Memaparkan catatan dengan label Masalah Rakyat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masalah Rakyat. Papar semua catatan

Ahad, 4 September 2011

Mashitah.! Ohh.. Mashitah..!




Seorang Pembaca Malaysia Kini yang dikenali 'Pembaca Anti Murtad'telah menulis maklum balas artikel Ustazah UMNO yang comel loteh isu yang bertajuk “Isu Murtad: PAS Pilih JAIS atau DAP?” yang telah disiarkan dalam Sinar Harian pada 12 Ogos 2011.


Dalam maklum balas yg tercatat di sini, banyak persoalan yang ditimbulkan dan Ustazah ini seolah-olah cuba hendak menegakan benang yang basah. Beliau dilihat lebih mencari keuntungan politik dirinya.

Ahad, 13 September 2009

RAKYAT MALAYSIA, BANTULAH SEGERA ADIK NORAINA


Ibubapa Noraina Shafiqa Mohd Sabri berusia 9 tahun, MERAYU bantuan segera dari 'rakyat Malaysia' untuk membeli tulang gantian bernilai RM5,000 bagi mengantikan tulang mukanya yang remuk selepas dirempuh sebuah van dalam kemalangan jalanraya di sini minggu lalu.

Walaupun hanya bernilai RN5,000 tetapi keluarga Noraina TIDAK MAMPU menyediakannya kerana ibunya, Murni Saroji seorang surirumah manakala bapanya hanya seorang operator pengeluaran. Kepada orang ramai khususnya rakyat Malaysia yang prihatin, segerakanlah menghulurkan bantuan agar adik Noraina dapat menjalani pembedahan secepat mungkin.

Agak malang, setelah seminggu berlalu tiada pihak2 yang berwajib terutama wakil rakyat kawasan, pertubuhan2 NGO atau pemegang2 tabung amanah seperti tabung ehsan untuk mereka yang memerlukan saat kecemasan begini seperti tidak melakukan sesuatu untuk menyelamatkan adik Noraina ini. Kalau kita bangga boleh menyediakan tabung untuk rakyat Palestin sehingga berjuta jumlahnya, kenapa untuk rakyat kita sehingga mereka MERAYU untuk meminta disumbangkan? Bantulah keluarga ini dengan tidak mengira apajua latar belakang politik. Apa yang pentingnya kita semua telah menyelamatkan satu nyawa yang paling diharapkan oleh ibubapa mangsa tersebut. Wallahuaalam.

Bagi mereka yang ingin membantu, cek dinamakan kepada:
BENDAHARI PUSAT PERUBATAN UNNIVERSITI MALAYA
atau hubungi,
JABATAN PEMBEDAHAN MULUT UNIVERSITI MALAYA - 03 7964 4807
(U/P: ENCIK ZULFADZLI ZAINAL)

Khamis, 20 Ogos 2009

Dah Terhantuk Baru Tergadah..?

Setelah 10 tahun menghuni rumah kayu usang akhirnya seorang warga emas Sofiah Inas berumur 69 tahun bersama seorang anaknya kini boleh mampu tersenyum menyambut Aidil Fitri tahun ini dengan rumah baru.

Itupun setelah aduan yang dibuat oleh anaknya tersebar luas dalam satu program melalui radio PerakFM. Tidak sangka keluhan anak perempuan warga emas itu terus mendapat perhatian dari kerajaan negeri dan akhirnya sebanyak RM15,000 telah diperuntukan untuk bina baru h rumah tersebut (gambar) yang 90% hampir reput dimakan anai-anai.

Rancangan aduan "Dema Tanya Pak Ngah Jawab" (DTPNJ) melalui radio PerakFM itu telah berjaya menyelesaikan hampir 90% aduan. Rancangan yang dikelolakan oleh Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar yang lebih dikenali sebagai 'Pak Ngah' itu harus dipuji. Namun begitu adalah diharapkan pihak kerajaan negeri perlu memantau peranan JKKK atau lain-lain pemimpin masyarakat yang diamanahkan agar sentiasa peka dengan maklumat atau segala pemasalahan yg dihadapai oleh rakyat.

Jika tidak, lebih ramai rakyat bakal keciciran untuk mendapatkan bantuan sewajarnya seperti yang dihadapi oleh warga emas, Sofiah Inas dari Kampung Parit Abu Hassan ini yang terpaksa menghuni rumah usang hampir 10 tahun lamanya. Jangan sudah terhantuk baru nak tergadah.

Selasa, 18 Ogos 2009

The Chinese Dilemma..

Pada satu majlis perhimpunan masyarakat, aku dihampiri oleh seorang lelaki Cina. Dia memperkenalkan dirinya En. Hiew Kim Pah (gambar) dari Kuala Sungga, Tebong, Alor Gajah. Katanya mahu minta tolong keluarkan masalahnya dalam suratkhabar. Kemudian baru aku perasan, dia sangka aku dari media bila tengok aku ada pegang kamera SLR pada majlis tersebut.

Aku beritahu pada dia aku ambil gambar untuk buat 'house magazine' . Namun begitu, aku beri juga no. tel rakan2 media yang aku kenali untuk dia hubungi sendiri. Dalam pada itu, lelaki Cina yang berusia 67 tahun ini terus menceritakan masalahnya kepada aku.

Masalah En. Kim Pah ini ialah berkenaan jirannya berbangsa Melayu yang menjadikan kawasan rumahnya sebuah kedai makan yang dibuka pada sebelah malam. Menurutnya lagi, aktiviti perniagaan oleh jirannya itu tidak menjadi masalah, tapi yang menimbulkan masalahnya ialah bunyi bising dari aktiviti 'karaoke' sehingga menganggu kententeramannya untuk beradu.

Menurut En. Kim Pah lagi, masalah ini telah diadukan kepada JKKK kawasan tersebut sehingga dipanjangkan ke Majlis Perbandaran Daerah Alor Gajah (MPAG) dan juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Tebong pada Jun lalu. Sehingga ke hari ini sudah 3 bulan ianya berlarutan namun tiada apa2 tindakan yg diambil oleh pihak2 yang berkenaan.

Pada penghujung bicara, En Kim Pah seperti bersuara agak perlahan, "Kita juga penyokong kuat kelajaan, pilihanlaya semua kita kasi undi sama itu BN, tapi bila ada masalah ini macam, meleka semua tak mau tolong. Apakah kelana kita olang Cina? Ini ploblem olang Melayu punya bikin, belakang pula itu semua olang kerajaan manyak Melayu punya, itu pasalkah tidak sokong sama kita punya masalah? Aiyaa..!! manyak susahlah kita ini macam" katanya dalam nada yang agak kesal.

Itu masalah yg dihadapi sebahagian kaum Cina di bumi Hang Tuah ini. Bagaimana pula masalah yg sekian lama telah menganggu suasana dan emosi oleh orang Melayu pulak? Contohnya isu babi di Masjid Tanah dan jirat Cina (memorial park) di Selandar. Mereka juga tidak dilayan. Pelbagai cara dan aduan telah dibuat namun semuanya seperti mencurah air ke daun keladi, apatah lagi pemimpinnya yang berkuasa adalah orang Melayu sendiri. Fikirlah sendiri....Wallahuaalam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN