Sebahagian orang Asli daripada Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) dan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkumpul di Dataran Perdana berhadapan Jabatan Perdana Menteri bagi menyerahkan memorandum mengenai bantahan dasar pemberimilikan tanah orang Asli.
Dilaporkan lebih 3,000 Orang Asli telah berhimpun di Putrajaya hari ini untuk membantah dasar pemerintah yang dakwa MENINDAS HAK tanah adat mereka. 44 buah bas dari segenap negara berhimpun di Masjid Putrajaya awal hari ini, bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak. Antara bantahan mereka iaitu peraturan kerajaan bahawa hanya enam hingga lapan ekar tanah diperuntukkan kepada setiap ketua rumah.
"Dasar pemberimilikan tanah Orang Asli yang diluluskan Majlis Tanah Negara pada 4 Disember 2009 tidak mencakupi suara dan kepentingan masyarakat kami," kata Pengerusi Task Force Hal Ehwal Orang Asli Selangor Tok Batin Simpan Suda. Memorandum terebut telah ditandatangani 12,000 orang Asli dari Semenanjung tanahair. Masyarakat Orang Asli berpendapat mereka berhak kepada setiap inci tanah yang diteroka oleh nenek moyang mereka. Mereka berkata Dasar yang digubal dan dilulus oleh kerajaan tanpa berunding dengan pihak mereka terlebih dahulu. Mereka bimbang Tanah Adat dan kebudayaan orang Asli akan lupus sama-sekali.
SEKIAN LAMA MEREKA MENJADI TULANG BELAKANG SEBAGAI PENGUNDI TEGAR BN, AKHIRNYA KINI 'MEREKA TELAH BERSUARA'. HIDUNG MEREKA TIDAK BOLEH DICUCUK LAGI.
p/s: Sepatutnya demontrasi ini perlu juga diketuai oleh Ketua PEKASAM yang bukan sahaja membela nasib Orang Melayu malah nasib Masyarakat Orang Asli juga harus dimasukkan dalam agenda perjuangan PEKASAM.
8 ulasan:
ala bro, mereka gi melawat Putrajaya je. Ada yg tak pernah pegi, tu yg diorang buat rombongan tu sempena cuti sekolah ni.
Salam Cendawan Utara,
Apa khabar? Bagaimana Puteri Kesayangan kita? Semoga sihat walaifat semuanya dan sentiasa dalam limpahan Rahmat dan Berkat Allah swt,
Ini petanda bagus:
1. Penyakit demonstrasi jalanan telah berjangkit dan bertiup nun jauh di belentara. Terima Kasih pada Tian Chua yang pasti semua orang ingat selalu baring atas jalan, (sekarang dah naik mercedes dan mercedes langar asykar Melayu)Terima Kasih pada orang Melayu yang membolehkan dia ke Parlimen dan bersandar di belakang Merz.
2. Demokrasi, kebebasan BERSUARA.
Semua orang boleh bersuara termasuk orang Utan (Kalau Boleh).
3. Kalau tak boleh ke PJ, nanti kata KEJAM Pulak.
Ini perkembangan positif, maknanya apa yang dijalankan kerajaan sekarang berkesan. Orang Asi sudah maklum akan HAK mereka dan Mak Cik amat berharap mereka sama sama dapat berbincang dengan kerajaan untuk menyelesaikan APA JUGA permasalah mereka.
Kita manusia bertemadun, beradap, kalau ada apa apa pun bermesyurat dan berbincang dan cari jalan penyelesaian yang terbaik. InsyaAllah, Mak Cik pasti akan dapat diselesaikan.
duluk masak akuk kecik2 orang UMNOK bilak tibak masak ngundik dia bagi akuk manyak makanan kain dan air botol adak gambank dacing dengan beras jugak. dia katak kelajaan manyak bagus bagi kitak semuak makan. lain kerajaan tak bagus. tapi satu dia mintak TANAH ADALAH HAK MILIK KERAJAAN wookeyyy itu sajak cerita akukk..
Salaam ayah Amera Nabilah,
Semoga Nabilah ceria.
Ayah Nabilah jangan tersilap maklumat. Tian Chua tidak naik mercedes sepertimana sesetengah orang yang irihati menuduhnya.
Bila ada yang tulis Tian ke Parlimen dan bersandar di belakang Merz, jelaslah orang berbohong! (mungkin sudah jadi budaya hidupnya berbohong kot). .... Harap-harap ayah Nabilah tidak terpengaruh dengan pembohongan manusia seperti itu.
Salaam ayah Nabilah
Tanpa Nama 21:21
Ha ha ha akupun ada dengar ada menteri kata mereka datang melawat ke putra jaya. kalaulah betul, itulah percuitian sehari yg memceahkan rekod bila pelancong Orang Asli datang serentak seramai 2000 orang, ka ka ka
Salam Macik Melayu Angkat:
Kebanyakan demontrasi yg menjalar ke jalan adalah jalan terakhir apabila SUARA mereka disekat di meja perundingan.
salam Kerajaan Rakyat
Isunya mudah saja kerana accidentnya melibatkan orang politik. Beribu kes kemalangan yg berlaku di negara kita ini tidak pulak kita memfokuskannya. Apapun sesiapa saja boleh BERSUARA asalkan ianya menepati fakta. Hanya Jauhari saja yang mengenali Manickam.
Mr. Kulat: PRU13 NANTI AKAN TERCIPTA SATU LAGI SEJARAH BILAMANA BN TIDAK AKAN DAPAT LAGI UNDI DARI KAUM MASYARAKAT ASLI.MEREKA KINI BUKAN LAGI LEMBU YG DITARIK HIDUNG. SYABAS KEPADA TOK BATIN SIMPAN SUDA. KALI INI BARU BN TERBELIAK SIKIT MATANYA.
Catat Ulasan