Gambar di atas adalah merupakan MP/Adun dari Pakatan Rakyat yang mendakwa perjuangan mereka disia-siakan oleh pemimpin mereka sendiri. Episod drama keluar parti atau lompat parti bermula dari dua YB PKR dari Perak dan kemudiannya terus merebak ke Utara. Terbaru MP Kulim, Zulkifli Nordin dipecat dari PKR kerana melanggar disiplin parti. Mereka ini suatu ketika dulu lantang mengecam polisi dan dasar2 kerajaan dan tidak kurang juga mereka juga menjadi mangsa kecaman dari pihak UMNO sendiri.
Akhirnya kini, LAWAN TELAH MENJADI KAWAN istilah yang sesuatunya lumrah dalam kancah politik. Akhbar penjuak terutama milik UMNO seperti mendapat 'bonus' dengan memperbesarkan krisis yg berlaku dalam Pakatan Pembangkang yang seolah-olah sedang menuju ke jalan kehancuran. Ada dikalangan mereka ini seperti sedang menunggu giliran untuk diwawancara dan akan dimuatkan dalam akhbar penjuak UMNO. Manakala RTM pula sekarang ini seperti tidak sabar untuk menjemput mereka menadi tetamu istimewa mereka dalam ruangan khas RTM yang sebelum ini tidak pernah dinikmati oleh pihak pembangkang sepertimana yang dinikmati oleh Zulkifli Nordin baru-baru ini dalam program TV3/4.
Terbaru, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang telah kembali ke pangkal jalan dengan menyertai UMNO baru-baru ini juga telah menjadi tetamu istimewa dalam sebuah tv penjuak. Selepas ini beberapa lagi ahli serpihan PKR (yang juga kebanyakan bekas-bekas ahli UMNo juga) dijangka sedang menunggu giliran untuk dipromotkan alkisah mereka bersama PKR dahulu dalam akhbar penjuak mereka atau menjadi tetamu istimewa pihak RTM dan TV3/4.
4 ulasan:
mereka semua dah hilang kepercayaan. mereka sebenarnya tertipu dengan perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat yang MENIPU RAKYAT.
Buat Tanpa Nama..
PKR & Pakatan Rakyat menipu rakyat?
komen aku..
"hang memang mangkaq"
wakakaka..
Kau x ada nama 19:48
Ko lagi mangkok. Tak tahu nilai yg mana kaca dan yg mana intan. Perjuangan mereka sudah tak laku.
mereka ni memnag pembawa kudis dalam PKR. Bukan orang lain bekas ahli2 UMNO jugak. Khhak tui..pegi jahanamlah korang semua..korang keluarpun lagi baik.. tuiiii..
Catat Ulasan