Isnin, 8 November 2010

ZAID: MATI SEBELUM BERJUANG.!!



Datuk Zaid Ibrahim telapun mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga meletak semua jawatannya dalam parti tersebut.
Beliau yang sebelum ini disifatkan seorang ahli politik yang tegas dan berpegang teguh kepada berprinsip perjuangannya. Tidak hairanlah beliau sanggup meletakkan jawatannya sebagai menteri kabinet dalam kerajaan kerana mendakwa BN/UMNO tidak sehaluan dengan jiwanya.
Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, lalu PKR mempelawa beliau agar turut sama memperjuangkan prinsipnya bersama PKR. Beliau percaya boleh mempromosikan politik progresif, memelihara dan mengembangkan nilai-nilai politik berprinsip dan budaya yang dianggap penting bagi perkembangan demokrasi dan tata pemerintahan dalam negara ini.
Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari, akhirnya Datuk Zaid ibrahim mengaku kalah lagi serta mengaku tersilap memilih parti perjuangannya seperti yang ditulis di dalam blognya ( http://www.zaiduntukrakyat.com/ ).
Namun dalam satu kenyataan, beliau tetap akan berpihak kepada barisan pembangkang. Justeru apa yg boleh dilihat kini hanya tinggal 2 parti sahaja yg berpengaruh iaitu samada beliau akan memilih PAS atau DAP. Apapun pada suatu ketika dulu, UMNO bependapat tidak rugi jika ianya kehilangan seorang ahli yg boleh membawa masalah kepada parti.
Kini tiba giliran PKR juga merasakan parti itu terlebih banyak ruginya jika menyimpan lebih ramai pemimpin yang berperinsip seperti zahid. Maka terpulanglah kepada PAS dan DAP untuk mempelawa Zahid bersama mengharungi prinsip perjuangannya.

Isnin, 18 Oktober 2010

YB BEGHAIM ALI SAKIT..??

Dengor khabornya Presiden PERKASA lagi gagah yg baru ditarik Bintang Kebesarannya oleh Sultan Kelantan ke V baru-baru ini telah di masukan ke hospital untuk menjalani pembedahan jantung. Semoga pembedahan yg dijalaninya itu akan berjaya dan diharapkan Datuk Beghaim Ali akan dapat aktif semula seperti sebelumnya. Insyaallah. 'Selamat menjalani pembedahan'.

Ahad, 10 Oktober 2010

KALAU DUIT NI, UMNO PULAU PINANG PASTI KATA X HARAM PUNYA..!!


Gambar yang terang lagi bersuluh di atas ni, kalau diagihkan kepada fakir miskin kat orang2 UMNO Pulau Pinang rasanya mereka pasti tak akan pulangkan semula duit ni. Pasal duit ni x dikatakan haram, ianya cuma hasil cukai saje dari syarikat Genting tapi tak ada le disebutnya Judi Kasino. Tu yg jadi halal berbanding dengan duit Lim Guan Eng yg bagi, depa kata hasil lumba kuda. Bezanya Lumba Kuda orang kampung tau, tapi kalu cakap Kasino orang kampung tak tau.. dan UMNO pun memang tak bagi tau... kesian orang tua-tua kat Pulau Pinang tu kena tipu aje...siap menangis lagi kerana terima duit judi....hiks hiks...kesian betul UMNO Pulau Pinang menipu orang Melayu Pulau Pinang...

Rabu, 29 September 2010

UMNO BERDEBAT SOAL HALAL HARAM DENGAN LIM GUAN ENG

KA KA KAH KAH KA....NAK KATA CERDIK DAH MACAM SEMPUDAL BANGGANGNYA. SUDAH LE ORANGNYA TU KAFIR APATAH LAGI, SOAL HALAL HARAM NIE MANA ADA DALAM KEPALA OTAK DIA. DAH TENTU LAH DIA TARAM JE SEMACAM. TAPI ITU BUKAN LAH SUATU YG MENGHAIRANKAN KITA SEMUA KHUSUSNYA UMAT ISLAM KALAU ORANG TU BUKAN ISLAM DAN LANGSUNG TIDAK ADA PENGETAHAUAN SOAL ILMU HUKUM HAKAM ISLAM.
APA YG PALING PELIK SEKALI DAN MENGHAIRANKAN IALAH UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN MALAYA YG KAT PENANG NIE... SOAL ISU HARAM DITANYA PULAK KEPADA YG TERANG2 ORANG TU BUKAN ISLAM. APA YG DIA NAK JAWAB.?? DAH TENTULAH JAWAPANNYA PUN MUNGKIN AKAN MENIMBULKAN KEMARAHAN KEPADA ORANG YG BERTANYA. BETUL2 BANGGANG BIN BAHLOL UMNO MELAYU AKHIR ZAMAN PENANG.
PAS TU YG JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI LAK, YG SEPTUTNYA MENJADI PENASIHAT, DAH JADI BEBAL DAN TERUS BISU. SAMPAI LAHNI. TAKDAK SATU STATMENT PUN KALAU KATA HARAM DUIT HABAQ LA HARAM. PEMIMPIN TU DAH CINA MANA LAH DIA TAHU HALAL KE HARAM. MEMANG 3X BANGGANG BETUL LAH MELAYU AKHIR ZAMAN KAT PENANG TU.
MEREKA KATA PEMIMPIN CINA TU, MENIPU ORANG MELAYU PENANG DENGAN DUIT HARAM. TAPI YG SELAMA INI RAKYAT ISLAM MALAYA DI TIPU SELAMA NIE, TAK ADA SATU ORANG PUN YG BISING APATAH LAGI PEMIMPIN MELAYU AKHIR ZAMAN WAT DONO AJE, PASAL DAPAT UNTUNG. HARAM KE HALAL KE TOLAK BELAKANG. CONTOHNYA, SAMPAI SEKARANG ISU PELABURAN KWSP TAK ADA PULAK ORANG ISLAM MELAYU AKHIR ZAMAN MALAYA YG MENGUNGKIT KESAHIHAN PELABURANNYA ?? MANAKALA PELABURAN ASB PULA SEHINGGA KINI KABUR DAN MASIH TIDAK JELAS DIMNA IANYA DILABURKAN WALAUPUN FATWA MENGATAKAN IANYA HALAL DI SISI ISLAM.....BANGGANG BIN BAHLOL LAH MELAYU AKHIR ZAMAN KAT PENANG TU... TAK MUSTAHIL, SUATU HARI NANTI GOLONGAN MELAYU AKHIR ZAMAN DI PENANG INI NANTI AKAN BERDEBAT DENGAN BATU DAN KAYU...... WALLHUAALAM.

Isnin, 27 September 2010

SIAPAKAH SEBENARNYA PENGKHIANAT, BEGHAIM ALI ATAU PAS..??



Rakyat Malaysia rasanya masih ingat lagi Pilihanraya Kecil 3 penjuru Pengkalan Pasir. Salah seorang calonnya yg mencuba nasib ialah Presiden PERKASA sekarang. Keputusannya hampehhh terlokop jahahanam. Undi yg dia dapat rasanya 400 sahaja. Wang depositpun lesap. itu maknanya Presiden PERKASA ni hakikat yg sebenarnya tidak ada penyokong langsung.
Pas tu, pada Pilihanraya Umum, PAS terpaksa mengorbankan calonnya, yg pada masa itu ialah Tuan Guru Ismail untuk memberi laluan kepada Beghaim Ali yg menjadi calon Bebas. Atas dasar muafakatan, beliau telah diberi lampu hijau menggunakan lambang PAS dan menang besar kawasan Parlimen sekarang. Itu maknanya Beghaim mendapat hampir 80% sokongan daripada pengundi PAS yg mahukan suara Beghaim sebagai penimbal dalam parlimen nanti.
Rupanya bila dah duduk sedap, dan dah dapat pulak jumpa lobang baik, presiden PERKASA ni lupa nak berterima kasih dimana atas tanah yg dia pijak. Dia lupa berterima kasih kepada pengundi PAS YG MELONJAKKAN dia dapat melompat naik sebagai YB Parlimen. Dia lupa berterima kasih kepada TGNA yg terpaksa mengorbankan calon PAS untuk memberi laluan kepadanya. Akhirnya kini ternyata benar bagi dikata, hukum tabiat KATAK memnag selalu suka melompat. Dialah sebenarnya PENGKHIANAT yang telah mengkhianat pengundi2nya yg berbangsa Melayu. Wallahualam.

Ahad, 19 September 2010

TENGKU MUHAMMAD FARIS: ANTARA FOTO UTUSAN & FOTO TOPENG PERAK, YG MANA BERNILAI..??

Dua situasi berbeza yg boleh kita lihat disini. Gambar di atas yg dikeluarkan oleh Utusan, menunjukkan Tengku Muhammad Faris Petra yg baru dimasyurkan sebagai Sultan Kelantan sedang bersalaman dengan rakyat jelata selepas menunaikan solat Jumaat. Kelihatan Menteri Besar, TGNA terkebelakang dari baginda.
Manakala gambar di atas pula yg dikeluarkan oleh Topeng Perak [TPU] iaitu Menyedari Tuan Guru Menteri Besar berada agak terkebelakang, dengan segera Tuanku Faris memanggil Tuan Guru Menteri Besar agar bersama dengan Baginda dihadapan agar mudah para makmum bersalaman dengan mereka... "Tok Guru mari dok sebeloh kito sini", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar...*Tuan Guru pada mulanya memberi laluan kepada Tuanku Faris kerana menghormati Baginda Sultan. (Gambar ini tidak disiarkan dalam akhbar Utusan.)

"Sebeloh ni Tok Guru", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar sambil Baginda Tuanku Faris dan yang lainnya mempersilakan Tuan Guru kehadapan... (Gambar ini juga tidak disiarkan dalam utusan).

Kulat: Kalau dilihat pada gambar yg dikeluarkan oleh Topeng Perak dan Utusan, dua cerita yg berbeza. Gambar yg dikeluarkan oleh Topeng Perak [TPU] ini seperti yg tidak dapat digambarkan dengan kata2 betapa mulia dan budimannya Sultan Kelantan yg baru ini serta mempunya nilai keharmonian di antara Kerajaan negeri dengan pihak Istana berbanding dengan gambar yg dikeluarkan oleh Utusan di atas. Bayangkanlah apa akan jadi jika gambar yg dikeluarkan oleh Topeng Perak ini disiarkan oleh Utusan.?? Rasanya UMNO semakin gelisah..... Wallahuaalam.

Khamis, 16 September 2010

PERKASA: BEGHAIM ALI MELOMPAT LAGI, DARI NGO TUBUH PULA POLITIK..??



Presiden kumpulan pendesak Melayu - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Dato Beghaim Ali kini telah merubah haluannya dari sebuah kumpulan NGO bakal menjadi sebuah parti alternatif untuk orang2 Melayu.
Ini berikutan dua parti ternesar yg mewakili orang Melayu iaitu PAS telah menegaskan tidak lagi memberikan peluang kepada Beghaim untuk bertanding menggunakan lambang parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
Manakala beberapa pemimpin tertinggi UMNO pula mendesak agar parti tertua itu perlu menjauhkan dirinya dari PERKASA demi menjaga hubungan baik dengan parti2 kompenannya yg sudahpun terjalin sejak merdeka lagi.
Justeru, Beghaim kini telah mula memikirkan langkah seterusnya untuk menyambung kelangsungan politiknya dengan berkemungkinan akan mendaftarkan PERKASA sebagai sebuah parti alternatif untuk orang Melayu. Kenyataan beliau itu sekaligus membuktikan penubuhan PERKASA yg sebelum ini sebagai tunjang kekuatan orang Melayu seperti yg didakwanya sebenarnya ada agenda yg tersembunyi disebalik atas tiket memperjuangkan isu Melayu. Kini Beghaim Ali melompat lagi....

Jumaat, 3 September 2010

TANDAS LEBIH BERHARGA DARI SEBUAH RUMAH PPRT







Tandas awam Taman Muhibah, Jasin merupakan tandas awam pertama yang bertaraf lima bintang di negara ini. mula dibina pada 6 Mei 2009 dan siap sepenuhnya pada 29 September tahun lalu melalui peruntukan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berjumlah RM115,000.


Cuba bandingankan dengan harga kos sebuah rumah PPRT yg cuma hanya berjumlah RM27000 sebuah. Maknanya 3 buah rumah PPRT dapat dibina berbanding hanya untuk sebuah tandas yg bukan untuk manusia berehat untuk sesebuah keluarga.

Selasa, 31 Ogos 2010

Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara Yg Ke 53



Selamat menyambut kemerdekaan negara yg ke 53. Memperingati kembali detik bersejarah KEMERDEKAAN NEGARA KITA disini.
Selama 53 tahun, adakah kita dan semua rakyat Malaysia serta pentadbiran negara ini telah memerdekan negara ini dari elemen penjajah sepenuhnya..??

Ahad, 22 Ogos 2010

ISU KHUTBAH LGE: ULAMAK UMNO KENA JAWAB



iSU khutbah Lim Guan Eng di PP. Apa bezanya bacaan Yassin yg dilakukan oleh UMNO semasa PK P.094 Hulu Selangor yg calonnya bukan muslim. Langsung tiada isupun yg dibawa oleh pihak Pakatan Rakyat. UMNO kini semakin hilang kewarasannya. Masakan tidak dalam 40 makmum yg sembahyang Jumaat hanya ketua UMNO Cawangan Jelutong saja yg mendengar nama Guan Eng di sebut. Makmum yg lain mungkin tertidor kerana keletihan berpuasa. Kalau terkilan sekali pun hanya sebuah masjid sahaja yg tidak disebut nama YDP Agong sementelaah lagi hampir beratus masjid dalam Malaya ni yg mendoakan YDP Agong. Apa masalahnya?? Masalahnya ialah sakit hati dek politik.
Pas tu yg lain2 pulak yg tak mendengar atau dikategorikan 'dengar cakap' dah mula buat kecoh khususnya apa lagi dan tentulah para barisan Pemuda UMNO, biasalah kerja rutin, ada iaitu buat repot polis satu Malaya. Agaknya saper yg mula buat kecoh?? Bukankah puak UMNO sendiri?? Mungkin lepas nie pulak demontrasi besar-besaran seperti yg pernah dilakukan oleh para pelajar UitM suatu ketika dulu yg kini senyap dah termasuk lubang leher mereka. Tak ada satu isu pun, baru cadang, dia punya kecoh satu Malaya berdentum. Manakala dalam isu ini yg menghairankan Ulamak UMNO yg ada Ilmu agama, yg faham akan Ilmu agama duduk membatukan diri tak mahu komen. Takutttt nanti miss soruu..!!
Lahni pulak, isu LGE nie.. pasti surat khabr geng2 puak UMNO akan mengambil kesempatan menghangatkan lagi isu nie. Kemungkinan UMNO dan puak2 yg berkepentingan akan memainkan isu ini berlarutan. Yang tak faham selok belok agamapun pun akan melenting apatah lagi PERKASAM Melayu yg presidennya dah nak nak penghujung nyawa kariernya juga akan mengambil kesempatan mencelah. Tak caya nanti sama2 kita lihat.
Namun apa yg terjadi semua ini menurut para pemerhati politik termasuk isu calon MB Johor yg langsung x logik dek akal memang ianya sengaja dimainkan oleh orang2 UMNO sendiri dan usaha2 yg berterusan UMNO agar parti pembangkang terus diganyang sebelum PRU13 nanti. Kalau kita lihat sejak akhir2 ini, kenapa PAS terlalu sukar untuk menjalinkan hubungan dengan UMNO ini kerana ahli2 UMNO itu sendiri selalu betindak melulu tanpa pengetahuan agama terus membuat keputusan sendiri manakala yg ulamak mereka sendiri dok diam membisu.
PS: MACAM MANE PADA PANDANGAN ULAMAK UMNO SEKIRANYA USTAZ REDUAN TEE ABDULLAH TU MENDOAKAN KESEJATERAAN IBUNYA YG BUKAN MUSLIM. APATAH LAGI JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMMAD SAW. MENDOAKAN KESEJAHTERAAN SEORANG PEMUDA YAHUDI YG SELALU MEMAKINYA SETIAP HARI. MENURUT USTAZ ASARI PULA MENDOAKAN KEPADA BUKAN MUSLIM TIDAK MENJADI KESALAHAN DARI SUDUT AGAMA ASALKAN DOA ITU ADALAH SUPAYA PEMIMPIN ITU MENJADI ADIL DALAM PEMERINTAHANNYA. WALLHUAALAM.

Ahad, 15 Ogos 2010

RIBUT DI JASIN: AMARAN JANGAN ADA SEKOLAH ANAK HARAM??

Dua orang peniaga dan seorang pengunjung Bazaar Ramadhan terbunuh menakala 17 cedera selepas dihempap khemah yang diterbangkan ribut di perkarangan Stadium Jasin pada hari ketiga umat Islam menjalani ibadah puasa. anehnya ribut yang melanda di bazar ramadan tersebut berlaku hanya tidak sampai 5 minit.
Selepas kejadian itu, beberapa desas-desus spekulasi liar mula tersebar yang mengatakan kemungkinan ini adalah amaran kerana Jasin bakal menjadi tempat pengumpulan anak haram (sekolah mengandung) seperti yang dicadangkan oleh kerajaan negeri. Ada pula mengatakan angkara peniaga2 yang tidak jujur dalam berurusan perniagaan di bazar tersebut yg hanya semata2 untuk mencari keuntungan sahaja.
Namun begitu, apapun berlaku adalah ketentuan Allah swt. Kita hanya mampu merancang hanya Allah sahaja yang menentukan. Walaupun berlaku dalam bulan yg mulia ini, Ibadah puasa tetap diteruskan jua. Wallahhuaalam.

Rabu, 11 Ogos 2010

"LAWAN TETAP LAWAN" INI 'JANJI' EZAM MD NOR

video

LAWAN TETAP LAWAN, KITA AKAN LAWAN SEHINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR, INI JANJI SAYA, KATA EZAM MD. NOOR YANG AKHIRNYA BELIAU DILANTIK MENJADI SENATOR IAITU WAKIL PIHAK YANG DILAWANNYA SUATU KETIKA DAHULU. HIKS..!! DUNIA, DUNIA...KAU SAJALAH YANG AKAN MENJADI SAKSI DI AKHIR KALAM NANTI.

Khamis, 5 Ogos 2010

MELAKA BAKAL DAPAT RAMAI ANAK ANGKAT DARI SEKOLAH MENGANDUNG

Gambar nie wa cilok dari blog nada rakyat (jangan marah bro amik tanpa pengetahuan). Tengoklah gelagat pelajar Melayu yang comfirm menganuti agama Islam dengan bangganya menunjukkan simbol lucah. Mungkin mereka sekarang sudah boleh berbagga kerana kerajaan sekarang khusunya kerajaan negeri Melaka telah mewujudkan SEKOLAH MENGANDUNG.
Justeru mereka rasa kalau mereka dah atau tersengaja megandung, pelajar2 perempuan nie akan terus melanjutkan pengajiannya dalam jurusan mengandung ke SEKOLAH MEGANDUNG di Melaka. Kerajaan negeri Melaka patut berasa bangga bakal dapat ramai ANAK ANGKAT hasil dari pelajar2 yg tersengaja mengandung. Syabas kerajaan negeri.

Khamis, 29 Julai 2010

'IQ' KULAT SETAKAT BUKU LALI JE...KATA GAP



Inilah blog Melayu yang dikenali sebagai 'GAP' antara blog Melayu terhebat sekali .
Bahasanya cukup indah dan MEMILIKI IQ YANG PALING TINGGI SEKALAI setakat ini dari mana2 penulis blog yang pernah aku singgah. Berikut di bawah ini ada beberapa komen balas GAP yang menyifatkan IQ aku setakat dibawah paras BUKU LALI aje.. terima kasih GAP yang tidak GAGAP kerana MENGHALUSI menilai tahap IQ sesorang.






dah yang bawah nie cuba lihat komen GAP yang memiliki IQ tinggi membuat ulasan balas aku punya komen yang langsung tidak faham maksud yang tersurat dan tersirat kenapa Saiful bercinta dan kenapa pula yang dicintainya itu di berambuskan oleh Gani Patail??? Sayang GAP yang tidak GAGAP tidak dapat menangkap maksud yang tersirat...hampehhhh
Nota: Aku Bukan Anony.. yg pegecut tidak ada nama....Layaannnn......

Ahad, 25 Julai 2010

ISU PASIR: ISU PENCEMARAN TAK ADA, RUPANYA NAK PROJEK..

video

Isu pasir di Selangor yang hangat diperkatakan oleh UMNO disamping TV3 pula menolong menghangatkan lagi dengan tidak putus-putus menyiarkannya sehingga ke hari ini. Namun kalau kita amati sejak ianya disiarkan, langsung tiada isu pencemaran dilaporkan dan satu pun tiada kenyataan rasmi khususnya dari agensi-agensi yang berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Geologis Malaysia, apatah lagi dari pihak SPRM.

Ini bermakna perlombongan yang dijalankan adalah sah dan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak berwajib. Cuma bila dah terlalu banyak melalutnya RUPANYA MEREKA NI TIDAK DAPAT PROJEK. Mungkin suatu ketika dahulu mereka sudah merasa senang di bawah kepimpinan Khir Toyo yang kini terpaksa mengemis dibawah pemerintahan PKR. Kesiann...

Manakala isu curi pasir nie.. mana-mana pun boleh berlaku ianya bukan sahaja di negeri yang diperintah oleh pembangkang malah negeri di bawah pemerintahan BN. Contoh seperti kayu balak yang sukar untuk dibawa keluar dari hutan belantara di Pahang pun boleh hilang.

UMNO SOAL, UMNO JAWAB..KA KA KA TERSANGATLAH GELINYA

video

Isu perpaduan Melayu memang sengaja dipropagandakan oleh pihak UMNO. Lihat saje program soal jawab dalam TV3 yang disiarkan pada 21 Julai, yang tetamunya ialah Lokman Adam seorang 'X PKR' yang kini telah kembali menjadi ahli UMNO telah diwawancara oleh Dato Manja Ismail, orang kuat akhbar penjuak parti UMNO.

Program tersebut dilihat Lokman Adam lebih banyak menghentam matan bossnya Anuar Ibrahim daripada menjurus kepada soal perpaduan yang dicari. Program soal jawab dalam TV3 ni tak ubah seperti UMNO syok sendiri, iaitu UMNO SOAL, UMNO JAWAB....ka ka ka ka ka apa nak dikatakan..!! dah tak ade modallah tu......

BUKAN SAHAJA AL-QURAN, MALAH HITLER SENDIRI TELAH MEMPERINGATKAN DUNIA.


Bukan sahaja A-Quran, malah pemimpin Nazi, Adolf Hitler juga telah memperingatkan dunia kenapa beliau terlalu bimbang akan bangsa Yahudi Lahanatullah ini. Buktinya hari ini, negara2 dikalangan bangsa Arab sendiri, gagal menangani nya.

Khamis, 22 Julai 2010

ISU PASIR: LAHH TAK DAPAT KONTRAK RUPANYA, TU YG BISING TU..!!



Isu pasir di Selangor semakin hangat. Selepas Khir Toyo membangkitkan soal negeri Selangor yang bimbang bakal berlubang akibat dikorek pasir, seorang lagi pemimpin UMNO negeri tampil dengan membuat isu lain pula.
Kali ini giliran Noh Omar pula yang tidak ketinggalan cuba bersaing publisiti dengan Khir Toyo dengan megenengahkan pula isu kroni pasir pula. Pihak KSSB lantas menempelak Noh di sini kerana rupanya beliau tidak faham mengenai bidang perlombongan pasir di negerinya sendiri.

Khamis, 15 Julai 2010

KUDIS KHIR TOYO YG DULU, TAK ADA SAPE YG KOREK



Fuhh..!! dah lama betul tak dengar kelantangan Wak Khir Toyo. Sejak Isu curi pasir nie.. Wak seperti mendapat tenaga baru. Maklumlah sekali shoot je, terus meletup sehinggakan TV3suku macam dah tak muat cerita nak disumbatkan dalam TV tu. Liputannya terus HotLine. Macam goreng pisang panas. Habis laku.
Tapi rupanya Wak Khir kita nie, seperti kata mantan PM, Tun Mahathir, 'Melayu Memang Mudah Lupa". Sejak menjadi Ketua Pembangkang dalam kerajaan negeri Selangor, Wak Khir kita tidak putus2 asyik melihat KUDIS orang lain, sehingga dia terlupa orang lain telah lama melihat KUDIS dia terlebih dahulu.
Kalau nak lihat KUDIS dia, sila klik di sini. Hah... amacam ada nampak tak KUDIS Wak Khir Toyo?? Lu fikirlah sendiri.... 'SIAPA SEBENARNYA HERO JUARA PASIR NI????

Isnin, 28 Jun 2010

PKR SELANGOR "AYAM TERLEPAS TANGAN BERBAU TAHI"

Kekalutan isu dalaman PKR kini semakin nampak ketara apabila krisis dalamannya kini diterjemahkan melalui kepimpinan tertinggi mereka. Sebelum ini sudah ramai pemimpin kanan PKR dan yang tidak kanan juga telah pun mengakhiri perjuangan mereka bersama PKR dengan meninggalkan terus parti keramat itu.
Terbaru, Tan Sri Abdul Khalid melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor berkuat-kuasa serta merta dan jawatan berkenaan kini diambil alih oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali. Walaupun itu dianggap sebagai suatu perubahan biasa, adalah agak mustahil apabila seorang MB tidak mampu untuk meneruskan kepimpinan negeri dalam parti.
Hal demikian menurut pemerhati adakah ini sebagai tanda dan alamatnya bahawa PKR bakal tersembam dan terlepas menguasai negeri maju itu. Ibarat "ayam terlepas tangan berbau tahi".

Rabu, 16 Jun 2010

WA NAK REHAT JAP NGAN BLOG NIE, WA NAK PI LAYAN FB LAK


pehhh... dah lama wa tak postkan cite kat blog nie... boring jugak rasanya bila membaca cite-cite bab politik ni. dia kata dia, dia kata dia, kawan jadi lawan yang lawan jadi kawan. macam wa hasil balik asal. rasanya macam x ada siapa yang menang dan x ada siapa lak yang kalah. hiksss.. boring, boring. rasanya nak relax jap lah postkan cite-cite kat blog nie. sementara nie, baik wa layan FB lagi baik..!!

Isnin, 7 Jun 2010

GAMBAR YG MEMBERI MAKNA SERIBU KEDUKAAN

Buat remaja yang sudah terjebak dalam zina, bertaubatlah segera selagi Dia masih memberi peluang. Andai kau ditakdirkan mempunyai zuriat, jadikanlah dia emas bernilai untuk kau tumpahkan kasih sayang dan pengorbanan. Moga-moga ia boleh menjadi sebab untuk kau mampu 'membeli' sebuah keampunan. Tolonglah, Tolonglah, Tolonglah kurayu, jangan dibuang anak itu! Damaikan sikecil itu dalam pelukanmu. Kasihanilah dia, InsyaAllah Allah, Dia akan mengasihani kamu...Petikan (dengan sedikit tambahan) tulisan Fatimah Syarha dalam kolum Remaja majalah Solusi isu no. 20, ms 69 bertajuk "Damailah Dalam Pelukanku."

sumber: Facebook Ustaz Zahazan Mohamed

Khamis, 3 Jun 2010

JAMIL KHIR BAHAROM TERLENA DLM KEINDAHAN UMNO

Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom pernah menyatakan bahawa beliau sudah mula tertarik dengan kerajaan BN dan UMNO sejak dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
" Saya melihat satu keindahan dalam kerajaan BN dan UMNO yang mampu melihat rakan2 turut berada di luar untuk berkongsi kek yang sama bukan untuk dimakan tetapi untuk bekerja"
Demikian kata2 ikhlas seorang yang pertama kali bergelar menteri semasa diwawancara dalam sebuah akhbar milik kepimpinan kerajaan baru. Akibat terlalu asyik dengan keindahan yang UMNO tunjukkan itulah menyebabkan menteri agama UMNO ni.. sehingga lupa bahawa beliau telah bersekongkol dengan golongan orang-orang yang dimurkai oleh Allah swt. Wallahuaalam.

Isnin, 31 Mei 2010

PERBEZAAN ANTARA PEMIMPIN MIC DENGAN PKR


Politik Malaya semakin menarik. Krisis dari satu parti ke satu parti seperti mengikut giliran. Boleh dikatakan kesemuanya tidak dapat lari dari masalah dalaman. Tak kira dari mana baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional. Tapi dalam banyak2 krisis paling menariknya sekali sudah tentulah parti MIC. Parti ini dikatakan presidennya paling sensitif dan memiliki kuasa 'hitler'. Langsung tak boleh ditegur.
Baru nak kata ahh..!! saja terus hilang pangkat dalam parti. Dalam masa tidak sampai beberapa minggu, lima pemimpin MIC dipecat yang mendakwa boleh merosakkan kestabilan MIC tapi agenda sebenarnya mengikut cita rasanya mengugat kedudukannya sebagai presiden. Bila melihat keletah parti kompenan Barisan Nasional ini, kita dapat membezakan perjuangan pemimpin mereka terlalu berbeza dengan Parti Pakatan Rakyat terutama Parti Keadilan Rakyat. Cuba kita sama-sama lihat perbezaan yang paling ketara yg boleh kita buat perbandingan ialah contohnya seperti berikut:-
1. BEBERAPA PEMIMPIN KEADILAN SEPERTI YG KITA SEMUA TAHU, TELAH KELUAR DARI PARTI TERSEBUT KERANA MENDAKWA TEGURAN MEREKA KEPADA KETUA MEREKA TIDAK DIAMBIL PUSING OLEH PEMIMPIN MEREKA. LALU MEREKA MENGAMBIL KEPUTUSAN KELUAR PARTI. APA YANG MENARIKNYA AHLI2 NYA YG MENGKRITIK PEMIMPIN MEREKA SENDIRI LANGSUNG TIDAK DIPECAT TETAPI MEREKA SENDIRI YG MENGAMBIL KEPUTUSAN KELUAR PARTI
2. MANAKALA PARTI (MIC) KOMPENAN BN INI DULU KINI DAN SELAMANYA INI TERLALU BERLAINAN SEKALI. BARU SAJA AHLINYA NAK MENEGUR PEMIMPIN, MEREKA TERUS SAJA DIPECAT TANPA DIBAWA KE MESYUARAT DISIPLIN TERLEBIH DAHULU.
INILAH PERBEZAAN DAN PERBANDINGANNYA YG PALING KETARA SEKALI ANTARA DIKTAKTOR PEMBANGKANG DENGAN DIKTAKTOR KERAJAAN. JUSTERU ITU JUGA MIC DIJANGKA AKAN KEHILANGAN 5000 AHLINYA BAKAL DIPECAT KERANA MENYERTAI PERHIMPUNAN 'GAS' .

Sabtu, 29 Mei 2010

SUDAHLAH KALAH PADA PILIHANRAYA, DALAM PARTIPUN AHLI DAH TAK SUKA


Krisis MIC semakin meruncing apabila Setiausaha Agung MIC sendiri, S. Murugesan telah membuat satu kejutan dengan turut sama mempertikaikan tindakan ketuanya Datuk Seri S. Samy Vellu yang menggunakan kuasa 'hitler'nya untuk memecat sesuka hatinya empat pemimpin MIC dalam tempoh dua minggu lalu. Dengan kenyataan itu, beliau hampir pasti akan menyertai 'GAS' iaitu kumpulan yang mempertikaikan tindakan 'bosnya' itu menegaskan, presiden sepatutnya menggunakan kuasa memecat sebagai langkah terakhir.
Selain daripada itu krisis MIC ini juga secara tidak langsung memberi kean kepada UMNO yang sebelum ini sering kali menempelak Pakatan Rakyat yang kononnya diambang perpecahan. Rupanya dalam senyap parti kompenan BN sendiri seperti api dalam sekam. Krisis demi krisis dihadapi bermula dari parti Gerakan, MCA dan kini MIC pula. Apapun kesemua parti kompenan yang dikepalai oleh UMNO itu terbukti mempunyai sejarah yang paling memalukan pada PRU 12 yang lalu. Justeru tidaj mustahil kenapa rakyat dan ahlinya menolak kepimpinan mereka sendiri.

Khamis, 20 Mei 2010

GOBALAKRISNAN HILANG KELAYAKAN, BUNG MOKTAR DAPAT BINI

Anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan kini menghadapi risiko hilang kelayakan sebagai wakil rakyat apabila beliau hari ini didenda RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini. Gobalakrishnan didapati bersalah mengikut Seksyen 186, Kanun Keseksaan terhadap pertuduhan menghalang anggota polis sebagai penjawat awam menjalankan tugas pada tahun 2002.
Manakala anggota Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar pula, mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama satu bulan ke atas atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003. Beliau turut dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara satu bulan jika gagal membayar denda tersebut hari ini atas tuduhan kedua iaitu bersubahat bagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk di bawah Seksyen 40 (2) Enakmen sama.
Adakah Bung Moktar juga akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen?? Kena dendapun masyarakat dah tahu keputusan statusnya sebagai ahli parlimen. Selamattttt....!!! Ini undang-undang dalam ini negeri ana yang punya. Pembangkang no way, ahli kerajaan free way..!!

Sabtu, 15 Mei 2010

MAHKAMAH SYARIE KINI DAH TONGGANG TERBALIK



KINI HUKUM ISLAM DALAM MAHKAMAH SYARIAH SUDAH JADI TONGGANG TERBALIK BILAMANA IANYA KINI BOLEH DIKENDALIKAN OLEH ORANG BUKAN MUSLIM.
Seorang wanita yag bukan beragama Islam semalam telah memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi Sivil DISINI dalam usaha awalnya untuk menjadi seorang PEGUAM SYARIE di Wilayah Persekutuan.

Hakim yang memberikan kebenaran itu adalah seorang Melayu Muslim iaitu Datuk Mohd. Zawawi Salleh telah MEMBENARKAN Victoria Jayaseele Martin (gambar) mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (perintah mahkamah tinggi) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira agamanya.
Konsep 1Malaysia dan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh kerajaan telah menepati kehendak rakyat Malaya negara ini yang kini seperti carcamerba. Sekarang ini dalam era 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' semuanya boleh asalkan ianya menepati konsep "1 MALAYSIA". Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang menentang keras keputusan hakim tersebut pun tidak dapat menggunakan bidang kuasanya sebagai Penguatkuasa Agama. Syabas para perjuang UMNO.

Khamis, 13 Mei 2010

ADAKAH SI SAIFUL DIKOREK JUBURNYA SEPERTI INI?

video

Gambar video di atas adalah merupakan pemeriksaan lubang jubur menggunakan kamera atau dipanggil 'colonoscopy'. Kamera optik akan dimasukan ke dalam lubang jubur individu itu untuk melihat dengan lebih jelas keadaan permukaan dubur luar dan dubur dalam sehingga kepada usus besar. Adakah pemeriksaan seperti ini dilakukan terhadap handsome boys, si Saiful Bukhari yang mengemut selama dua hari menyimpan air mani DSAI?

Prosiding perbicaraan LIWAT PART 2 DSAI kini semakin menarik perhatian masyarakat bilamana cerita2 baru mula terbongkar. Antara yang paling menarik ialah sebelum membuat laporan Polis, rupa2nya si Mat handsome ni telahpun membuat perjumpaan awal dengan beberapa individu yang mana kesemuanya adalah MUSUH POLITIK DSAI sendiri.

Antaranya pertemuannya dengan ACP Rodhwan Mohd Yusof (sekarang SAC 1) dan kemudiannya dia membuat panggilan telefon kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sehari sebelum kejadian berkenaan. Yang paling menariknya ialah pertemuannya dengan orang yg memang sedang 'mengantuk disorongkan bantal', orang yang dikatakan sedang menunggu isu seperti 'pucuk dicipta ulam mendatang' iaitu yg kini telah menjadi musuh ketat DSAI, bekas Ketua Pemuda PKR, EZAM MD NOR (yang mendakwa layak diberi jawatan Senator) di Rawang, sehari selepas kejadian berlaku ( 27 Jun) bagi mengadu kepadanya berhubung “penganiyaan” oleh Anwar.

Ahad, 9 Mei 2010

PERLUKAH MASYARAKAT MENUDING JARI PADA POLIS?



Belum lagi reda satu kes, timbul lagi satu kes yang membabitkan anggota keselamatan negara ini. Nampaknya isu polis menembak ni semacam bermusim. Seolah-olah kuasa yang diamanahkan kepada mereka digunakan dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesan kepada masyarakat dan imej kepolisan itu sendiri.
Namun begitu, adakah kita perlu menyalahkan mereka (anggota polis) 100%. Adakah kerana kecuaian atau mereka terpaksa mempertahankan diri mereka daripada menjadi mangsa penjenayah. Kedua-dua persoalan ini sememang tidak dapat lari daripada konfliks yang mereka hadapi. Jika mereka biarkan jika benar penjenayah, nyawa mereka pulak yang terancam. Kalau bukan pulak, mereka yang dikejar atau diminta berhenti untuk pemeriksaan polis, tidak harus melarikan diri begitu sahaja kerana ini boleh mendatangkan curiga kepada pihak polis yang sememang telah diajar mengenali cara atau gerak geri yang mencurigakan seorang susupek.
Dalam kes seperti ini, cuba kita sorot kembali beberapa peristiwa yang mana pihak polis pula menjadi mangsa seperti di sini dan di sini demi tugas yang telah diamanahkan kepada mereka. Adakah masyarakat simpati dengan nasib anggota dan keluarga mereka? Apapun dalam kes-kes seperti ini, kedua-dua pihak antara masyarakat dan pihak keselamatan tidak boleh dapat lari mewujudkan elemen kerjasama. Kedua-duanya seperti saling memerlukan, jika tidak maka pincanglah kerjasama itu dan sesuatu matlamat yang diperlukan tidak akan tercapai terutama elemen yang paling penting iaitu dari segi aspek KESELAMATAN MASYARAKAT KOMUNITI DAN NEGARA KHASNYA.

Sabtu, 8 Mei 2010

SOKONG KERAJAAN 'HALALKAN' JUDI UNTUK BANTU UMAT MELAYU



Hah..!! wa memang sokong 200% kalau itu kelajaan HALALKAN JUDI BOLASEPAK. Kalau dah HALAL nanti baru le boleh betul-betul BERJUDI habis-habisan dan terang-terangan. Selama ni ramai umat Malaya berjudi secara gelap (iaitu ikut Awang Adek kata HARAM). So lepas ni berlantak-lantak umat Malaya mempertaruhkan nasib mereka. Untung sabut timbul untung batu tengelam.

Apa pun JUDI kini sudah tidak menjadi halangan lagi kepada umat Malaya kerana ianya telah DIHALALKAN oleh wakil kerajaan yang diwarisi oleh bangsa Melayu di sebuah negara yang digelar negara ISLAM HADHARI. Patutlah kedai tikam ekor di negara ini tidak pernah surut, kerana ianya HALAL disisi KERAJAAN MALAYSIA negara ISLAM HADHARI. Apapun kita ucapkan Syabas terutama kepada semua para perjuang UMNO yang memperjuangkan untuk BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR.
SYABAS KEPADA PARA PERJUANG UMNO TERUTAMA KAPADA SAYAP KANAN PEMUDA UMNO KERANA PEMIMPIN ANDA TELAH MENGHALALKAN JUDI. SYABAS! SYABAS! RAMAI UMAT MELAYU AKAN JADI KAYA SELEPAS PILA DUNIA NANTI.. INILAH SEBAHAGIAN PROGRAM UMNO UNTUK MEMBANTU BANGSA MELAYU MAJU KEHADAPAN SEPERTI YG DILAUNG2KAN DALAM KONSEP ISLAM HADHARI.
Nota: Kalau Si Awang ni dicalonkan lagi pada PRU13 nanti, rakyat Kelantan jangan lupa isu ini.

Ahad, 2 Mei 2010

UMNO BUATKAN MAJLIS BACAAN YASIN UNTUK YB P.KAMALANATHAN

Rasanya isu Kalimah Allah masih lagi belum reda. Beberapa pihak seperti PERKASAM dan terutamanya beberapa pemimpin dikalangan UMNO tetap berkeras penggunaan nama Allah hanyalah untuk orang Islam. Walau pun ramai percaya ada juga dikalangan ahli2 UMNO terutama mereka yang memandangnya dari segi ilmiahnya merasakan ianya boleh dipersoalkan. Masakan tidak, demi untuk kelangsungan dan kepentingan politik, mereka meredhakan pula bacaan Yassin untuk calon BN, P.Kamalanathan semasa PRK P.094 di Hulu Selangor tempohari seperti yang tertera pada gambar di atas.

Wa tak reti nak komen pasal ni. Terpulanglah kepada ahli agama yang bijak pandai TERUTAMA AHLI ULAMAK UMNO untuk memberikan komen dan pandangan mereka. Adakah dalam soal ini ianya diharuskan khususnya dalam konsep ISLAM HADHARI yang dicipta. Apa yang pastinya secara tidak langsung, UMNO DENGAN SENDIRI MENGIKTIRAFKAN PENGGUNAAN 'NAMA ALLAH' ITU DIBOLEHKAN UNTUK MEREKA YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM DAN KHUSUSNYA UNTUK SETIAP HAMBA ALLAH DI DUNIA INI.

Sabtu, 1 Mei 2010

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA ADUN PELABUHAN KELANG



Syabas dan tahniah!! akhirnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini menyerahkan borang ahli untuk menyertai UMNO setelah enam bulan keluar dari Parti Kedilan Rakyat (PKR) dan menjadi ADUN Bebas
Diharapkan selepas ini UMNO janganlah pinggirkan si Badrul. Para pengundi Pelabuhan Kelang berharap sangat2 agar ADUN mereka ini tidak ditukarkan kepada calon lain pada PRU13 nanti.

Dengar khabarnya perkhidmatan ADUN Pelabuhan Kelang ni setakat ini adalah yang terbaik. Para pengundi kawasannya banyak berkata mereka tidak sabar nak mengundi semula Badrul jika beliau dicalonkan sekali lagi oleh UMNO pada PRU13 nanti.

INILAH PRODUK UMNO YG PALING BERMUTU

SIAPALAH YANG EMPUNYA ANAK INI??GAMBAR INI TELAH DIJUMPAI DALAM LAMAN FACEBOOK YANG MENDAKWA TERTERA DARI 'PEMUDA UMNO'. STATEMENT INI JELAS SUATU UGUTAN/ANCAMAN. AYUH..!! SEMUA RAKYAT MALAYSIA DISELURUH NEGERA DIMINTA MEMBUAT LAPORAN POLIS. INILAH PRODUK YANG PALING MAHAL YANG DIHASILKAN OLEH PARTI DOMINAN BANGSA MELAYU SELEPAS PEKASAM.

Khamis, 29 April 2010

INI MACAM SIKAP PUN ADA YANG 'IRIHATI'..


Alahaii kesiannya MB Kelantan ni, makan seorang diri je kat warong. Tanpa pengawal peribadi dan protokol. Kalu pemimpin BN ni, rasanya dia punya pengawal peribadinya je penuh keliling gerai. Itu tak masuk lagi para pembodek yang nak tolongkan bayar. Mana tahu kalau tolong bayarkan nanti dapat habuannya projek atas angin.
Gambar ni aku cilok KAT SINI. Kata penulisnya, MB Negeri sendiri pun susah nak jumpa.. kecuali ada majlis rasmi yang ada publisiti sahaja.. kesiaannn..!! Bukan kata MB, YB kat kg. pun susah nak jumpa. Lagaknya juga adakala mengalahkan MB. (tapi....takle semua, ada juga YB karat yg sesekali tengok macam bukan YB, tapi Yang Berkhidmat)

Selasa, 20 April 2010

'GAP' BLOG PENIPU, BIAR MERAPU TAPI JANGAN MENIPU




INI KERATAN AKHBAR PENJUAK
YANG MENYATAKAN DENGAN BANGGANYA BLOG 'GAGAP' YANG MENYAHUT CABARAN AZMIN UNTUK MENDEDAHKAN BUKTI YANG ZAHID KAKI MINUM.








INILAH GAMBAR YANG DIKELUARKAN DALAM BLOG 'GAP', KONON BUKTINYA YANG MENUNJUKKAN BAHAWA ZAHID SEORANG KAKI MINUM. GAMBARNYA KELIHATAN ZAHID SEDANG MEMEGANG BOTOL ARAK YANG SAMA JENISNYA DENGAN BOTOL YANG PERNAH ADA DALAM GAMBAR 'KJ' KALAU KITA SEMUA INGAT.








TAPI CUBA PULA LIHAT GAMBAR YANG TELAH WA COPY DALAM BLOG KAWAN WA, (HARIMAU MENAIP). GAMBARNYA TERANG DAN JELAS, ZAHID TIDAK MEMEGANG SEBARANG BOTOL. JUSTERU DENGAN JELAS BLOGGER GAP RUPANYA SELAMA INI BLOGGER 'KAKI PEMBOHONG'
BIAR KITA 'MERAPU' BEB DALAM BERBLOGGER TAPI JANGAN 'MENIPU'

Isnin, 19 April 2010

RAMAI AHLI PKR JADI HERO DALAM PILIHANRAYA KECIL




Memang benar bagai dikata dan telah dijangka, bila ada sahaja PRK, seperti ada suatu kemestian ramai ahli pembangkang yang keluar dan buat statment khusunya dari kalangan ahli PKR. Terbaru bekas Dr peribadi DSAI pula membuat statement kat TV3 iaitu slot yang memang ditunggu2kan oleh media TV3suku untuk mereka turut sama berkempen.

Dr. Halili Rahmat, bekas Bendahari PKR Hulu Selangor yang juga bekas Dr. Peribadi DSAI telah mengumumkan keluar parti PKR kerana kecewa dengan kepimpinan parti PKR. Dengan nada yang tergagap-gagap seperti membaca sebuah skrip, Dr. Halili terus mengumumkan dengan rasminya MEMASUKI UMNO.

Kkah kah kah... memang statment yang ditunggu-tunggu tepat pada masanya. Akhirnya Halili dengan lapang dada dapat juga masuk parti UMNO yang selama ini dinantikannya. Syabas Halili,syabas. Tapi beliau tidak pula menyatakan UMNO cawangan mana yang menerimanya.

Memang orang2 UMNO akan menerima sesiapa saja disaat2 genting seperti ini. Tapi untuk pengetahuan Halili, beliau perlu menjadi ahli biasa dahulu dalam mana2 cawangan. Kalau nak jawatan..tunggguuu duluuu. Yang dah dok ada lahni semuanya dah penuh. Tapi untuk kali ini, nama Halili mungkin menjadi sebutan dan hero bagi BN kerana berani meninggalkan perjuangan dalam PKR yang beliau dakwa selama ini hanya angan2 kosong.

Tapi Dr. Halili perlu ingat, sudah berapa ramai ahli2 PKR yang telah menjadi hero semasa dalam beberapa siri PRK yang lalu, kini telah HILANG entah kemana. Mereka (BN) semua telah melupakannya. Lebih2 lagi semua jawatan penting dalam UMNO telah penuh diisi dan mereka semua sedang memperjuangankan nasib bersama jawatan mereka untuk dijadikan sandaran sebagai CALON PRU13 nanti.
Selepas itu, nama Dr. Halili Rahmat dan beberapa lagi bekas ahli2 PKR yang menjadi wira pada PRK ini entah berapa lama akan dingat semula atau lenyap terus bersama kemegahan menghiasi hamparan dada media. Wallahuaalam.

Ahad, 18 April 2010

LEPAS SHAH ALAM, BEBERAPA LAGI CABANG PKR AKAN BUBAR...

Setiap kali ada PRK, seperti macam suatu kemestian, pasti adaa sahaja ahli yang keluar parti terutama dari pihak pembangkang khususnya dari PKR. Pagi tadi, Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhamad Ali Mukhtar hari ini mengumumkan keluar dari parti itu berkuat kuasa serta merta. Turut sama seorang lagi anggota Jawatankuasa (AJK) cabang itu, Mohd. Nazri Mukhtar.

Selain daripada itu, empat anggota Angkatan Muda cawangan Padang Jawa turut mengumumkan keluar parti. Mereka semua mengambil tindakan itu kerana dikatakan kecewa dengan kepimpinan PKR yang memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon pakatan pembangkang pada PRK P094 Parlimen Hulu Selangor.
Berikutan beberapa keputusan yang mengejutkan itu, khabarnya lebih ramai lagi ahli PKR dari beberapa cabang akan keluar beramai-ramai mengikut jejak Ketua AMK Shah Alam dan lain-lain cabang tersebut.
Berikut beberapa cabang yang dikatakan akan keluar beramai2 ialah CABANG JAWA BARAT, CABANG JAWA TIMUR, CABANG BANDUNG, CABANG SURABAYA, CABANG YOGHJAKARTA dan yang paling ramai sekali khabarnya yang akan keluar ialah CABANG LOMBOK yang tidak berpuashati dengan kekurangan jumlah anak dara negara ini untuk di bawa keluar balik ke Lombok.

Sabtu, 17 April 2010

3 ANAK BEGHAIM DI HULU SELANGOR. BN BAKAL TERIMA UNDI PROTES

Semasa penamaan calon pagi tadi ramai yang tak perasan rupanya ada tiga anak Beghaim yang menjadi tonggak parti PKR bagi menghadapi PRK P094 Hulu Selangor.
Tiga tonggak tersebut iaitu Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim dan calon PKR iaitu Zahid Ibrahim. Mereka bertiga dijangka merancang beberapa strategi bagi memastikan Parlimen Hulu Selangor kekal di tangan PKR.
Sementara itu penamaan calon hari ini juga memeranjatkan ramai pemerhati apabila dua calon BEBAS yang muncul adalah merupakan dari penyokong kuat BN sendiri iaitu dari UMNO dan MIC. Kemunculan mereka menunjukan ada petanda awal bahawa BN menghadapi krisis dalamannya di Hulu Selangor. Situasi ini memberi persepsi awal bahawa BN bakal menerima undi protes di kalangan penyokongnya sendiri.

HULU SELANGOR PERNAH DIIKTIRAF KAWASAN 'PENYAPU'



MASIH INGATKAH KITA SEMUA?? Suatu ketika dulu pada suatu majlis yang indah yang dihadiri oleh mantan MB Selangor iaitu anak Wak Toyo. Majlis yang mengiktirafkan Daerah Hulu Selangor adalah KAWASAN PENYAPU.
Ini termasuklah tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana ketiga-tiganya dimenangi BN iaitu Hulu Bernam(Umno), Batang Kali (Umno) dan Kuala Kubu Bahru (MCA) Di bawah Parlimen Hulu Selangor.
Pengiktirafan itu membuktikan Pentadbiran Hulu Selangor semasa pemerintahan anak Wak Toyo dahulu tidak secekap yang diharapkan dan peeratus nilai cukai tahunannya adalah yang paling rendah. Akhirnya sebuah PENYAPU DHADIAHKAN kepada pegawai daerahnya yang akhir kalamnya juga MENYAPU terus pemerintahan BN di kawasan tersebut.

Ahad, 11 April 2010

ZAHID HAMIDI RUPANYA PAKAR INJEN JET SUKHOI



Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah dikatakan menguji sendiri terbang bersama jet pejuang negara, Sukhoi 30MKM selama 50 minit. Hasilnya beliau telah mengesahkan bahawa pesawat canggih itu masih lagi boleh dipakai dan selamat digunakan.

Hebat betul Dr Ahmad Zaid ni, hanya dengan mengambil masa 50 minit sahaja beliau boleh memberi jaminan keselamatan juruterbang negara tidak akan mengalami masalah untuk terus menggunakan jet tersebut. Selepas pengesahan ini kita harapkan tidak ada berita kemalangan yang melibatkan pesawat tersebut.
Dengan bakat yang ada. selepas ini Dr Ahmad Zahid juga bolehlah menguji pula pelbagai peralatan canggih tentera termasuklah kapal selam kita yang juga dikatakan mengalami masalah teknikal.

Selasa, 30 Mac 2010

'KERAJAAN GANU KITA' DAH TERKENA SUMPAHAN


Entah apa bala apa yang menimpa Terengganu, perkataan RUNTUH seperti dah sinonim dengan negeri yang terkenal dengan lagu ULIK MAYANG Ini.
Bermula dengan bumbung sekolah runtuh, Stadium Sultan Mizan, masjid, garaj runtuh menghempap kereta dan yang terbaru lantai UMT setinggi tiga tingkat pula runtuh seperti pembuka TIRAI SESI RUNTUHAN untuk 2010 ini.
Entah SUMPAHAN siapa yang dah betul2 melekat pada kerajaan BN Terengganu ni tidak ada siapa yang boleh menjawabnya. Hanya TOK PAWANG dari SPRM saja yang boleh menjawab dan merungkaikan SUMPAHAN dan BALA yang dah betul2 melekat pada kerajaan negeri Terengganu ni. Wallahuaalam.

Selasa, 23 Mac 2010

PEJUANG BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR MILIKI SAHAM JUDI??

KHABARNYA MP Pasir Mas yang juga Presiden PEKASAM yang mendakwa memperjuangkan serta MEMPERKASA hak-hak BANGSA MELAYU, AGAMA DAN TANAH AIR rupanya mempunyai saham judi?? Beliau dikatakan ada miliki saham dalam syarikat yang dinamakan Ascot Sports yang diberikan ruang sehingga 20 tahun untuk menjalankan perniagaan pertaruhan.
Bukan wa cakap hah...! Tapi ini orang yang cakap KAT SINI. Wallahuaalam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN