Ahad, 28 Februari 2010

MB SELANGOR DAPAT KEISTIMEWAAN DALAM AKHBAR UTUSAN?



Hah haa... terkejut juga aku tengok, gambar MB Selangor bukan main besar lagi dalam iklan poster akhbar Utusan Melayu pada 26 Februari. Seperti macam tidak percaya. Aku pasti akhbar tersebut memang tidak tersilap pastekan gambar Tan Sri Khalid? Ada strategi baru ke??

Setahu aku, MB Selangor ni, memang menjadi sasaran akhbar ini untuk dijadikan sebarang isu? Baru2 ni beliau baru saja kena hentam dek akhbar penjuak ni kerana isu menurunkan poster gergasi PM oleh MPK di Kelang sempena sambutan Tahun Baru besar-besaran yang dihadiri oleh PM sendiri di Kelang. Tapi kali ni, agak ganjil sedikit, MB Selangor ni diberi keistimewaan (penuh satu muka) dalam akhbar ini bagi meraikan perayaan Chop Goh Mei di i-City, Shah Alam semalam (27 Februari).
Rata2 dari makluman yang aku terima, ramai yang musykil dengan keikhlasan dan tindakan akhbar ini. Agak jarang rasanya pemimpin2 pembangkang mendapat tempat iklan seperti ini dalam akhbar milik seteru PR ini. Kalau adapun yang tersiar hanyalah isu2 yang memberi keuntungan kepada pihak pemilik akhbar itu sendiri. Apa strateginya, hanya orang dalaman Utusan ini sahaja yang tahu. Wallahuaalam

4 ulasan:

AzamDean berkata...

nak bodek la tu..

kulatlapok berkata...

salam AzamDean,

Ni yg aku musykil ni, setahu aku, Khalid memang sentiasa jadi mangsa akhbar ni.. tapi kali ni... hiks musykil, musykil...

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah...khlid gagap nak jadi katakk kottt.....sebab ramai sangat geng dia jadikkk katakk musim kemarauuu...

Silver Frog berkata...

kalau dia jadi katakpun tak mungkin dia akan jadi GOLDEN FROG dari PASIR MAS. dengan cita GOLDEN FROG tu sedang cari tempat nak bertelur. PRU13 dah dekat. macam2 program dia buat. konon nanti PM dan orang2 UMNO tengok, Wahh!! inilah pemimpin yg kita cari, betul punya karat dia dengan bangsa Melayu. inilah baru dikatakan pemimpin berjiwa MELAYU TULIN. Jadi untuk PRU13, Najib pun ambiklah diani jadi calon YB dari BN. Pas tu tak tahu pulak nak letak kat mana, Kalau letak kat Pasir Mas dah tentu dia terlingkup. Pasal PRU12 dia dah tipu pengundi PAS. Kemungkinan besar GOLDEN Frog ni akan diletakan sebuah kawasan baru iaitu di DUN BATU PUTIH di Johor. amacam ok tak??? cadangan aku tu... he he he he he........

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN