Rabu, 1 Oktober 2014

MB BARU SELANGOR MEMULAKAN LANGKAH SUMBANG...

Bekas setiausaha politik mantan MB Selangor, Faekah Hussin menganggap pentadbiran Menteri Besar Selangor Azmin Ali memulakan "langkah sumbang" apabila mendakwa kerajaan negeri mengarahkan bank membekukan akaun bantuan negeri kepada kawasan Tan Sri Khalid Ibrahim di sini.

p/s:"Nampaknya Menteri Besar baru bukan sahaja menghukum Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi secara tidak langsung seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak.

Selasa, 30 September 2014

MASALAH KAJANG MUNGKIN SELESAI JIKA WAN AZIZAH JADI MB...


MCA hari ini menyalahkan 'Langkah Kajang' sebagai antara penyebab banjir kilat di Kajang akibat hujan lebat berterusan dua jam semalam di sini.

Masalah banjir kilat yang melanda Kajang semalam adalah merupakan tambahan senarai panjang dan tidak berkesudahan kegagalan Pakatan Rakyat menunaikan janji-janji pilihan raya, kata seorang pemimpin politik kompenan BN.

p/s: Mungkin masalah ini akan selesai jika Dr. Wan Azizah di lantik menjadi MB Selangor.

Rabu, 24 September 2014

APAKAH BENAR DAKWAAN CIKGU MALA.??

Bekas calon PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) Tenang NormalSudirman mempertikai
kan tindakan isteri calon BN di PengkalanKubor Khairos Husin disini yang mengambil cuti sebagai guru sekolabagi membantu kempen suami.

Dalam kenyataan itu, Normala yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala, membandingkan isteri calon BN itu dengan apa yang menimpa suaminya dalam pilihan raya kecil Tenang tiga tahun lalu sehinggakan suaminya menerima tekanan psikologi surat tunjuk sebab 'Buang Kerja atau Turun Pangkat'. 

p/s: PRK DUN Tenang dan PRK Pengkalan Kubor, pasangan warga pendidik dilayan secara tidak adil dan double standard,” dakwanya.

Isnin, 8 September 2014

SILAP HARI BULAN, PAS IBARAT BULAN JATUH KE RIBA..

Tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Selangor daripada PAS dipanggil mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mulai hari ini disini., esok dan lusa secara bergilir-gilir, bermula dengan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad hari ini, Difahamkan, Sultan Selangor mahu bertemu ketiga-tiga Adun PAS ini ekoran kekecohan berhubung pelantikan menteri besar baharu untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut para penganalisis, Exco Selangor di kalangan ahli PAS yang dikatakan setia dengan Istana dikatakan silap hari bulan "Umpama Bulan Jatuh ke Riba" akan dilantik menjadi MB Selangor yang baharu walaupun PAS dikatakan tidak menuntut jawatan MB di sini.

p/s: PKR & DAP biadap terhadap Istana disini.

Jumaat, 5 September 2014

ANGKUHNYA SEORANG PEMIMPIN ISLAM

TANPA BERSEMBUNYI, SEORANG PEMIMPIN KANAN PAS MENGELUARKAN KENYATAAN YANG BERSIKAP ANGKUH  DI SINI.  KENYATAAN BELIAU ITU SEOLAH-OLAH BELIAU TELAH MENDAHULUKAN TAKDIR DAN MENOLAK BAHAWA MANUSIA ITU HANYA LAH MERANCANG DAN PERANCANGAN ALLAH SWT ADALAH PENENTU SEGALA2NYA.

p/s: PAS SEMAKIN MENYENGGET BERSAMA PAKATAN.

Khamis, 28 Ogos 2014

PKR DAN DAP KEKAL SATU NAMA, PAS TETAP HANTAR 2 NAMA...

PKR DAN DAP TETAP DENGAN KESEPAKATAN MEREKA DENGAN KEPUTUSANNYA KEKAL SATU SAHAJA NAMA CALON MB SELANGOR IAITU MAHU JUGA  KAK JIJAH MENGETUAI PENTADBIRAN SELANGOR YANG BARU. MANAKALA PAS SEOLAH-OLAH TELAH MEMBUAT PUSINGAN DI SINI SETELAH MENERIMA TITAH SULTAN YG MAHU LEBIH DARI 2 NAMA. SEBELUM INI PAS TELAH SEPAKAT (PAKATAN) DENGAN BERSETUJU KAK JIJAH ADALAH CALON TUNGGAL MB SELANGOR. 

P/S..Awas..!! PAS sudah mula main tarik tali...

Rabu, 13 Ogos 2014

ALASAN KHALID PALING BERASAS...

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau memutuskan untuk memecat lima orang anggota Exco Selangor kerana melanggar sumpah setia dan aku janji yang dilafazkan ketika mengangkat sumpah jawatan. Jelasnya, kenyataan lima orang anggota Exco itu jelas melanggar sumpah taat setia kepada Sultan Selangor dan menteri besar, sekaligus bercanggah dengan sepuluh akujanji dan sumpah kesetiaan yang telah dilafazkan ketika mengangkat sumpah di hadapan DYMM Tuanku Sultan," kata beliau di sini

PAS SELANGOR BERTINDAK DEMI RAKYAT SELANGOR

Empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS perlu menghadiri mesyuarat hari ini untuk memastikan kerajaan negeri terus kekal sehingga parti Islam itu bermesyuarat pada 17 Ogos ini, kata Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Khalid Samad DI SINI.

 Ramai dikalangan rakyat Selangor menyokong tindakan Pas Selangor bertujuan untuk menyelamatkan Selangor dari dihuruharakan golongan yg mengejar kuasa. Namun begitu  Khalid berkata, PKR dan DAP perlu memahami, jika semua exco Selangor tidak hadir bermakna kerajaan pemerintah yg sedia ada akan tumbang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh dibubarkan dan ini akan memberi peluang kepada BN untuk mecuba nasib disebalik kekalutan politik selangor.

p/s; Jangan jadikan Rakyat Selangor mangsa perebutan kuasa. Wallhuaalam.  

Selasa, 12 Ogos 2014

ADUIYAII...!! AKU PECAT KO SORANG, 6 ORNG AKU PULAK KO BUANG...FENING2..!!


Angan-angan dan nafsu PKR yang menyokong cadangan Anwar, supaya bininya  Wan Azizah, menjadi MB Selangor akhirnya menikam diri sendiri.

 Tan Sri Khalid Ibrahim yang dikianati oleh partinya sendiri berakhir dengan beliau pula kekal sebagai MB dengan automatik Kerajaan PKR bertukar menjadi Kerajaan PAS dengan sokongan UMNO.

Langkah Kajang akhirnya menjadi Langkah KEJANG buat PKR. 

sumber rujukan:  di sini.

KEMPEN ANTI KHALID "PKR/DAP" MAKAN DIRI...

PKR dan DAP ibarat kata 'gigit jari' bilamana prospek (Khalid) utamanya dalam 'permainan' kini berada dalam kedudukan lebih tinggi dan mendapat sokongan daripada Sultan Selangor.
Para penganalisis berkata di sini -  "Sekurang-kurangnya situasi selamat setakat ini, berpihak kepada Khalid sehingga ada usul untuk mengadakan undi tidak percaya terhadapnya. Walau apapun sidang DUN tergempar tidak boleh dilaksanakan tanpa persetujuan Sultan," katanya dan menambah, krisis ini mungkin akan timbul kembali pada sidang DUN yang dijadualkan pada Oktober ini.
Khalid boleh memilih jalan selamat dengan melantik exco baharu daripada PAS sahaja, atau membuka fenomena baharu dengan melantik wakil BN sebagai exco, sekali gus akan mengetuai kerajaan campuran, namun ia memerlukan persetujuan daripada BN.
"Sekarang ini, Khalid amat memerlukan sokongan daripada BN kerana kerajaan minoriti di Selangor tidak stabil dan bila-bila masa sahaja mereka yang menentangnya boleh membawa usul undi tidak percaya terhadapnya," Wallhuaalam.

p/s: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang tidak bersetuju dengan keputusan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal menerajui negeri itu disarankan membuat keputusan terhormat dengan meletak jawatan, demikian pendapat beberapa penganalisis politik.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN