
Ini statement Kulat pada posting
"PENGAMPU YANG MELAMPAU" yang telag dipostingkan pada 11 Oktober 2008:
"Kulat: Sependapat dengan SUKJ. Kita lihat dimana rasionalnya anugerah ini diberikan kepada pelakon bolywood ini. Apa jasa-jasanya yang telah dicurahkan untuk pembangunan dan kemajuan negeri Melaka? Apa cabang seni yang telah dia 'martabatkan'? Dondang sayang? Nazam? Joget? Ghazal? Adalah lebih baik ianya diberikan kepada artis2 di negara kita yang telah berjasa dan menaikan imej negara. Apapun kita tunggu dan lihat apa kenyataan dari pemimpin2 UMNO. . Kalau di Melaka sudah tentu menyokong tanpa berbelah bagi."
Telah Kulat katakan, pemimpin2 di Melaka akan menyokong tanpa berbelah bagi. Bulat kata pemimpinnya bulatlah kata pengikutnya. Putih, hitam, biru dan apa jua kata pemimpinnya begitulah kata pengikutnya. Jelas telahan Kulat ini ada kebenarannya apabila sebuah akhbar rasmi kerajaan negeri
"Melaka Hari Ini" yang dihantar oleh kawan Kulat memaparkan berita utamanya iaitu
"Gerakan Belia 4B Membidas Persatuan Seniman" (klik sini).

YB. En. Hassan Abd Rahman, ADUN Sg. Rambai & Pengerusi MIC Melaka, Datuk R Raghavan
Ahli Majlis Kerja Tertinggi GB4B Malaysia, YB. En. Hassan Abdul Rahman yang juga ADUN Sg. Rambai dalam sidang medianya hari ini berkata, pertubuhan belia yang dianggotai kira-kira 300,000 ahli seluruh negara ini turut membuat pendirian menyokong penuh keputusan Kerajaan Negeri menganugerahkan DMSM kepada Shah Rukh Khan dan keputusan Kerajaan Negeri itu adalah relevan serta mempersoalkan kenapa rakyat tidak mempertikaikan apabila CEO Ferrari, John Tort menerima anugerah Dato dari kerajaan negeri Terengganu?
Kenyataan beliau itu juga disokong oleh Pengurus Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka, En. Abdullah Bakar bahawa anugerah ini membolehkan Malaysia dan Melaka dipromosikan dengan lebih meluas dalam filem Bollywood secara percuma tanpa perlu belanja berjuta-juta ringgit untuk promosi. Katanya untuk mempromosi negeri melaka, kerajaan negeri perlu memperuntukan kewangan yang banyak sedangkan peruntukan itu boleh digunakan kepada yang lebih berfaedah seperti membantu rakyat miskin di negeri Melaka. Malah kata pengurus ini lagi, penduduk India berjumlah lebih 1 billion dan dengan penganugerahan ini akan memberikan promosi percuma dalam media India yang mana Pengurus Pelancongan Negeri mMelaka ini lupa India ini adalah merupakan negara yang paling miskin di dunia.
Sokongan yang dikuatkan dan disahihkan lagi ialah dari Pengerusi MIC Melaka, Datuk R Raghavan
(klik sini) yang menyatakan anugerah ini perlu dilihat daripada sudut yang lebih positif dan bukannya dari aspek negatif kerana ianya adalah selaras dengan usaha kerajaan negeri menarik pelabur dan pelancong ke negeri ini.
Kulat:
1. Sebenarnya Kulat tidak mempertikaikan apa yang telah dibuat oleh kerajaan negeri Melaka itu kerana kuasa ditangan mereka. Kalau orang lain yg bakal memimpin, belum tahu juga apa hal pulak yg akan berlaku selepas ini.
2. Logiknya anugerah ini sepatutnya diberikan kepada penerbitnya atau pengarah2 produksinya yang bertanggungjawab memilih lokasi untuk filem. SRK ini hanya menerima skrip dan melakonkan watak je serta hanya menerima arahan kat mana lokasinya berlakon. Bukan dia yang tentukan lokasi berlakon.
3. Kepada mereka yang menyokong secara terbuka (terutama seperti yang dia atas itu) maklumlah kedua-duanya belum lagi dianugerahkan Datuk, Insyaallah dengan sokongan dan kenyataan terbuka ini mereka bakal di anugerahkan Datuk. Harap bersabar.
4. Kepada Pengurus Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka, harap berhati2 membuat kenyataan yang membabi buta, kerana ianya dapat menunjukan bahawa beliau tidak membuat kerja untuk mempromosikan negeri Melaka. Nak chance free nak kerja goyang kaki je baik jangan pegang jawatan tersebut buat 'peghabis bogheh' je bayar gaji.
5. Promosi kat penduduk India yang berjumlah 1 billion supaya pelancong India datang beramai kat negara ini sedangkan dia lupa India sebuah negara yang paling miskin didunia dan rakyatnya yang datang ke negara ini pun dah ramai. Tak caya gi kat restoran2 mamak.
6. Kalau anugerah itu untuk tujuan promosi percuma lagi menjimatkan seperti yang didakwa selepas ini setiap tahun mesti diperuntukan untuk seorang pelakon dari seluruh dunia termasuk pelakon2 'Playboy'.