Pada satu majlis perhimpunan masyarakat, aku dihampiri oleh seorang lelaki Cina. Dia memperkenalkan dirinya En. Hiew Kim Pah (gambar) dari Kuala Sungga, Tebong, Alor Gajah. Katanya mahu minta tolong keluarkan masalahnya dalam suratkhabar. Kemudian baru aku perasan, dia sangka aku dari media bila tengok aku ada pegang kamera SLR pada majlis tersebut.
Aku beritahu pada dia aku ambil gambar untuk buat 'house magazine' . Namun begitu, aku beri juga no. tel rakan2 media yang aku kenali untuk dia hubungi sendiri. Dalam pada itu, lelaki Cina yang berusia 67 tahun ini terus menceritakan masalahnya kepada aku.
Masalah En. Kim Pah ini ialah berkenaan jirannya berbangsa Melayu yang menjadikan kawasan rumahnya sebuah kedai makan yang dibuka pada sebelah malam. Menurutnya lagi, aktiviti perniagaan oleh jirannya itu tidak menjadi masalah, tapi yang menimbulkan masalahnya ialah bunyi bising dari aktiviti 'karaoke' sehingga menganggu kententeramannya untuk beradu.
Menurut En. Kim Pah lagi, masalah ini telah diadukan kepada JKKK kawasan tersebut sehingga dipanjangkan ke Majlis Perbandaran Daerah Alor Gajah (MPAG) dan juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Tebong pada Jun lalu. Sehingga ke hari ini sudah 3 bulan ianya berlarutan namun tiada apa2 tindakan yg diambil oleh pihak2 yang berkenaan.
Pada penghujung bicara, En Kim Pah seperti bersuara agak perlahan, "Kita juga penyokong kuat kelajaan, pilihanlaya semua kita kasi undi sama itu BN, tapi bila ada masalah ini macam, meleka semua tak mau tolong. Apakah kelana kita olang Cina? Ini ploblem olang Melayu punya bikin, belakang pula itu semua olang kerajaan manyak Melayu punya, itu pasalkah tidak sokong sama kita punya masalah? Aiyaa..!! manyak susahlah kita ini macam" katanya dalam nada yang agak kesal.
Itu masalah yg dihadapi sebahagian kaum Cina di bumi Hang Tuah ini. Bagaimana pula masalah yg sekian lama telah menganggu suasana dan emosi oleh orang Melayu pulak? Contohnya isu babi di Masjid Tanah dan jirat Cina (memorial park) di Selandar. Mereka juga tidak dilayan. Pelbagai cara dan aduan telah dibuat namun semuanya seperti mencurah air ke daun keladi, apatah lagi pemimpinnya yang berkuasa adalah orang Melayu sendiri. Fikirlah sendiri....Wallahuaalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan