Ahad, 7 Mac 2010

PROGRAM RAJA LAWAK YANG 'TIDAK LAWAK'



Program realiti Raja Lawak musim keempat telahpun berakhir malam tadi (7 Mac 2010) di Dewan MPSA. Entah dimana silapnya program realiti musim keempat ini seolah-olah langsung tidak mempunyai aura lawaknya berbanding dengan musim lalu.
Walaupun suasana final malam tadi agak grand sambutannya namun kesemua finalis tidak cukup untuk menunjukan kehebatan lawak yang diperlukan. Cuma Alex sahaja yang agak confident dengan gayanya serta boleh dikatakan dapat juga menyeringaikan gusi penonton.
Untuk musim kelima, diharapkan Astro jangan hanya tangkap muat dan perlu berhati2 memilih calon yang benar-benar berbakat dalam lawak untuk program musim hadapan. Jika tidak Program RAJA LAWAK untuk musim Kelima tahun hadapan mungkin menjadi BADUT LAWAK.
p/s: Kesian pada MAMU, ada bakat lawak malangnya menjadi mangsa SMS.

6 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Bro,

Den terkejut bila Kecik yang Juara...Idlan lawak gampang. Patutnya Alex yang menang.

Mamu pun okay. Eden setuju!

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya kredibility para2 pengadil sudah lama hilang dan tidak bolih diguna pakai lagi semenjak sistem sms ini di perkenalkan dalam banyak2 acara di TV yang mana penganjur sebenarnya bukan mahu melahirkan seniman yang berbakat tapi mahu mengaut keuntungan semata2....hakikatnya industri hiburan tanah air lama kelamaan akan menjadi hambar.....terkenal lah setahun dua saja akhirnya hilang macam buih.

GhazaliRM

melayuangkat berkata...

Salam Cendawan Utara,

Ye Ke?

Memang bukan senang nak buat orang ketawa..nak buat orang HOT senanglah..

Ada orang kata petua nak panjang umur selalu ketawa..tapi bahaya juga kalau ketawa tak tentu pasal.

Mak Su berkata...

salam ziarah, salam kenal.

tekejut bila kecik menang. tapi saya stuju, langsung tak lawak langsung program raja lawak tahun ni. pengacaranya lawak - memang betul. peserta ? hampeh

Tanpa Nama berkata...

yang sebenaornya ketiga2 juri tu yg patut dipersalahkan. Astro dah amanahkan kat depa untuk cari yg berbakat. rupanya memang diorang bawak BADUT dalam raja lawak musim ni,

Tanpa Nama berkata...

YG LAWAKNYA DALAM PROGRAM RAJA LAWAK NI IALAH KECIK MENANG.. HUAA KA KA KA MEMNAG LAWAK DAH JADI BADUT LAWAK KA KA KA KA AKU KETAWA DALAM JAMBAN AJE....HE HE HE HE

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN