Sabtu, 21 Februari 2009

SPRM.........WALHASIL BALIK ASAL ..!!

Pada 29 Mac tahun lalu, International Herald Tribune melaporkan Naib Ketua Pemuda Umno yang juga menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin menyatakan Abdullah telah memutuskan selepas Pilihanraya Umum 2004 bahawa kerajaan tidak akan mengorek kisah-kisah lampau mengenai rasuah "tetapi memandang ke hadapan".
Justeru beberapa kes terkini terutama melibat politik Pakatan Rakyat diambil tindakan cepat oleh SPRM. Contoh melibatkan 2 Adun PR Perak yang kini agak lega sedikit selepas 'main lompat2' dan terus dibela oleh Barisan Nasional. Dalam masa terdekat, 2 Adun itu MUSTAHIL dikena tindakan mahkamah walaupun kes mereka kini dalam proses pendakwaan kerana ianya akan menjejaskan pemerintahan kerajaan baru Perak yang kini seperti terkena sumpahan 'Sangkelembai'.
Tindakan cepat SPRM yang terbaru ialah melibat MB Selangor dan pengakuan terbuka Ketua Pesuruhjaya SPRM yang menyatakan MB Selangor itu ada bukti kukuh di sini walaupun belum didakwa dimahkamah. Apakah wajar sebagai sebuah suruhanjaya bebas beliau membuat kenyataan seperti itu. Ketua Pesuruhjaya SPRM itu seolah-olah MB Selangor itu telah pun melakukan kesalahan di sini. Walau gaimanapun, tindakan cepat ini bertepatan seperti mana kenyataan Pak Lah, SPRM tidak memandang kebelakang tetapi "terus memandang kehadapan". Maknanya segala kes2 yang berlaku era hari ini jika terbukti, akan diambil tindakan sepantas yang boleh walaupun ianya melibatkan pemimpin2 dalam BN. Syabas Pak Lah dan SPRM di atas ketegasan itu.
Namun bagaimana kes2 berprofail tinggi yang melibatkan pemimpin UMNO sebelum ini? Umumnya rakyat negara ini sudah mengetahuinya kes2 berprofail tinggi yang melibatkan pemimpin2 UMNO telah diadukan di BPR, ada yang memakan masa sehingga puluhan tahun sehingga kini masih lagi tidak didakwa walaupun ada bukti kukuh untuk di bawa ke muka pengadilan. Contohnya banyak berita2 rasuah 2005 yang dilaporkan di sini masih lagi tidak disiasat. Adakah ianya akan terus diperam oleh SPRM. Rakyat berharap wajah baru SPRM hari ini lebih 'berintergriti' dan jangan hanya berubah wajah tetapi tidak kepada perlakuannya. Walhasil balik asal.....

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rakyat semua dah tahu...muka panjang ni pengampu no. 1, kalau dia tak buat gitu, kontrak dia dah habiss.. gila kuasa punya orang..

Harimau-Menaip berkata...

Bias yang transparent? Temberang yang adil?

Macam2 sekarang bro.

kulatlapok berkata...

salam;

1. Anony... 17:24
2. Harimau-Menaip

DAH TERANG LAGI BERSULUH..

Unknown berkata...

Tok Rimau kata muka panjang sepatutnya akal panjang sebab mungkin tempurung kepala yang panjang berisikan otak lebih besar. Tapi apa yang saya nampak, dia ni jenis pengampu dan lebih bodoh daripada yang kita jangka.

kulatlapok berkata...

salam Tuan Mountdweller:

Bab otak panjang tu saya no komen mungkin itu pasal Pak Lah lantik dia jadi ketua. Tapi seperti di flash banner saya, SPRM mesti cepat macam kilat, tapi BPR lembab sampai berkulat. Dua wajah yg berbeza namun mempunyai sifat ang sama.

Tanpa Nama berkata...

salam KULAT:

BPR memnag dah berkulat macam ko juga KULAT LAPOK. SPRM tu buat gempaq je ko dah kecoh, bukan ada apa2 tu.. kalau betul dia bertaring nah sekarang sila dulu anak Toyol Tanmjung Karang tu.. apa dah jadi dengan duit BALQIS??? BPR (YG DAH BERKULAT TU ) BUAT BODOH je sapai lahni takdak apa2 pun.. orang je yg sama esok SPRM jadu lagu tu jugak... khaaak tui.!!

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN