Rabu, 28 Oktober 2009

ISU SEJADAH: DARI SEMBAHYANG, AMBIL WUDHU KINI SEJADAH PERGI MEMINANG PULAK?

KECOH LAGI PASAL SEJADAH. DARI INSIDEN BERDIRI SENDIRI UNTUK MENUNAIKAN SOLAT, AMBIL WHUDU', KINI SEJADAH DAH JADI WAKIL PERGI LAK MEMINANG ANAK DARA ORANG. KEJADIAN INI TANPA DISEDARI BERLAKU BEMASA AKU MENGIKUTI SATU ROMBONGAN MEMINANG. SALAH SATU BARANGAN HANTARANNYA IALAH SEKEPING SEJADAH YANG TELAH DIUBAH MENJADI KIPAS (GAMBAR).

MASING2 SEMUA TAK AMBIL PEDULI MELIHAT SEJADAH DAH JADI KIPAS. APA YANG PENTINGNYA IALAH SEJADAH NI AKAN DISERAHKAN PADA PIHAK GADIS YANG DIPINANG DAN SETERUSNYA DITERIMA PINANGAN TERSEBUT. PALING SADISNYA IALAH SYAITAN2 PUN BAKAL MERAUNG BILA DUA INSAN INI NANTI AKAN DIIJABKAN SECARA HALAL APATAH LAGI SEJADAH ITU JUA AKAN DIHAMPARKAN UNTUK PASANGAN DUA SEJOLI TERSEBUT UNTUK MENUNAIKAN SOLAT PADA YANG MAHA ESA. WALLAHUAALAM.

Isnin, 26 Oktober 2009

GEMPAR..!! SEJADAH AMBIL AIR SEMBAHYANG PULAK...

Kejadian sejadah berdiri dengan sendirinya telah mengemparkan seluruh negara. Sejadah itu berdiri seolah-olah sedang menunaikan solat. Ada siap dengan berjemaah sekali. Beberapa insiden ini telah dilaporkan berlaku dibeberapa buah negeri seperti Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Berita terbaru kali ini berlaku di Melaka dikatakan sejadah bukan sahaja pandai berdiri malah dah pandai mengambil air sembahyang pulak (gambar). Insiden berlaku ketika waktu asar di sebuah surau apabila seorang kanak2 yang bermain berhampiran surau hendak membasuh kakinya terkejut melihat sehelai sejadah seperti sedang mengambil wudhu.

Selepas terlihat sejadah itu, kanak2 tersebut terus berlari ke rumah dan menerangkan kejadian yang dilihatnya kepada ibunya. Apa lagi si Ibu pun lantas membuat kecoh dan mengajak beberapa jiran2nya terus ke surau tersebut untuk menyaksikan sejadah mengambil air sembahyang pula kali ini. Alangkah terkejutnya mereka dan seperti tidak percaya apa yang lihatnya memang benar2 berlaku sejadah tersebut berada dalam salah satu kolah kecil di surau tersebut seolah-olah seperti sedang mengambil air sembahyang.

Setelah suasana menjadi riuh rendah, tiba-tiba muncul bilal keluar dari dalam tandas surau dalam keadaan terpinga2 dan menanyakan kepada mereka apa yang sedang berlaku. Setelah mendengar penjelasan dari ibu kanak2 tadi, bilal tersebut lantas menerangkan hal sebenarnya seraya tersenyum menyatakan bahawa beliau yang meletakan sejadah tersebut disitu kerana hendak membasuhnya setelah terkena air kencing kucing.

Ahad, 25 Oktober 2009

IBRAHIM ALI: "TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG"



Datuk Ibrahim Ali yang terkenal dengan jolokan 'katak' telah membuat pengakuan terbuka kini beliau lebih condong kepada menyokong UMNO. Kebelakangan ini akhbar sering menonjolkan beliau sering memberi pendapat serta menyokong segala usaha-usaha yang dibuat oleh kepimpinan kerajaan yang baru.
Sementara itu, kerjasama beliau dengan PAS yang terjalin selama ini bakal menuju ke jalan perpisahan dan mengakui lambang bulan penuh yang digunakan untuk merai sokongan ahli-ahli PAS masa PRU12 dahulu telah menghidupkan semula beliau menjadi YB dan seterusnya diingati semula oleh politikus tanahair siapa Ibrahim Katak.
Namun katanya selama bekerjasama dengan PAS, beliau mendakwa parti itu memang sebuah parti yang ego serta tidak boleh ditegur, pandangan dan kritikan sehingga mendesak pula dirinya meletak jawatan kerana tidak mengenang budi. Berbeza dengan UMNO, menurut Ibrahim parti itu telah jauh berbeza dari dahulu dan boleh ditegur dan dikritik secara tebuka. Sejak akhir2 ini kerjasamanya dengan UMNO ibarat seperti 'biduk berlalu, kiambang bertaut' tetapi tidak menyatakan kesediaannya untuk menyertai semula UMNO.
Katak dipegang tangan terlepas
Katak melompat di bulan penuh
Ibrahim Ali dah benggang dengan PAS
Kini dah sedia melompat ke dalam UMNO.

Isnin, 19 Oktober 2009

BN MENJUARAI PERTUDUHAN SPRM..


Seramai 12 ahli politik daripada Barisan Nasional (BN) telahpun disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Januari hingga Ogos tahun ini. Manakala satu dari pihak pembangkang. Sebanyak tujuh tuduhan telah direkodkan untuk ahli politik daripada BN manakala terhadap ahli politik pembangkang sehingga kini masih lagi belum ada pertuduhan. Hal ini telah didedahkan sendiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Nampaknya setakat ini BN telah mendahului atau berjaya mengekalkan rekop dalam siasatan SPRM. Difahamkan, itupun yang kena jaring hanyalah ikan-ikan yang bersaiz sederhana sahaja manakala yang jenis jerung masih lagi sukar nak kena jaring walaupun adakalanya hampir mengena jaring tapi terbolos juga disaat-saat akhir. Diharapkan SPRM suatu hari nanti akan dapat juga mencekup seekor dua jerung yang berprofail tinggi. Wallahuaalam.

Isnin, 12 Oktober 2009

SYABAS TOK ISA, PEMIMPIN KORUPSI YG TAK PUAS LAGI JADI YB

"TERIMA KASIH! TERIMA KASIH! KERANA MEMBERI PELUANG SAYA SEKALI LAGI MENJADI YB. (SAMBIL MENUNJUKKAN ISYARAT 'SATU'). INSYAALLAH LEPAS NI PARA PERWAKILAN UMNO HARAP BERSABAR, TUNGGUUU..!! SAYA AKAN KEMBALI MEREBUT JAWATAN TERTINGGI UMNO, PARA PERWAKILAN JANGAN RISAU, SAYA TIDAK AKAN LUPAKAN JASA PARA PERWAKILAN DULU...!!!

Sabtu, 10 Oktober 2009

ISA SAMAD SEBENARNYA TELAH TERTEWAS

Tok Isa anak kelahiran Melaka yang mengaku untuk sedia berkhidmat di kg. halamannya di Bagan Pinang sebenarnya adalah seorang perjuang UMNO yang tewas.

Mantan naib presiden UMNO itu sebenarnya telah ditewaskan sendiri oleh parti yang didukungnya kerana telah dihukum oleh jawatankuasa disiplin UMNO akibat salah laku RASUAH iaitu juga salah satu perbuatan yang paling dikeji dalam Islam.

Namun pemimpin yang dihukum oleh majikannya sendiri kini dipungut kembali kerana dikatakan memiliki aura yg cukup kuat untuk menghadapi PRK Bagan Pinang. Begitulah UMNO dulu kini dan selamanya terpaksa menyimpan dengan baik perbuatan RASUAH asalkan populariti yg dimilki pengamal RASUAH itu dapat mencapai matlamat UMNO.

Rupanya jawatan Naib Preisden UMNO yang disandang selama ini sebenarnya bukanlah lahir dari kekuatan aura politiknya tetapi amalan RASUAHNYA yang menyokong dirinya sehingga dapat memiliki jawatan tersebut. Patutlah mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir menentang percalonan Tok Isa dalam PRK di Bagan Pinang ini kerana selama ini baru dia tahu Tok Isa menipu UMNO dan ahli2 UMNO khasnya untuk memegang jawatan Naib Presiden UMNO sehinggalah beliau didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin.

Kepada para pengundi DUN Bagan Pinang, seperti kata Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, mengenai pemilihan, beliau menasihatkan iaitu ‘undi atau pilih berdasarkan calon’. Lihat kualiti calon, bukan lihat jenama parti. Pilih calon yang baik pada nilaian agama dan berkemampuan pada nilaian politik. Wallahuaalam.

“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).

"Selamat Mengundi"

Khamis, 8 Oktober 2009

TERBUKTI UNDI POS SATU PEMBOHONGAN

Terkejut juga mendengarnya, seorang bekas tentera berpangkat Leftenan mendakwa selama hampir 30 tahun berkhidmat, beliau tidak pernah mengundi pos atau diberikan penerangan oleh pegawai atasan mengenai haknya sebagai pengundi. Malakan Kamaruddin, 72, yang bersara pada 1985 ketika bertugas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata, beliau tidak tahu anggota tentera berhak mengundi secara pos dan beliau tidak pernahpun mengundi selama tempoh itu.. Bukan beliau sahaja , malah anggota bawahannya juga tidak mengetahui mengenai undi pos sejak berkhidmat dalam tentera pada 1958.

Itulah sebabnya kenapa ada pihak yang menentang sistem undi pos ni. Pada zaman darurat dahulu mungkin ada munasabahnya kerana waktu itu ancaman komunis. Tapi kalau dibandingkan pada zaman sekarang, mungkin ianya langsung tidak relevan untuk diguna pakai. SPR sepatutnya membenarkan satu peraturan baru agar anggota tentera dibolehkan bebas mengundi di tempat awam dengan khaskan satu saluran untuk tentera atau polis. Seperti di RPK Bagan Pinang baru-baru ini pihak pembangkang telah mengesan ada di kalangan anggota tentera yg sudah bersara tetapi nama mereka masih lagi tersenarai sebagai pengundi pos. Apa tindakan SPR soal isu tersebut? Bertindak atau berdiam diri? Wallahuaalam

Rabu, 7 Oktober 2009

'KJ' IBARAT BURUNG MERAK YG CANTIK, SAYANG BULU PENUH BERTAHI

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang sejak akhir2 ini agak tenggelam penampilannya sejak tidak dilantik dalam kabinet Najib kini cuba menonjolkan semula dirinya pada khalayak umum dengan cuba membangkitkan semula isu yang pernah dibuat oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kira-kira 10 tahun lalu.

Beliau menuntut supaya pihak polis menyiasat kesahihan berhubung akuan berkanun yang didakwa oleh Abdul Murad dan terbaru pendedahan semula oleh rakan karib DSAI, Datuk S. Nallakarupan yang gagal mencari populariti dalam politik sejak dijatuhkan talak oleh DSAI. Itu belum lagi pendedahan dari Ezam Md Nor, pastinya lagi menarik.

Sudah 10 tahun berlalu, barulah Ahli Parlimen Rembau itu, memandang berat dan terperasan akan kes yang tidak disiasat oleh pihak2 yg berwajib. Kenapa mereka tidak menyiasatnya? Sedangkan isu ini telah ditelanjangkan oleh Murad serta mendapat liputan yg meluas di akhbar2 penjuak UMNO dan seluruh rakyat Malaysia dari yg tahu membaca hinggalah kepada yg buta huruf pun telahpun mengetahuinya.

Siapa Datuk Abdul Murad Khalid? Pada 16 September 1999, 10 tahun lalu, Datuk Murad telah didakwa di mahkamah atas tuduhan gagal mendedahkan maklumat sebenar mengenai saham-saham syarikat Ben Harta Sdn. Bhd. Dan 51 harta dalam pegangannya bernilai RM23 juta. Kemudiannya, Abdul Murad Khalid ini telah dibicarakan pada 13 Mac 2000 dan hanya selepas ditangkap, dan didakwa di mahkamah, barulah Abdul Murad membuat pendedahan tentang Anwar. Dalam persidangan akhbarnya pada 28 Oktober 1999...baca di sini.

Itu berkaitan dengan kes2 yg melibatkan pemimpin2 pembangkang yg tak kurang juga ada yg menang di mahkamah kerana disebabkan difitnah. Namun begitu, Khairy Jamaluddin juga disarankan jangan lupa memandang belakang semula kes2 yg melibatkan pemimpin kanan UMNO suatu ketika dulu seperti isu AP dan banyak lagi yg pernah dibangkit oleh pihak pembankang sejak lebih 10 tahun yg lalu. Namun sehingga kini isu tersebut masih juga tidak disiasat oleh pihak2 berwajib. Tindakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu jangan jadi ibarat burung merak yang cantik bulunya bila mengembang, tetapi mengheret tahi juga bila menguncup. Wallahuaalam.

Ahad, 4 Oktober 2009

30 TAHUN RAKYAT KELANTAN DIHURUNG LALAT..??

Berita TV arus perdana malam tadi ada menyiarkan satu berita aduan dari sebuah kampung di Machang, Kelantan mengadu tak tahan dihurung lalat sejak 30 tahun yang lalu. Mak oii..!! 30 tahun??

Bayangkanlah selama tempoh itu, penduduk2 di kampung tersebut ada yang membesar bersama-sama lalat2 yg silih berganti hidupnya bersama dengan penduduk di situ.

Menurut penduduk disitu, sudah berpuluh2 kali aduan telah dibuat pada pihak berwajib terutama PBT tempatan namun ibarat mencurah air di daun keladi.

Tempoh 30 Tahun, rasanya aduan awal yang dibuat sudah tentulah bermula dari kerajaan sebelum ini iaitu BN sehinggalah selepas PAS memerintah sehingga ke hari ini aduan berkaitan masih lagi diteruskan, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan dilakukan. Apa dah jadi dengan pemerintahan kerajaan negeri (PAS)? Pegawai2 PBT tak tahu buat kerja ke? Kepada Kerajaan negeri tolong jenguk2lah pegawainya yg malas buat kerja tu dan lihatlah persekitaran kawasan masing2 yang sebelum ini banyak aduan kebersihan di Kelantan seperti terabai.

Harap2 kerajaan negeri yang bangga dengan status negeri 'serambi mekah' janganlah hanya pandai mengajak rakyat memelihara kesucian agama Islam jika imej kebersihan yang menjadi amalan Islam itu sendiri tidak dititik beratkan. Wallahuaalam.

Sabtu, 3 Oktober 2009

UNDI POS BAKAL PENENTU JADI YB BAGAN PINANG

'Undi Pos' dijangka akan menjadi penentu siapa yang bakal dinobatkan sebagai ADUN Bagan Pinang? Menurut penganalisis dan pemerhati politik, pengundian akan menjadi 50-50 sekiranya orang Melayu tidak mengundi Barisan Nasional.

Mengikut mood PRU12 dan PRK, pengundi Melayu lebih memilih kepada parti pembangkang berbanding BN. Dalam kes-kes tertentu biasanya para pengundi Melayu suka mencuba atau orang kata lebih kepada 'test-power' untuk memberi undi kepada pembangkang sepertimana yg terjadi kepada bekas MP Dato' S. Sothinathan yang tewas pada PRU 12 dahulu.

Bilangan pengundi bukan Melayu di Bagan Pinang cuma 30% sahaja berbanding dengan pengundi Melayu. Justeru pada kebiasaannya, sejarah telah membuktikan undi pos akan menjadi penentu pada PRK kali ini. Itupun sekiranya tidak ada perpecahan berlaku dalam undi pos.

Sementara itu satu laporan mengejutkan dari pihak pembangkang yg mendakwa hanya sekitar 1,200 sahaja pengundi pos yang menetap di Bagan Pinang berbanding 4,600 yang didakwa sebelum ini. Namun ianya telah dinafikan oleh Pengerusi SPR sendiri yg merasa hairan bagaimana mereka (pihak pembangkang) mendapat figure tersebut. Beliau yg tetap mempertahankan sistem undi pos ini masih diperlukan dan mendakwa anggota2 tentera yg telah mendaftar di kawasan tersebut tidak semestinya berada di situ dan mereka layak mengundi di mana2 tempat mereka bertugas di seluruh Malaysia melalui UNDI POS.

Undi Pos kan dijalankan pada 7 dan 8 Oktober ini di semua lapan kem tentera di sekitar Bagan Pinang yang menjangkan akan memberi kemenangan mudah kepada calon BN, Tok Isa untuk dinobatkan sebagai ADUN Bagan Pinang pada PRK kali ini. Wallahuaalam.

sumber maklumat: sinarharian03102009

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN