Isnin, 31 Ogos 2009

APA ERTI MERDEKA MENGIKUT ISLAM..?

ERTI KEMERDEKAAN MENGIKUT ISLAM DI SINI , KATA IKIM
"Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang ke 52"
Merdeka...! Merdeka..! Merdeka..!

Selasa, 25 Ogos 2009

BN PARTI PERTAMA 'MEROGOL' PERATURAN SPR.??

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan enam peraturan mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 akan dikuat kuasa pada hari mengundi pilihan raya kecil Permatang Pasir dan ini merupakan peraturan yang pertama diadakan bagi Pilihanraya Kecil dan mungkin seterusnya akan diguna pakai pada Pilihanraya Umum nanti. Setiausaha SPR, Datuk Ngah Senik, berkata peraturan itu merangkumi larangan seperti disini.

Tapi apa yang berlaku pada PRK di Permatang Pasir semalam, BN menjadi parti pertama yang merogol peraturan yang telah ditetapkan. Penyokong Umno dilaporkan memakai unifom rasmi parti BN yang membawa lambang Umno semasa hari mengundi. Mereka didapati terang-terang memakai pakaian parti secara berunifom disini.

Kesalahan yang terang-terang dilakukan ini membuktikan UMNO dan BN melanggar peraturan yang telah dicipta oleh mereka sendiri.

Apakah SPR akan mengambil tindakan terhadap penyokong BN ini?

sumber:beritaharian23ogos/biaqpila.blogspot.com

Isnin, 24 Ogos 2009

ADUN LUNAS, YB PKR YANG BERMASALAH..?

ADUN Lunas membuat kejutan dengan mengumumkan keluar dari PKR kerana telah hilang kepercayaan terhadap perjuangan PKR. Kejutan ini pula dibuat disaat2 pengundi DUN Permatang Pasir akan menghadapi pemilihan (Pilihanraya Kecil) esok (25 Ogos 2009).

Keputusan ini mungkin memberi satu senyuman kepada BN yang menjangkakan sekurang2nya akan memberi sedikit pengaruh dan kelebihan undi kepada mereka.

Kepada pihak PKR pula perkara ini telahpun dijangka, ADUN Lunas YB Mohd Radzhi akan meninggalkan PKR dalam masa yg terdekat. Namun bagi penyokong PKR atau mereka yang mengetahui sejarah latar belakang Mohd Radzhi pasti tidak akan terkejut dengan tindakannya itu. Ini kerana difahamkan Mohd Radzhi telah diketahui mempunyai banyak masalah disiplin melibatkan parti dan termasuk juga masalah peribadi yang melibatkan rumah tangganya dengan isterinya yang keempat.

Selain aripada itu ADUN Lunas ini terlebih dahulu telah dikesan cenderung untuk keluar parti dan disyaki cuba membawa keluar lima ADUN PKR yang lain untuk 'melompat parti' namun tidak berjaya. Mohd Radzhi juga telah beberapa kali diberi amaran oleh MB Kedah berkaitan tuntutan kewangan yang berlebihan selain daripada pernah diberi amaran keras daripada kepimpinan PKR Kedah. Selain daripada itu beberapa kes yang melibatkan Mohd Radzhi sebelum ini pernah dibangkitkan oleh SPRM untuk disiasat.

sumber: sinar@nasional24ogos2009

Sabtu, 22 Ogos 2009

Ubat Selesema Babi Telah Ditemui, Murah & Mujarab

Aku baru terima satu emel dari member yang baru dapat tips cara2 untuk menghindar dan mengubati 'selesema babi' atau H1N1. Katanya tips ini beliau dapat hasil dari lawatannya ke Thailand iaitu di Pulau Ban Tun dimana penduduk tempatan sana mengubatinya dengan cara berikut iaitu bahannya ialah:-

1. Air kelapa
2. Kurma
3. Mangkuk

cara2nya:
1. Masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. Tuang air kelapa
3. Biar sejam dua dan,
4. Minum air kelapa bersama makan kurma

Insyaallah virus yang ada dalam tubuh orang yang dijangkiti akan terus hilang.

Khamis, 20 Ogos 2009

Dah Terhantuk Baru Tergadah..?

Setelah 10 tahun menghuni rumah kayu usang akhirnya seorang warga emas Sofiah Inas berumur 69 tahun bersama seorang anaknya kini boleh mampu tersenyum menyambut Aidil Fitri tahun ini dengan rumah baru.

Itupun setelah aduan yang dibuat oleh anaknya tersebar luas dalam satu program melalui radio PerakFM. Tidak sangka keluhan anak perempuan warga emas itu terus mendapat perhatian dari kerajaan negeri dan akhirnya sebanyak RM15,000 telah diperuntukan untuk bina baru h rumah tersebut (gambar) yang 90% hampir reput dimakan anai-anai.

Rancangan aduan "Dema Tanya Pak Ngah Jawab" (DTPNJ) melalui radio PerakFM itu telah berjaya menyelesaikan hampir 90% aduan. Rancangan yang dikelolakan oleh Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar yang lebih dikenali sebagai 'Pak Ngah' itu harus dipuji. Namun begitu adalah diharapkan pihak kerajaan negeri perlu memantau peranan JKKK atau lain-lain pemimpin masyarakat yang diamanahkan agar sentiasa peka dengan maklumat atau segala pemasalahan yg dihadapai oleh rakyat.

Jika tidak, lebih ramai rakyat bakal keciciran untuk mendapatkan bantuan sewajarnya seperti yang dihadapi oleh warga emas, Sofiah Inas dari Kampung Parit Abu Hassan ini yang terpaksa menghuni rumah usang hampir 10 tahun lamanya. Jangan sudah terhantuk baru nak tergadah.

Selasa, 18 Ogos 2009

The Chinese Dilemma..

Pada satu majlis perhimpunan masyarakat, aku dihampiri oleh seorang lelaki Cina. Dia memperkenalkan dirinya En. Hiew Kim Pah (gambar) dari Kuala Sungga, Tebong, Alor Gajah. Katanya mahu minta tolong keluarkan masalahnya dalam suratkhabar. Kemudian baru aku perasan, dia sangka aku dari media bila tengok aku ada pegang kamera SLR pada majlis tersebut.

Aku beritahu pada dia aku ambil gambar untuk buat 'house magazine' . Namun begitu, aku beri juga no. tel rakan2 media yang aku kenali untuk dia hubungi sendiri. Dalam pada itu, lelaki Cina yang berusia 67 tahun ini terus menceritakan masalahnya kepada aku.

Masalah En. Kim Pah ini ialah berkenaan jirannya berbangsa Melayu yang menjadikan kawasan rumahnya sebuah kedai makan yang dibuka pada sebelah malam. Menurutnya lagi, aktiviti perniagaan oleh jirannya itu tidak menjadi masalah, tapi yang menimbulkan masalahnya ialah bunyi bising dari aktiviti 'karaoke' sehingga menganggu kententeramannya untuk beradu.

Menurut En. Kim Pah lagi, masalah ini telah diadukan kepada JKKK kawasan tersebut sehingga dipanjangkan ke Majlis Perbandaran Daerah Alor Gajah (MPAG) dan juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Tebong pada Jun lalu. Sehingga ke hari ini sudah 3 bulan ianya berlarutan namun tiada apa2 tindakan yg diambil oleh pihak2 yang berkenaan.

Pada penghujung bicara, En Kim Pah seperti bersuara agak perlahan, "Kita juga penyokong kuat kelajaan, pilihanlaya semua kita kasi undi sama itu BN, tapi bila ada masalah ini macam, meleka semua tak mau tolong. Apakah kelana kita olang Cina? Ini ploblem olang Melayu punya bikin, belakang pula itu semua olang kerajaan manyak Melayu punya, itu pasalkah tidak sokong sama kita punya masalah? Aiyaa..!! manyak susahlah kita ini macam" katanya dalam nada yang agak kesal.

Itu masalah yg dihadapi sebahagian kaum Cina di bumi Hang Tuah ini. Bagaimana pula masalah yg sekian lama telah menganggu suasana dan emosi oleh orang Melayu pulak? Contohnya isu babi di Masjid Tanah dan jirat Cina (memorial park) di Selandar. Mereka juga tidak dilayan. Pelbagai cara dan aduan telah dibuat namun semuanya seperti mencurah air ke daun keladi, apatah lagi pemimpinnya yang berkuasa adalah orang Melayu sendiri. Fikirlah sendiri....Wallahuaalam.

Ahad, 16 Ogos 2009

Melaka Antara Tempat 'Lubuk Maut' Selesema Babi?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 5 juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika langkah pencegahan tidak diambil secara serius oleh orang ramai. Sehingga kini tiada siapa pun yang dapat menjangkakan bilakah keadaan pandemik selesema babi yang melanda negara ini sejak Julai lalu akan berakhir dan rakyat kembali hidup dalam keadaan seperti sebelum penyakit ini tercetus. Sehingga semalam, sebanyak tiga lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) direkodkan menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu kini mencecah 59 kes.

Akhbar melaporkan negeri2 di Pantai Barat Semenanjung paling banyak meragut mangsa H1N1. Antara negeri yang tertinggi itu Johor, Selangor dan Melaka iaitu ketiga-tiga negeri itu mempunyai lebih separuh daripada korban kes selesema babi di Malaysia. Negeri yang tiada kes setakat ini iaitu Terengganu dan Kelantan.

Pihak kementerian Kesihatan telah menasihatkan orang ramai supaya menjauhi tempat2 awam terutama majlis dan program2 yang melibatkan perhimpunan manusia yang ramai. Di Melaka beberapa kes H1N1 telah dicatat berpunca daripada program2 perhimpunan yang besar antaranya Perhimpunan Kadet JPA Seluruh Negara dan Perhimpunan Belia Kebangsaan selain penularan di sekolah2 yang mengakibatkan lebih 85 sekolah setakat ini ditutup.

Terbaru satu majlis perhimpunan terbesar yang diadakan di Melaka ialah HPPNK 2009 yg diadakan di MITC Melaka mulai 10 hb hingga 16 Ogos 2009. Sambutan HPPNK yang sudah pasti menghimpunkan ribuan manusia dari seluruh negara itu diharapkan tidak akan mencatatkan kes H1N1. Pada majlis tersebut, orang ramai masih tidak menghiraukan bahaya wabak tersebut dan didapati jumlah mereka yang menggunakan penutup mulut kurang 5%.

Seperti dalam gambar di atas, para hadirin sanggup mengambil risiko menghadiri Majlis Perasmian HPPNK 2009 di MITC, Ayer Keroh Melaka. Majoriti yang hadir ialah kaum Melayu. Bayangkan jika wabak tersebut menular pada perhimpunan tersebut? Jika ada, pastinya ribuan manusia di dalam dewan tersebut terpaksa dikuarantinkan. Harap tiada kes dicatatkan.

Jumaat, 14 Ogos 2009

50 Tahun Merdeka Masih Tak Merasai Air Bersih
















Shamshiah mengangkut air di sungai

Mesipun banyak kawasan telah menikmati kemajuan ekonomi dan taraf hidup hasil kemerdekaan negara, namun masih ada lagi rakyat negara ini masih lagi tercicir menuggu bekalan air bersih setelah negara mencapai merdeka selama 50 tahun. Hiks..hiks...hiks memanag mendukacitakan, sedangkan Orang Asli yang jauh ketinggalan kehidupanya pun kini telah lama menikmati faedah tersebut.

Lebih menyedihkan, masalah ketiadaan kemudahan asas penduduk kampung terbabit iaitu Kampung Poh, Bidor, yang didiami kira-kira 300 keluarga, keperitan mereka seolah-olah tidak pernah diberi perhatian oleh mana-mana pihak termasuk wakil rakyat di kawasan tersebut sehingga kini.

Difahamkan Kg. Poh, Bidor ini terletak dalam kawasan Parlimen P77 Tanjung Malim yang dikuasai oleh BN sejak sekian lamanya. Ahli Parlimennya ialah Datuk Ong Ka Chuan (MP lamanya ialah Loke Yuen Yow juga dari BN). Manakala DUNnya pula ialah N57 Sungkai, YB. N.Sivanesan (DAP), N58 Slim YB Datuk Khusairi Abd Talib (BN) dan N59 Behrang YB Jamaluddin Mohd Radzi (dulu PKR kini Bebas).

Rasanya YB Datuk Khusairi Abd Talib yang memiliki blognya sendiri boleh menjawab persoalan ini bagi mewakili Ahli Parlimennya.

sumber: Kosmo 14 Ogos 2009

Rabu, 12 Ogos 2009

INKUES TEOH BENG HOCK: TOMPOKAN DARAH SAH MILIK ANGGOTA SPRM?

.Walaupun ujian ke atas kesan calitan pada tangga antara tingkat 14 dan 15 Plaza Masalam telah mendapati ianya bukan kesan darah. Namun begitu pakar forensik telah menemui satu lagi pentunjuk baru dan beberapa kesan tompokan merah dipercayai darah kering telah ditemui dibangunan yang sama dan pemeriksaan telah dilakukan terhadap tompokan tersebut dan ianya sah milik salah seorang anggota SPRM yang berbangsa India.

Namun tiada tangkapan dibuat terhadap anggota tersebut kerana pakar forensik telah mengesahkan tompokan merah tersebut adalah kesan dari tabiat meludah anggota tersebut yang telah disahkan sebagai pengunyah sireh tegar (pemakan sireh).

Selasa, 11 Ogos 2009

Sayangnya Mereka Itu Telah"Meludah Ke Langit"..

Semasa 'Patung Anwar' didirikan di Batu Caves Oktober tahun lalu, pehh kecoh tu beb, satu Malaya dihebohkannya melalui akhbar2 penjuak utama UMNO. Pas tu, pelbagai pihak membuat pelbagai jenis serangan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyamakan dengan patung kuil di Batu Caves tetapi terletak kira-kira 2 km dari kuil Batu Caves.

Antara pemimpin yang lantang diberi liputan ialah bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyifatkan pembinaan replika gergasi gambar Anwar di Batu Caves merupakan satu simbol yang memperlihatkan parti itu mendewakan pemimpinnya serta satu pembaziran .

Turut menyerang adalah bekas Mufti Perlis, Dr Mohamad Asri Zalnul Abidin, Mufti Johor dan tidak ketinggalan memberi pandangan juga ialah Mufti Perak.





Gambar patung PM 1 Malaysia yg terletak hanya bersebelahan dengan kuil hindu di Batu Caves tersebut yang tiada bezanya dengan patung besar Anwar yang menjadi isu sewaktu ketika dulu.



Agaknya siapakah pemimpin2 UMNO atau pemimpin NGO serta Mufti2 Negeri yang berani mengkritik secara TERBUKA dan menyatakan pendirian yang sama seperti mereka menghentam isu patung Anwar dulu??
Dulu...mereka inilah yg telah meludah kelangit dan akhirnya......!!

H1N1: ANAKKU MELOMPAT GEMBIRA...!!

Awal pagi ni seperti biasa kerja rutin (kecuali hari Sabtu dan Ahad) iaitu isteriku menghantar anak-anak ku ke sekolah dan tak ketinggalan juga yang kecil sekali juga terpaksa berpisah di siang untuk diletakkan di TASKA berhampiran isteriku bekerja.

Tiba-tiba pagi ni lebih kurang jam 9.30 pagi, aku terima sms dari sekolah anakku yang meminta semua ibupaba datang segera ke sekolah kerana sekolah akan ditutup seminggu mulai hari ini akibat susupek wabak H1N1. Bermakna sekolah akan (terpaksa) bercuti sehingga 16 Ogos. Difahamkan sekolah tersebut terpaksa ditutup kerana seramai 230 murid sudah tidak hadir beberapa hari tanpa diketahui puncanya. Setakat ini sudah 82 sekolah di Melaka telah ditutup dan dijangka berpuluh buah lagi akan berbuat demikian yang mungkin mencecah hampir 100 buah. Ini menunjukkan betapa seriusnya penularan wabak ini di Melaka terutama terhadap kanak-kanak.

Pas tu tak lama kemudian aku dapat panggilan dari si abang, anakku yang sulong yang menggunakan telefon awam dengan nada termengah-mengah minta aku mengambilnya segera di sekolah. Sampai di sekolah suasana sekolah seperti huru-hara dan hiruk-pikuk dengan wajah cemas ibubapa seolah-olah panik sedang mengambil anak masing-masing. Di sekolah aku lihat dari jauh ketiga-tiga anakku terus berlari ke arahku bila saja melihat kelibatku telah berada di situ.

Sampai saja dengan wajah yang berseri-seri dan senyuman yang meleret mereka terus berteriak, ayah.! ayah.! besok sekolah cuti lama, yeh! yeh! cuuti..!! balik rumah boleh main games bola..!! Aku terus diam aje tanpa berkata apa-apa terus naik kereta meninggalkan sekolah untuk tidak dijejak ke sini buat tempoh seminggu ni. Dalam pada itu, hati ini juga berkata-kata, tak kisahlah apa ko nak main, asalkan anak-anakku diberi kesihatan yang baik olehNYA dan dijauhkan wabak yang telah dianggap amat serius menular begitu pantas di dunia ini.

"Ya Allah, janganlah KAU menguji hambamu dengan ujian-ujian yang tak mampu untuk kami mengatasinya, sesungguhynya KAUlah Yang Maha Berkuasa yang mencipta langit dan bumi... " Wallahuaalam.

Ahad, 9 Ogos 2009

PEMUDA UMNO SELANGOR BUTA SEBELAH MATA

Aku menjadi manusia pertama yang mungkin paling gembira apabila senstiviti umat Islam begitu menjadi sensitif dan dengan sepantas kilat ianya begitu mendapat perhatian seperti yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Selangor yang berdemontrasi di hadapan bangunan MBSA yang dikhabarkan seramai 200 oang. (kalau ramai dah tentu kena sembur air dan gas beracun)
.
Sebagai umat Islam, sejuk juga hati ini bila Pemuda UMNO ini cuba mempertahankan kesucian umat Islam dari terpengaruh dengan benda2 yang HARAM apatah lagi minuman ARAK yang termaktub HUKUMNYA dalam Al-Kitab.

Namun begitu pendapat MB Selangor itu ada juga kewajarannya iaitu konsep guna kawalan sendiri. Sebagai orang Islam pula yang faham akan hukumnya kenapa perlu juga membelinya sedangkan yang menjualnya bukanlah mereka yang faham akan hukum meminum arak dikalangan bangsa mereka. Ianya sama juga kalau kita ke pasar, jika kita yang faham akan hukum memakan daging BABI, adakah kita juga hendak memakan dan membeli daging babi?

Jika benar keikhlasan demontrasi Pemuda UMNO Selangor itu untuk mempertahankan hukum agama itu amatlah dipuji. Namun diharapkan Pemuda UMNO itu mesti berdemontrasi bukan saja perkara bab penjualan ARAK, malah kalau boleh Pemuda UMNO perlu juga berdemontrasi menghapuskan aktiviti PERJUDIAN seperti MAGNUM, TOTO, KUDA yang masih terbuka jualannya dan masyarakat Islam tetap membelinnya bagi mereka yg berkeinginan iaitu sama seperti meminum arak.

Bukan saja bab seperti yg dinyatakan di atas, malah Pemuda UMNO juga perlu sensitif dan berdemontrasi dengan cara2 pakaian artis Melayu Islam kita yg sekarang seperti tidak ada perasaan malu dengan mendedahkan tubuh badan mereka di majlis2 hiburan. Berpeluk-pelukan dalam lakonan yang kesmuanya itu boleh mencemarkan kesucian agama Islam negara ini yang dianggap negara Islam dan agama rasminya Islam.

Justeru diharapkan Pemuda UMNO Selangor perlu membuka skop demontrasinya dengan lebih luas dan janganlah cuba MEMBUTAKAN sendiri
sebelah matanya.

Kulat: Sehingga hari ini difahamkan Pemuda UMNO tidak pernah membantah tatacara dan adab pemakain artis Melayu negara ini kerana hiburan di negara ini adalag sesuatu yg dihalalkan. Wallahuaalam.

Jumaat, 7 Ogos 2009

KINI ANJING PULA PEMBAWA WABAK MAUT..?

Menurut kenyataan PM, Datuk Sri Najib Razak hari ini (7 Ogos), wabak 'selesema babi' di negara ini telah dikategorikan sebagai 'amat serius'. Sehingga kini, ianya masih lagi belum dapat diatasi sepenuhnya.

Namun dalam dunia sedang tercari2 penawar terbaik untuk menghapuskannya, kini berita terbaru dari sebuah bandar di Ziketan barat laut China, seekor anjing pula dipercayai menjadi punca wabak pneumonia yang menyebabkan 3 orang telah meninggal dunia manakala 10,000 penduduk dikuarantinkan.

Mangsa pertama iaitu seorang penternak, mati 3 hari selepas menanam anjingnya yang mati dipercayai selepas anjingnya itu memakan seekor tupai yang dijangkiti bakteria tersebut.

Mangsa pertama mati hanya kerana dipercayai digigit kutu dari anjing tersebut. Lelaki yang tidak mengetahui dia dijangkiti kemudia menyebarkan pula kuman tersebut kepada saudara dan jiran2 terdekatnya. Menurut doktor, penyebaran wabak tersebut adalah sangat pantas dan berbahaya pada manusia.

Selasa, 4 Ogos 2009

'UDANG GERAGAU' FROM PERAK WITH LOVE...EEEEE PEH..!!


Inilah kisah 'udang geragau' keluaran Daerah Larut Matang, Perak. Udang geragau kering ini melalui proses jemuran untuk mengeringnya. Tapi malangnya, kebersihan udang ini cukup meranjatkan hasil dari tinjauan seorang pengirim emel ini yang mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak.





Masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.








Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan dan yang menjijikkan mereka memijak2 udang tersebut dengan selipar yang dipakai.











Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. (Ntah2 kasut yagn dipakainya tu dah terpihak tahi anjing) mmmm.....Sedap bukan udang geragau yang kita makan?







Manakala gambar di bawah ni pula menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. pehh..!!! sedapnya sambal goreng bersama udang geragau Perak ni....!!

Ahad, 2 Ogos 2009

DEMO... ISA: APA HASILNYA YG KITA DAPAT??


Apabila nafsu telah menguasai segala kehendak, ianya tidak dapat dibendung lagi. Maka bersesak2lah bangsa Melayu yang cuba memperjuangkan nasib segelintir mangsa ISA berarak dengan semangat perjuangan di jalan2 raya di Ibu Kota semalam.

Isu ISA ini sebenarnya telah mendapat perhatian daripada PM sendiri dan beliau secara dasarnya bersetuju ianya dikaji semula. Sepatutnya pihak2 pembangkang haruslah bersabar dan mesti diselesaikan di meja perundingan.

Namun demontrasi tersebut telah tidak dihiraukan oleh pemimpin yg lebih berkentingan untuk kelangsungan politik mereka dan hakikatnya rakyat telah mendapat beberapa faedah hasil dari demontrasi tersebut antaranya:

1. Kerugian kepada peniaga2 kecil kebanyakan bangsa Melayu yg terpaksa ditutup.

2. Para demontrasi mendapat semburan air dan gas pemedih mata percuma termasuk juga orang lain yg tidak bersalah.

3. Banyak premis perniagaan yang lain ditutup dan ini bermakna tiada pengaliran wang tunai (terencat) berlaku pada hari tersebut.

4. Ibu Kota mendapat tambahan kesesakan lalu lintas yg luar biasa, akibatnya membantutkan segala urusan mereka serta pengangkutan awam (bas/teksi/lrt) turut sama terjejas.

5. Para demontrasi 95% bangsa Melayu seperti pesta lintang pukang berlari ke sana ke mari dikejar oleh pihak berkuasa.

6. Memberi keuntungan politik kepada individu2 tertentu dan secara tidak langsung juga kepada kumpulan HINDRAF yg mendapat sedikit kredit dari demo tersebut.

7. Langsung tak berfaedah, menyusahkan orang lain serta membazir banyak masa dan tenaga.

8. Melayu diperalatkan lagi???

Sabtu, 1 Ogos 2009

TAUKEH DAN PEMAKAN BABI MASIH KEBAL DARI SELSEMA BABI

Penyakit selesema babi yg melanda dunia hari ini seolah seperi diserang 'malapetaka'. Di negara ini saja, jumlah terkumpul kes tersebut setakat ini telah meningkat kepada 1,266 (setakat 30 Julai lalu). Daripada 1,266 kes yang dilaporkan tersebut, 574 atau 45 peratus merupakan kes import dan 692 atau 55 peratus adalah jangkitan tempatan.

Daripada jumlah ini, 1,233 kes atau 97 peratus telah sembuh, 24 kes atau dua peratus yang menerima rawatan antiviral di hospital manakala sembilan orang atau satu peratus lagi sedang menerima rawatan antiviral di rumah.

Manakala empat mangsa setakat ini telahpun menemui maut. Namun begitu, sehingga hari ini, belum ada kes lagi yang dilaporkan secara rasmi melibatkan pemakan daging babi atau dikalangan pengusaha2 ternakan babi di negara ini. Agaknya mereka telah memiliki vaksin yg mampu menghindarkan mereka dari dikena jangkitan virus tersebut. Ataupun mungkin babi2 di negeri ini telah diberi ubat selesema babi yg membolehkan virus dihindar dan yg pastinya BELUM ADA LAGI REKOD DICATATKAN virus H1N1 yg datang berpunca dari spiesies di negara ini.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN