Ahad, 2 Ogos 2009

DEMO... ISA: APA HASILNYA YG KITA DAPAT??


Apabila nafsu telah menguasai segala kehendak, ianya tidak dapat dibendung lagi. Maka bersesak2lah bangsa Melayu yang cuba memperjuangkan nasib segelintir mangsa ISA berarak dengan semangat perjuangan di jalan2 raya di Ibu Kota semalam.

Isu ISA ini sebenarnya telah mendapat perhatian daripada PM sendiri dan beliau secara dasarnya bersetuju ianya dikaji semula. Sepatutnya pihak2 pembangkang haruslah bersabar dan mesti diselesaikan di meja perundingan.

Namun demontrasi tersebut telah tidak dihiraukan oleh pemimpin yg lebih berkentingan untuk kelangsungan politik mereka dan hakikatnya rakyat telah mendapat beberapa faedah hasil dari demontrasi tersebut antaranya:

1. Kerugian kepada peniaga2 kecil kebanyakan bangsa Melayu yg terpaksa ditutup.

2. Para demontrasi mendapat semburan air dan gas pemedih mata percuma termasuk juga orang lain yg tidak bersalah.

3. Banyak premis perniagaan yang lain ditutup dan ini bermakna tiada pengaliran wang tunai (terencat) berlaku pada hari tersebut.

4. Ibu Kota mendapat tambahan kesesakan lalu lintas yg luar biasa, akibatnya membantutkan segala urusan mereka serta pengangkutan awam (bas/teksi/lrt) turut sama terjejas.

5. Para demontrasi 95% bangsa Melayu seperti pesta lintang pukang berlari ke sana ke mari dikejar oleh pihak berkuasa.

6. Memberi keuntungan politik kepada individu2 tertentu dan secara tidak langsung juga kepada kumpulan HINDRAF yg mendapat sedikit kredit dari demo tersebut.

7. Langsung tak berfaedah, menyusahkan orang lain serta membazir banyak masa dan tenaga.

8. Melayu diperalatkan lagi???

9 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Bro.,

Melayu telah lali diperalatkan malah ia menjadi seronok dan menghiburkan.

Melayu...melemah dan memati.

arnamee berkata...

kite kena kuat^^

ai@reel berkata...

salam

saya tertanya sendirian "apa sebenarnya melayu mahu"..maksud syukur atas pemberiannya itu sendiri sudah tidak dapat difahami...mungkin org2 seperti ini harus diberi ruang untuk bersama2 dgn org palestin atau iraq,dan sama2 merasai nikmat peperangan pecahbelah kaum.

saya merasa malu pada diri sendiri kerana saya bangsa melayu.....

Tanpa Nama berkata...

pemimpin Melayu (Islam) yang tak menghindar nasib bangsanya sendiri. aku menjadi hairan apa sebenarnya yg mereka cari??? kerajaan telah menyatakan kesudiannya untuk dikaji semula. mengapa mereka masih mencari publisiti?? aku tak setuju ISA dihapuskan, ianya masi relevan lagi untuk menjamin keselamatan negara ini. namun sebenarnya ISA ini hendaklah diperhalusi maksud dan tujuannya serta dipinda penggunaannya.

Tanpa Nama berkata...

SALAM bRO kULAT,

PEMIMPINNYA DAPAT POPULARITI, PARA PENYOKONGNYA DAPAT SEMBURAN AIR DAN GAS PEMEDIH MATA.. HIKS, HIKS, HIKS..SADISNYA AKU TENGOK.... BEGITULAH NASIB PARA PERJUANG GURKHA YG TAK TAHU APA YG SEBENARNYA DIPERJUANGKAN......

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku Cendawan Melayu,

Cendawan tumbuh melata..sekurang-kurangnya walaupun 'cendawan' ada hasil dan faedahnya pada kita..banyak gunanya.

Tapi apa faedahnya berdemonstrasi setelah diberi jaminan ISA akan dikaji? Janganlah nafikan kebaikan ISA selama ini.

Orang Melayu terlalu mengikut EMOSI. Bila sudah diri dipengaruhi Nafs Ammarah dan benci tak tentu pasal inilah akibatnya.

Memalukan Bangsa sahaja, macamlah kita ni semua tak ada kerja lain lagi yang boleh kita buat...

Yang rugi Sabtu lalu akibat ini pun rata-rata peniaga Melayu juga.
WaAllahuAlam.

ezry da' legend berkata...

kerana melayu-melayu inilah juga anak-anak kalian semua terselamat dari terus dibelenggu dasar PPSMI...

perhimpunan aman adalah hak rakyat. mungkin kalian 'buta' siapa sebenarnya yang menghuru-harakan perhimpunan tersebut.

memanglah nampak melayu yang ramai ditangkap. sebabnya? polis2 yang datang menangkap org 99% terdiri dari polis melayu! polis melayu yang takut untuk menangkap bangsa lain!!! hanya berani membelasah kaumnya sendiri...

contoh terbaik adalah PPSMI, dimansuhkan setelah rakyat bangkit berdemonstrasi secara aman...

wassalam

mountdweller berkata...

Salam sdr. kulat.

Apa yang mereka dapat adalah kepedihan. Hati dan fizikal.

Saya sependapat dengan saudara.

Cuma seandainya pihak polis memang betul-betul natural, mereka boleh pantau saja perarakan dengan tidak menimbul kekecuhan. Pihak polis sepatutnya bertindak bila demonstrator kelaur dari batas-batas keamanan.

Rasanya kalau polis ikut peraturannya sendiri kekecohan tidaklah seteruk itu.

kulatlapok berkata...

salam blogger semua terima ksih menitip ke sini.

1. salam Harimau.
Melayu memng seronok ala2 pesta gitu

2. arname - benar Melayu kena kuat.

3. ai@reel - perbezaan antara 2 benua tu....

4. Tanpa nama 20:47 - saya juga setuju dengan sdr.

5. Tanpa nama 17:52 - no kemen

6. Makcik angkat - Memenag ada kebenarannya namun mereka merasakan seperti tidak dilayan, lantas mencari jalan singkat...

7. ezry da' legend - ada perkara yang boleh kita sokong dan ada perkara yg perlu kita fikirkan untuk disokong

8. Mountdweller - KP negra mendakwa mereka menjalankan kerja mengikut STANDARD OPERATION dan PDRM mendapat pujian dari Republik Singapura kerana berjaya menghuraoikan perhimpunan tanpa kekerasan, TAPI ADA GAMBAR MEREKA DIBELASAH OLEH FRU... ntahlah.!!

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN