Khamis, 20 Ogos 2009

Dah Terhantuk Baru Tergadah..?

Setelah 10 tahun menghuni rumah kayu usang akhirnya seorang warga emas Sofiah Inas berumur 69 tahun bersama seorang anaknya kini boleh mampu tersenyum menyambut Aidil Fitri tahun ini dengan rumah baru.

Itupun setelah aduan yang dibuat oleh anaknya tersebar luas dalam satu program melalui radio PerakFM. Tidak sangka keluhan anak perempuan warga emas itu terus mendapat perhatian dari kerajaan negeri dan akhirnya sebanyak RM15,000 telah diperuntukan untuk bina baru h rumah tersebut (gambar) yang 90% hampir reput dimakan anai-anai.

Rancangan aduan "Dema Tanya Pak Ngah Jawab" (DTPNJ) melalui radio PerakFM itu telah berjaya menyelesaikan hampir 90% aduan. Rancangan yang dikelolakan oleh Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar yang lebih dikenali sebagai 'Pak Ngah' itu harus dipuji. Namun begitu adalah diharapkan pihak kerajaan negeri perlu memantau peranan JKKK atau lain-lain pemimpin masyarakat yang diamanahkan agar sentiasa peka dengan maklumat atau segala pemasalahan yg dihadapai oleh rakyat.

Jika tidak, lebih ramai rakyat bakal keciciran untuk mendapatkan bantuan sewajarnya seperti yang dihadapi oleh warga emas, Sofiah Inas dari Kampung Parit Abu Hassan ini yang terpaksa menghuni rumah usang hampir 10 tahun lamanya. Jangan sudah terhantuk baru nak tergadah.

7 ulasan:

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku Cendawan dan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak,

Syukur Alhamdulillah, kita masih diizinkan Allah InsyaAllah menyambut Ramadan 1430. Semoga kita dapat berAmal Ibadat sebaiknya dibulan yang penuh berkah ini. Amin!

Dalam isu terantuk ini, baik jugalah bila dah terantuk mahu tengadah. Janganlah kita berkali-kali terantuk pun masih tak mahu tengadah.

Syukur Alhamdulillah, Mak Cik tumpang gembira keluarga ini dapat juga rumah baru. Beginilah beruntungnya jadi rakyat Malaysia. Sama-samalah kita berSyukur.

kulatlapok berkata...

salam Makcik...

Isu seperti ini lumrah di negara kita, ianya bukan sahaja terjadi di Perak malah boleh dikatakan semua negeri ada masalah yg sama. Cuma disini apa yg nak ditekankan ialah peranan pemimpin masyarakat setempat adakalanya gagal menjalankan tugas yg diamanahkan sehingga penduduk dibawah jagaannya menjadi mangsa keciciran hak mereka. Wallahuaalam,
'Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak'

Tanpa Nama berkata...

macam kat kampung gua lak, kalau bab2 bantuan kerajaan ni, selalu yg dapat ialah mereka, sedara mara, kekawan dan kroni2 JKKK je yg dapat. Memamng betul hampehhh...

Rakyat Malaya berkata...

salam Tuan Kulatlapok

Mereka juga perlu ingat, duit yg dilambakan itu adalah duit RAKYAT, TAK KIRA APA LATAR BELAKANG, SELAGI MEREKA BERGELAR RAKYAT MALAYSIA, SEMUANYA AKAN DIBERI ANTUAN TANPA ADA MANA2 YG KECICIRAN. jIKA MEREKA MEMILIH BULU, NESCAYA API NERAKA MENUNGGU MEREKA UNTUK DIPANGGANG.

kulatlapok berkata...

salam:

1. Anony...21:57
2. Rakyat Malaya

Apapun yang kita buat yang pentingnya ialah sifat2 keikhlasan, jujur dan amanah perlu ada pada mereka yg dimanahkan.

Tanpa Nama berkata...

jangan lah buka cerita lagi, sebab orang akan kata arwah tak buat kerja. buruknya PAS juga sebab sebelum ini memang dibawah pimpinan pas, kalau rasanya kita yang tak betul mengaku je lah dan lain kali kita peka pada semua, apa lagi nak di panjangkan , hakiki dan hakikat seemang Allah maha mengetahui, amin

kulatlapok berkata...

salam Anony...16:18

Inalilah.... semoga Allah mengampunkan dosa2 pemimpin yg lalu. Apapun kita yg tinggal ini mesti teruskan perjuangan dan laksanakan tanggungjawab fardhukifayah kita...Wallahuaalam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN