak promosi pelancongan misalnya Pulau Langkawi. Apabila kita buat papan iklan, tak payahlah kita letakkan gambar PM dan menteri berkenaan sebagai sebahagian daripada kandungan papan iklan tersebut. Dan kalau ada hari-hari tertentu kita buat sepanduk, banting dan sebagainya, tak payahlah gambar menteri atau PM ditonjolkan. Kita nak tonjolkan yang kita tak penting kepada perkara seperti ini. Yang penting ialah untuk menunjukkan bahawa kita sebuah kerajaan mesra rakyat dan pentingkan kepentingan rakyat lebih daripada kedudukan dan jawatan yang ada pada kita.

Kulat: Adakalanya bukan PM yang lebih tapi para penjuak yang terlebih. Wallahua'alam.

Sabtu, 18 April 2009

AGENDA DAILY CUBA MAIN 'CAK-CAK' DENGAN PAS



Ini Tajuk Agenda Daily - Elizabeth: bagaimana dengan isu dakwaan bersekedudukan yang belum beres? Yang disensasikannya serta cuba pula mengheret PAS yang jelas sebagai sekutu kuat dalam PKR hanya semata2 untuk mengetahui pendirian PAS dari soal 'moral'. Penulis Agendadaily ini cuba nak bermain 'cak-cak' dengan pemimpin PAS ibarat seperti mengagah bayi, samada bayi itu senyum atau tidak.
Kalaulah penulis ini bukannya dari kalangan orang muslim itu kira oklah jugak kerana dia pun tak tahu hukum hakam tentang Islam tetapi jika dia seorang muslim alangkah bodohnya penulis ini yang menanyakan soal YB Bukit Lanjan yang bersekedudukan di sini menunjukan kebodohan dan kejahilannya sebagai seorang muslim ataupun 'dah gerharu cendana pula'. Soalan Agendadaily kepada PAS tidak lain hanya untuk mengetahui apakah pendirian PAS mengenai isu bersekedudukan.
Menurut penulis Agendadaily itu lagi pendirian PAS sebagai rakan pakatan pembangkang dikira penting memandangkan isu Elizabeth bukan saja melibatkan soal gambar bogelnya yang tersebar tetapi andaian tentang beliau bersekedudukan dengan seorang lelaki Islam, Hilmi Malek yang masih menghilangkan diri di luar negara sampai saat ini. Isu yang cuba disensasikan oleh penulis tersebut ialah isu moral katanya walaupun Elizabeth bukan beragama Islam tetapi lelaki yang dipercayai terlibat dalam skandal itu ialah seorang yang beragama Islam.
Kulat: Apalah 'bengong' betullah penulis Agendadaily tu. Kalau diaju pada pelajar sekolah tinggi agamapun mereka boleh jawab. Kalau ko bukan muslim, satu hal lah jugak pasal ko sesat tak tahu hukum hakam Syariah Islam. Tapi alangkah sedihnya kalau penulisnya seorang muslim, tak perlulah kita persoalkan YB Bukit Lanjan tu, tapi sudah tentulah sijantan biang tu pasal dia seorang muslim. Sudah tentulah takkan PAS nak berkompromi soal hukum agama pulak. Rasanya penulis Agendadaily tu tak perlulah tanya PAS hanya semata2 untuk nak sensasikan isu soal 'moral' YB yang bukan beragama Islam tu dari segi pandangan Islam. Rasanya kalau nak isukan soal moral, Agendadaily boleh ketengahkan berapa ramai artis muslim sekarang yang rasanya telah banyak terabai moralnya. Itulah kalau dah tak ada isu, nak main 'cak-cak' pulak. Kebiasaannya kita selalu cak-cak dengan bayi, bila kita mengagah kemudian bayipun tersenyum, kita pun turut sama buat2 tersenyum. Wallahualam.

Jumaat, 17 April 2009

CUBAAN USUL UNDI TIDAK PERCAYA ALI RUSTAM DITOLAK


Satu usul memohon undi tidak percaya kepada Ketua Menteri Melaka untuk dibawa ke Persidangan DUN Melaka yang akan berlangsung pada 20 hingga 23 April ini telah ditolak oleh Speaker DUN, Datuk Othman Muhammad.
Usul yang dibawa oleh ADUN Kesidang (DAP), Goh Leong San yang mendakwa rakyat Melaka hilang keyakinan dan meragui intergriti terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berikutan penglibatannya dalam politik wang ketika pemilihan UMNO bulan lalu.
Lagi usul lain yang ditolak oleh speaker ialah memohon kerajaan negeri Melaka mengumumkan harta milik perseorangan oleh Ketua Menteri, Ahli2 Exco dan semua Adun sebagai satu usaha langkah menangani amalan rasuah. Selain itu ada dua lagi usul yang dibawa oleh pihak pembangkang juga telah ditolak oleh speaker.
maklumat:SHedisiNSMelaka17April2009

Rabu, 15 April 2009

10 ADUN DERHAKA YANG 'TERPILIH'.

Keadaan DUN yang kosong ditinggalkan 10 pelakon UMNO

Keadaaan DUN kembali penuh hari ini apabila mereka diarahkan oleh Big Boss UMNO

SELEPAS Perak, kini krisis politik negeri terbaru menular di Terengganu. Menariknya krisis yang menjadi semakin panas ini bukannya pertembungan dua parti antara BN dan pembangkang tetapi pergolakan dalaman parti dominasi bangsa Melayu. Setakat ini belum dapat dipastikan puncanya yang sebenar. Namun beberapa pelakon telahpun melakonkan watak masing2 dengan baik sekali sehinggakan penerbitnya pun sendiri tak tahu sebab apa pelakonnya bertindak di luar arahan pengarahnya. Keadaan agak kalut sedikit dilokasi Sidang DUN Negeri Terengganu bila 10 orang ADUN UMNO Terengganu didapati tidak hadir.

Pelakon yang tidak hadir ialah Muhammad Ramli Nuh (Tepuh), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera). Khabar berita alasan yang diterima ialah kesemua ADUN terbabit enggan menghadiri sidang DUN kerana menerima ugutan SMS.
Justeru bimbang akan nyawa terancam mereka semua terus berlindung di sebuah hotel yang tidak ada kawalan anggota keselamatan. Kemudian mereka yang diancam tadi boleh pulak keluar TV buat sidang media. Bagaimanapun episod tidak hadir di lokasi terseut berakhir apabila kesemua 10 pelakon itu kembali hadiri sidang DUN hari ini sebagaimana diarahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak semalam.
Kulat: Nampaknya 10 ADUN tersebut seperti kembali mencabar kewibawaan MB Ahmad Said. Mereka juga seolah2 menentang keputusan yang telah diputuskan oleh pihak Istana serta masih lagi tidak bersetuju Ahmad Said sebagai pemimpin negeri mereka. Justeru mereka ini juga boleh dikategorikan telah 'DERHAKA' kerana cuba menentang keputusan Istana. Namun derhaka mereka ini tidak sama dengan derhaka mantan MB Perak Dato Seri Ir Mohamad Nizar kerana status dirinya yang seorang pembangkang? Hanya rakyat sahaja yang dapat menilainya. Wallahuaalam

Isnin, 13 April 2009

JAMIL KHIR BAHAROM SUDAH NAMPAK KEINDAHAN BN & UMNO?

Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom kini sudah mula tertarik dengan kerajaan BN dan UMNO sejak dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. " Saya melihat satu keindahan dalam kerajaan BN dan UMNO yang mampu melihat rakan2 turut berada di luar untuk berkongsi kek yang sama bukan untuk dimakan tetapi untuk bekerja" demikian kata2 ikhlas seorang yang pertama kali bergelar menteri semasa diwawancara dalam sebuah akhbar milik kepimpinan kerajaan baru. Datuk Jamil Khir Baharom dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung jawab menjaga hal ehwal agama Islam dalam Kabinet baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Namun yang pastinya cabaran dan tuntutan tugas dan tanggungjawab yang amat berat menanti beliau bukan sahaja dari tekanan politik tetapi turut juga melibatkan NGO. Rakyat mengharapkan agar Menteri baru ini benar2 ikhlas serta dapat memberi penjelasan dengan adil demi menjaga dan memelihara kepentingan agama Islam itu sendiri terutama mengenai beberapa pemasalahan dan kekeliruan yang timbul membabitkan hukum2 agama Islam di negara ini. Rakyat tidak mahu terjadi sepertimana menteri2 terdahulu yg gagal menangani isu-isu yang timbul secara ilmiah tetapi bekerja lebih kepada terhutang budi serta menjaga kepentingan politik mereka.
Kulat: Teringat dahulu semasa aku melihat program 'Forum Perdana', antara ahli panel yg terkenal waktu itu ialah Ustazah Datuk Dr. Mashitah. Ramai yg tertarik dengan hujah2nya selain perwatakannya yg menarik. Namun apabila dia berarah angin menjadi orang politik, nadanya terus berubah dan adakalanya beliau gagal memberi hujah yang berilmiah bila ditekan dari pihak pembangkang menyentuh bab2 agama malah mengelirukan pula. Apakah Menteri baru ini juga akan berubah nadanya? Sama2lah kita tunggu aksinya menagani isu2 yang berkaitan dengan Islam di negara ini. Wallahua'alam.

Sabtu, 11 April 2009

KES ALI RUSTAM DISAMAN DITANGGUH, HAKIM BERI AMARAN, ALI RUSTAM KATA TAK TAHU

Bekas CEO Hospital Southern, Abdul Hamid Mustapah

Sebutan kes saman malu bekas CEO Hospital Southern (kini dikenali Hospital Putra) yang dikemukakan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ditangguhkan pada bulan September tahun ini. Plaintif, bekas CEO Hospital Southern itu, Abdul Hamid Mustapah berasa hampa berikutan Ketua Menteri Melaka itu gagal menghadirkan diri alasan tidak sihat.

Bagaimanapun Hakim yang mengendalikan kes tersebut memberi amaran agar ianya tidak lagi ditangguh dan mengingatkan kepada peguam Datuk Mohd Ali Rustam agar jangan mengambil mudah perkara tersebut kerana ianya boleh membebankan mahkamah. Ketua Menteri Melaka itu disaman RM10 juta yang difailkan di Mahkamah Kuala Lumpur akhir 2005 oleh Abdul Hamid yang mendakwa Datuk Ali memfitnahnya serta keengganan beliau memohon maaf kepada plaintif.

Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Abdul Hamid mendakwa Ketua Menteri Melaka itu memfitnahnya dengan menuduh beliau mengarahkan kakitangan hospitalnya supaya tidak memberi rawatan kepada bekas Exco, Datuk Ab Rahman Ab Karim dan isteri bekas Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu, Datuk Ahmad Roslie Johari selain menuduhnya membuat penipuan akaun hospital tersebut. Sementara itu, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pulak berkata beliau langsung tidak tahu menahu mengenai saman tersebut dengan memberi alasan tiada siapa yang memberitahunya mengenai kes saman berkenaan.

Kulat: Ketidakhadiran Ketua Menteri Melaka itu sekiranya alasan beliau tidak mengetahuinya mungkin boleh dimaafkan kerana kesibukan tugasnya sebagai ketua kerajaan. Akan tetapi yang tidak boleh dimaafkan sudah tentulah pembantu2 khasnya yang dipertanggungjawabkan menyemak segala urusan kerja2 bossnya. Adakah pembantu2nya kini seolah2 malas atau sudah tidak ada mood kerja selepas beliau tidak lagi memegang jawatan penting dalam UMNO pusat. Harap Ketua Menteri Melaka perlu membuat sesuatu seperti kewujudan Menteri KPI yang bertanggungjawab menilai prestasi kerja Menteri setiap 6 bulan. Harap kali ini beliau bolehlah lihat prestasi pembantu2nya yang lalai bekerja seperti apa yang berlaku menyebabkan beliau hilang hak bertanding Timbalan Presiden UMNO tempoh hari. Wallahua'alam
sumber maklumat: SHedisiMelaka&NS082009 (Rabu)

Rabu, 8 April 2009

PAKATAN RAKYAT PATUT UCAP TQ PADA TV3

Pakatan Rakyat (PR) yang rasanya masih lagi meraikan kemenangan mereka di dua bukit disarankan jangan lupa melontarkan ucapan khas 'terima kasih' kepada stesen TV tersohor negara iaitu TV3 yang tidak pernah ketinggalan mengambil bahagian setiap kali pilihanraya. Kemunculan program2 dan liputan khasnya dilihat oleh ramai pemerhati politik sebagai bantuan khas secara tidak langsung yang patut disambut oleh PR seperti 'kecil tapak tangan, nyiru PR tadahkan' . Pembaca2 TV3 seperti dengan wajah selamba yg seolah-olah terpaksa 'menelan pahit' membacakan skrip liputan khas tentang Anwar Ibrahim yang diulang2 sehingga ke saat2 akhir berkempen. Setiap kali pilihanraya, Ketua Umum PKR itu sentiasa menjadi mangsa exposure TV3 sehingga rakyat pun dah mula muak dengan permainan "ulang tayang" yang menambahkan lagi 'kebencian' rakyat kepada TV penjuak ini. Justeru Pakatan Rakyat perlu membuat postmortem bagaimana bantuan kempen 'percuma' TV3 itu berjaya menambahkan lagi bilangan majoriti pengundi yang dimenangi oleh PR di 3 PRK.

Selasa, 7 April 2009

BUKTI MOHD NIZAR MASIH DIIKTIRAF MB PERAK

KUASA SAKTI RAKYAT YG BERHAK MEMILIH SIAPA PEMIMPIN MEREKA
Syabas dan tahniah kepada mantan (bukan erti kata sebenor) MB Perak, Dato Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang. Kemenangan beliau telah mengembalikan maruahnya dengan kuasa dan kehendak rakyat Perak sendiri. SPR telah mengumumkan Mohammad Nizar memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang hari ini dengan memperoleh sebanyak 21,860 undi. Beliau mencatatkan majoriti 2,789 undi - berbanding 1,566 undi yang direkodkan oleh calon PAS pada Mac 2008. Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang ini menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu yang mendapat 62 undi serta hilang wang deposit. Justeru kemenangan ini membuktikan rakyat Perak masih merestui Mohammad Nizar dalam erti kata sebenar mengiktiraf beliau sebagai Menteri Besar Perak melalui suara majoriti rakyat dan seterusnya menafikan kuasa telunjuk dari pihak istana.
Kulat: Sebelum pengumuman dibuat dikedua2 PRK Bkt Selambau dan Bkt Gantang, kelibat pemimpin dan penyokong BN di kedua2 pusat mengira undi tersebut langsung tiada kelihatan. Apakah sebelum itu mereka sediri turut membantu SPR mengira undi dan lepas tu terus lesap kerana telah mengetahui keputusannya lebih awal? Wallahua'alam.

Ahad, 5 April 2009

ADAB ARTIS BERPELUK MENGIKUT ISTILAH WARTAWAN ZUBIR

Hari ini semasa membaca akhbar Berita Mingguan, ada suatu artikel seperti menimbulkan suatu persoalan kepada diri ini dan mungkin juga kepada semua pembaca rakyat negara ini khususnya. Pada ruangan 'teropong' kali ini wartawan hiburan terkenal, Zubir menyingkap pasangan artis yang berkelakuan agak tidak manis pada pandangan umum. Siapa tak kenal zubir seorang wartawan hiburan yang lebih banyak menulis berunsur kritis tetapi lebih ke arah nasihat yang membina. Pendedahan beliau kali ini ialah mengenai pasangan artis ini yang sedang meniti dibibir peminat yang dikatakan berkelakuan biadap di sini.

Dalam artikel itu, Zubir seperti malu dengan perbuatan artis tersebut yang mengakui kita hidup di dalam komuniti masyarakat Timur yang begitu sensitif dengan perbuatan sumbang seperti berpeluk dan bercium di khalayak umum serta membuat perbezaan negara ini bukan seperti di negara Barat yang sanggup menggadaikan adab tanpa mempedulikan kata-kata orang sekeliling.

Terima kasih atas teguran Zubir dalam penulisannya itu namun hakikat sebenarnya timbul satu persoalan iaitu apa bezanya berpeluk di luar filem dengan adegan berpeluk yang lebih dasyat dari dalam filem ? Adakah adab kita sebagai masyarakat Timur apatah lagi kita seorang muslim hanya terikat serta dibatasi di khalayak sahaja manakala di dalam filem dihalalkan adab berpelukan kerana hanya semata2 sebuah lakonan tanpa di ikuti dengan perasaan dan nafsu?. Apakah dihalalkan kerana ianya semata2 dianggap suatu cabang 'seni'? Namun begitu hakikatnya perbuatan itu tetap sama iaitu perbuatan berpelukan yang bukan muhrim yang sesungguhnya hukumnya tetap sama iaitu berkaitan dengan kesopanan, adab apatah lagi dibatasi hukum-hukum syarak. Harap saudara Zubir lebih peka bukan sahaja diluar filem malah perlu juga menegur adegan2 yang agak keterlaluan di dalam filem masyarakat Timur itu sendiri yang dikatakan 'kaya' dengan adab dan kesopanan budaya Timur. Wallahua'alam.

APAKAH ADAB YG DIMAKSUDKAN OLEH ZUBIR SERTA PERBEZAAN ISTILAH BERPELUK YANG BUKAN MUHRIM DILUAR FILEM SEPERTI GAMBAR DI ATAS DENGAN DIDALAM FILEM SEPERTI GAMBAR DI BAWAH INI.

HILANG 400, 6000 PULA YANG DATANG?


Sudah menjadi satu trend apabila setiap kali pilihanraya tidak kira umum atau kecil, ada saja isu ahli parti tidak kira samada kerajaan atau pembangkang yang mengumnumkan keluar parti beramai. Apatah lagi kalau ianya disensasikan oleh pihak media kerajaan dan tidak kurang juga blogger2 yang pro pembangkang. Pilihanraya Kecil di N25 baru-baru ini digemparkan dengan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Jerai, B Kalaivanar telah mengumumkan beliau keluar parti itu bersama-sama 400 ahli yang lain di sini lagi di sini dan di sini akibat tidak berpuashati dengan calon PKR. Bukan setakat itu saja, ini ditambah lagi 200 ahli PKR Sg. Petani yang turut keluar di sini. Sementara itu di Sarawak pula, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Julau, Dr Ambrose Labang Jamba, timbalannya, setiausaha dan seorang anggota jawatankuasanya juga telah membuat pengumuman keluar dari parti itu di sini.

Itu kisah kemelut ahli PKR yang dipercayai oleh pihak2 pejuak BN parti tersebut kini sedang dilanda masalah akibat krisis pencalonan N25 yang didakwa tidak direstui oleh ramai ahli PKR kawasan tersebut. Isu yang sama berlaku pula ke atas sebuah parti kompenan BN (PPP) yang melibatkan Naib presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), V Nagarajan menyertai PKR bersama 6,000 ahli selepas enam bahagian dan 62 cawangan PPP di Kedah dibubarkan di sini dan di sini. Berlainan dengan PPP masalah yang mereka hadapi bukanlah isu calon tetapi dipercayai 'hilang kepercayaan' kepada kepimpinan presidennya. Namun begitu hal ini dinafikan di sini oleh Timbalan Ketua PPP, Ku Vadivellu.

Manakala Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, yakin pengundi India dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau tidak akan berpaling tadah dan dipercayai sudah kembali memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) di sini.

Kulat: Inilah senario politik negara bila tiba musim pilihanraya, isu ini seperti satu trend. Sejak pilihanraya umum yang lalu entah berapa ramai ahli parti yang telah bertukar keluar masuk parti. Ada yang mendakwa jumlahnya hampir melumpuhkan sesebuah cawangan/ranting sehinggalah kepada bahagian. Yang peliknya bila selepas keputusan diperolehi, jumlah ahli yang keluar parti tersebut sepatutnya membantu memperolehi kemenangan tetapi disebaliknya parti yang mendakwa mendapat kepercayaan dari ahli parti lawan yang keluar memperolehi jumlah majoriti yang jauh lebih teruk.

NASIB MEREKA KINI DI TANGAN NAJIB






Perubahan dalam UMNO sudah bermula. Presiden UMNO yang baru, Dato Seri Najib Tun Razak telah menyatakan bahawa UMNO perlu 'berubah' kalau tidak mahu 'rebah'. Maka visi itu kini menjadi misi utama UMNO selepas berakhirnya perhimpunan yang lalu sebagai fokus utama yang perlu ditangani oleh UMNO. Justeru reform dalam UMNO itu secara tidak langsung akan mengheret sama kepimpinan UMNO yang lain yang tidak mendapat kepercayaan ahli2 UMNO sendiri. Ini termasuklah kepada mereka yang tewas yang memegang jawatan utama dalam kabinet Pak Lah.
Kepimpinan negara kini telah berubah. Baru tidak sampai beberapa jam, PM Malaysia yang ke 6 itu telah membuat beberapa 'kejutan'. Tindakannya itu selari dengan hasrat reformnya dalam UMNO dan Kerajaan. Antara kejutan lain yang akan dinantikan oleh rakyat ialah rombakan kabinet tidak lama lagi. Ramai yang menunggu siapakah pemimpin yang akan membawa misi dan visi yang sama digalas oleh Najib. Adakah mereka pemimpin dikalangan yang berjaya sewaktu pemilihan jawatan UMNO atau Najib akan terikat kepada acuan lama yang memilih kepentingan kedudukan politik idividu yang akhirnya muka2 lama itu nanti akan turut sama berada 'selesa' dalam bahtera Najib.
Keputusan pemilihan UMNO yang lalu menyaksikan beberapa kejutan kekalahan semua empat Menteri Besar yang bertanding dan dua menteri Kabinet. Keempat-empat Menteri Besar yang tewas ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Tiga menteri Kabinet yang tewas ialah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri KKLW, Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad. Turut gagal pada pemilihan MT ialah bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad. Dua Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Johari Baharom dan Datuk Hassan Malek turut tewas.
Kulat: Justeru Dato Seri Najib kini sudah boleh berkira-kira untuk memilih barisan kabinetnya yang terbaik untuk membawa misi dan visi reformnya dalam UMNO dan khususnya halatuju cabaran negara Malaysia itu sendiri. Adakah bahtera Najib itu nanti akan dibarisi dengan krew kepimpinan baru atau krew lama yang sebelum ini 'indah khabar dari rupa'. Kesemua krew lama kecuali Dato Sharir Samad sehingga hari ini dilihat seperti masih berminat untuk terus berada dalam kabinet sekurang2nya sehingga PRU13. Mereka juga seperti berharap bahawa Najib akan terus memilih mereka berada dalam barisan reform yang baru. Sama2lah kita saksikannya.

Jumaat, 3 April 2009

PEMUDA UMNO PERMATANG PAUH MEMBAWA MISI & VISI BASI



Agaknya apakah ulasan yang bakal dilontarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said yang mana misi dan visinya pada perhimpunan UMNO yang lalu telah dinafikan oleh bosnya yang baru. Beliau yang sebelum ini melontarkan kesalnya semasa berucap pada perhimpunan pemuda yang lalu dan cuba menyalahkan Pak Lah kerana membebaskan DSAI dan secara tidak langsung cuba mempengaruhi bakal pemimpin baru bertapa isu ISA masih lagi relevan dan perlu dipertahankan.

Namun hari ini bosnya sendiri Dato Seri Najib Tun Razak mengambil suatu pendekatan lain yang lebih mengejutkan dengan membebaskan 13 tahanan ISA serta mengambil kelonggaran berjanji akan mengkaji isu ISA ke arah penghapusan penggunaannya. Hal ini menjadi satu tamparan kepada Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh itu yang sebelum ini berapi-api mempertahankannya di sini yang akhirnya dipadamkan sendiri oleh bos barunya. Harap Mohd Zaidi perlu berusaha bermati-matian mempertahankannya (ISA) kerana semua orang kampung dan seluruh negara telah pun mengetahui misi dan visi yang dibawa oleh Pergerakan Pemuda Permatang Pauh.

Kulat: Kesian kepada Ketua Pergerakan Pemuda Umno Permatang Pauh, kerana membawa misi dan visi yang hampir basi.

LANGKAH PERTAMA NAJIB UNTUK MEMBELI JIWA RAKYAT



Dato Seri Najib Tun Razak membuat kejutan awal dengan membuat pengumuman secara langsung seluruh negara dengan menarik balik permit 2 akhbar utama pembangkang. Antara yang paling mengejutkan lagi ialah pembebasan 13 tahanan ISA berkuat kuasa serta merta serta bersedia membincangkan penghapusan isu ISA di bawah pentadbirannya nanti.
Keputusan Najib ini ibarat langkah pertama Perdana Menteri Malaysia ke -6 ini untuk cuba membeli 'jiwa' rakyat yang berseteru dengannya. Najib cuba membuktikan kepada rakyat bahawa beliau akan mengamalkan dasar keterbukaan yang lebih 'mesra rakyat' dari Pak Lah.
Namun begitu peralihan kuasa sebelum ini telah mendapat tentangan bukan sahaja dari pembangkang malah dari ahli UMNO sendiri yang mahukan isu rasuah diselesaikan terlebih dahulu. Apapun segala perancangan seperti telah direstui oleh Yang Maha Kuasa dan hari ini perlantikan itu telahpun dimakbulkan. Apapun diucapkan tahniah kepada Najib yang akhirnya menjadi pelengkap kepada teori 'RAHMAN' yang menjadi teka teki selama ini.
Ada mengatakan tindakan Najib itu dilihat sedikit sebanyak cuba mempengaruhi pengundi di 3 PRK yang bakal dilangsungkan serentak bulan ini. Walau bagaimana pun suka atau tidak, beliau telah secara rasmi menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Walau apapun pandangan dan selisih pendapat tentang tindakan awal Najib itu sekurang2nya beliau telah mengembirakan 13 ahli keluarga yang selama ini menanti pembebasan (ISA) mereka. Wallahua'alam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN