Isnin, 15 Mac 2010

KALAU PRU13 NANTI, HARAP BN JANGAN KACAU MP BEBAS NI


Kah kah kah..... macam nak tercirit rasanya menahan ketawa bila terbaca sebuah akhbar yang TAKBERSINAR gamak namanya. Memanglah tak mustahil, kalau dilantik seoranag lagi ketua bagi wakil MP yang melompat-lompat. Khabarnya bakal ketuanya yang akan dilantik ialah KATAK EMAS. Akhbar TAKBERSINAR mengatakan satu KUASA BARU akan mewarnai sidang parlimen esok.
He he he he.... bila baca akhbar TAKBERSINAR tu, macam nak terkentut pun ada. Elok bebenorlah kalau wakil MP Bebas ni dah ada ketuanya sendiri. Setahu rakyat yg betul2 wakil BEBAS ialah si KATAK EMAS tu je. Itupun tipu orang juga pasal pakai lambang orang. Yang lain2 tu jadi BEBAS memang betul terlompat2 macam katak.
Apapun rakyat Malaya mengucapkan syabas dan tahniah kepada KATAK EMAS kerana betul2 jadi wakil BEBAS yang dah ada pangkat di Parlimen. Jika ini terjadi, bermakna terciptanya satu lagi sejarah dalam Parlimen Malaya.
Rasanya rakyatpun ada juga yang setuju dan sokong dengan kehadiran ramai wakil BEBAS di parlimen, sekurang-kurangnya mereka akan menjadi PENIMBANGCARA antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional bila berbahas. Kalau takpun ramai yang dah tahu kehadiran mereka ini tidak lebih sebagai penyokong tetap kepada BN walaupun BEBAS.
Justeru, ramai berpendapat, mereka ini patut kekal dalam parlimen sehingga PRU 13 akan datang sepertimana kata akhbar TAKBERSINAR ini merupakan suatu KUASA BARU di parlimen. Untuk itu BN dinasihatkan janganlah kacau MP2 BEBAS ini jika mereka berminat untuk bertanding semula pada PRU13 nanti. Biarkanlah mereka bertanding one by one dengan bekas parti yang telah menjadi seteru mereka.
Masa itu barulah rakyat tahu dimana sebenarnya kekuatan politik mereka yang mereka dakwa selama ini mereka adalah yang dipilih oleh rakyat. Mereka juga mendakwa berhak menjadi wakil BEBAS asalkan dapat memberi perkhidmatan kepada pengundi2 yang telah tertipu mengundi mereka. Wallahuaalam.

4 ulasan:

mohad berkata...

entry yang menarik..

Tanpa Nama berkata...

salam bro kulat, memang betul, rakyat nak lihat mereka ini semua akan bertanding atas tiket BEBAS yg mereka agung2kan macam THE GOLDEN FROG.

Tanpa Nama berkata...

PRESIDEN "PERKOSA" BAKAL JADI KETUA MP LOMPAT... TAHNIAH! KENYANGLAH MP-MP ULAR DAPAT MAKAN KATAK.. JANGAN BANJIR SUDAHLAH KAT PARLIMEN NANTI..SEBAB KATAK DAH BANYAK!

Tanpa Nama berkata...

KESEMUA MP BEBAS NI DAH BERSETUJU NAK TUBUH PARTI BARU YANG DINAMAKAN PARTI '6 JAHANAM'

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN