Khamis, 28 Ogos 2014

PKR DAN DAP KEKAL SATU NAMA, PAS TETAP HANTAR 2 NAMA...

PKR DAN DAP TETAP DENGAN KESEPAKATAN MEREKA DENGAN KEPUTUSANNYA KEKAL SATU SAHAJA NAMA CALON MB SELANGOR IAITU MAHU JUGA  KAK JIJAH MENGETUAI PENTADBIRAN SELANGOR YANG BARU. MANAKALA PAS SEOLAH-OLAH TELAH MEMBUAT PUSINGAN DI SINI SETELAH MENERIMA TITAH SULTAN YG MAHU LEBIH DARI 2 NAMA. SEBELUM INI PAS TELAH SEPAKAT (PAKATAN) DENGAN BERSETUJU KAK JIJAH ADALAH CALON TUNGGAL MB SELANGOR. 

P/S..Awas..!! PAS sudah mula main tarik tali...

Rabu, 13 Ogos 2014

ALASAN KHALID PALING BERASAS...

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau memutuskan untuk memecat lima orang anggota Exco Selangor kerana melanggar sumpah setia dan aku janji yang dilafazkan ketika mengangkat sumpah jawatan. Jelasnya, kenyataan lima orang anggota Exco itu jelas melanggar sumpah taat setia kepada Sultan Selangor dan menteri besar, sekaligus bercanggah dengan sepuluh akujanji dan sumpah kesetiaan yang telah dilafazkan ketika mengangkat sumpah di hadapan DYMM Tuanku Sultan," kata beliau di sini

PAS SELANGOR BERTINDAK DEMI RAKYAT SELANGOR

Empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS perlu menghadiri mesyuarat hari ini untuk memastikan kerajaan negeri terus kekal sehingga parti Islam itu bermesyuarat pada 17 Ogos ini, kata Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Khalid Samad DI SINI.

 Ramai dikalangan rakyat Selangor menyokong tindakan Pas Selangor bertujuan untuk menyelamatkan Selangor dari dihuruharakan golongan yg mengejar kuasa. Namun begitu  Khalid berkata, PKR dan DAP perlu memahami, jika semua exco Selangor tidak hadir bermakna kerajaan pemerintah yg sedia ada akan tumbang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh dibubarkan dan ini akan memberi peluang kepada BN untuk mecuba nasib disebalik kekalutan politik selangor.

p/s; Jangan jadikan Rakyat Selangor mangsa perebutan kuasa. Wallhuaalam.  

Selasa, 12 Ogos 2014

ADUIYAII...!! AKU PECAT KO SORANG, 6 ORNG AKU PULAK KO BUANG...FENING2..!!


Angan-angan dan nafsu PKR yang menyokong cadangan Anwar, supaya bininya  Wan Azizah, menjadi MB Selangor akhirnya menikam diri sendiri.

 Tan Sri Khalid Ibrahim yang dikianati oleh partinya sendiri berakhir dengan beliau pula kekal sebagai MB dengan automatik Kerajaan PKR bertukar menjadi Kerajaan PAS dengan sokongan UMNO.

Langkah Kajang akhirnya menjadi Langkah KEJANG buat PKR. 

sumber rujukan:  di sini.

KEMPEN ANTI KHALID "PKR/DAP" MAKAN DIRI...

PKR dan DAP ibarat kata 'gigit jari' bilamana prospek (Khalid) utamanya dalam 'permainan' kini berada dalam kedudukan lebih tinggi dan mendapat sokongan daripada Sultan Selangor.
Para penganalisis berkata di sini -  "Sekurang-kurangnya situasi selamat setakat ini, berpihak kepada Khalid sehingga ada usul untuk mengadakan undi tidak percaya terhadapnya. Walau apapun sidang DUN tergempar tidak boleh dilaksanakan tanpa persetujuan Sultan," katanya dan menambah, krisis ini mungkin akan timbul kembali pada sidang DUN yang dijadualkan pada Oktober ini.
Khalid boleh memilih jalan selamat dengan melantik exco baharu daripada PAS sahaja, atau membuka fenomena baharu dengan melantik wakil BN sebagai exco, sekali gus akan mengetuai kerajaan campuran, namun ia memerlukan persetujuan daripada BN.
"Sekarang ini, Khalid amat memerlukan sokongan daripada BN kerana kerajaan minoriti di Selangor tidak stabil dan bila-bila masa sahaja mereka yang menentangnya boleh membawa usul undi tidak percaya terhadapnya," Wallhuaalam.

p/s: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang tidak bersetuju dengan keputusan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal menerajui negeri itu disarankan membuat keputusan terhormat dengan meletak jawatan, demikian pendapat beberapa penganalisis politik.

Isnin, 11 Ogos 2014

HANYA BERLAKU DALAM PKR SAHAJA...(PARTI KELIRUKAN RAKYAT)


   BELUM PERNAH BERLAKU MANA2 PARTI POLITIK BARISAN PEMIMPINNYA TURUN PADANG MEMBUAT PROGRAM KHAS UNTUK MENGHENTAM AHLINYA SENDIRI DI SINI. 

BIASANYA YG KENA PECAT AKAN MENDAHULUI BERTINDAK TERLEBIH DAHALU MEMPERTAHANKAN DIRINYA  SEPERTI MANA YG BERLAKU DENGAN ANWAR IBRAHIM SEWAKTU DIA DIPECAT OLEH MAHATHIR, BELIAU MENGHIMPUNKAN SERAMAI PENYOKONGNYA SELURUH PELUSUK NEGARA BAGI MEMPERTAHANKAN DIRINYA SENDIRI.



   BERBEZA ISU MB DI SELANGOR,  PARTINYA SENDIRI MEMBUAT KEPUTUSAN MEMECAT DAN PARTINYA PULA MENDAHULUI MEMBUAT CERAMAH KHAS MENGHENTAM DAN MEMBURUKAN AHLINYA SENDIRI SEDANG ORANG YANG DIPECAT MASIH LAGI COOL . 

  RAKYAT SELANGOR MAKIN CELARU, MUNGKIN PRU14 PARTI INI AKAN BERTUKAR MENJADI PARTI KELIRUKAN RAKYAT.


P/S: TERINGAT PULAK ISU MB TERENGGANU.

Khamis, 7 Ogos 2014

RAKYAT DAH MULA MELUAT DGN PKR... TUIII..!!






Rakyat dah mula meluahkan rasa meluat pulak  tengok karenah PKR hari ini di sini, PKR sekarang berebut2 untuk mencari jawatan. Daripada jawatan  cabang hingga ke kepada kepimpinan tertinggi. Jawatan kini menjadi agenda utama  PKR berbanding dengan pemasalahan rakyat. Ramai dah mula hilang keyakinan... hampehhh...!! 

Rabu, 6 Ogos 2014

PKR memang PARTI KELAM RIBUT


Sidang media PKR Selangor yang sepatutnya dibuat untuk menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor menjadi kelam-kabut apabila kenyataan media bertulis dengan mesej lain, iaitu turut mencadangkan nama iaitu Azmin sebagai menteri besar menggantikan Khalid. Ketika kelam-kebut itu berlaku ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Yahya Saari mengeluarkan kenyataan menuduh pula piak "wartawan yang mengedarkan kenyataan media" DI SINI

Selasa, 5 Ogos 2014

APA DAH JADI, AHLI PKR SENDIRI YANG BUAT KECOH.....




Dari pemilihan parti cabang bercabang sehinggalah kepada kepimpinan tertinggi parti. Apa yang dapat diperhatikan, 'kuasa' menjadi agenda utama  mereka. 

APA DAH JADI DENGAN PKR.??





Rakyat sekarang sedang memerhatikan PKR yang kini sedang dilanda krisis dalaman. MB Selangor diserang bertubi-tubi oleh rakan-rakan seperjuangannya. Lebih malang lagi beliau menjadi mangsa perancangan penasihatnya sendiri malah Presidennya pula seolah-olah menunggu apa al-kisah seterusnya untuk menduduki takhta perancangan "Langkah Kajang" Apa dah jadi sebenarnya PKR.? 

Awas..!! Rakyat khususnya di Selangor sekarang sedang memerhatikan gelagat kempimpinan PKR dengan penuh pelabagai persoalan.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN