Khamis, 9 Oktober 2008

ADAKAH KULAT DAH MELAMPAU....??.

Kulat bukan segaja nak cari publisiti. Rasanya publisiti diruangan blog ini sudah memadai. Kulat tak perlu nak heboh2kan seluruh negara supaya pembaca tahu dan kenal siapa Kulat. Sejak Kulat terkhilaf buat posting tempoh hari berkaitan dengan seorang Speaker Undangan Negeri, ramai yang SMS kat Kulat ada yang menyokong malah ada yang menghentam buat cerita sukahati "pak hang" katanya. Mereka kata Kulat ni dah melampau...!!

Tapi kali ini berlainan sedikit. Kulat benar2 teruja bilamana orang lain pulak yang publishkan nama Kulat kat sebuah akhbar yang dikatakan tidak kurang popularnya. Kulat dah katakan bukan Kulat yang nak heboh2kan nama Kulat untuk cari publisiti. Tapi..... entahlah. Macam tak percaya aje nama Kulat dah pun tersebar di seluruh negara. Tapi yang merungsingkannya ialah nama Kulat dah dicemarkan dan mendakwa Kulat memang sengaja buat pasal. Kisah ni dah mula kecoh dikatakan berlaku di Melaka. Mereka mendakwa kekecohan ini semuanya disebabkan oleh perbuatan Kulat. Kulat yang memulakan dulu...... Astagfirullah, sampai begitu sekali fitnah yang dilemparkan terhadap Kulat. Kini Kulat dikatakan sedang disiasat oleh pihak berkaitan. Namun sebagai manusia dan hamba yang hina disisiNya, aku reda dengan segala apa yang berlaku. Berita selanjutnya (klik disini). ......... Wallahualam.

15 ulasan:

Biaqpila berkata...

Jika diteliti pada modus operandinya dan symthonnya iaitu "Dinding juga didapati comot dan bertompok-tompok seperti kurap pada kulit manusia" jelas menggambarkan kepada kita ianya adalah kulat tersebut mengandungi kandungan melebihi 5 mg pada setiap kilogram.

Jadi encik kulat lapok tidak kena mengena dengan penutupan poliklinik tersebut. spesis encik merupakan kulat cemerlang gemilang dan terbilang dan telah hidup di zaman ular senduk bertaring lagi...

ps: singgahlah makan lemang kat blog aku...dok bakaq tak masak-masak lagi....lemang cicah serunding kulat...fuhyoo..

kulatlapok berkata...

salam BIAQPILA..

Aku rasa dah berpuluh2 kali aku singgah, barulah lahni hang pelawa. Tapi tulah aku singgah dok tengok je lemang hang tu.. bila nak masaknya? Api pun tak panas... hang ni betoi dajai kat orang.... sampai terkeluaq ayaq liuq aku...

Biaqpila berkata...

kandungan 5mg melamin dalam lemang tu menyebabkan aku taknak makan lemang tu..apa salahnya kalu pelawa kat hang pulak.....pakat-pakat pekena melamin..lebih hebat dari daun ketum,tapi org yg jual tu tak kena tangkap pula..

Harimau-Menaip berkata...

Citt..Lotih yo den klik. Ingat kan boto. Hahaha..

motor cabok berkata...

aloohaaa kulat... apa sudah jadi woooo...
hang punya geng banyak power ooo... habis klinik...hospital hampa pi serbu... jangan kasi "cempera"..
tolonggg aaaa... kat motor cabok hampa jangan mai hinggap aaa...
kulat...! lu sudah wa punya "geng rempit" ooo...
hang punya entri kasi "saspen" jer...

sumandak bayu berkata...

TAHNIAH KUlat hang dah jadi artis dalam BLOG caya la..... HIDUP KULAT.....

Nilah sebenarnya rahsia kekuatan hasil penulisan seorang insan yang tak ada nama.... dari tak dikenali dah mula terkenal....hanya kesilapan yang tak disengajakan...

Sumandak yakin blog kulat menjadi perhatian individu tertentu; tetapi biasanya seorang penulis berani mati demi kebenaran..... Semangat ini tak pernah luntur sejak negara kita inginkan MERDEKA lagi..

Kalo setakat ugutan dalam keratan akhbar tarak ada hal lah Bro.. yang penting Bro dah keluarkan statement maaf terbuka... kita yakin akan undang-undang dalam kewartawanan BRO....

Teruskan perjuangan KULAT....Sumandak di Sabah bagi 100% support demi kebenaran... Datuk Senator orang yang baik takkan mudah kena RACUN 'penasihat' dia.....IMEJ Datuk akan mula tercemar kalo bertindak tanpa usul periksa....

kulatlapok berkata...

salam SUMANDAK;

Jangan memuji terlalu tinggi, Kulat sebenarnya bukan penulis yg baik. Baru nak merngkak dalam dunia blogger, kalau terlalu tinggi merangkak takut jatuh ke bawah... terima kasih mengikuti titipan ini. Nasihat Sumandak disematkan dihati.... TQ

cabaipadi berkata...

Salam KulatLapok,

Salam perkenalan, terima kasih kerna mampir ke laman blog saya, harap dapat terus bersahabat dengan tuan serta belajar tentang blog pada masa mendatang, Insya Allah.

thx!

sumandak bayu berkata...

Sumandak bukan memuji tetapi menyokong ape yng benar dan begitu juga yang sebaliknya....

Tarak hal punya Bro....LU teruskan perjuangan demi mempertahankan hak sbenar, berita yang sahih dan perjuangkan apa yang patut.

afandi berkata...

salam kenal & ziarah

hahhaa kulat , payah sekarang ni kulat banyak kat syiling rumah sewa, payah nak cuci..cuca sekejap sejuk panas dan sejuk panas lembab..hahhaahh !

apa-apa pun harag kulat (cendawan) memang mahal gila, boleh buat duit.., kulat pun sedap buat sayur. mat saleh pun makan kulat..organic lagi....dulu kat kampong selalu cari kulat peha ayam, kulat sisir dari pokok getah yang tumbang, balik mak masak sayur kulat campur dengan daun asin-asin best..hahahha nostalgia sungguh

~♥ UmmiAnni ♥~ berkata...

aduhaii mr kulat oii...

sib baik jantung pon masih ok lagi..kalau tak mau masuk IJN teman ni..

walauapapun..memang class la kejutan mr.kulat...tepuk dahi teman dibuatnya..

hahahaha..terkena lagi aku nmpaknya.. hampehh..

Master Yoda berkata...

Salam sedara cendawan,

Cis..

Den ingatkan ko kene dakwa dek Sedition Act ke ape ke psl entry yg tersilap tue....

Terkena gak den...

Kah kah kah

kulatlapok berkata...

salam Blogger:

1. CABAIPADI - Cendawan (Kulat) memang suka tumbuh melata. Dimana saje ada blog yg menarik, disitulah terjadinya penerokaan. Kulat pun idakle pandai sangat tentang IT (blog) ni. Semuanya kekawan juga yg bantu. Kalu buat sendiri rasanya ...hampehhhhh

2. SUMANDAK BAYU - Terima kasih sokongan anda. Kulat juga akan terus meneroka post2 dari negeri'Bawah Bayu'.

3. UMMIANNI - Biasalah kekadang kena juga releasetantion. Apa pun terlupa nak ucapkan 'TAKZIAH' kepada sdri di atas kehilangan bapa saudara sdri di Brunei tempohari. Al-Fatihah.

4. MASTER YODA- Terima kasih, perihatin juga ko pada kekawan.

kulatlapok berkata...

salam AFFANDI;

Sorry..!! Kulat terlupa lak kat ppost hang.., Memang hang membangkitkan nostalgialah kat Kulat. Memang sedap kalau kulat kecik2 yg ada pada batang getah tu... buat sambal peh...
berdentumm!!!!

erisya berkata...

sdr kulat,

ingatkan fitnah apa (kotlah kena ISA pula)..rupanya suku sakat kulat mengamuk hehehe

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN