Khamis, 31 Disember 2009

SELAMAT 'BERPESTA' MALAM JUMAAT

Tinggal tidak berapa jam lagi detik-detik menghitung tepat waktu jam 12 malam bakal melabuhkan tirainya pada pagi ini dan suasana yang pastinya gamat itu akan disambut serentak oleh seluruh penghuni dunia.
Tidak ketinggalan acara majlis Yahudi itu akan disambut juga oleh rakyat negara ini yang pastinya gamat dengan sorak serta laungan 'Happy New Year 2010'. Dunia seakan bergegar dek sorakan penghuninya menyambut kedatangan tahun baru 2010.
Malam ini (malam Jumaat), Kerajaan Islam Hadhari bakal menghidang majlis tetap iaitu konsert hiburan untuk dihidangkan kepada semua rakyat Malaysia berpesta seperti di sini tak kira bangsa dan agama. Sesungguhnya yang terpalit sama ialah anak-anak bangsa Melayu yang beragama Islam akan turut sama terlonjak-lonjak mengikut rentak muzik sambil ditangan mereka memegang minuman iblis dan asap-asap rokok yang mengasyikan.
Apa yang pastinya malam ini adalah suatu majlis sambutan yang mendapat restu dari pihak berkuasa dan sesungguhnya juga mereka yang tidak berdosa terpaksa bersubahat seperti pengawal-pengawal keselamatan, anggota-anggota penguatkuasa beragama Islam yang terpaksa bertugas sehingga awal pagi mengawal pesta agar iannya terkawal.
"Ya Allah, ampunilah pemimpin2 kami, ampunilah juga mereka yang tidak berdosa yang terpaksa menjalankan tugas kewajipan mereka. Rahmatilah negara ini agar tidak Engkau turunkan bencana akibat perbuatan pemimpin2 dan segelintir rakyat negara ini" Wallahuaalam.

IBU NEGARA SIAP SEDIA SAMBUT 'PESTA MAKSIAT' 2010

Beribu-ribu warga dijangka membanjiri beberapa tempat popular untuk berpesta dan menghitung detik-detik ke tahun baru. Persiapan di Dataran Merdeka bagi menyambut kadatangan tahun baru hampir 90 peratus hari ini untuk konsert 'Ambang 2010 Kuala Lumpur' anjuran kumpulan AmBank dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Konsert yang akan menampilkan artis-artis popular tanah air seperti kumpulan Hujan dan Bunkface serta Amy Search dijadual bermula pukul 8.30 malam. Tahun ini, penonton dijangka hadir tidak kurang daripada 20,000 orang kata seorang juruteknik DBKL yang bertanggungjawab atas persiapan itu. Acara kemuncak pada malam itu ialah pertunjukan bunga api tepat pukul 12 tengah malam. Di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pula, sambutan juga dijangka meriah seperti tahun-tahun lepas bermula 7 malam.

Jalan Sultan Ismail juga akan ditutup untuk 'Street Party Countdown 2010 Celebration' di sekitar persimpangan dengan Jalan Bukit Bintang berdepan Plaza Sungei Wang mulai 6.30 petang hingga 1 pagi.
ESOKNYA PULA , 01 JANUARI 2010, RAKYAT MALAYSIA BAKAL DIHIDANGKAN DENGAN BERITA-BERITA TENTANG GEJALA-GEJALA SOSIAL YANG TELAH DISEMPURNAKAN OLEH RAKYAT MALAYSIA YANG MENYAMBUT TAHUN BARU TERUTAMA REMAJA MUSLIM YANG LEBIH MENGALAHKAN BANGSA ASING. WALLAHUAALAM.

Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: " Fikirkanlah mengenai segala makhluk Allah dan janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah kerana yang demikian menyebabkan kamu binasa (dalam kesesatan)."
Abu Zar r.a
Antara Tanda-tanda Kiamat
Hadith :
Dari Anas r.a katanya:”Akan kusampaikan kepadamu sebuah hadith yang tidak akan disampaikan orang kepadamu sepeninggalanku. Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Di antara tanda-tanda kiamat ialah: berkurangnya ilmu, meratanya kebodohan, berlakunya (merebaknya) perzinaan dan banyaknya perempuan serta sedikitnya lelaki sehingga bagi lima puluh perempuan hanya seorang pengawalnya.”
(Bukhari)

Cegah Sebelum Terlambat
Hadith :
Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAw),beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda,:”La ilaaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Lalu Nabi SAW bersabda: "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".
(Bukhari dan Muslim)

Rabu, 30 Disember 2009

PEROKOK SEBENARNYA ADALAH GOLONGAN KAYA..??


"Dia kata dia miskin, dia tiada apa-apa. Tapi kalau boleh beli rokok, maksudnya golongan ini adalah mereka yang berkemampuan" (termasuk dalam golongan orang-orang kaya).
Golongan inilah yang dicadangkan oleh Datuk Ahmad Shabery Cheek di sini supaya kerajaan mengkaji semula samada mereka ini layak terima apa-apa bantuan dari kerajaan kerana mereka mampu membeli rokok walaupun harga minimum rokok ditetapkan kepada RM6.40 bagi 20 batang atau dikira pada harga 32 sen bagi sebatang. Ini bermakna golongan perokok ini mampu menyara rokok mereka sehingga RM2000 sebulan, iaitu melebehi kelayakan kategori 'MISKIN' yang kerajaan tetapkan iaitu kurang RM1000 sebulan sekeluarga.
Tabiat tidak merokok adalah cadangan paling tepat sebagai prasyarat untuk belia dan pelajar yang memohon bantuan kerajaan atau lain-lain program seperti Perumahan Rakyat Termiskin atau bantuan lain daripada pemohon yang mampu melanggan stesen televisyen berbayar atau menghisap rokok juga perlu dipertimbangkan sebelum diluluskan.

TALIAN ADUAN HOTLINE LPKP MASIH LAGI 'HAMPEHH..'

Apabila belaku sahaja kemalangan yang melibatkan kenderaan bas, sudah pastinya masyarakat akan terus menuding jari kepada pemandu yang mungkin memandu dalam keadaan melulu dan cuai.
Berbagai tindakan telah diambil khususnya pihak-pihak yang berwajib bagi mengatasi masalah kemalangan di lebuhraya. Masyarakat yang prihatin juga tidak ketinggalan, adakalanya membantu mengadu kepada pihak berwajib tentang kerenah pemandu-pemandu yang tidak berdisiplin di jalanraya.
Antara yang telah diperkenalkan ialah TALIAN HOTLINE LPKP - 1-800-88-9600. Bertujuan untuk mengambil tindakan kepada pemandu-pemandu atau kenderaan berat yang melanggar peraturan di lebuhraya. Namun begitu, talian tersebut ibarat 'mencurah air di daun keladi', 'cakap tidak serupa bikin' memang 'hampeeehhh...' betul.
Sehingga kini talian tersebut masih lagi tidak berfungsi. Bila kita hubunginya, talian tersebut tetap berbunyi "terima kasih kerana menghubungi LPKP, panggilan anda adalah diluar waktu pejabat!!" walaupun dihubungi waktu berkerja. Kalau tak caya, cuba contact sekarang, TALIAN HOTLINE LPKP 1-800-88-9600... hammpeehhh....!!

Isnin, 21 Disember 2009

INI DIA SENARAI MP BN YANG PONTENG DEWAN


Berikut adalah wajah wajah Ahli Parlimen yang ponteng dalam sesi perbahasan Bajet 2010. Senarai berikut terdiri daripada Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen- eksklusivenya lagi di sini yang tiada jawatan dalam kabinet kerajaan.
Pakatan Rakyat (PR) ada maklumat mengenai ketidakhadiran Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) seperti sebagai tanda protes mereka terhadap Bajet 2010 di sini. Tindakan seolah-olah protes itu mencerminkan ketidaksungguhan Ahli Parlimen BN untuk menyokong bajet kerana merasakan cadangan pembangkang semasa sesi perbahasan adalah lebih relevan.

Jumaat, 18 Disember 2009

KINI SESI PUJI-MEMUJI SEBELUM DIKEJI


Fuhh.. punyalah lama untuk mengutip satu pingat emas sehingga memakan masa bukan setahun lima tapi sampai berpuluh tahun. Bayangkanlah berapa banyak duit yang telah dihabiskan untuk membentuk sebuah pasukan negara hanya untuk sebutir pingat yang sekadar boleh dibanggakan di peringkat Asia Tenggara ini saja.
Kali terakhir negara memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki Sukan SEA ialah pada temasya 1989 di Kuala Lumpur dengan menewaskan Singapura 3-1. Kemudian selepas itu, pasukan negara seperti sudah tidak bermaya. Kekalahan demi kekalahan di terima. Lebih malang lagi, hinggakan pasukan yang tidak ternama seperti Myanmar pun sukar untuk ditewaskan. Selepas itu FAM telah membuat berbagai langkah drastik dan beberapa jurulatih datang dan pergi. Namun selama itu pasukan negara terus malap di arena antarabangsa. Malah bukan semangat yang diberi tetapi kritikan dan kejian terus dilemparkan kepada pengurusan FAM.
Semalam skuad negara telah menafikan pelbagai kritikan dari peminat negara ini apabila mengakhiri kemarau 20 tahun pingat emas dengan penuh bergaya selepas membenam Vietnam menerusi kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan akhir acara bolasepak pada temasya Sukan SEA semalam. Berbagai pujian-pujian yang tinggi melanggit mulai kedengaran. Walaupun gol kemenangan disumbang jaringan sendiri pemain Vietnam, keseluruhannya skuad negara berjaya mempamerkan kerjasama sepasukan dan komitmen tinggi sehingga terhasilnya jaringan emas itu pada minit ke-83.
Harap selepas ini prestasi pasukan negara harus dikekalkan kepada 110%, agar dapat mengutip berberapa lagi kejayaan di peringkat antarabangasa untuk jangkamasa yang lama dan sekurang-kurangnyanya dapat membuktikan keupayaan pasukan negara ini pada kelayakan Piala Dunia.

Selasa, 15 Disember 2009

SETUJUKAH PESALAH ROGOL DIHUKUM SEPERTI INI..??
























Kelmarin aku menerima satu email ini yang menunjukkan hukuman bunuh secara tembakan 11 das dilaksanakan ke atas seorang perogol kanak-kanak berumur 8 tahun. Hukuman ini dikatakan dilaksanakan di Yemen. Kelihatan perogol tersebut dibawa ke tempat hukuman iaitu sebuah tempat terbuka dimana ramai yang menyaksikan pesalah tersebut dikenakan hukuman tembak sehingga mati.
Fuhh dasyat betul. Hukuman syariah yang mereka laksanakan memang tidak ada kompromis. Tapi timbul pulak persoalan adakah hukuman seperti ini sesuai jika dilaksanakan di negara ini berbanding hukuman yang telah Allah tetapkan dalam Al-Quran seperti rejam sampai mati. Adakah hukuman Allah ini dianggap kejam seperti di sini. Hanya mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah saja yang mengetahuinya bahawa sesungguhnya hukuman Allah itu amatlah pedih bagi mereka yang mengetahuinya. Wallahualam.

Isnin, 14 Disember 2009

JAYAJUSCO MELAKA CIPTA 'MALAPETAKA' PERTAMA..



Pasaraya terbesar terbaru Jaya Jusco Melaka yang bernilai RM500 juta, berhampiran Pasaraya TESCO telah memulakan operasi 'malapetaka' pertamanya hari ini apabila sebuah restoran di dalamnya yang sedang dalam ujian dikatakan meletup.
Orang ramai yang sedang membeli belah di pasaraya TESCO terkejut mendengar letupan yang agak kuat itu rupanya telah mengorbankan satu nyawa dan 19 lagi cedera.
Kompleks Membeli-Belah Jusco bernilai RM500 juta yang disifatkan antara terbesar di Malaysia itu selepas Bukit Tinggi, Klang sebenarnya dalam persiapan acara sambutan besar-besaran dan ianya dijangka akan dibuka dengan rasminya pada 17 Disember ini oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Bayangkanlah apa akan terjadi sekiranya musibah tersebut berlaku sewaktu acara perasmian berlangsung? Kemungkinan besar lebih banyak nyawa akan melayang. Wallahuaalam.

Sabtu, 12 Disember 2009

TALIAN ADUAN HOTLINE LPKP 'HAMPEHH..'



Pada 2003, LPKP mewujudkan talian bebas tol bagi membolehkan orang ramai membuat sebarang aduan mengenai kenderaan perdagangan. Ketika itu Pengerusinya, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, talian 1800-88-9600 itu dikendalikan 24 jam setiap hari oleh kakitangannya. LPKP kemudian berjanji akan mengambil tindakan dalam masa 24 jam.

Terbaru PEKELILING LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN BIL.10 TAHUN 2009 telah dikeluarkan iaitu beberapa pindaan dibuat pada pekeliling terdahulu iaitu Pekeliling LPKP Bil. 5 Tahun 2003 berkaitan penampalan pelekat nombor aduan baru dan pada 18 Ogos 2009, Y.B. Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah melancarkan nombor sms LPKP yang baru iaitu Mysms 15888 dan hotline LPKP 1-800-88-9600.

Namun baru semalam aku cuba menghubungi talian tersebut pada jam 6.00 petang, malangnya, aku hanya menerima jawapan dari peti suara mesin yang berbunyi "terima kasih kerana menghubungi LPKP, panggilan anda adalah diluar waktu pejabat!!" Pagi berikutnya aku cuba hubungi lagi untuk kepastian namun jawapan yang sama aku terima. Fuh..Memang HAMPEHHHH........!!!!!!!!!

Pengarah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Datuk Darshan Singh pernah menyuarakan, sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan sesuatu dan tidak memandang remeh perkara-perkara itu. Setiap tahun pelbagai kempen diperkenalkan untuk membendung kemalangan tetapi ia hanya sekadar satu prosedur sahaja.

“Apakah kesudahannya, kemalangan tetap banyak dan lebih menyedihkan orang ramai banyak terkorban. Siapakah yang nak dipersalahkan dalam hal ini?

Selasa, 8 Disember 2009

ISU TAULIAH: JAIS IKHLAS, EGO ATAU DENDAM?


Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sangsi dengan sikap Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang enggan memperjelaskan secara terperinci bentuk ceramah agama yang memerlukan tauliah di Selangor. Menurut Mohd Asri, mungkin jika JAIS membuat penjelasan berhubung perkara berkenaan akan menjatuhkan ego jabatan berkenaan.

"Saya minta rakyat Malaysia tafsirkan adakah tindakan JAIS menjelaskan maksud ceramah itu satu kebijaksanaan ataupun satu keegoan... rakyat Malaysia kena nilai," kata Dr Mohd Asri sebagai mengulas mengenai keengganan Mohammed Khusrin untuk melayan gesaannya agar memberi penjelasan terperinci berhubung isu tauliah di Selangor.

Keengganan JAIS untuk tidak memberi penjelasan mencerminkan ianya seperti bukan sebuah badan penasihat agama kepada masyarakat Islam. Ramai pemerhati meletakan JAIS bukan bertindak atas dasarnya tetapi lebih kepada soal peribadi dan 3 kategori tindakan JAIS sekarang iaitu: KEIKHLASAN, KEEGOAN DAN DENDAM.

Ahad, 6 Disember 2009

ARTIS MALAYA: ANTARA 'ROCKSTAR' DAN 'PENYESALAN'

Artis Radhi OAG mendakwa, dia seorang 'rockstar' dan adalah 'lumrah' tabiat rockstar memang suka datang lambat. Pehh... perasan hidung tinggi, siapalah yang melabelkan kau ni rockstar? Yang aku tahu dia ni lahni jadi rockstar di mahkamah syariah iaitu dalam proses penceraian dengan isterinya. Dulu masa bercinta, angin kentut macamana busukpun dia hidunya juga.

Mamat ni memang tidak bertanggungjawab kerana dengan sengaja mengheret seolah-olah sikap buruk yang tak menepati masa itu menjadi amalan semua artis di negara ini. Ini tak adil kepada artis lain yang menghormati masa.

Manakala seorang lagi artis, Pian Cecupak kini mulai sedar dan menyesali tindakannya yang telah beberapa kali melakukan “ubah-suai” wajah. Sayangnya selepas beberapa tahun menghabiskan wang ringgit bagi mengubah wajahnya itu yang kononnya lebih menarik, hari ini dia rasa menyesal.

Kata Pian, dia mendapat kesedaran untuk membetulkan wajahnya agar kembali kepada asal selepas ditegur oleh anak sulungnya daripada dua beradik iaitu Nuraina,13 yang juga berjaya dalam pencapaian peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) lalu, dengan mendapat keputusan 4A di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Atas kejayaan yang dibuktikan, anaknya mahukan sesuatu iaitu ingin melihat wajah asal ayahnya itu.

Dalam masa yang sama jelas Pian, faktor usia dan selepas menanam hasrat untuk mengerjakan umrah, maka hatinya sudah berubah dan menyesali apa yang pernah dilakukan sebelum ini dan teguran anak sulungnya itu benar-benar memberi kesan kepada dirinya dan berdosa kerana mengubah ciptaan Tuhan.

Sabtu, 5 Disember 2009

FATINE PERLU JADI SEPERTI LELAKI BERHATI WAJA?

Mohammed Fazdil Min Bahari atau nama manjanya Fatine dinasihatkan oleh keluarganya agar kembali ke pangkal jalan. Penasihat2 agama di negara ini juga memberi sokongan kepadanya supaya Fatine perlu menjadi Mohammed Fazdil Min Bahari yang sebenarnya dan beliau tidak perlu menyalahkan orang lain segala apa perubahan yang telah berlaku ke atas dirinya.

Fatine, seorang jurusolek yang kini bekerja di Britain, bakal diusir pulang ke Malaysia kerana tinggal lebih masa di sana dan beliau kini enggan pulang ke negara ini kerana bimbang dengan tindakan dan kecaman habis-habisan dari masyarakat negara ini yang sudah pastinya tidak boleh menerima perkahwinan sejenis.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN