Rabu, 3 Mac 2010

BARU KENA GERTAK, TERUS TAK JADI BOIKOT

Mula-mula bukan main garang lagi. Apa nak jadi, jadilah. Mereka ahli-ahli persatuan pengimport ikan segar tetap dengan pendirian dengan mengugut akan memboikot mengimport ikan dari negara jiran. Berikutan itu, kesannya harga ikan dijangka naik mendadak di seluruh negara.
Namun begitu, Menteri Pertanian Asas Tani, Dato Noh Omar, telah mengertak kepada persatuan tersebut, jika enggan, lesen mereka akan ditarik balik dan diberikan kepada syarikat lain yg berminat.
Kemudian tetiba je, semua pengimport dan pemborong ikan hari ini dah berubah angin pulak menarik balik boikotnya tu dan bersetuju untuk menggunakan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) secara berperingkat sehingga November ini. Persatuan pun dah mula ikut macam angin politik. Nasib baik tak ada insiden lompat melompat. Apapun yang pastinya syarikat pembekal tong KIBFG juga yg untung.

6 ulasan:

melayuangkat berkata...

Salam Cendawan Utara,

Apa yang Mak Cik baca mesyuarat berlangsung selama 3 jam. Come on lah, tak kanlah kalau nak gertak pun lama tu.

Kita pun tak attend meeting tu, tak tahu isi kandung apa yang tersurat dan tersirat.

Walaupun Cendawan sokong pembangkang, tapi berilah kredit bila kena pada tempatnya. Kita harap kerajaan yang sempurna pada hal mungkin diri kita sendiri pun dalam banyak hal tidak sempurna. Mereka bertugas sebaik mungkin untuk negara daripada ada wakil Parlimen yang bercakap sahaja habuk pun tak ada untuk rakyat. Pasti kamu pun arif mengenai ini, boleh nilai sendiri dengan fakta bukan emosi.

Pada Mak Cik Noh Omar adalah salah seorang Menteri Melayu yang boleh diharap dan bekerja kuat tapi seperti biasa perkara BAIK memang susah sikit orang nak nampak, lebih lebih lagi bila orang dah tak suka. Bila dah tak suka apa kita buat memang orang tak hargai.

Mak Cik dah sampai ke tahap kena kurangkan makan daging, mungkin Allah swt dan tentukan Kuota Makan daging dah penuh..maklumlah usia pun semakin meniti jadi sekarang makan ikan sahaja (ikan yang dah dimasak semestinya..gulai atau goreng)..

Alhamdulillah, syukur pada Allah swt isu ini selesai..tak bimbanglah tak ada ikan di pasar. Nak ke Laut tangkap sendiri ikan pun dah tak ada tenaga apa tah lagi kemahiran menjala.

Nak ke sungai pun sungai kebanyakkan dah tercemar..sungai yang jauh dipendalaman pulak takut nak pergi kot kot terserempak jin yang badang jumpa tu.

Ha ha jadi ini berita baik buat Mak Cik...dan semua kuching kuching.

Apa apa permasalahan pun berunding dan bermesyuaratlah. Tak usahlah boikot sana boikot sini..buang masa dan tenanga..orang ramai juga nanti yang susah.

WaAllahuAlam.

Unknown berkata...

Salam sdr. kulat

Cakap jer berdegar, maruah tadak! Berhati ayam rupanya.

Tanpa Nama berkata...

ha ha haha..takut bisnesss terlingkup, lebih baik ikut saja. Mereka tak pandai cari makan sendiri. Kerajaan dah lama bagi depa makan, apa lagi ikut ajelahh

Tanpa Nama berkata...

Betul gak kata mak cik tu...kita x attend meeting mana kita tau kan kan kan mak cik...

tapi x pe laa kita tengok laa nanti harga ikan naik x...kalo naik... dalam tiga jam meeting tu mesti ada kes negotiate berapa hinggit bole naik kan kan kan mak cik.

kalo naik memang Noh omar seorang yang kuat kije dan mengerjakan kan kan mak cik

Tanpa Nama berkata...

Bagus juga saranan kerajaan tu. Guna KIBFG baru bersih sikit. Kerajaan memnag prihatin jga rakyat. sampai lahni banyak dah harga barang melambung naik demi untuk menjadi JUARA RAKYAT.

Tanpa Nama berkata...

macamni senang je kalu kerajaan nak bagi kaya kat individu. Arahkan je buat sesuatu yg baru, dah tentu syarikat yg diarah bekalkan tu dapat pulak untungnya. senang je berniaga. Macam TOL. Ujudkan je dulu konsotorium tanpa modal, syarikat tu dah boleh untung.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN