Jumaat, 7 Ogos 2009

KINI ANJING PULA PEMBAWA WABAK MAUT..?

Menurut kenyataan PM, Datuk Sri Najib Razak hari ini (7 Ogos), wabak 'selesema babi' di negara ini telah dikategorikan sebagai 'amat serius'. Sehingga kini, ianya masih lagi belum dapat diatasi sepenuhnya.

Namun dalam dunia sedang tercari2 penawar terbaik untuk menghapuskannya, kini berita terbaru dari sebuah bandar di Ziketan barat laut China, seekor anjing pula dipercayai menjadi punca wabak pneumonia yang menyebabkan 3 orang telah meninggal dunia manakala 10,000 penduduk dikuarantinkan.

Mangsa pertama iaitu seorang penternak, mati 3 hari selepas menanam anjingnya yang mati dipercayai selepas anjingnya itu memakan seekor tupai yang dijangkiti bakteria tersebut.

Mangsa pertama mati hanya kerana dipercayai digigit kutu dari anjing tersebut. Lelaki yang tidak mengetahui dia dijangkiti kemudia menyebarkan pula kuman tersebut kepada saudara dan jiran2 terdekatnya. Menurut doktor, penyebaran wabak tersebut adalah sangat pantas dan berbahaya pada manusia.

1 ulasan:

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum Cendawan Melayu,

Memang sekarang ini macam macam selsema kan? Babilah dan sekarang anjing pula.

Kebetulan petang Tadi Mak Cik bertembung dengan seorang rakan, doktor di klinik swasta. Katanya, sekarang ni ramai betul orang demam. Mana-mana pun macam tu, musim demam.

*Mata anjing dalam gambar ini tajam betul ya.*

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN