Ini nukilan SA khas untuk YB BEBAS Kulim Bandar Baharu diN3kan disini tanpa edit untuk tatapan blogger semua.
ZUL, Setelah PKR hilang 3 kerusi,dan ia masih berpegang pada prinsip dan memecat kamu: menjadikan ia tinggal 27 kerusi. DSAI telah sedia serahkan jawatan Ketua Pembangkang kepada DAP. DAP atas dasar setiakawan telah memberi MANDAT supaya DSAI terus kekal sebagai Ketua Pembangkang.
Disini ada 2 perkara yang perlu diambil perhatian:
1. Prinsip: Kalau PKR atau DSAI pentingkan jawatan, tidak mungkin PKR pecat kamu.Pemecatan kamu sudah pasti akan mengurangkan bilangan kerusi PKR.tetapi PKR tetap berpegang pada prinsip. Syabas PKR.
2. Setiakawan: DAP, walaupun diklasifasikan sebagai kafir oleh anda, mereka telah menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi.
Malangnya, dan kononnya atas nama perjuangan Islam, ada yang sanggup menikam kawan sesama Islam. Mungkin pada pendapat anda, anda seorang yang mulia dan tinggi darjatnya tetapi bak kata orng, "ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS," Siapakah yang lebih tinggi darjatnya? Seorang yang setia pada kawan semasa senang dan susah atau yang menikamnya dari belakang? Zul, DSAI telah mendapat mandat dari DAP dan para pemimpin PAS untuk kekal sebagai Ketua Pembangkang.
Bagaimana dengan kamu sendiri? Adakah kamu sanggup berdepan dengan pengundi KBB untuk mendapat mandat mereka kerana kamu ZULKIFLI NORDIN? Bukan kerana PKR? Bacalah komen saya dalam scripe budak hingusan: tiada satu pun yang berani anda jawab. Tak mungkin, anda berani berdebat dengan pemimpin PAS seperti Khalid Samad, TGNA, malahan Haron Din dikatakan telah menerangkan pendirian awalnya. Sanggupkah anda berdebat? BERANI KERANA BENAR, bukankah begitu. Khalid telah cabar kerana dia kata dia benar. Kalau dia benar, sudah pasti anda salah. Sahutlah cabaran tersebut. Biarlah Haron Din jadi orang tengah.
15 March, 2010 20:36
15 March, 2010 20:36
4 ulasan:
boring lah bro asyik cite diani je. biaqpi jahamnlah YB sombong bodoh ni.
kita asyik menelanjangkan sesama bangsa. Bangsa asing langsung takda ulas tentang lompat parti ni. Melayu sama melayu yg bertekak bangsa asing terus maju tanpa menoleh kebelakang. yang tingal ialah bangsa melayu lagi.
Assalamualaikum Tuan/Puan,
Blog Perak Reform diwujudkan atas dasar hasrat untuk melihat PAS kembali memerintah
Perak dengan aman dan jayanya.
Kami hanyalah kumpulan kerdil yang hanya mahukan KEADILAN dan melihat IDOLA kami
Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin menerajui Perak. Demi menolak kerajaan
kudeta UMNO/BN di Perak, kami rasakan sudah tiba masanya kami turun berjuang bersama-sama
rakan bloggers yang lain.
Atas dasar perjuangan untuk menepis segala tohmahan dan tipu helah kerajaan kudeta
Perak, kami yakin dengan satupadu dan bantu-membantu antara semua bloggers di
Malaysia ini akan dapat sama-sama kita bersepakat dalam menghebahkan isu senario
politik Perak YANG SEBENARNYA.
Segala maklumat di blog kami adalah BENAR dari sumber dalaman yang kuat.Insyallah.Cuma
penghebahan yang lebih telus adalah harapan kami agar dapat disalurkan kepada
semua rakyat khususnya rakyat Perak untuk menilai INIKAH KERAJAAN YANG
MEREKA MAHUKAN?
Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan
ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,kami mohon jasa baik tuan/puan untuk letakkan
blog kami,
http://perakreform.blogspot.com/
dalam blog list tuan/puan.Blog tuan/puan juga telah kami masukkan dalam list kami
agar kita dapat sama-sama berkongsi informasi dalam memartabatkan agama dan bangsa
tercinta.
Dengan ini, Perak Reform secara rasminya menjadi FOLLOWERS blog
tuan/puan.
Menjadi FOLLOWERS PerakReform di http://perakreform.blogspot.com,
kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Salam ukhwah dari Perak Reform..Assalamualaikum.
salam Tuan Punya Perakreform:
Terima kasih kerna menjadikan blog ini sebagai rakan diplomatik blogger. Saya hanya menyokong kepada mereka yg menjadikan rakyat adalah segala-galanya. Segala kemungkaran politik harus kita bendung tidak kira samada BN atau PR. Namun saya mengucapkan ribuan terima kasih diatas titpan tuan ke sini dan seterusnya menjadi blogroll rasmi Cendawan MALAYA.
tERIMA KASIH DAN TERUSKAN PERJUANGAN SDR MEMBEBASKAN KUASA POLITIK PERAK KEPADA KUASA YG HAK.
Catat Ulasan