Isnin, 24 Ogos 2009

ADUN LUNAS, YB PKR YANG BERMASALAH..?

ADUN Lunas membuat kejutan dengan mengumumkan keluar dari PKR kerana telah hilang kepercayaan terhadap perjuangan PKR. Kejutan ini pula dibuat disaat2 pengundi DUN Permatang Pasir akan menghadapi pemilihan (Pilihanraya Kecil) esok (25 Ogos 2009).

Keputusan ini mungkin memberi satu senyuman kepada BN yang menjangkakan sekurang2nya akan memberi sedikit pengaruh dan kelebihan undi kepada mereka.

Kepada pihak PKR pula perkara ini telahpun dijangka, ADUN Lunas YB Mohd Radzhi akan meninggalkan PKR dalam masa yg terdekat. Namun bagi penyokong PKR atau mereka yang mengetahui sejarah latar belakang Mohd Radzhi pasti tidak akan terkejut dengan tindakannya itu. Ini kerana difahamkan Mohd Radzhi telah diketahui mempunyai banyak masalah disiplin melibatkan parti dan termasuk juga masalah peribadi yang melibatkan rumah tangganya dengan isterinya yang keempat.

Selain aripada itu ADUN Lunas ini terlebih dahulu telah dikesan cenderung untuk keluar parti dan disyaki cuba membawa keluar lima ADUN PKR yang lain untuk 'melompat parti' namun tidak berjaya. Mohd Radzhi juga telah beberapa kali diberi amaran oleh MB Kedah berkaitan tuntutan kewangan yang berlebihan selain daripada pernah diberi amaran keras daripada kepimpinan PKR Kedah. Selain daripada itu beberapa kes yang melibatkan Mohd Radzhi sebelum ini pernah dibangkitkan oleh SPRM untuk disiasat.

sumber: sinar@nasional24ogos2009

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sila tuan baca pendapat YB Zul pulak.....
Tak sama pendapat dengan diatas.

kulatlapok berkata...

salam Anony...11:46

TQ your info, apapun memnag kita tak boleh mendengar sebelah pihak sahaja kalau kita mahu Mohd Radzhi keadilan. YB Zul suatu ketika dulu juga pernah mencetuskan beberapa isu dalaman PKR. Justeru Sama2 kita tunggu maklumat terkininya. Apapun keputusan DUN Lunas itu perlu dihormati.

Tanpa Nama berkata...

SALAM UNTUK ANONY 11:46

LEPAS KO BACA PENDAPAT YB ZUL, KO BACA PULAK KENYATAAN DARI kedahlanie.blogspot.com dan anakkedah007.blogspot.com. KO AKAN DAPAT PERBEZAANNYA.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN