Rabu, 29 Oktober 2008

EH...APA 'KJ' BUAT DISEBALIK KELAMBU TU....??



Eh.. KJ ke tu..?? Rupa macam KJ je . ..?? Apa yang dia buat di sebalik kelambu tu..?? Eh..tak caya lah... setahu aku KJ sekarang sedang sibuk berkempen pemilihan UMNO ni. Perhimpunan Agung dah tak lama lagi, tak kan KJ ni gi enjoy lak dengan kekawannya. Kata nak prepair berdebat dengan Mukhriz, tapi apa dia buat kat sini..?? Mmmm...Betulah KJ lah, hai KJ, KJ rupanya kat sini kau enjoy ngan kekawan kau sedang minum-minum. Tapi pelik lak minuman atas meja tu macam musykil je bentuknya..?? Kalau nak tahu juga... jom klik kat 'perisikrakyat'... (apa kata 'perisikrakyat' makna 'KJ' itu sendiri..??)

Gambar botol....?? Gambar botol disebelah kanan ni lebih kurang sama dengan botol minuman dalam gambar sebelah kiri ni bersama dengan botol minuman yang ada dekat depan KJ dalam gambar dekat atas tu.... Minuman apa tu ya..??? Tak kan buat hiasan je atas meja tu ..?? Wallahualam.
Kulat: Kata orang kalau kita berkawan dengan orang yang berkerja angkat tahi, badan kita turut sama ada bau tahi, awas elakkan diri anda dari difitnah.

5 ulasan:

PEJUANG MELAYU berkata...

macam pelik je gambar ni ...tak jelas .sekarang ini zaman copy and paste picture .ramai orang boleh tukar muka ,badan orang lain sama seperti kes najib makan dengan altantunya .pic ttg KJ byk tersebar ,dalam you tube pic dgn maya karin pun ada.entah muka sapa la tu .

jangan percaya half truth cerita ..biasa la sabotaj2 dan kempen jatuhkan peribadi calon telah mula spt pemilihan MCA lepas.

Salam setiakawan ..

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum Ayah Puteri Nabilah,

Apa khabar anakku?

Terima Kasih atas nasihat pada Mak Cik tentang 3 perkara yang tidak baik kita lengahkan atau tangguh tangguhkan dalam blog Mak Cik tu. Mak Cik hargai ingatan itu.

Pasal Gambar gambar KJ ke atau tidak ini, INIlah yang Mak Cik kuatirkan. Bimbang gejala fitnah mefitnah di kalangan kita orang Melayu tak kiralah apa pun pegangan parti politik terus berleluasa, tak cukup dengan Najib pun digambarkan sebagai seorang Hindu. Satu yang cukup sensitif bagi kedua penganut Agama!

Bayangkan kalau gambar kita orang putar belitkan, makeupkan dan cut dan paste kan, anak anak, saudara mara kita tengok, apa perasaan kita?

Allah swt pun melarang kita membuka Aib orang lain. Bukanlah Mak Cik ni sayang sangat pada KJ atau Najib, mereka pun tak kenal siapa Mak Cik ni, tapi rasanya cukuplah kita semua main mainkan gambar gambar orang lain yang membawa kesan negatif sahaja kepada semua orang Melayu dan Islam.

Bertambah meluap benci kepada yang memang dah benci pun pada KJ dan Najib, bermula membenci kepada yang tak pernah pun membenci dia, bertambah sinis senyum DAP, PKR, MCA, Gerakan dan MIC..bertambah buruknya imej UMNO..siapa yang untung akhirnya??

Kamu tentu ada jawapannya..

kulatlapok berkata...

salam;

1. PEJUANG MELAYU;
2. MAKCIK YG BUDIMAN;

Memang tak dinafikan teknologi dunia digital semakin canggih. Tidak mustahil copy and paste picture memang ada. Hanya Kepada mereka yg mahir dengan photo digital sahaja yg dapat mengesahkan kesahihan gambar2 digital super impose, Biasanya gambar digital paste picture bila di'blow-up', tecturenya akan berubah. Apapun Kulatpun tak berani nak sahihkan gambar KJ tersebut..tepuk dada tanya selera...Wallahualam

sumandak bayu berkata...

Salam,

pakar gambar ja BRO yang dapat tentukan gambar ni sahih atau sebaliknya.....jadi BRO.... tak salah kita utarakan gambar ni kepada tatapan umum sekurang-kurangnya kita ada usaha nak cari kesahihan seorang pemimpin yang betulbetul berjuang kepada negara atau sebaliknya......

kulatlapok berkata...

salam SUMANDAK BAYU;

seorang pemimpin sama seperti artis yg kononnya milik masyarakat. Jadi kemana saja anda berada lensa tetap mengekorinya. Tidak salah untuk tatapan rakyat dan rakyatlah yg akan menilaikannya.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN