Isnin, 31 Ogos 2009

APA ERTI MERDEKA MENGIKUT ISLAM..?

ERTI KEMERDEKAAN MENGIKUT ISLAM DI SINI , KATA IKIM
"Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang ke 52"
Merdeka...! Merdeka..! Merdeka..!

2 ulasan:

Pak Oncu berkata...

Malaysia BUKAN 52 tahun. Hari Malaysia BUKAN 31 Ogos. Projek Malaysia bermula pada 16 September 1963. Sila google untuk kesahihan fakta ini. Jika TIDAK percaya sila pergi tanya Mat Sabah atau Minah Serawak. Dua wilayah ini memasuki Malaysia pada 16 September 1963 BUKAN 31 Ogos 1957. hahhahahahahahaha

kulatlapok berkata...

salam Pak Oncu,

Terima kasih menitip ke sini.Memnag benar hari Malaysia bukan 31 Ogos. Ini memnag fakta.
Selepas Sabah merdeka di bawah British pada 31 Ogos 1963, maka Tunku Abdul Rahman membawa misi ke Borneo untuk mengajak Sabah dan Sarawak turut bergabung dengan Malaya, selain Singapura untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun perjanjian Malaysia ditandatangani pada 9 Julai 1963 dan pada bulan berikutnya, Ratu Elizabeth II memperkenankan Akta Malaysia yang diluluskan oleh Parlimen British. Akhirnya perjanjian Malaysia diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu, Dewan Perhimpunan Singapura, Majlis Undangan Sarawak dan Majlis Undangan Sabah. Pada 26 Ogos 1963, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan Akta Malaysia.

Dan pada 16 September 1963, Malaysia ditubuhkan secara rasmi. Antara lain inti pati perjanjian Malaysia 1963 ialah:

* Semua urusan hal ehwal luar menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan.

* Islam – agama Persekutuan kecuali Sabah, Sarawak, agama lain bebas diamalkan.

* Bahasa Melayu bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan lain-lain bebas diamalkan.

* Sarawak dan Sabah diberi kuasa mengawal imigresen dan perkhidmatan awam.

* Bumiputera Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN