Syabas dan tahniah mereka bertiga kini telah mencipta sejarah parlimen Malaya. Ketiga-tiga mereka kini telah menjadi pemimpin sanjungan BN/UMNO terutama kepada Zahrain yang mendapat peluang membalun DSAI dalam parlimen sampai terkeluar gelanggang DSAI dibuatnya (katanya).
Peluang dalam parlimen adalah yang ditunggu-tunggu oleh Zahrain kerna tidak dapat berbuat demikian jika berada diluar parlimen. Bimbang nanti tersalah fakta terpaksa pulak nanti berdepan dengan tindakan saman dari DSAI.
Khabarnya Zahrain langsung tidak memberi peluang kepada DSAI untuk mempertahankan dirinya sehingga DSAI mengambil keputusan untuk keluar dari Dewan. Maka bertepuklah tangan dan bertempik macam orang dah hilang akal para penyanjung2 Zahrain tanda kegembiraan seteru mereka dikatakan pengecut meninggalkan dewan.
Zahrain dengan perasaan bangga yg tidak terhingga dengan kembang kuncup hidungnya menahan kegembiraan apabila terjahannya terhadap DSAI disulam dengan sorak sorai dari pemimpin BN/UMNO yang lain. Rasanya inilah hari paling bermakna selama dia menjadi MP yg tidak pernah dia menerima setinggi-tinggi sanjungan bahawa orang yang bernama Zahrain rupanya selama ini dialah panglima, dialah perjuang, dialah sebenarnya penegak kebenaran dan dialah yang paling berani sekali membalun DSAI di dalam Dewan setakat ini.
Para pemimpin BN/UMNO langsung terus terpegun dan selama ini rupanya inilah orang yang mereka cari-cari selama ini. (Nak harapkan pemimpin UMNO yg lain, baru panggil debat di Penang baru2 ini, satu batang hidung pun tak datang). Beliau patut menjadi kuda tunggangan UMNO untuk melancar serangan seterusnya kepada DSAI dan PKR khususnya. Kini beliau telah menjadi MP BEBAS yang sebebas-bebasnya yang dia mahu untuk membalun lagi DSAI dan PKR sehinggalah semboyan PRU13 akan datang dibunyikan.
Justeru, diharapkan pihak BN/UMNO janganlah mensia-siakan mereka bertiga ini pada PRU13 nanti. Ramai yang mahu melihat mereka betiga dan lain-lian yang telahpun BEBAS dari PKR akan kembali lagi sebagai calon pada PRU13 nanti. Pada masa itu, BN/UMNO diharapkan janganlah kacau daun dan biarkan mereka bertanding atas nama tiket BEBAS yang mereka agung-agungkan itu.
Ramai para pemerhari khususnya pengundi-pengundi mereka ini mahu membuktikan MP BEBAS ini akan mendapat kepercayaan dan dipilih semula oleh pengundi-pengundi yang telah mereka tipu selama ini. Semoga kita semua akan dapat berjumpa lagi mereka ini pada sidang Parlimen selepas PRU13 nanti. Wallahualam.
1 ulasan:
pehhh.. zahrain bukan main segak lagi dengan pingat Datuk Seri yang diminta dengan kerajaan negeri pulau Pinang. Katanya bukan Lim Guan Eng yg bagi tapi TYT.
Piraahhh... budak sekolah rendah pun tahu..DASAR MANUSIA TAL TAHU DIUNTUNG. YG KULIM TULAH KATA MEMPERJUANGAN ISLAM. SELAMA JADI AHLI MP PKR, SAMPAI LAHNI TAK TAHU APA SUMBANGAN YG DIA BAGI UNTUK MEMBANGUNKAN ISLAM DI NEGARA INI.
YG SORANG LAGI TULAK, LAHHH BARU UMUM NAK KELUAR PKR DAH KATA NAK HABISKAN SISA2 PENGGAL NI SEBAGAI YB, APA TAKUT TANDINGLAH LAGI NANRI PADA PRU13 ATAS TIKET BEBAS, KAMI NAK TENGOK HANGPA DAPAT TAK UNDI HANGPA YG HANGPA KATA ADA 18,000 PENGUNDI YG MENYOKONG HANGPA. ENTAH2 HAMMPEEHHHHHHH....
Catat Ulasan