Khamis, 30 Oktober 2008

1 ZULKAEDAH BERMULANYA LAMBAIAN KAABAH..

Hari ini 1 Zulkaedah 1429 Hijrah, maka bermulalah perjalanan umat Islam mengunjungi rumah suci Allah 'Kaabah' di Kota Makkah. Seluruh umat Islam tanpa mengira darjat dan pangkat akan berkumpul untuk menunaikan satu tujuan hanya untuk Allah SWT.


"لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لاَشَرَيْكَ لَكَ."
“Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada perintah-Mu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu kami sahut seruan-Mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan, kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu.”

Begitulah seruan ibadah haji ini merupakan galakkan kepada umat Islam untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan dalam masa yang sama ia mengajak supaya bekerja dan mengumpul keperluan perbelanjaan untuk ke Baitullah serta untuk keperluan harian yang lain. Kepada semua kaum muslimin dan muslimat di negara ini diucapkan 'Selamat Jalan dan Selamat Menjalani Ibadah Haji'. Bagi yang belum mempunyai kemampuan seperti Kulat, kita masih ada lagi masa untuk mengumpulkan perbelanjaan bagi menunaikan fardhu haji dan yang penting mesti ada niat yang tersemat dihati. Wallahualam.

Kulat: Masih lagi mengumpul duit. Kekadang rasa irihati juga kepada rakan2 yang seusia telahpun dapat melaksanakan rukun Islam yang ke Lima itu. Apapun ku pohon jua kepadaNya semoga aku, isteri dan anak-anakku di anugerahkan kesihatan yang baik serta permudahkan kami sekeluarga untuk menyahut panggilan Kaabah pada suatu hari nanti. Insyaallah.

9 ulasan:

sumandak bayu berkata...

Salam Kulat

Tuah manusia kita tak tahu bila kita dapat menziarahi KAABAH..... jelez orang pi sana memang ada.... tapi tawakal dan usaha serta doa kunci segala-galanya....

Sarfarizmal Saad berkata...

Salam Blogger,

Semoga terus mengekalkan penulisan HEBAT Tuan ini dalam dunia politik yang serba mungkin ini.

Saya sentiasa akan melawat blog Tuan dari semasa ke semasa.

Semoga hubungan blogger ini akan berkekalan dalam mencambahkan lagi pengetahuan, sokongan dan pengajaran.

Salam ziarah blog anda yang HEBAT ini.


Ikhlas,

Sarfarizmal Saad
http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com

kulatlapok berkata...

salam Blogger:

1. SUMANDAK BAYU;
Kita mesti ada usaha dan
niat untuk kesana, selebihnya
doa dan dengan kehendakNYA.

2. SARFARIZMAL SAAD:
Blog 'Cendawan MALAYA' yang
sebenarnya tidaklah SEHEBAT
mana seperti yang sdr.
bayangkan. Apapun terima kasih
kerana sudi menziarah. Saya
lihat penulisan sdr. lebih
hebat. Memang ada gaya
kempimpinan. Teruskan usaha
kempimpinan anda yang lebih
banyak peluang pada masa
hadapan.

man_helang berkata...

insyaallah bro...slow2 nanti tercapai la niat murni ko tu...

mountdweller berkata...

Saudara,

Jangan saudara cemburu atau kesal kerana duit masih tidak cukup. "Allah kata jadi, maka jadilah" Rumah Allah, tunggulah jemputannya.

Doakan mereka yang berpeluang lebih dulu itu supaya hendaknya janganlah mereka pergi tengok batu, keliling batu dan lempar batu...dan sujud atas batu serta cuim batu.

Insya Allah.

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku,

Mak Cik doakan, InsyaAllah swt kamu sekeluarga sihat sejahtera, hidup sentiasa dalam Berkah dan Rahmatnya.

Dan InsyaAllah, akan bakal menjejakkan juga kaki di Tanah suci sebagai Tetamu Allah swt. Amin!

kulatlapok berkata...

salam blogger:

1. MAN-HELANG:
Lama tak dengor kabor ko, terima kasih bro, niat tu memang ada, ongkosnya je yg kantoi.

2. MOUNTDWELLER:
Cemburu tetap cemburu Tuan, tapi biorlah dema yg dah berkemampuan jalan dulu, teman ni selalu isi duit kat tabung haji, pas tu korek balik masa dah hujung, tu yg kantoi tu..

3. MMAKCIK MELAYU ANGKAT:
Tima kasih Makcik, moga berkat doa dan harapan Makcik, Sang Kulat akan terbang jua ke sana, Bila? hanya waktu yg menentukan. Pokoknya tabungannya jangan selalu dikorek...(bila bab tabung je, memanglah kantoi..) Wallahualam.

Kerajaan Rakyat berkata...

Salam Saudara Kulat,

Dengan segala kebesaran dan atas sifat pemurah NYA, insyaALLAH niat saudara akan dipenuhi NYA.

Berusaha. Berdoa. Bertawakkal.

Salam takzim

.

kulatlapok berkata...

salam Kerajaan Rakyat:

Terima kasih titipan Tuan.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN