Ahad, 9 Ogos 2009

PEMUDA UMNO SELANGOR BUTA SEBELAH MATA

Aku menjadi manusia pertama yang mungkin paling gembira apabila senstiviti umat Islam begitu menjadi sensitif dan dengan sepantas kilat ianya begitu mendapat perhatian seperti yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Selangor yang berdemontrasi di hadapan bangunan MBSA yang dikhabarkan seramai 200 oang. (kalau ramai dah tentu kena sembur air dan gas beracun)
.
Sebagai umat Islam, sejuk juga hati ini bila Pemuda UMNO ini cuba mempertahankan kesucian umat Islam dari terpengaruh dengan benda2 yang HARAM apatah lagi minuman ARAK yang termaktub HUKUMNYA dalam Al-Kitab.

Namun begitu pendapat MB Selangor itu ada juga kewajarannya iaitu konsep guna kawalan sendiri. Sebagai orang Islam pula yang faham akan hukumnya kenapa perlu juga membelinya sedangkan yang menjualnya bukanlah mereka yang faham akan hukum meminum arak dikalangan bangsa mereka. Ianya sama juga kalau kita ke pasar, jika kita yang faham akan hukum memakan daging BABI, adakah kita juga hendak memakan dan membeli daging babi?

Jika benar keikhlasan demontrasi Pemuda UMNO Selangor itu untuk mempertahankan hukum agama itu amatlah dipuji. Namun diharapkan Pemuda UMNO itu mesti berdemontrasi bukan saja perkara bab penjualan ARAK, malah kalau boleh Pemuda UMNO perlu juga berdemontrasi menghapuskan aktiviti PERJUDIAN seperti MAGNUM, TOTO, KUDA yang masih terbuka jualannya dan masyarakat Islam tetap membelinnya bagi mereka yg berkeinginan iaitu sama seperti meminum arak.

Bukan saja bab seperti yg dinyatakan di atas, malah Pemuda UMNO juga perlu sensitif dan berdemontrasi dengan cara2 pakaian artis Melayu Islam kita yg sekarang seperti tidak ada perasaan malu dengan mendedahkan tubuh badan mereka di majlis2 hiburan. Berpeluk-pelukan dalam lakonan yang kesmuanya itu boleh mencemarkan kesucian agama Islam negara ini yang dianggap negara Islam dan agama rasminya Islam.

Justeru diharapkan Pemuda UMNO Selangor perlu membuka skop demontrasinya dengan lebih luas dan janganlah cuba MEMBUTAKAN sendiri
sebelah matanya.

Kulat: Sehingga hari ini difahamkan Pemuda UMNO tidak pernah membantah tatacara dan adab pemakain artis Melayu negara ini kerana hiburan di negara ini adalag sesuatu yg dihalalkan. Wallahuaalam.

2 ulasan:

mountdweller berkata...

Salam sdr. kulat

Satu kerja yang baik tetapi bodoh!

Di dalam Alqur'an bukanlah hanya arak sahaja yang haram. Bukankah menolak hukum itu lebih teruk? Gugur agama beb!

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku Cendawan Melayu,

Sekurang-kurangnya mereka berdemo juga. Yang Lain tu mana?

Yang lantang berdemo nak hapus ISA minggu lalu? Mana mereka. DAP dah kutuk habis Agama kita, Senyap je.

Mak Cik teringatkan Jin mata toncit, buta sebelah mata - dalam cerita P Ramlee.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN