Ahad, 25 Disember 2011

BEZANYA HUKUMAN RM20 DENGAN RM3.6 JUTA

Sungguh mengejutkan melihat amalan undang2 di Malaysia hari ini. Bayangkan di Trengganu,
seorang bapa Mohd Hishanudin Abdullah (foto) yang hanya menyamun RM20 kerana terdesak
untuk membeli susu anaknya telah dipenjara 36 bulan (3 tahun) oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sana. Tetapi anehnya bekas MB Selangor Khir Toyo yang telah menipu dan menyamun berjuta ringgit dalam urusan pembelian tanah hanya di hukum penjara 12 bulan (1 tahun) oleh Hakim Mahkamah Tinggi di Selangor. Apakah undang2 begini adil untuk rakyat agaknya?. Ada sesuatu perlu difikirkan di sini..


Apakah ini satu trick utk memastikan rakyat percaya bahawa mahkamah itu bersikap adil dgn menghukum Khir Toyo?. Maka, hukuman terhadap Anwar pada 9 Januari ini juga dikira adil demi kebenaran pihak penguasa yg mahu terus mengekalkan kuasa. Rakyat perlu sedar akan semua permainan ini. Benar Khir Toyo jadi "kambing hitam", tetapi ia sebagai satu strategi bagi membuktikan mahkamah di Malaysia itu adil tanpa mengira sesiapa pun .. pemimpin kerajaan mahu pun pembangkang.


Awas, jgn terpedaya dengan permainan mahkamah seperti ini. Teruskan usaha utk kembalikan demkorasi dalam erti sebenar di negera ini. Marilah lakukan perubahan dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Salam perjuangan!


Jumaat, 9 Disember 2011

KAK IJAT KENA PERLI DENGAN MAHATHIR

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Perbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Jalil yang bergelut dengan kontroversi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), harus tahu bila seseorang itu patut berundur.


Dr. Mahathir berkata "Kalau kita berasa perlu berhenti kerana parti, kita berhenti, kalau ingin sumbang, kita bertanding," Ditanya sama ada Sharizat perlu mengetahui batasnya, Dr Mahathir berkata: "Ya, ukur baju badan masing-masing".

Jumaat, 2 Disember 2011

KAK IJAT JGN MARAHKAN PEMBANGKANG, TAPI MARAHKAN AUDIT KERAJAAN.

Skandal NFC bukan cetusan Pembangkang sungguhpun PKR yang memanjangkannya dengan melontar tuduhan salahguna wang secara bersiri sepanjang tiga minggu lalu. Isu itu dibangkitkan oleh kerajaan sendiri – menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2010.



Justeru tidak ada pihak yang harus bingkas mencadangkan Kerajaan mahu “menutup” isu berkenaan. Susulan pendedahan-pendedahan yang melibatkan pembelian kondominium, kereta mewah dan lain-lain dengan menggunakan wang Kerajaan, isu itu diserahkan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Namun terma “dalam siasatan” tidak cukup untuk meredakan kemarahan rakyat. Begitu juga penjelasan ringkas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar bahawa siasatan awal mendapati tidak ada unsur pecah amanah dikesan amat meragukan rakyat.



Walaupun Khalid bercakap dari sudut undang-undang semata-mata, pengundi di kurun 21 ini tidak dapat menerima jawapan sebegitu kerana secara rasional wang Kerajaan harus dan hanya boleh digunakan untuk maksud yang ianya diberikan SO KALAU LEMBU PUNYER PROJEK MAKA LEMBULAH YG AKAN DIAUDITKAN, BUKAN KONDO, MELANCONG, TANAH ATAU KERETA MEWAH.

Rabu, 30 November 2011

KAK IJAT: "SAYA DAH TAK LARAT NAK SENYUM LAGI..."

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini memberikan amaran keras kepada pemimpin PKR kerana memainkan isu projek lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui suaminya.
Sambil menegaskan beliau tiada kaitan dengan projek lembu itu, Shahrizat berkata beliau tidak takut dengan serangan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategik parti itu, Rafizi Ramli. "Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi, katanya di sini.

Namun semakin lantang Kak Ijat bersuara mempertahankan dirinya di pentas UMNO, kini semakin banyak pendedahan dibuat oleh PKR. Kali ini didakwa melibatkan pembelian kereta mewah dan lot tanah pula di di sini. mmmmmm.... memang patutpun Kak Ijat kita nie, tak larat nak senyum lagi..!!!

Isnin, 14 November 2011

LEMBU PUNYA SAPI SHARIZAT YG DAPAT NAMA

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati ada asas untuk mendakwa isu projek lembu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita Datuk Shahrizat Abdul Jalil di sini dan menyerahkan kes tersebut untuk disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Menurut suruhanjaya itu, keputusan itu dibuat setelah merujuk kepada bahagian perundangan dan pendakwaannya yang mengaklasifikasikan aduan yang diterima bawah kesalahan Kanun Keseksaan. Kes tersebut dilihat para pemerhati politik adalah sangat serius dan sehingga kini tiada ulasan langsung dari pemimpin kanan UMNO mahupun BN untuk mempertahankan isu pembelian kondo melaikan hanya Ketua Pemuda, KJ dan Menteri Pertanian, Noh Omar sahaja yg bersuara mempertahankannya.


Sikap membisu Ketua Wanita UMNO, Shahrizat sehingga kini belum lagi bersuara mempertahankan penglibatan keluarganya boleh mendatangkan prasangka yang berlarutan oleh rakyat. Malah sehingga kini seluruh ahli Wanita Umno juga terus membisu dengan skandal NFC yang melibatkan ketuanya itu.

Sabtu, 12 November 2011

BERITA DUNIA: LEMBU MALAYA DAH DUDUK KONDO BERHARGA RM9 JUTA?




Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta katsini...


Pembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi, kata ahli parlimen Rembau itu dalam tulisan di blognya, rembau.net.


HAHAHAHAHAHAHAHAHA.... ini bukan soal untuk mendapatkan pelaburan bahalol..!! SOALNYA PERUNTUKAN ITU DISALAH GUNAKAN, DALAM ERTI KATA 'SUDAH PECAH AMANAH'..... RAKYAT SEDANG LIHAT DAN TUNGGU APA KATA SPRM ..??

Isnin, 24 Oktober 2011

UTUSAN & MAHATHIR: "MENGATA DULANG PAKU SERPIH...."




TANYA PADA 3 MANGKOK BERTINGKAT NI HAHAHAHAHA... Baru-baru ini Utusan Malaysia, sebuah akhbar milik penuh Umno mendakwa bahawa Malaysiakini tidak menghormati titah Sultan Selangor. Manakala Mahathir, Zul Kulim pulah mendakwa Aziz Bari 'kurang ajar' kerana mempersoal titah baginda Sultan Selangor dengan lantang.


Lupakah Utusan Malaysia bahawa pada suatu ketika dahulu, akhbar Umno tersebut juga pernah menderhakai institusi raja sebelum ini. Malah Umno juga pada suatu masa pernah lantang mengkritik institusi raja dengan mengatakan baginda-baginda menyalahgunakan kuasa.


Sebenarnya, Umno adalah merupakan petualang dan penderhaka yang sebenarnya sejak dari tahun 1920 lagi.Peristiwa di Johor dan PerakPengasas Umno, Datuk Onn Jaafar, iaitu datuk kepada naib presiden Umno sekarang Datuk Hishammuddin Hussein, telah dibuang dari Istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri beliau ke Singapura kerana mengkritik Sultan Johor pada ketika itu, atas isu harta dan hutang keluarga baginda.Dalam tahun 1974, Tan Sri Ghazali Jawi, ayah kepada bekas ketua perhubungan Umno Perak Datuk Tajol Rosli Ghazali, enggan meletak jawatan sebagai menteri besar Perak walaupun perjanjian asalnya antara Tan Sri Ghazali dengan Sultan Perak yang menyatakan bahawa Tan Sri Ghazali akan hanya memegang jawatan tersebut selama dua tahun.


Akan tetapi Tan Sri Ghazali memungkiri perjanjian tersebut dan menyebabkan baginda Sultan Idris murka. Baginda bernazar enggan bercukur jambang selagi Tan Sri Ghazali masih berdegil tidak melepaskan jawatannya sebagai menteri besar Perak.Krisis di PahangPada tahun 1979, menteri besar Pahang dan ketua perhubungan Umno negeri pada masa itu, Datuk Abdul Rahim Bakar berselisih faham secara terbuka dengan Sultan Pahang. Media-media pro-Umno turut mengkritik Sultan secara terbuka melalui liputannya yang meluas.Ramai lagi pemimpin Umno yang menderhakaPada tahun 1983, Umno telah mengemukakan usul dalam parlimen untuk menarik balik kuasa Yang Dipertuan Agong berhubung dengan pengisytiharan darurat.


Apabila Majlis Raja-raja Melayu menolah usul tersebut, Umno sekali lagi mengkritik dan mengecam institusi raja melalui media miliknya. Sewaktu perhimpunan agung tahunan Umno pada tahun 1991, Umno secara terbuka menyalahkan Sultan Kelantan pada masa itu atas kekalahan parti tersebut di negeri Kelantan.Dalam perhimpunan agung Umno itu juga, para perwakilan parti tersebut dengan lantang telah meminta supaya harta Raja-raja Melayu disita dan disiasat. Laporan tersebut telah disiarkan secara meluas di dalam akhbar Utusan Malaysia. Tidakkah ini derhaka namanya?


Para pemimpin Umno Kelantan juga mengadakan tunjuk perasaan dan menghantar satu memorandum kepada Sultan Kelantan. Demonstrasi tersebut tidak mendapat permit untuk berhimpun dan akibat dari itu, tindakan tersebut adalah menyalahi undang-undang. Kenapa anggota-anggota polis FRU hanya berdiri dan memerhati sahaja dan tidak menembak gas-gas pemedih mata serta menangkap para penderhaka Umno tersebut.Pada 18hb Januari 1993 pula, Umno dengan bantuan rakan-rakan parti komponen BN telah mengusahakan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan yang mana dengan pindaan tersebut, raja-raja Melayu boleh diheret ke mahkamah khas.


Dan apabila Raja-raja Melayu meminta agar pindaan tersebut ditangguh buat sementara, media-media Umno dengan lantang mengkritik institusi raja-raja dan mengancam akan mendedahkan segala salah laku para baginda. Ini juga derhaka sebenarnya.Peristiwa pertabalan tidak sah Tengku Ibrahim Inderaputera untuk menggantikan Sultan Ismail Petra pada 29hb April 1993 di bawah sepohon pokok ketapang di Ketereh, Kelantan oleh ahli majlis tertinggi Umno Datuk Annuar Musa. Kalau perbuatan ini bukan sesuatu yang amat memalukan, derhaka ataupun kurang ajar, apakah nama yang sebenarnya?


Kenyataan biadap ketua perhubungan Umno dan menteri besar Perlis pada masa itu, Datuk Shahidan Kassim yang mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta negeri tersebut. Akan tetapi, sehingga kini Datuk Shahidan masih gagal mengemukakan bukti yang lebih menyeluruh bagi membuktikan kesahihan dakwaan tersebut.Seorang bekas naib presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mendakwa menteri besar Perak Batuk Mohamad Nizar Jamaluddin (Pakatan Rakyat), menderhakai Sultan Azlan Shah, Perak. Lupakah Muhammad bahawa beliau sendiri pernah melarikan Ku Yah, puteri Sultan Selangor sehingga baginda naik murka sehingga menitah menarik balik gelaran Datuk daripada beliau.


Bukankah ini perbuatan yang sungguh menderhaka?Penderhakaan Umno yang berterusanSelepas pilihanraya umum 2008, 23 daripada 24 ahli dewan undangan negeri Umno Terengganu telah memulaukan majlis angkat sumpah menteri besar Terengganu yang baru Datuk Ahmad Said dan berkeras mahukan bekas menteri besar Datuk Idris Jusoh dilantik semula. Manakala penyokong Umno yang berdemonstrasi di hadapan Istana mempamerkan kain rentang yang menyebut Sultan Terengganu yang juga Yang Dipertuan Agong sebagai binatang dan najis. Kenapa pula pihak polis tidak bertindak terhadap mereka ini, dan sebaliknya hanya bertindak terhadap mereka yang berdemonstrasi di hadapan Istana Kuala Kangsar, Perak bagi menentang rampasan kuasa Umno tersebut yang telah menggulingkan kerajaan negeri yang sah pada 6hb Februari 2009.


Ketua perhubungan Umno Perlis Datuk Shahidan Kassim membantah pengguguran beliau dan sekaligus memulaukan majlis perlantikan Datuk Dr Mohd Isa Sabu sebagai menteri besar Perlis yang baru. Bukankah ini derhaka juga?Sekarang jelaslah siapa penderhaka yang sebenarnya. Di harap juga agar Senator Ezam Mohd Noor dan konco-konconya menyedari detik-detik sejarah penderhakaan Umno di masa yang lalu. Janganlah beliau berpura-pura tidak tahu pula peristiwa-peristiwa ini

Ahad, 16 Oktober 2011

ISU P.PINANG: UMNO TIDAK BERMINAT, APA KATA BEGHAIM ALI?



Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak telah membuat pengakuan di sini dengan memberi jaminan kepada Gerakan bahawa Umno tidak akan sama sekali menuntut tampuk kepimpinan Pualu Pinang sekiranya Barisan Nasional (BN) merampas balik negeri itu daripada Pakatan Rakyat.



Umno tidak akan menuntut kepimpinan Pulau Pinang malah bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti komponen yang lain atas dasar semangat setiakawan yang telah terjalin sejak 54 tahun yang lalu.




Justeru dengan pengakuan terbuka oleh Najib itu, maka selepas ini orang Melayu Pulau Pinang tak perlu lagi bersusah payah membuat demontrasi menuntut pelbagai isu dengan kerajaan negeri yang ada sekarang. Jika ditakdirkan BN berjaya merampas Pulai Pinang dengan majoriti kerusinya dikuasai oleh UMNO pada PRU13 akan datang, pemimpin negerinya tetap juga di kalangan bangsa Cina.


Dalam hal ini, perkara yang paling menarik sekali masyarakat mahu lihat akan ketegasan PERKASAM yg sering melaung2kan isu BANGSA MELAYU. Selepas kenyataan ini ramai orang Melayu mahu mendengar sendiri ulasan PRESIDEN PERKASAM, Encik Beghaim Ali, apa tindakannya seterus...???



Sabtu, 8 Oktober 2011

BUDGET 2012: UMNO TERUS PINGGIRKAN PENDIDIKAN SEK. AGAMA



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pasti akan dicela oleh sebahagian besar daripada orang Melayu dan umat Islam di negara ini, apabila sengaja meminggirkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam pembentangan Bajet 2012 yang dibuatnya di Dewan Rakyat petang semalam.



Ramai ibubapa terutamanya yang menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan Islam di sekolah terbabit terkilan dengan sikap kerajaan UMNO BN ini. Malah mereka juga terkejut PM selaku pemimpin Melayu yang beragama Islam gagal membela nasib pendidikan Islam yang dipelopori oleh SAR sejak zaman berzaman.



Bayangkan, disaat Najib mengumumkan peruntukan besar sektor pendidikan Dalam Bajet 2012, iaitu sebanyak RM50.2 bilion satu sen pun tidak diagihkan kepada SAR.



Isnin, 26 September 2011

ANTARA FAKTOR MASYARAKAT MEMBENCI POLIS

Seorang Pengulas Tertinggi mengulas isu biadap seorang anggota polis.. di sini.


Ulasannya - Aku simpati dgn si mangsa. aku memuji kamu sebab kau mendisplinkan seorang anggota polis yg tidak berdisiplin. Sepatutnya polis yg utamakan disiplin sebab dalam rekrut diajar dgn disiplin diri. Polis diajar dgn undang2 yg ada. Akta Polis. Kanun keseksaan, Kanun acara jenayah dll. Tetapi bila sudah berkhidmat lain pula yang dibuat, lagak samseng jalanan, kurang ajar dgn masyarakat, peras ugut, Jangan salah guna kuasa wahai polis2 semua. Kalau sudah tidak layak jadi anggota Polis yang berhemah mohon berhenti saja.


ps: salah satu antara berpuluh2 faktor yg menyebabkan masyarakat membenci pihak keselamatan selain daripada beberapa kes yg melibatkan penginayaan semasa demontrasi BERSIH 2.0.

Ahad, 25 September 2011

NAJIB NAIK BAS MACAM DUDUK DALAM HOTEL 5 BINTANG

Buat pertama kalinya dalam sejarah negara seorang pemimpin no. 1 negara telah memecahkan tradisi protokolnya sendiri apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota rombongan telah dibawa menaiki bas menelusuri jalan raya di Perak dalam satu siri lawatan kerjanya itu.

Dengan perasaan bangga yang teramat sangat, Najib berkata tujuan beliau naik bas adalah untuk jumpa rakyat. Dan mesej utamanya ialah nak menunjuk pada rakyat dan nak rasa bagaimana tidak ada protokol antara pemimpin dan rakyat.

Kalaulah begitu hasrat PM kita nie, dari dulu lagi beliau patut berbuat demikian. Paling tidakpun kalu nak rasa sangat tidak ada protokol, beliau patut naik bas seperti gambar di bawah nie, Barulah dapat rasa kepanasan dan betapa daifnya rakyat menaiki sistem bas pengangkutan awam di luar bandar . Bukannya naik bas yg serupa juga duduk dalam hotel 5 bintang.




Kalu nak rasa tidak ada protokolnya, Inilah bas yg sepatutnya Kerajaan Negeri Perak sediakan


Ruang dalam bas yg dikatakan tidak ada protokol, dah macam hotel 5 bintang. Berapalah agaknya KOS UNTUK MENGUBAHSUAI bas tersebut?

Sabtu, 24 September 2011

BELUM TERLAKSANA, DAH NAMPAK KEZALIMANNYA

Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Abdul Razak melaksanakan langkah mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dimansuhkan.

Dalam ucapan sempena Hari Malaysia yang ditunggu-tunggu itu, Najib mengumumkan antara yg mengejutkan ialah rancangan pemansuhan lain termasuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, iaitu peraturan yang ditentang hebat pengamal media negara ini, terutama yang cenderung pembangkang.


Tapi itu rupanya indah khabar dari rupa je apabila satu penerbitan yg dalam proses permohonan (tapi belum lagi memohon) telah di sekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berhubung penerbitan vedio 'UNDILAH'.


Penerbit vedio tersebut, Pete Teo, merasa hairan kerana beliau memang tidak menerima sebarang kelulusan sedangkan beliau tidak pernah memohonnya kepada FCB. Maklumat lanjut ..disini..

Khamis, 22 September 2011

DUBUR SAIFUL ANTARA YG 'TERISTIMEWA' DI DUNIA..?


BERIKUT ADALAH ULASAN SINIS DARI SEORANG PENGOMEN (Bicara Che Wan) POST MALAYSIA KINI YG RASANYA AGAK MENARIK UNTUK PEMBACA. ARTIKEL SEPENUHNYA KLIK ....SINI...



1.REKTUM @ DUBUR SAIFUL BUKHARI BOLEH DIKATEGORIKAN ANTARA JENIS DUBUR YANG PALING ISTIMEWA DI DUNIA... KERANA SEPANJANG ABAD DAN SEPANJANG MASA DUNIA MENGENAL SAINS DAN TEKNOLOGI CANGGIH, HANYA ADA DUA KES REKTUM @ DUBUR ISTIMEWA YANG BOLEH MENYIMPAN AIR MANI SELAMA LEBIH 56 JAM... REKTUM @ DUBUR SAIFUL BUKHARI BOLEH DI CALONKAN UNTUK DIMASUKKAN KE DALAM GUINESS BOOK OF RECORD..

2. KEPAKARAN DUA AHLI KIMIA MALAYSIA DR SEAH LAY HONG DAN NOR AIDORA SAEDON BOLEH DIKATEGORIKAN SEBAGAI AHLI KIMIA PALING HEBAT YANG PERNAH DILAHIRKAN DUNIA KERANA BERJAYA MENGESAN KEHADIRAN DNA DAN SETERUSNYA BERJAYA MENGESAHKAN STATUS DA TERSEBUT SELEPAS 48 JAM DITINGGALKAN SECARA TERBUKA DITAMBAH 56 JAM DALAM BUBUR SAIFUL.. DOA ORANG "PAKAR KIMIA" INI TERSANGAT WAJAR UNTUK DICALONKAN SEBAGAI PEMENANG HADIAH NOBEL 2011 BAGI KATEGORI PENEMUAN SAINS TERKINI

3. HAKIM MAHKAMAH TINGGI ZABIDN MAT DIAH PULA BOLEH DINOBATKAN SEBAGAI HAKIM TERHEBAT DUNIA ABAD INI JIKA BELIAU MEMUTUSKAN UNTUK MENERIMA PENEMUAN INI SEBAGAI PENEMUAN KEDUA DUNIA . PASTINYA JIKA PENEMUAN INI DITERIMA OLEH HAKIM INI, MAKA PENEMUAN INI AKAN DIIREKODKAN DALAM JURNAL2 UNDNAG2 DUNIA DAN AKAN MENJADI PRECEDET CASE DI SELURUH DUNIA... JADI TIADA SIAPA YANG DAPAT MENAFIKAN BAHAWA MALAYSIA MEMPUNYAI KEHEBATAN DALAM SEGALA HAL

UMNO DAH MULA BERCERLARU...MUHYIDIN KINI DISERANG

Blogger UMNO Zaharin Md Yassin – juga Setiausaha Bahagian Bandar Tun Razak mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai anak paria. Beliau dipetik sebagai mengatakan, "Muhyiddin Yassin itu anak paria," tulis Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin yang juga bloger Sang Kelembai dalam laman Facebook (FB) beliau. lagi baca...... di sini

Jumaat, 9 September 2011

MB JOHOR MEBANGGANGKAN DIRI SENDIRI

Kenyataan Menteri Besar Johor, yang melabelkan Mat Indera adalah seorang pengganas seolah-olah MENBANGGANGKAN dirinya sendiri. Pelik dan hairan buku yang diterbitkan oleh kerajaan negeri yg mana prakatanyapun dari dirinya sendiri tetapi seperti tidak tahu hasil kandungan buku tersebut seperti di sini..


Rupanya selama ini beliau sendiri tidak tahu apa yang dia lakukannya dan apa hasil kandungan buku tersebut. Beliau sebagai Menteri Besar sewajarnya ambil tahu kandungan dalam buku itu kerana ia diterbitkan oleh kerajaan negeri. Ia memperlihatkan satu KEBODOHAN seorang pemimpin negeri yg tidak wajar diucapkan dan ini cukup memalukan. MB Johor itu sepatutnya hanya perlu mengatakan kandungan dalam buku itu "ADALAH PANDANGAN PENULIS DAN TIDAK MEWAKILI PENDIRIAN KERAJAAN NEGERI".


Kenyataan beliau itu terang-terangan boleh menjatuhkan kredibilitinya sebagai pemimpin Umno, dan negeri Johor. Mungkin inilah tanda-tanda kariernya sebagai MB Johor bakal berakhir setelah bintangnya sejak akhir-akhir ini agak pudar dan beliaupun sudah tidak popular lagi dari kacamata kepimpinan UMNO pusat yg suatu ketika dulu (era Pak Lah) nyaris tidak dilantik sebagai MB Johor.

Selasa, 6 September 2011

MCA SEPERTI PERLI PEMIMPIN MELAYU UMNO

Naib Presiden MCA Datuk Chor Chee Heung telah menyatakan secara jujur dan ikhlas menunjukkan pendirian rendah diri mereka di sini dan mahu berada di luar Kabinet jika MCA gagal mempertahankan kerusi yg dipertandingkan pada PRU13 nanti. Parti komponen Barisan Nasional (BN) itu seperti menjangkakan prestasi lebih buruk berbanding pilihan raya umum 2008, dan pendirian ini adalah sebagai tanda menghormati komuniti Cina dan bukannya menghukum mereka.


Kenyataan Datuk Chor itu seharusnya dipuji yang menghormati keputusan dan kehendak pengundi sekiranya parti itu tidak dipilih. Kata beliau, adalah lebih penting pemimpin-pemimpin MCA memperoleh sokongan pengundi terlebih dahulu sebelum dipilih menganggotai kabinet kerajaan.


Katanya “Jika tidak boleh menang, bagaimana boleh mendapatkan jawatan dalam kerajaan?” kenyataan beliau itu harus dicontohi oleh sesetengah pemimpin UMNO yang berlumba-lumba untuk mengejar jawatan dalam kabinet walaupun telah tewas dalam PRU dan hakikatnya mereka itu sebenarnya telah ditolak oleh rakyat (pengundi).

Isnin, 5 September 2011

RAKYAT JOHOR SEPAKAT 'MAT INDERA' ADALAH SEORANG PERJUANG



Petikan dari Buku Pengukir Nama Johor yang tercatat nama Mat Indera adalah seorang PERJUANG dan bukanya PERTUALANG.


" Walaupun ketokohan Mat Indera masih menjadi kontroversi, namun ada satu persoalan besar yang perli diberi jawapan sewajarnya. Persoalan kini: Adakah Mat Indera seorang pertualang atau seorang perjuang? Huraian di atas cukup jelas memberikan jawapan yg tepat kepada persoalan ini.

Seperti Dato Maharaja Lela, Tok Janggut, Mat Salleh, Dato Dol Said, Rosli Doby dan lain-lain, Mat Indera seorang yg berani berjuang secara terbuka melibatkan jasmaninya, rohaninya, inteleknya dan emosinya demi bangsa dan negara.

Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertahankan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yg terbelenggu oleh sistem penjajahan.

Justeru, MAT INDERA SEWAJARNYA DIABADIKAN NAMANYA SEBAGAI SEORANG PERJUANG, BUKAN SEORANG PERTUALANG"

Ahad, 4 September 2011

RAKYAT JOHOR TERMASUK MUHYIDIN IKTIRAF PERJUANGAN MAT INDERA?

Mat Sabu kini telah mencetuskan suatu fakta yg tidak boleh dipertikaikan. UMNO dan lain-lain penjuak parti itu dengan merepek merapu sengaja memainkan isu komunis Mat Sabu. Namun hakikatnya ramai yg tidak tahu bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan dan ianya sendiri telah diktiraf oleh Kerajaan Negeri Johor sendiri.


Buktinya sila rujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor di sini.. pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah pejuang yg menjadi isu hangat kini iaitu Mat Indera. Sehingga kini isu Mat Indera menyebabkan pihak polis telah menerima puluhan malah mungkin ratusan laporan polis yg dibuat oleh penjuak2 UMNO untuk mendakwa Mat Sabu Malangnya sehingga kini pihak polis belum lagi bertindak menahan Mat Sabu.



JANGAN TAK PERCAYA..??? Yayasan Warisan Johor sendiri meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.



Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.



Maklumat seterusnya baca lagi di sini... (daripada Jasin Online).

Mashitah.! Ohh.. Mashitah..!




Seorang Pembaca Malaysia Kini yang dikenali 'Pembaca Anti Murtad'telah menulis maklum balas artikel Ustazah UMNO yang comel loteh isu yang bertajuk “Isu Murtad: PAS Pilih JAIS atau DAP?” yang telah disiarkan dalam Sinar Harian pada 12 Ogos 2011.


Dalam maklum balas yg tercatat di sini, banyak persoalan yang ditimbulkan dan Ustazah ini seolah-olah cuba hendak menegakan benang yang basah. Beliau dilihat lebih mencari keuntungan politik dirinya.

Rabu, 24 Ogos 2011

PENEMUAN TERBARU: SAIFUL KENA SODOMI DENGAN 'PLASTIK' PULAK ..??



SEMASA menjalani pemeriksaan di Hospital Pusrawi yang dilakukan oleh Dr Mohamad Osman Abdul Hamid , si Saypool ada mengatakan ianya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun pada masa yang sama beliau juga mengadu ada objek plastik telah dimasukkan ke dalam duburnya seperti maklumat disini .....


Dr yg merawatnya itu mendapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan berkenaan. Namun Dr Mohamad Osman telah mencadangkan supaya Saypool merujuk kepada hospital kerajaan dan membuat laporan polis.

Jumaat, 19 Ogos 2011

TV3 JADI SUBJUDIS KES SAIFUL VS DSAI

Selasa dan Rabu lalu, Mohd Saiful telah mendapat liputan Eksklusif dari TV3 menerusi program berita TV3 Buletin Utama. Dalam wawancara eksklusif itu, beliau menceritakan kesukaran yang ditanggungnya akibat kes liwat itu. Rakaman yang dibuat itu menunjukan seolah-olah beliau memang berada di pihak yg benar walaupun kes beliau masih lagi belum selesai.

Liputan Eksklusif tersebut lebih bersifat subjudis (kacau ganggu pada kes yang belum selesai) sedangkan dalam prosedur mahkamah, tiada siapa yang dibenarkan untuk membuat komen terhadap sesuatu kes yang masih di dalam peringkat perbicaraan.


Inikah yang dikatakan kes yg DILINDUNGI AWAN.?? rakyat Malaya sedang menyaksikan apakah tindakan hakim selanjutnya.? maklumat lanju,t baca lagi...... di sini..

Khamis, 18 Ogos 2011

FATWA2 SEORANG PEMIMPIN UMNO TENTANG HUKUM ISLAM

1. “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”. – Rujukan; Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.

2. Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO) – “Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.


3, Fatwa tentang penyertaan gadis Melayu dalam 'Pertandingan Ratu Cantik':

3.1.
Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997 – Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Tun Dr. Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun dikatakan mengulas: “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.

3.2.
Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 - “Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Allahyarham Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada.”Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”

4. Fatwa tentang hukum 'HUDUD':

4.1.
Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): “Hukum rejam kepada penzina adalah primitif”

4.2. Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor - “Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.”

4.3. Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan - “Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?”

4.4. Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992 – “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

4.5. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994 – “Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik”

rujukan maklumat: di sini

UMNO SEKARANG HANYA JADI TUKANG SOLEK

Isu bacaan Al_Quran di masjid kini telah hangat diperkatakan dan dipolitikkan . Di Kelantan dengan kebanyakan masyarakatnya Muslim mungkin tidak mengira ini sebagai satu masalah tetapi di Pulau Pinang mungkin keadaannya berbeza.


.Yang peliknya sekarang sejak bila pula UMNO beria-ia mahu mempertahankan Islam ini. “Sebelum tangan menggapai ke atas lihat dahulu lantai berpijak Dasar Umno sendiri ialah kebangsaan dan sekular ” kata MB Kelantan, Dato NIk Aziz.


Katanya, Islam tidak pernah ada dalam agenda perjuangan Umno “Justeru apabila kerajaan Melaka melanjutkan tempoh pusat hiburan beberapa bulan lepas tidak ada sebarang suara yang menentang daripada kalangan pemimpin Umno"


Justeru itu kata Nik Aziz "Umno janganlah menjadi tukang solek yang menghodohkan wajah Islam ”.

Baca lagi ....di sini..

Isnin, 8 Ogos 2011

ADA AHLI UMNO SUDAH MULA MENYERANG ROSMAH..




Seorang panganalisis politik terkenal negara berkata, rakyat negara ini melihat isteri PM, Datin Rosmah sebagai lebih menonjol dari PM Malaysia iaitu Najib sendiri. Namun menurut penganalisis tersebut, di Malaysia, rakyat belum boleh menerima isteri seorang Perdana Menteri lebih daripada menteri sebagaimana yang dibuat oleh isteri PM itu sendiri. Layan lagi di sini.... lagi di sini... dan lagi di sini...

Jumaat, 5 Ogos 2011

Dakwaan Anwar Tentang Penglibatan PDRM-ASIASOFT Sebuah Syarikat Israel Mula Nampak Kebenarannya?

Beberapa blog pro-UMNO/BN seperti gerakantimur.blogspot.com, kerisputera blogspot.com darulehsantoday.blogspot.com dan gerakan-anti-pkr.blogspot.com telah mula mempersoalkan penglibatan Syarikat Asiasoft yang pernah ditimbulkan di Dewan Rakyat oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 April 2010. Dakwaan berkenaan adalah berhubung kegiatan individu yang didakwa sebagai ejen risikan Israel.


Ekoran daripada itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) telah mendesak agar siasatan dijalankan ke atas dakwaan berhubung penyelewengan dan penglibatan pihak Israel dalam kontrak di PDRM.. di sini

PENGUNDI HANTU: ADA BUKTI PENGAKUAN DARI 'PATI' PULA...

Ini pengakuan dari anak seorang PATI yang sah menjadi warganegara Malaysia. Beliau mengetahui sendiri cerita ini daripada ayah nya yg suatu ketika dahulu memang seorang PATI. Dia berjaya mendapat taraf warganegara setelah 20 tahun memohon dan hampir 30 tahun berhijrah ke Malaysia daripada Kemboja akibat perang saudara di sana. Apa yang mendukacitakan beliau ialah, ada PATI yang baru sahaja beberapa tahun tiba di negara ini juga turut diberikan taraf warganegara.... baca lagi di sini (dari Tinta Merah MSO).


Rabu, 3 Ogos 2011

PENGUNDI HANTU: TEMBELANG SPR & JPN SUDAH MULA BERBAU..??

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menjelaskan serta menafikan dakwaan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah tetapi didaftarkan sebagai pengundi baru, dan kemudiannya diberikan taraf kewarganegaraan dalam tempoh empat jam di sini .


Sementara itu, Anggota-anggota parlimen Pakatan Rakyat menolak penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa isu pendaftaran penduduk tetap (PR) sebagai pengundi mungkin hanya masalah kemaskini dan menyifatkannya "tidak masuk akal" di sini.


Manakala seorang penganalisis politik dari blog "Merah Tinta" MSO menyatakan "APA dalih dan ke mana lagi hendak melarikan kebusukan, semuanya kini sudah terdedah. Memang sifat dan lumrah kebusukkan itu akan terus berbau menghuduhkan keadaan. Begitulah dengan tektik jahat lagi tidak bermaruah dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam usaha untuk membantu kemenangan kepada UBN secara jahat dan hina. Baca lagi di sini.

Selasa, 2 Ogos 2011

Ada Bukti Sahih, SPR Telah Mendaftarkan Pengundi Rakyat Indonesia..??



Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara. Ia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan disini pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran identifikasi dirinya telahpun direkodkan.


Apakah selama ini rakyat Malaysia benar-benar telah DITIPU? Apakah PENAFIAN SPR kali ini..?? sama-sama kita tunggu...

Isnin, 1 Ogos 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK 1432 HIJRAH

Ahad, 24 Julai 2011

SIAPA SANGKA..?? SEGALA2NYA BERKEMUNGKINAN

Kita perlu berfikir diluar garis-garis kebiasaan. Kita perlu bersedia untuk menghadapi perkara-perkara diluar dugaan.


1. Siapa pernah meramalkan sebelum tahun 1987, bahawa Tengku Razaleigh akan disingkir oleh Mahathir dari Umno…sedangkan Tengku Razaleigh yang membawa Mahathir masuk Umno selepas Mahathir disingkir oleh Tengku Abdul Rahman.

2. Siapa sangka bahawa Anwar akan disingkir oleh Mahathir..sedangkan Anwar bersedia untuk mendakap Mahathir dan meninggalkan rakan-rakannya dalam PAS..malah menjadi musuh Pas. Dan pada tahun 1999, Anwar kembali mendakap Pas selepas disingkir oleh Mahathir.

3. Siapa sangka pada tahun 1999, Tengku Razaleigh yang bermusuhan dengan Mahathir kembali berdakap menentang Anwar yang sebelum itu berdakap dengan Mahathir menentang Tengku Razaleigh?

4. Siapa sangka..Mahathir kembali pada tahun 2008 dan menyerang Abdullah Badawi…Perdana Menteri yang dipilih olehnya sendiri.

5. Apakah tidak mungkin Najib menyingkir Muhyiddin tahun depan?
6. Apakah tidak mungkin Najib menyingkir Khairy Jamaludin tahun depan?
7. Apakah tidak mungkin Mahathir kembali menentang Najib tahun depan?

8. Apakah tidak mungkin Anwar akan dipenjarakan tahun depan?

"Siapa sangka, segala2nya berkemungkinan boleh berlaku....."

Maklumat seterusnya baca lagi dari blog ADUKA TARUNA.... di sini

Rabu, 20 Julai 2011

ANUGERAH 'BEGHAIMALI'. MENDAPAT PUJIAN SEHINGGA LAMAN WEB 'IMPAK' DITUTUP

Laman web Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM mendapati sudah tidak lagi wujud DI SINI berikutan mendapat beberapa 'pujian bidasan' orang ramai ke atas UiTM kerana didakwa mengesahkan anugerah berkenaan. Laman web itu sebelum ini menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh presiden PERKASA itu sendiri memuatkan butiran terperinci anugerah kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu. Impak juga mengumumkan tarikh tutup pencalonan adalah pada 15 September dan akan diberikan pada setiap tahun semasa majlis konvokesyen pada bulan Oktober.

Selasa, 19 Julai 2011

ANUGERAH 'BERGHAIMALI' MEMANG TEPATTT..!!!!


Tindakan UiTM membuka pencalonan bagi 'Anugerah Ibrahim Ali' kepada pelajar universiti itu memang tepat sekali bagi membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu. Penubuhan anugerah itu dikatakan datangnya daripada Ibrahim Ali sendiri dan hadiahnya juga ditaja oleh presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASAM.

Selain anugerah yang dicadangkan itu, difahamkan sebuah Piala Dunia juga akan disumbangkan kepada mereka yang benar-benar berjiwa MELAYU. (TIDAK TERMASUK JAWA ATAU LAIN-LAIN SUKU ATAUPUN MANA2 YANG SEANGKATANNYA TIDAK AKAN DIIKTIRAF MELAINKAN MELAYU YANG TULEN SAHAJA).

"Tak Tahu pulak kalu ada yang membidasnya di sini..... wallahuaalam.!!


Ahad, 10 Julai 2011

BANGLA PUN JADI AHLI PATRIOT ..??


CUBA TENGOK BETUL2 MAMAT NIE...? WA RASA BUKAN SEDARA SEPUPU SEPIPIT REZAL MEERICAN ATAU DATO AZIZ...TAPI MAT BANGLA SEDANG CUTI JALAN-JALAN KAT KL PUN BOLEH JADI AHLI PATRIOT....SYABAS DEHH...!!


Gambar; copy dari blog PakKaramu

1 RUMAH 88 PENGUNDI. INILAH AGENDA SEBENARNYA YG RAKYAT NAK 'BERSIH'KAN

Daftar Pemilih yang baru dikemaskini pada Mei lalu, telah mendapati terdapat seramai 64 pengundi didalam sebuah rumah dan sebuah lagi rumah yang berada dikawasan yang sama boleh mempunyai seramai 88 pengundi. Apa pula penjelasan dari SPR? Adakah inilah agenda sebenar BERSIH 2.0 hendak membersihkan SPR?

Sila klik di sini blog dari 'sungaiderhaka'

Rabu, 13 April 2011

DRAMA LIWAT 2: 'TAK KENAL MAKA TAK CINTA, TAK MENDENGAR MAKA TAK PERCAYA'

DRAMA LIWAT 2: COPY LINK DARI BLOG 'DUNIA CARCA MARBA' YG MENCABAR PARA BLOGGER MENONTON VIDEO INI SEHINGGA KE AKHIRNYA. KEMUDIAN ANDA TAFSIRKANLAH SENDIRI. TAK KENAL MAKA TAK CINTA, TAK MENDENGAR MAKA TAK PERCAYA'. SILA KLIK DI SINI.... 'SELAMAT MENONTON.'

Selasa, 5 April 2011

PDRM TU UMNO PUNYA..?

Polis telah memaklumkan bahawa mereka akan mula menyiasat mengenai penyebaran video lucah itu di You Tube. Sungguhpun dimaklumkan oleh Datuk Eskay bahawa hanya beliau mempunyai salinan video itu – polis mempersoalkan kenyataan itu. Ulasan para bloger di blog... UMNOREFORM

Isnin, 4 April 2011

KLIP VIDEO SEKS ANWAR ADA TERTERA BAHASA SIAM

Siapa tak kenal Blogger yang bernama papagomo? (www.papagomo.com). Sudah tentu lah dia ni adalah merupakan penjuak dan blogger UMNO dulu kini dan selamanya. Papagomo dikatakan telah mula menyebarkannya video sepanjang 1.47 (satu minit empul tujuh saat) yang di tuduh adalah video seks Dato Seri Anwar Ibrahim di dalam blognya.


Macamana klip video tersebut boleh terlepas pada penjuak2 UMNO ni? Sedangkan menurut Mat Siam tu salinan tape ni hanya ada satu sahaja padanya. Aku tak mahu nak bersubahat muat turun video tu. Kalau korang semua mahu tengok pergilah klik ke sini...


ps: Tapi yg peliknya klip video tu ada tertera "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011". Kalu Rahim Tambychik, tak mungkin kerana dia tak tahu berbahasa Thai. Tapi kalu Shazril Eskay, Mat Siam tu sorang rasanya yang tahu segala-galanya..... wallahuaalam.

Ahad, 3 April 2011

TAPE TULEN TAPI SIPERAKAMNYA MASIH BEBAS



Kes klip video DSAI kini masuk fasa kedua dengan makluman yang meyakinkan dari Ketua Polis Negara sendiri bahawa ianya TULEN.


Sesiapapun akan percaya bahawa video itu semestinya tulen kerana ianya dirakam dan jika adapun proses pertindihan (superimpose) ianya juga tidak akan menjejaskan proses rakaman tersebut. Yang menjadi persoalannya siapa yg merakamkan itu yg menjadi pokok kepada siasatan polis sepatutnya.


Apapun kes tersebut telah pun menjadi siasatan pihak polis. Cuma istimewanya kes tentang vidoe seks kali ini jauh berbeza dengan klip asmara CSL yang mana ianya disebarkan secara senyap, dan pihak polis dengan cekap dan tangkas dapat memberkas si penyebarnya yg akhirnya dihukum denda dan penjara.


Berlainan pula kes klip video seks DSAI ini, ianya secara terang-terangan dimiliki oleh individu dan dipertontonkan secara terang-terangan, namun kali ini kecekapan dan ketangkasan pihak berwajib tidak berlaku seperti kes CSL. mmm.... kekadang kita jadi pening dengan kes situasi yg sama tetapi berbeza tindakannya. Apapun hanya rakyat saja yg dapat menilaikannya.

Jumaat, 1 April 2011

KETUA POLIS NEGARA SAHKAN RAKAMAN VIDEO ADALAH 'TULEN'


Ha hah..!! Isu video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang kini bertambah panas apabila Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan bahawa rakaman video adalah tulen. Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti individu dalam klip video berkenaan. Kerja-kerja rakaman itu memang tulen, tapi lembaga dalam video itu yg ramai tertunggu-tunggu akan ketulenannya.

Rabu, 30 Mac 2011

KETUA WIRA 'PERKASA' SERTAI PAKATAN.??


Ketua Wira Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Arman Azha Abu Hanifah semalam telah mengumumkan secara rasmi perletakan jawatannya. Adakah beliau kecewa berjuang dalam badan NGO atau telah bersedia untuk bertarung pula di atas pentas politik?


Beliau pernah mengatakan bahawa PERKASA kurang kekuatan jati diri untuk membela isu Melayu. Mungkin sebab itulah beliau meletakan jawatannya dan merasakan PERKASA yg terkenal sebagai NGO bebas yg memperjuangkan isu2 hal-ehwal bangsa Melayu masih tersekat dalam laluan politik. Selain daripada itu antara sebab lainnya ialah beliau meletakkan jawatan ialah kerana gagal mengetengahkan isu 30% kuota bumiputera.


Khabarnya pula, semasa Perhimpunan Haram & Solat Hajat Perdana di Stadium Melawati, Shah Alam tempohari, Arman dilihat turut sama hadir mendengar ceramah daripada pemimpin2 tertinggi pembangkang khususnya tentang isu porno DSAI yg paling hangat diperkatakan sekarang. Apakah muslihatnya.?? sama2 lah kita tunggu...

Ahad, 27 Mac 2011

ISU VIDEO SEKS DSAI: PENGAKUAN DARI SEORANG BLOGGER UMNO

PENGAKUAN ANUAR MOHD NOR
Ada kalanya keghairahan menyebabkan kita hilang pertimbangan. Kemarahan melampau merugikan. Tindakan terburu-buru juga akan membodohkan dan yang paling dahsyat ialah rangkuman kesemua ini, keghairahan, kemarahan dan tindakan terburu-buru menyebabkan kita melakukan kesilapan yang akhirnya menjadi satu penyesalan.

Hari ini ramai yang membicarakan sama ada video itu benar – melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pendedahan demi pendedahan dilakukan. Persoalan Datuk T sama ada Trio atau hanya individu kembali wujud dengan pendedahan Badrul Hisham Shahrin dan Johari Abdul. Mereka semua dipanggil pada hari pertama menonton secara eksklusif dan berbual dengan Datuk T dan Tan Sri Rahim Thamby Chik.
Baca seterusnya di sini...

Rabu, 23 Mac 2011

PEMBONGKARAN RAKAMAN VIDEO SEKS ANWAR

Ahli Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul, satu-satunya anggota pembangkang yang diberi peluang menonton 'blue film' bossnya telah mengakui terdapat percubaan menggunakan video seks sebagai umpan kepada ahli parlimen Pakatan. Pendedahan itu dibuat pada satu sidang akhbarnya di sini...

Isnin, 21 Mac 2011

BETUL KE, SEBENARNYA ADA 10 SAMPLE DNA DLM DUBUR SAIFUL..??

Ada Fakta yg lebih mengejutkan telah dibongkar di mahkamah, iaitu dakwaan mengatakan ada terdapat sepuluh sampel profail DNA (Deoxyribo Nucleic Acid) yang berbeza pada rektum Saiful. Penemuan ini dikatakan memng segaja tidak didedahkan oleh pihak media?? Setakat ini media arus perdanan hanya heboh mengenai penemuan DNA yang ditanda lelaki Y (male Y) yang hendak dipadankan dengan Anwar. Namun segala spesimen yang didakwa milik male Y, yang diperolehi dari tuala Good Morning dan berus gigi ditolak oleh mahkamah. Benar atau tidak cuba baca lagi di sini....

Ahad, 23 Januari 2011

ISLAM HADHARI DAH JADI ISLAM 'HINDHARI'... JAUHILAH DARI AGAMA ISLAM?



HUKUM AGAMA SANGGUP DINAFIKAN DEMI UNTUK MENCAPAI MATLAMAT MENGHALALKAN CARA. LAUNGAN ISLAM HADHARI TIDAK LAGI KEDENGARAN. ADAKAH INI PUNCA SEGALA MUSIBAH ISLAM SEMAKIN LONGGAR DI NEGARA INI. MAKSIAT PULA SEMAKIN BERLELUASA TANPA ADA PENGUATKUASAAN YG TELUS. PEMIMPIN AGAMA BN YG SEDAR DAN TAHU HUKUM PULA, HANYA BERDIAM DIRI. DEMI KUASA DAN PANGKAT YG TELAH MEREKA NIKMATI, MENTERI AGAMA SANGGUP BERSUBAHAT MEMBIARKAN PEMIMPIN MEREKA MEMPERLEKEHKAN HUKUM HAKAM AGAMA ISLAM.

Khamis, 20 Januari 2011

PILIHANRAYA KECIL KINI DI MELAKA PULA



AL-FATIHA
YB. Datuk Mohammad Hidhir Abu Hasan, ADUN Merlimau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka telah kembali kerahmatullah pada 8.00 malam tadi (20 Jan. 2011) di Hospital Putera akibat penyakit jantung.

Rabu, 19 Januari 2011

SULTAN SELANGOR BERSEPENDAPAT DENGAN KHALID?


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberikan 'lampu hijau' (perkenan) baginda untuk persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang dijadualkan pada 24 Januari ini. Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini mengesahkan baginda telah menandatangani perisytiharan pada 14 Jan lepas untuk persidangan itu diadakan selepas mendapat 'permohonan' daripada pihak Dewan Undangan Negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.
Ekoran krisis perlantikan SUK yang didakwa tidak mengikut prosedur, Justeru dengan kata lain, Baginda seperti bersetuju dan bersependapat dengan cadangan MBnya itu untuk mengembalikan semula kuasa Sultan yang terhakis sewaktu 'krisis perlembangaan' pada 1993 dahulu.

Sabtu, 8 Januari 2011

SEJARAH TIDAK MENIPU, TAPI UMNO YG MENIPU SEJARAH

Fakta tetap fakta dan akan terus menjadi rujukan dan disimpan di dalam lipatan sejarah. Manakala sejarah pula tidak akan MENIPU fakta dan akan kekal terus dalam ingatan kepada generasi seterusnya.
Cuma yang MENIPU ialah mereka yang mengaku mengangkat keris berjuang untuk orang Melayu dan mempertahankan Agama Islam. Inilah fakta PENIPU mereka yang mengaku mereka sahajalah parti politik Melayu yang mempertahankan Isntitusi Raja. Kalu seteru mereka dikatakan 'DERHAKA' tapi apa lagi yg boleh kita anggap mereka nie..?? Layan lagi di sini...

Khamis, 6 Januari 2011

BEGHAIM ALI 'TALAM DUA MUKA'..?





Memang sahlah mereka ni bermuka-muka mempertahankan Sultan dan Institusi Raja Melayu di negara ini . Atas nama Ketuanan Melayu itu jugalah pemimpin-pemimpin ini yang kononnya membuktikan merekalah perjuang sejati yang mempertahankan Kuasa Raja-raja Melayu sehingga ke titisan darah terakhir, rupanya boleh diibaratkan 'TALAM DUA MUKA'.


Kenapa tidaknya, mereka berkokok hanya semata-mata untuk mengaut keuntungan politik mereka. Kalau dulu mereka jugalah yang menentang dan mengugut Institusi Raja seperti buktinya di sini, kini mereka jugalah cuba hendak menjadi JUARA RAKYAT untuk meraih simpati politik dari rakyat, Isu Sultan hanyalah alat propaganda untuk kelansungan politik pemimpin mereka semata-mata.


Rabu, 5 Januari 2011

DEMO PERTAHANKAN SULTAN SELANGOR....HE HE HE GELI BEBENOR TEMAN MENDEGORNYA...

Aduhh.. duhh...he he he he...macam nak terkentut teman membaca blog GAGAP kerana mempertahankan Sultan Selangor. Biasalah UMNGOK nie, memang tak ada perkara lainlah yang nak ditunjukan sokongannya kononya merekalah yang bermati-matian mempertahankan kuasa dan Institusi Raja2 Melayu di negara ini.
UMNGOK memang mudah lupa, sebenarnya merekalah yang telah mencipta sejarah krisis Perlembagaan pada 1993 yang mana memperlihatkan kuasa Sultan dan Menteri Besar telah ditarik balik. Hari ini kat sini mereka juga nak buat-buat mencipta sejarah MEMPERTAHANKAN KUASA SULTAN YG MEREKA HAKISKAN PADA TAHUN 1993 dulu.

Isnin, 3 Januari 2011

KALAU SULTAN DIKATAKAN 'NATANG' ITU BIASA AJE

Kali ini isu SUK Selangor semakin hangat dipolitikkan baik dari pihak kerajaan negeri Selangor mahupun puak2 dari parti politik ataupun NGO yg bertunjangkan UMNGOK. Umumnya semua dah dapat agak, laporan polis dah macam satu kemestian bagi puak UMNGOK apabila satu2 isu itu kononnya menyentuh sensitiviti Orang Melayu dan Raja2 Melayu.

Hari ini Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat laporan polis berhubung kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang dianggap menghina Sultan Selangor dalam laman blognya.

Pengerusi GAPS, Hamizun Khairuddin berkata, Shuhaimi dalam kenyataannya menerusi laman blog http://srimuda.blogspot.com pada 30 Disember lepas didakwa terang-terangan menentang keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memperkenankan pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor yang baru. Tapi umumnya rakyat semua tahu yg Sultan sebenarnya tiada kuasa melantik dan menolak seperti kenyataan di sini.


Tapi cerita yg di Terengganu semasa pemilihan MB seperti dalam gambar di atas, ramai penyokong UMNGOK mengamuk hendakkan DERIS sehingga menimbulkan marahnya kepada Sultan/Agong tidak pula mereka membuat laporan polis dan bahasa yg kesat (BINATANG)secara terang2an itu tidak pula dianggap MENGHINA RAJA2 MELAYU. Inilah sebenarnya sikap TALAM DUA MUKA UMNGOK.

Isu SUK selangor: Khusrin Munawi seperti 'HidungTak Mancung Pipi Tersorong2'


Khusrin seolah-olah seperti "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" apabila menerima pelantikan SUK Selangor. Apabila MB Selangor membuat keputusan untuk memboikot majlis angkat sumpah Khusrin dan enggan menerima kehadiran Khusrin dalam majlis kerajaan negeri selepas bertemu dengan Baginda Sultan. Buntut Khusrin sepatutnya sudah mulai panas apabila duduk di kerusi pejabat SUK Selangor.
MB Selangor dijangka akan mengadakan sidang dewan undangan negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang.
Keputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, di mana baginda bertitah beliau 'tidak mempunyai kuasa' untuk menerima ataupun menolak perlantikan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan, Berita ini juga membuktikan bahawa sudah terang lagi bersuluh bahawa kuasa Baginda Sultan telah dirampas oleh UMCO si "penderhaka sewaktu krisis Perlembagaan pada tahun 1993".
Hasil krisis dan pindaan Perlembagaan itu, Baginda Sultan kini TIDAK MEMPUNYAI KUASA untuk menolak atau menerima pelantikan yang dibuat oleh SPA. Bukankah situasi ini menunjukkan bahawa baginda seolah-olah berada dalam era penjajahan British?
Jadi, siapa penderhaka, siapa yang menjadikan sultan seolah-olah "boneka", UMCO atau PAKATAN RAKYAT!?
catatan p/s dari: blog:duniacacamarba

Ahad, 2 Januari 2011

ISU AURAT: USTAZ JAMIL KHIR BAHAROM YG KONGKALIKONG

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata orang bukan Islam termasuk ahli politik tidak dihalang memasuki masjid tetapi adabnya seperti etika berpakaian perlulah dihormati. Beliau mengulas tindakan anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang berpakaian ketat ketika bersenamrobik di perkarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor baru-baru ini, dengan tegasnya beliau berkata di sini .

Jamil Khir menegaskan "sepatutnya semakin kita masuk ke dalam masjid tu semakin mendekatkan kita dengan Islam, semakin faham dengan Islam. Tapi apa yang berlaku ini terbalik, semakin masuk semakin nampak tak faham, semakin menyakiti orang lain."

Rupanya Pak Jamil selama nie....Ustaz KONGKALIKONG je rupanya. Cakap tak serupa bikin. Buat teguran berpilih-pilih. Sayang Pak Jamil ni, BERANI BUKAN KERANA BENAR. Kalau tidak kenapa beliau tidak berani menegur Wanita Pertama Malaya seperti dalam gambar di atas yg terang2 tidak menutup aurat dan melanggar peraturan dalam masjid ?? Macamana Pak menteri Ugama kita??

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN