Selasa, 4 Ogos 2009

'UDANG GERAGAU' FROM PERAK WITH LOVE...EEEEE PEH..!!


Inilah kisah 'udang geragau' keluaran Daerah Larut Matang, Perak. Udang geragau kering ini melalui proses jemuran untuk mengeringnya. Tapi malangnya, kebersihan udang ini cukup meranjatkan hasil dari tinjauan seorang pengirim emel ini yang mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak.





Masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.








Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan dan yang menjijikkan mereka memijak2 udang tersebut dengan selipar yang dipakai.











Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. (Ntah2 kasut yagn dipakainya tu dah terpihak tahi anjing) mmmm.....Sedap bukan udang geragau yang kita makan?







Manakala gambar di bawah ni pula menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. pehh..!!! sedapnya sambal goreng bersama udang geragau Perak ni....!!

1 ulasan:

melayuangkat berkata...

Terima Kasih atas ingatan ini.

Salam.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN