Ahad, 28 Februari 2010

MB SELANGOR DAPAT KEISTIMEWAAN DALAM AKHBAR UTUSAN?



Hah haa... terkejut juga aku tengok, gambar MB Selangor bukan main besar lagi dalam iklan poster akhbar Utusan Melayu pada 26 Februari. Seperti macam tidak percaya. Aku pasti akhbar tersebut memang tidak tersilap pastekan gambar Tan Sri Khalid? Ada strategi baru ke??

Setahu aku, MB Selangor ni, memang menjadi sasaran akhbar ini untuk dijadikan sebarang isu? Baru2 ni beliau baru saja kena hentam dek akhbar penjuak ni kerana isu menurunkan poster gergasi PM oleh MPK di Kelang sempena sambutan Tahun Baru besar-besaran yang dihadiri oleh PM sendiri di Kelang. Tapi kali ni, agak ganjil sedikit, MB Selangor ni diberi keistimewaan (penuh satu muka) dalam akhbar ini bagi meraikan perayaan Chop Goh Mei di i-City, Shah Alam semalam (27 Februari).
Rata2 dari makluman yang aku terima, ramai yang musykil dengan keikhlasan dan tindakan akhbar ini. Agak jarang rasanya pemimpin2 pembangkang mendapat tempat iklan seperti ini dalam akhbar milik seteru PR ini. Kalau adapun yang tersiar hanyalah isu2 yang memberi keuntungan kepada pihak pemilik akhbar itu sendiri. Apa strateginya, hanya orang dalaman Utusan ini sahaja yang tahu. Wallahuaalam

Sabtu, 27 Februari 2010

IkutSukaAku - Isa: Terlatest: Sepol Putus Tunang...????

IkutSukaAku - Isa: Terlatest: Sepol Putus Tunang...????

WARGA KOTA YG LEBIH DAIF DARI WARGA LUAR BANDAR

Sukar dipercayai, masih ada rakyat negara ini yang hidup bergelandangan di ibu kota. Ingatkan warga Bangla yang bergelimpangan tidor di bawah jambatan, rupanya mereka adalah warga kota yang bertaraf WARGANEGARA. Ada tu siap dengan berkeluarga lagi bersama dengan anak2 yang masih kecil. Kehidupan mereka dilihat lebih daif, berbanding dengan masyarakat luar bandar walaupun hidup susah namun sekurang2nya mereka masih lagi ada tempat berteduh walaupun layak dipanggil pondok buruk dan boleh lagi mencari makan hasil dari kampung.

Apa yang paling menyedihkan yang digelar WARGAKOTA ini ialah mereka sanggup menyelongkar sampah di premis2 makanan segera untuk mengutip sisa2 makanan demi untuk mengalas perut untuk mereka, anak2 dan keluarga golongan yang tidak berumah ini. Namun bagi mereka, mungkin itu lebih baik daripada mereka melakukan kerja2 yang melanggar undang2. Itulah sebahagian kehidupan taraf WARGAKOTA. Kesiann... Wallahuaalam.

Jumaat, 26 Februari 2010

RUPANYA INDIA MUSLIM YG MENAIKAN MARTABAT ISLAM P.PINANG, BUKAN MELAYU?



Seorang bukan Melayu tidak boleh bertukar menjadi Melayu. Itu memang hakikat. Tapi hakikat yang ramai orang tak tahu ialah tentang yang mengangkat sedikit sebanyak nama orang Islam di Pulau Pinang bukanlah Melayu tetapi 'India Muslim' di sini.

Baru kita semua tahu, rupa-rupanya Pak Lah, Anwar Ibrahim, Tun Abdul Rahman Abas, Haji Abdullah Fahim, Haji Ahmad Badawi, Haji Hamdan Sheikh Tahir - dan ramai lagi tokoh Pulau Pinang yang lain - bukanlah Melayu, tetapi India Muslim belaka.

Keh keh keh... Melayu Pulau Pinang kalau gitu takleh nak banggakan sangat lambang UMNO. Mereka patut letakkan lambang KIMMA atau Perjuangan Bangsa India/Melayu Muslim semasa berdemontrasi tempoh hari. Kesiann.. lembu punya susu sapi yang dapat nama. Rupanya selama ni juga, ramai Melayu Pulau Pinang tertipu dengan demontrasi menentang Lim Guang Eng hanya semata-mata dia berbangsa Cina dengan dakwaan Ketua Menteri itu menindas bangsa Melayu di Pulau Pinang.

Namun hakikatnya Melayu Pulau Pinang memang sudah berpuluh tahun ditipu. Apa tidaknya, sejak dari dahulu lagi, Ketua Menterinya memang diperintah oleh bangsa Cina hasil dari perancangan UMNO sendiri. Apapun sambutan Maulidur Rasul di P.Pinang telahpun diadakan di sini. bersama dengan Guan Eng sekali. Adakah kehadiran Guan Eng tu juga nanti akan jadi isu umat Melayu P.Pinang?? Fikirkanlah, mana yang boleh mana yang tidak.... Wallahuaalam.

Rabu, 24 Februari 2010

HAH! INILAH BARU DIKATAKAN 5000 YG HADIR.!!



Minggu lepas, aku ada entrikan di sini isu sebuah akhbar penjuak yang rakyat menjadi HAIRAN membacanya bila melaporkan LEBIH 5000 RAKYAT KELANTAN HADIR mendengar ceramah isu berkaitan Royalti Minyak Kelantan anjuran UMNO/NGO.
Hah..! tapi yang ni pulak kalau dilihat seperti dalam gambar ni, lagi pembaca naik HAIRAN. Kenapa tidaknya, ceramah "Maulidur Rasul dan Isu-Isu Semasa" anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Mini Pasir Mas, Kelantan semalam sekali lagi berjaya menghimpunkan ribuan audience yang hadir dari kawasan sekitar (ada juga yang datang jauh dari Gua Musang dan Kuala Krai bersama seisi keluarga) dan dianggarkan hampir 7 ke 8 ribu yang hadir di sini malam semalam . Inilah baru dikatakan kalau nak menipu pun jumlah yang hadir, gambar diatas sudah cukup membuktikannya.

Isnin, 22 Februari 2010

EKSKLUSIF: BATU PAHAT DAH KENA PAHAT SAMPAI GONDOL.

Haa.. ha... ini story memang betul-betul real punya. Dulu rakyat manyak malah sama kelajaan Malaya pasal itu PULAU BATU PUTIH terlepas kat tangan olang lain. Tapi kali ini pulak, Johor punya negeli memang BATU punya celita talak habis punya. Kali ni sebuah Daerah yang namanya BATU PAHAT memang BETUL-BETUL dah kena PAHAT. Dah sampai naik botak dibuatnya semua batu-batu yang telah diPAHAT di BATU PAHAT. Berita EKSKLUSIF ini telah disiarkan oleh TV3suku malam tadi ( klik pada vedio) 20 Februari.

Difahamkan batu-batu yang diPAHAT di Hutan Simpan Minyak Beku, luasnya lima kali ganda saiz padang bola. Fuhh yoo..!! besaunya. Tapi mereka dah lama beroperasi dan dah hampir togel kawasan batu tersebut dibawa ke negara jiran. Kerajaan negeri pula dikatakan tidak memungut cukai kira2 RM500,000 setahun hangus begitu saja. Pejabat Daerah dan Tanah Daerah pula dikatakan mengenakan caj hasil cukai tanah dengan kadar yang terlalu rendah.

Adakah isu ini diluar pengetahuan MP Batu Pahat, Y.B. Dr. Hj. Mohd Puad bin Zarkashi?? Sama-sama kita tunggu, apa kata beliau.??

Ahad, 21 Februari 2010

Berita Harian jadi HAIRAN, 500 JADI 5000??


Semalam satu Ceramah Perdana anjuran NGO Kelantan (tapi kerjasama UMNOlah jugak) berkaitan Royalti Minyak, Antara Politik atau Hakikat telah diadakan di perkarangan bangunan UMNO Kelantan di Kota Bharu.
Sebuah akhbar perdana yang rakyat menjadi HAIRAN membacanya ialah melaporkan disini LEBIH 5000 RAKYAT KELANTAN HADIR. Pehh..!! Kalau seramai itu yang hadir rasanya ianya boleh memenuhkan separuh Stadium Sultan Mohamamad. Namun malam tu, inform yang diterima, cuma lebih kurang 500 saja yang hadir. Itupun banyak lagi kerusi dan ruang-ruang yang lompong. Khabarnya juga mereka yang hadir adalah ahli2 UMNO dari seluruh bahagian/cawangan di Kelantan telah diangkut beramai2 ke ceramah tersebut.
Menurut sumber lain yang diterima, kalau dari logik akalnya mana mungkin perkarangan pejabat UMNO tersebut dapat memenuhi semua ruang legar tersebut dengan jumlah kapasiti 5000 orang? Kalau ada padang mungkinlah juga. Ramai juga pembaca BERITA HARIAN menjadi CERITA HAIRAN. Kompius! kompius!

AKHBAR PERDANA JAJA KISAH 'HOMOSEKSUAL'??



Sebuah akhbar perdana sejak kebelakangan ini semacam galaknya menceritakan kisah golongan songsang. Dalam bulan (Februari) ini saja dua rencana mengisahkan tabiat sodomi telah dikeluarkan oleh sebuah akhbar yang dikatakan paling meloyakan. Penulis ni nampaknya begitu cenderung dan prihatin dengan gejala tabiat songsang masyarakat negara ini dengan dua kali artikelnya kisah yang sama telah disiarkan di sini dan satu lagi di sini . Mengikut dari pengamatan pembaca, tindakan akhbar ini dipercayai berikutan dengan prosiding kes DSAI yang sedang berjalan sekarang.
Tindakan penulis ini mungkin ada niat yang baik untuk memberitahu masyarakat tentang bahayanya tabiat budaya gay ini yang semakin menular dalam masyarakat negara ini. Mungkin juga ada niat disebaliknya akhbar ini begitu galak menyiarkannya kisah sodomi bagi mengingatkan kepada penyokong2 DSAI betapa bahaya jika ada pemimpin yang mengamalkan budaya gay seperti dalam artikelnya.
Namun begitu, apa gunannya kalau asyik menceritakan saja bahaya tentang budaya ini, sedangkan HAKIKATNYA KERAJAAN sendiri TIDAK MEMBENDUNGNYA budaya ini yang telah lama MENULAR DI DEPAN MATA SENDIRI.??

Jumaat, 19 Februari 2010

3 NEGERI LAK IKUT JEJAK GUAN ENG, APA LAGI KOMENLAH..?



Dengar khabar ada 3 negeri akan mengikut jejak Guan Eng membatalkan perarakan Maullidur Rasul? Negeri tu khabarnya ialah Perlis, Johor dan Pahang iaitu tiga negeri yang sejak dahulu diperintah oleh BN, khabarnya juga telahpun mengumumkan tidak akan mengadakan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini.
Perarakan Maulidur Rasul ni telah menjadi satu isu besar sehinggakan ada Pemimpin Katak yang kuat PERKASA dikatakan sanggup melompat ke Pulau Pinang untuk demontrasi memperjuangkan nasib orang Melayu di sana disamping tu juga dikatakan memperjuangkan nasibnya yang entah dipakai lagi entah tidak pada PRU13 nanti.
Dengar khabar lagi isu yang menjadi hangat yang dihangatkan lagi oleh UTUSAN MELOYAKAN setakat ni juga telah memperbesar2kannya termasuklah TV3SUKU KOMEN2 DARI PEMIMPIN UMNO DAN NGO. Ada dengar cerita juga, semasa membuat komen itu mereka lupa Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika diperintah BN pada tahun 2003, 2004 dan 2005 juga tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul. Alamak??? Betul ke tu...???
KALAU MACAM TU... MASYARAKAT JUGA NAK TAHU DAN DENGAR SENDIRI KOMEN2 DARI MEREKA YANG TELAH BUAT DEMO DAN MENGOMEN SAMPAI RENTONG KERAJAAN PULAU PINANG. HAH..?? APA LAGI SILAKANLAH KOMEN PULAK KEPUTUSAN YG TELAH DIUMUMKAN OLEH 3 NEGERI TU.?? KOMEN, KOMEN JANGAN TAK KOMEN..!!
JADI PERKASA, TAK PA!! JANGAN SAMPAI JADI PERKASAM SUDAH..hiks! hiks! hiks.!! haruuu...

Rabu, 17 Februari 2010

KEPUTUSAN HAKIM SIGNAL UNTUK DSAI, BELIAU BAKAL 'KECUNDANG'

Keputusan sebulat suara yang dibuat oleh tiga panel hakim itu seperti memang sudah dijangka oleh ramai pemerhati dan penyokong Pakatan Rakyat. Keputusan ini seolah-olah sebagai signal untuk DSAI bahawa kali ini beliau tidak akan terlepas justeru mereka akan terus menganyangnya habis-habisan.
Hakim telah memutuskan iaitu perbicaraan liwat DSAI hendaklah diteruskan meski pun ada bukti dokumentari dari tiga doktor pakar bahawa tidak ada tanda ‘tusukan’ (penetration) ke dalam saluran terowong Mohd Saiful Bukhari Azlan. Dengan keputusan itu, Anwar bakal melalui laluan sukar untuk menghadapi pakatan kosnpirator yang didakwanya cuba untuk menimbus karier politiknya

Selasa, 16 Februari 2010

UNTUNGNYA MOHD BAKRI DILANGGAR OLEH ADUN DAP

Mohd. Bakri, seorang pelajar UiTM antara insan yang paling beruntung kerana kisahnya dilanggar oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim telah disensasikan oleh akhbar paling Meloyakan tekak pembaca setakat ini. Akibat dari insiden tersebut, nasib Mohd Bakri kini serta merta berubah kerana UMNO Selangor akan membantu beliau disini.
Nasib Mohd. Bakri memang bertuah ini kerana malapetaka yang menimpa beliau ialah disebabkan oleh orang politik dari pihak pembangkang. APALAH JADI NASIBNYA JIKA INSIDEN INI TIDAK MELIBATKAN SESEORANG DARI PARTI POLITIK PEMBANGKANG?? Jawapannya cukup mudah.....sudah tentulah beliau akan menanggungnya sendiri dan jangan haraplah ada bantuan seperti yang dilakukan oleh UMNO Selangor tu. Sebelum ni banyak insiden kemalangan yang dilaporkan berlaku, kenapa UMNO Selangor tak bekejar memberi bantuan? Jawapan yang mudah untuk difikirkan...

Jumaat, 12 Februari 2010

KAPAL SELAM YG TAK BOLEH SELAM

Kapal selam Scorpene buatan Perancis dengan kerjasama Sepanyol yang diperolehi negara ini adalah merupakan kapal selam tempur berenjin diesel antara paling canggih di dunia buat masa ini.
Tapi malangnya, kecanggihan yang dikatakannya itu tidak seperti yang digambarkan sehinggakan kapal selam tersebut tidak boleh menyelam atau gagal diselamkan.
Ini kerana kapal yang berharga berbillion ringgit itu telah mengalami kerosakan di sini biarpun belum setahun usianya dibeli. Pelik betul ATM ni, ada jet pejuang, enjinnya dihilangkan, ada kapal selam pulak, baru beli tak sampaipun setahun dah pun rosak. Kesiannn.....

Rabu, 10 Februari 2010

BEKAS HAKIM CURIGA KEPUTUSAN 5 HAKIM



Tiga isu utama yang menjadi asas mengapa Nizar sanggup bermati-matian mempertahankan haknya sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Tiga isu itu jugalah yang menjadi asas keputusan Mahkamah Tinggi pada 22 Mei lalu memberikan keputusan bahawa Nizar masih sebagai MB Perak yang sah sebelum dipintas oleh Mahkamah Rayuan yang memberi keputusannya tidak sampai dalam masa 24 jam.
5 Hakim yg menjawab isu tersebut telah menimbulkan kecurigaan seorang bekas hakim di sini yang mempersoalkan logik atas alasan mahkamah ke atas salah satu kes yang paling kritikal untuk mempengaruhi perundangan tertinggi negara - perlembagaan.

Selasa, 9 Februari 2010

SAH ZAMBRY JADI MB NIZAR AKHIRNYA JADI 'END' B


Dr. Mohd Nizar telah menerima pukulan KO 5-0 apabila keputusan mahkamah petang tadi telah memihak kepada Dr. Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Dengan keputusan itu, Nizar tidak boleh lagi membuat sebarang rayuan. Namun begitu beliau dibenarkan hanya membuat semakan keputusan mahkamah.
Keputusan yang telah dijangkakan ini mengakhiri episod perebutan kuasa yang pertama kali dalam sejarah Malaya yang melibatkan Istana dan juga terciptanya sejarah prosiding rayuan mahkamah paling singkat pernah dilaksanakan iaitu tidak sampai 24 jam ianya diterima.
Apapun keputusan telahpun ditentukan dan apa yg diharapkan Dr. Mohd Nizar tidak seharusnya merasa kecewa dan perlu menerimanya dengan hati terbuka. Pihak Pakatan Rakyat perlu berusaha lebih kuat lagi bagi membuktikan Parti Pakatan Rakyat menjadi pilihan rakyat Perak pada PRU13 nanti. Manakala Dr. Zambry pula masa untuk bekerja untuk rakyat perlu dilaksanakan segera dan segala peruntukan perlulah adil kepada semua rakyat Perak tanpa mengira kaum dan fahaman politik.

Isnin, 8 Februari 2010

9HB, ZAMBRY MB PERAK YANG SAH..


Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir semalam berkata beliau reda apa saja keputusan mahkamah Selasa ini berhubung Menteri Besar Perak yang sah di sisi undang-undang. Beliau yakin keputusan mahkamah pada 9hb ini (selasa) dijangka akan berpihak kepada kerajaan BN yang mana sebelum ini telah menerima perkenan dan sokongan kuat dari pihak Istana. Namun katanya beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu kerana apa yang lebih penting sekarang menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar seperti yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.
Semalam 6hb Februari (Sabtu), genaplah setahun Si Zambry Abdul Kadir mengetuai pimpinan negeri Perak sebagai Menteri Besar Perak yang penuh dengan kontroversi. Selepas mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan, beberapa akhbar penjuak BN semalam telah mewar-warkan dan ada yang sehingga empat muka penuh tentang kejayaan MB pilihan Istana ini kononnya berjaya melakarkan kejayaannya menerajui Perak dengan KPI yang cemerlang dalam tempoh setahun seperti di sini.
Apapun siapa MB Perak yang sebenar, Zambry dan Nizar perlu menerima hakikat yang mana di antara mereka salah seorang perlu berundur dan menghormati keputusan yang akan diumumkan nanti. Jika berpihak kepada BN, Pakatan Rakyat perlu berusaha merampas semula Perak mengikut saluran yang lebih gentleman pada PRU13 akan datang bagi membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat adalah pilihan sebenar rakyat Perak pada PRU12.
Manakala jika ianya berpihak pula kepada Pakatan Rakyat, mahkamah telah membuktikan bahawa kerajaan BNlah yg sebenarnya telah merogol undang2 Tubuh negeri Perak dan ianya seolah-olah seperti signal dan peringatan agar BN perlu perlu merampas Perak dari konkongan Pakatan Rakyat dengan cara yang sah melalui proses demokrasi. Wallahuaalam.

Sabtu, 6 Februari 2010

AYOO... SI SAIFUL ADA CECAIR KY JELLY??



Fuhhyooo..!! Rupanya si Saiful ada simpan cecair pelincir jenama KY Jelly kat sini. Sapa punya tu?? Anwar punya ke atau memang stok dia?? Nampaknya prosiding sodomi ni menjadi bertambah menarik. Pelbagai aksesori seksual mula terbongkar satu persatu. Tapi sayangnya Anwar lak khabarnya tak pakai kondom. Tu yg habis bertakung selama 2 hari dalam juburi si Saiful tu sehinggakan tak berak2 selama 2 hari katanya. Tapi rasanya budak si Saiful tu sesekali mungkin ada juga terkentut bagi buang angin. Kalau tak kuat bunyi poootttttt ..!! mungkin perlahan je pisss...!! Kalau tak nanti kembung pulak perut dia tu.

Rabu, 3 Februari 2010

SODOMI: SAIFUL SEMACAM ADA RELA DLM PAKSA??

Selepas keluar dari bilik air, Si Saiful nampak DSAI hanya bertuala sahaja sedang duduk di hujung penjuru katil sedang menunggu beliau untuk diajak ehem..ehem.. dan Si Saiful kata diapun bertuala juga di sini?? Auuwww...!! Tak rela I you..!
Dari cerita si Saiful ni, nampaknya dua insan ni macam dah stanby. Nak kata paksa tapi boleh pulak bertuala je. Nak kata rela tapi dah dijadikan kes pulak? Hiks..! pening dan musykil story sodomi Si Saiful ni. Rela ke paksa ke? Apapun kes yang di anggap berprofail tinggi ni dah pun ke mahkamah dan yg hanya nak dengar ialah pertuduhan dan penafian. Namun di sini ada fakta penting yg perlu kita renungi bersama.
Tapi kebiasaannya banyak kes2 yang melibatkan rogol atau sodomi ni adalah bergantung kepada sifat terima dan tolak. Ianya ibarat orang memasukan benang dalam jarum. Perbuatan ini memerlukan sifat kerjasama antara dua tangan iaitu satu tangan memegang jarum dan satu tangan lagi memegang benang yang siap untuk dicucuk pada lubang jarum. Benang itu pula biasanya dihisap sedikit dengan air liur agar ianya basah dan tegang supaya mudah untuk disodokan pada jarum yang sedia berlubang itu.
Kalau kita fikirkan pada akal, iaitu tanpa kerjasama kedua-dua tangan tadi adalah mustahil benang yang basah lagi tegang itu tadi boleh dicucukan pada jarum yang sedia berlubang itu. Tapi jika kedua-dua tangan tadi memainkan peranan, dengan mudah je benang tersebut disodokan pada jarum tersebut walaupun lubangnya yg agak sempit. Lu fikirlah sendiri..!! Wallahuaalam.

TV3suku BERI RUANG PADA SAIFUL

Setahu aku sekiranya plantif atau defendan berada di perkarangan mahkamah, apatah lagi mereka ini akan melalui proses peerundangan, kedua-dua mereka ini biasanya dilarang untuk ditemuramah oleh wartawan semasa dalam proses mahkamah. Tapi kali ini, rasa peliknya plantif ini diberi ruang oleh TV3suku untuk meluahkan sedikit harapan kepuasan plantif yang akhirnya termakbul juga yang menyatakan sudah cukup BERSEDIA kali ini untuk menganyang DSAI DI mahkamah yg didakwanya telah merobek lubang anunya sebelum ini. Wallahuaalam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN