Ahad, 16 Ogos 2009

Melaka Antara Tempat 'Lubuk Maut' Selesema Babi?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 5 juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika langkah pencegahan tidak diambil secara serius oleh orang ramai. Sehingga kini tiada siapa pun yang dapat menjangkakan bilakah keadaan pandemik selesema babi yang melanda negara ini sejak Julai lalu akan berakhir dan rakyat kembali hidup dalam keadaan seperti sebelum penyakit ini tercetus. Sehingga semalam, sebanyak tiga lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) direkodkan menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu kini mencecah 59 kes.

Akhbar melaporkan negeri2 di Pantai Barat Semenanjung paling banyak meragut mangsa H1N1. Antara negeri yang tertinggi itu Johor, Selangor dan Melaka iaitu ketiga-tiga negeri itu mempunyai lebih separuh daripada korban kes selesema babi di Malaysia. Negeri yang tiada kes setakat ini iaitu Terengganu dan Kelantan.

Pihak kementerian Kesihatan telah menasihatkan orang ramai supaya menjauhi tempat2 awam terutama majlis dan program2 yang melibatkan perhimpunan manusia yang ramai. Di Melaka beberapa kes H1N1 telah dicatat berpunca daripada program2 perhimpunan yang besar antaranya Perhimpunan Kadet JPA Seluruh Negara dan Perhimpunan Belia Kebangsaan selain penularan di sekolah2 yang mengakibatkan lebih 85 sekolah setakat ini ditutup.

Terbaru satu majlis perhimpunan terbesar yang diadakan di Melaka ialah HPPNK 2009 yg diadakan di MITC Melaka mulai 10 hb hingga 16 Ogos 2009. Sambutan HPPNK yang sudah pasti menghimpunkan ribuan manusia dari seluruh negara itu diharapkan tidak akan mencatatkan kes H1N1. Pada majlis tersebut, orang ramai masih tidak menghiraukan bahaya wabak tersebut dan didapati jumlah mereka yang menggunakan penutup mulut kurang 5%.

Seperti dalam gambar di atas, para hadirin sanggup mengambil risiko menghadiri Majlis Perasmian HPPNK 2009 di MITC, Ayer Keroh Melaka. Majoriti yang hadir ialah kaum Melayu. Bayangkan jika wabak tersebut menular pada perhimpunan tersebut? Jika ada, pastinya ribuan manusia di dalam dewan tersebut terpaksa dikuarantinkan. Harap tiada kes dicatatkan.

4 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Bro.,

Somban pun paneh sioot. Takut lak den.

Ada yang kata, punca selsema babi dari bangunan baru DAP kat Kemayan Square.

Memandai je diorang ni.

kulatlapok berkata...

salam Harimau,

Kalau ko pi masa perasmian HPPNK kat MITC tu..peh seram lak rasonya bro, beribu orang dalam dewan tu..Tapi aku pelik sikit tak ramai kaum lain yg hadir, yg ramai rata2 ialah Melayu, tupun yg pakai topeng tak sampai pun 5%. Harap tiada kes penularan pada sambutan HPPNK tu.

Tanpa Nama berkata...

Mr. Kulat - Penyakit yg datang ni mungkin ada hikmahnya. akupun dah tak sabar nak tunggu kerajaan istiharkan DARURAT PENYAKIT ni, boleh gak rehat2 kat rumah, asyik keroje je boringlak dok pejabat.

Tanpa Nama berkata...

Kekadang tanpa kita sedari, inilah pembalasan Allah SWT terhadap hambanya yg selalu engkar kan perintahnya...wallhualam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN