Jumaat, 24 Oktober 2008

MENUNGGU BANTUAN SEHINGGA AJAL

Apa sudah jadi apabila seorang mangsa kemalangan jalan raya dibiarkan menggelupur atas jalan raya selama satu setengah jam gara-gara kelewatan ambulans yang dipanggil untuk menyelamatkan nyawa lelaki warga emas itu. Lebih menyedihkan mangsa yang cedera parah akibat dirempuh lori hantu, hanya mampu dilihat anggota polis dan media mengalami muntah darah sebelum menghembuskan nafas terakhir tanpa sempat dibawa ke hospital. Kejadian menyayat hati itu yang disaksikan ramai pengguna jalan raya menimbulkan tanda tanya berhubung kelewatan bantuan perubatan walaupun panggilan kecemasan sudah dibuat ke talian 999 berulang kali oleh polis dan petugas lebuh raya. (berita seterusnya, klik sini....)

urutan kejadian

mangsa terbaring cedera parah di kepala

Lebih 1 jam terbaring mengerang kesakitan baru ambulan sampai

Mangsa diperiksa oleh pegawai perubatan

Dua minit kemudian ambulans Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dari Klang pula tiba

Lima minit kemudian sebuah lagi ambulans dari Petaling Jaya muncul

Walau sepuluh ambulan pun yang datang, "nasi sudahpun menjadi menjadi bubur", Selepas lebih satu jam bergelut dengan kesakitan, mangsa muntah darah sebelum menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.05 pagi.

Kulat: Agak mengejutkan apabila tidak lama selepas kematian mangsa, muncul 3 ambulans hospital yang tiba untuk memberi bantuan kecemasan. Kelewatan itu menimbulkan tanda tanya orang ramai yang tidak pasti berhubung masalah dihadapi petugas pusat panggilan kecemasan terbabit dalam memberi bantuan dalam tempoh sepatutnya. Wallahualam.

7 ulasan:

mountdweller berkata...

Tuan,

Peristiwa begini juga berlaku semasa arwah biras raya kemalangan. Arwah meninggal disebabkan kekurangan darah setelah lebih kurang 2 jam (mengikut anggaran saksi di tempat kejadian)menuggu ambulan. Jarak hospital terdekat hanya kurang 5km.
Memang petugas lebuh raya sudah mengambil tindakan segera yang sepatutnya. Polis sampai lebih dahulu dari ambulan dan polislah yang membawanya ke hospital.

Saya menangis, tetapi bukan sebab dia meninggal tetapi sedih akan sebab dan musabab dia meninggal. Bantuan sewajarnya lambat tiba!

kulatlapok berkata...

salam Mountdweller:

Tidak pasti, apakah masalah yg dihadapi oleh petugas bantuan kecemasan ini. Kerana mereka samapai pada waktu yang seakan sama. Adakah mereka menghadapai masalah yg sama? Adakah kemalangan lain juga berlaku pada waktu yg sama dan menyelesaikan urusan mereka pada waktu yg sama? Sukar untuk kita menelaahnya..Wallahualam

PEJUANG MELAYU berkata...

kita tidak boleh salah petugas ambulan ..kita kena percaya qada dan qadar serta ajal dan maut..ini semua ketentuan ALLAH

kadang2 ada juga kemalangan yang lain dan juga di KL kesesakan mmg ada .

Harimau-Menaip berkata...

Drebar ambuans tersebut mengamalkan "Biar lambat asal selamat". Macam bangang!

~♥ UmmiAnni ♥~ berkata...

Allah dah kata..ajal kita tidak awal sesaat..maupun lewat sesaat...setiap yg berlaku telah ditentukan..

Innalillahi wainnalilahi raji'un..

mountdweller berkata...

Salam semua,

Semua pandangan di atas adalah betul. Ajal di tangan Allah dan tidak akan cepat dan tidak akan lambat sebagaimana telah ditakdirkan. Itu tidak siapa yang boleh pertikaikan kecuali yang tidak beriman.

Apa yang dipertikaikan ialah manusia yang diamanahkan tugas. Kekadang tu bila ada kecemasan, driver ambulance hilang, pegawai bertugas hilang dan terpaksa di cari dulu. Makna yang kita sebagai manusia pertikaikan adalah kecuaian dan tidak amanah.

Apa pun di dalam bab manusia muslim di peringkat awam.

sumandak bayu berkata...

Salam Bro,,,

kalo di Sabah lagi banyak ceta Bro bukan setakat lama tunggu bantuan daripada pihak keselamatan... siap lagi nyawa kita pun belum lagi selamat kalo kita dah berada di dalam hospital....

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN