Selasa, 11 Ogos 2009

H1N1: ANAKKU MELOMPAT GEMBIRA...!!

Awal pagi ni seperti biasa kerja rutin (kecuali hari Sabtu dan Ahad) iaitu isteriku menghantar anak-anak ku ke sekolah dan tak ketinggalan juga yang kecil sekali juga terpaksa berpisah di siang untuk diletakkan di TASKA berhampiran isteriku bekerja.

Tiba-tiba pagi ni lebih kurang jam 9.30 pagi, aku terima sms dari sekolah anakku yang meminta semua ibupaba datang segera ke sekolah kerana sekolah akan ditutup seminggu mulai hari ini akibat susupek wabak H1N1. Bermakna sekolah akan (terpaksa) bercuti sehingga 16 Ogos. Difahamkan sekolah tersebut terpaksa ditutup kerana seramai 230 murid sudah tidak hadir beberapa hari tanpa diketahui puncanya. Setakat ini sudah 82 sekolah di Melaka telah ditutup dan dijangka berpuluh buah lagi akan berbuat demikian yang mungkin mencecah hampir 100 buah. Ini menunjukkan betapa seriusnya penularan wabak ini di Melaka terutama terhadap kanak-kanak.

Pas tu tak lama kemudian aku dapat panggilan dari si abang, anakku yang sulong yang menggunakan telefon awam dengan nada termengah-mengah minta aku mengambilnya segera di sekolah. Sampai di sekolah suasana sekolah seperti huru-hara dan hiruk-pikuk dengan wajah cemas ibubapa seolah-olah panik sedang mengambil anak masing-masing. Di sekolah aku lihat dari jauh ketiga-tiga anakku terus berlari ke arahku bila saja melihat kelibatku telah berada di situ.

Sampai saja dengan wajah yang berseri-seri dan senyuman yang meleret mereka terus berteriak, ayah.! ayah.! besok sekolah cuti lama, yeh! yeh! cuuti..!! balik rumah boleh main games bola..!! Aku terus diam aje tanpa berkata apa-apa terus naik kereta meninggalkan sekolah untuk tidak dijejak ke sini buat tempoh seminggu ni. Dalam pada itu, hati ini juga berkata-kata, tak kisahlah apa ko nak main, asalkan anak-anakku diberi kesihatan yang baik olehNYA dan dijauhkan wabak yang telah dianggap amat serius menular begitu pantas di dunia ini.

"Ya Allah, janganlah KAU menguji hambamu dengan ujian-ujian yang tak mampu untuk kami mengatasinya, sesungguhynya KAUlah Yang Maha Berkuasa yang mencipta langit dan bumi... " Wallahuaalam.

5 ulasan:

armouris berkata...

info tentang selsema babi kat sini - FAQ Tentang Selsema Babi

melayuangkat berkata...

Amin! Semoga semuanya Selamat Sejahtera.

Salam.

Tanpa Nama berkata...

salam Bro,

Ramai menjadi tandatanya kenapa kerajaan negeri Melaka seperti tidak seruis menangani masalah ini sedangkan ada saja sekolah yg tutup. ibubapa masih tertunggu2 tindakan dan kenyataan kerajaan negeri.

B1N1 berkata...

adakah dunia kini telah dimurkai oleh Allah SWT??

Dhiya' berkata...

Berita baik bagi kita umat Islam dalam menangani wabak H1N1.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain "Gunakanlah Habbatus Sauda" kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Ini adalah ikhtiar kita. Belilah apa2 jenama Habbatus Sauda dan amalkannya SEKARANG!!
_______________________
View Profile: Rantong™

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN