Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin kini secara rasmi telah diterima menjadi ahli UMNO di sebuah cawangan. Kepulangan beliau kepangkuan UMNO bukanlah sesuatu yg mengejutkan. Ini termasuklah beberapa lagi ahli PKR yg berbangsa Melayu, kerana mereka semua bukanlah asing lagi dengan parti Keramat tu. Ini kerana mereka sebenarnya adalah bekas2 ahli UMNO juga dulu.
Kepulangan beramai2 ahli PKR yang diramalkan ni bak orang tua2 kata ibarat "Sireh Pulang Kegagang", "Ikan Pulang Ke Lubok" dan macam2 lagi kiasan yg menjurus kepada tempat jatuh lagi dikenang. Ramai yg kata, PKR sekarang telah menunggu masa untuk rebah. Partinya dikatakan dah reput dari dalam. Sekarang ni dengar kata, ramai ahli2 PKR yg bermasalah terutama yg dah berjawatan YB. dah mula cari tempat baru.
Kalau dah bermasalah apa lagi tunggu, PRU13 sudah tentu nama dah tak naik. Lebih baik cabut, dan buat2lah isu. Pas tu, dapat pulak sokongan dari geng2 lama dalam UMNO. Buatlah statment keluar parti ramai2. Untung2 ada yg simpati, PRU13 bolehlah jadi YB dari UMNO pulak. Harap2 pemimpin2 yg keluar dari PKR seperti si Fairuz ni nanti akan menjadi YB pilihan BN pada PRU13 nanti. Tapi pemimpin lama dalam UMNO yg dah lama berangan jadi YB, macamana pulak??
3 ulasan:
sapa nak pilih hang fairus oii..aku org pmtg pauh 6 kali mengundi semua undi aku utk Pas..walau masa tu anwar dgn umno.InshaAllah umno boleh terus berangan2 utk mdpt undi aku.
Ada pula yg pelawa dia masuk kat cawangan aku pulak. kalu jadi ahli biasa tak pa, jangan lak offer bagi jawatan kat dia. kitaorang ni sok dikuislak oleh pendatang ni. Kita orang ahli UMNO cawn. ni tunggu dan lihat je apa dia buat dalam caw. ni.
bagus, bagus dedahkah lagi sampai terdedah, baru kita semua tahu nanti siapa yg kena dedah dan siapa akhirnya TERNGANGA. syabas Fairus, untuk sabut ko timbul, untuk batu ko tengelam nanti bersama UMNGOK. ka ka ka ka ka ka ka ka
Catat Ulasan