Ahad, 7 Mac 2010

AKHIRNYA FIRAUN KECIL DIPECAT



Syabas dan tahniah.!! Firaun ini akhirnya tersingkir dari barisan alternatif Pakatan Rakyat setelah kapal yang ditumpanginya beroleng-oleng dan tidak dapat diselamatkan lagi. Akhirnya seorang lagi yang dikatakan pembawa kudis kepada PKR ini telah diminta mengosongkan kedudukannya sebagai MP Kulim.
Zulkifli sebenarnya tidak sesuai berada dalam PKR, kalau benar2 beliau mahu memperjuangkan Islam. Hanya alasan kalimah Allah yg menyebabkan beliau cuba hendak menjadi perjuangan Islam dalam PKR sedangkan sebagai seorang yg terpelajar beliau sendiri terkolot dalam akedeminya sendiri. Kalimah Allah tetap milik Allah dan untuk umat sejagat.
Sejarah tidak boleh ditipu. Zulkifli pernah melalui beberapa parti seperti UMNO dan PAS sebelum menyertai PKR. Namun kesemuanya beliau mengalami beberapa masalah dalaman. Elok sajalah beliau meninggalkan PKR sebelum ianya merebak kepada yang lain. "Kalau Takut Dilambung Ombak, Jangan Berumah Ditepi Pantai" Slogan keramat parti perjuangan PKR. Wallahuaalam.

2 ulasan:

malindo berkata...

sya sbagi penyokong setia yb mengharapkan agar yb tidak putus asa,bak kata pepatah LAWAN TETAP LAWAN,jd apa lg yb kosongkan kerusi kita lawan,alah setakat firaun kecil,apa brg,firaun besar pun kita lwn.kalau kita btul ALLAH akan tlg,tp kalau kita PENIPU,allah akan tlg juga,tlg humban dlm neraka.AMIN.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa beliau berdolakdalik semasa menghadapai majlis jkuasa disiplin parti. Alasannya ada bukan orang Islam dalam jkuasa tersebut. Tapi beliau bukan mengadapi soal isu kalimah Allah tetapi jkuasa untuk membincangkan soal disiplin yg ada kaitan dengan parti. Alasan beliau meninggalkan jkuasa tersebut sesuatu yg diragui. Elok jugalah beliau meninggalkan PKR.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN