Khamis, 26 Februari 2009

PROVOKASI KHIR TOYO TAK MENJADI

Dato Seri Khir Toyo yang sejak akhir2 ini seperti seorang pejuang 'anti korup' yang paling aktif bila mana isu2 rasuah yang diketengahkannya terutama melibatkan pentadbiran MB Selangor, Tan Sri Khalid mendapat perhatian dan liputan meluas terutama akhbar2 yang bersukutu dengannya.

Beliau yang juga calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia kini sedang dalam proses mentarbiahkan ahli2 UMNO yg mendakwa sudah jauh menyimpang dalam perjuangan (seperti kenyataannya dalam program HUJAH dalam TV9 baru-baru ini). Tindakan beliau seolah2 seperti mendapat kemenangan peribadi apabila banyak pihak terutama dari NGO menyokongnya dan membuat laporan polis dan SPRM supaya Khalid didakwa. Bukan itu sahaja malah tak pasal2 masalah 'privacy' orang tidur terkangkang dirumah pun disuruh letak jawatan kerana dianggap tidak bermoral.
Begitulah sikap mantan MB Selangor yang seperti 'gila talak' akan jawatan yang disandangnya dahulu dan beliau akan cari apa sahaja kesilapan kepimpinan PR Selangor. Namun yang menjadi muskilnya, beliau sentiasa ada maklumat yang disalurkan dari 'orang dalam' dalam pentadbiran Selangor. Khir Toyo juga berharap tindakannya menyerang dan cuba mendedahkan kepincangan kepimpinan Tan Sri Khalid seolah2 juga cuba memprovokasi pihak istana agar campur tangan. Jika ini berlaku, ramuannya nanti akan lebih 'menjadi' seperti mana krisis di Perak.
Namun segala provokasinya tidak mendapat sebarang ulasan dari pihak istana malah MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj tidak membantah penggunaan kereta peribadi sebagai kenderaan rasmi jika semua prosedur undang-undang dipatuhi. Bukan itu sahaja malah isu lembu korban juga digalakkan dan diperluaskan dikawasan2 lain pada tahun hadapan. Keputusan yang dibuat oleh Tuanku Sultan itu mungkin amat mengecewakan Khir Toyo dan juak-juaknya. Selepas ini mereka akan cuba menyelongkar dan mencari lagi saki baki yang dianggap pennyelewengan dalam pentadbiran Khalid di Selangor.

Sekarang ini Khir Toyo menerima pula padah apabila MB Selangor mendedahkan pula isu pembayaran tanpa sebarang resit rasmi hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah. Apa yang menjadi musykilnya ialah Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian 5 unit kediaman berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akaun individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007.

KULAT: Selepas pendedahan isu tersebut oleh Tan Sri Khalid, sekarang ini, mantan MB Selangor itu kini menjadi fokus rakyat Selangor untuk menunggu ulasannya. Mana tahu, mungkin beliau terlupa dan ada menyimpan resit pembelian tersebut. Khir Toyo mungkin sudah ada jawapannya. Jawab Khir, jawab jangan tak jawab.... jangan hanya jadi "telunjuk lurus, kelingking berkait" Wallahua'alam.

6 ulasan:

Wak Toyol berkata...

Khir Toyo memang dah gila talak, dia sangka dia lebih hebat dari ahli koporat terkenal seperti khalid yg membawa kejayaan guthrie di mata dunia. Dia apa yg di bawanya, tidak lebih dari seorang doktor gigi di selangor. bukak klinik gigi 'lembu' bolehlah...

Wak Kontol berkata...

anatara khalid dan khir toyo sapa yg pandai mentadbir?

khirtoyo- hanya pandai korek gigi.

khalid - hanya pandai temberang

dua2 tak tahu kerja... hampehhhhh

Wakkojol berkata...

salam Cendawan

Kini Rakyat Selangor sedang menunggu tepisan dari Khir Toyo mengenai pembelian apartment di ArabSaudi, nak tengok silat bunga apa pulak yg dibuka kali ini.

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum Orang Kinabalu,

Dulu, kalau tak silap PKR juga yang mahu rasuah dalam bentuk apa juga dibendung. Mereka yang mahukan SuruhanJaya Pencegah Rasuhan selain dari SuruhanJaya SuruhanJaya yang lain kalau boleh. Mereka 'suci' dari apa juga keburukan dalam UMNO.

Bercakap pasal kereta ini, dulu Mak Cik pun ada Syarikat kecil2an, cuba cuba buat business konon. Pengurusnya seorang Pak Haji. WAJIB Panggil dia Tuan Hj,kalau tak melenting dia.

Tn Haji ini, Mak Cik beri kereta Syarikat untuk menjalankan Perniagaan. Maka, road tax/insurance, tol, minyak dan service kereta sememangnya Syarikat yang bayar, iaitu Mak Ciklah.

Hari demi hari, Mak Cik dapati Tuan Hj ini tak pun buat business Mak Cik tapi businessnya sendiri. Call demi call, menunjukkan dia ada deal sendiri.

Sabar.

Lepas tu sedikit demi sedikit, kereta isteri dia pulak yang dia service guna akaun Syarikat di Petrol Station tu, selidik demi selidik, minyak pun pump di kereta kereta peribadinya yang isteri dan anak anaknya guna!!

Pening kepala kami, mana masa nak bayar bil bayarkan pulak service kereta dan minyak seisi keluarganya sebab dia kata kadang kadang dia juga guna kereta peribadinya untuk buat Business kami!!

Lama-lama Mak Cik pun tutup sahaja syarikat tu.

Mak Cik juga harap Khir Toyo dapat menjawab tuduhan Khalid. Itulah kerja mereka jawab menjawab tuduhan. Harap harap mereka dapat buat kerja masing masing yang dipertanggungjawabkan.

Sementara itu Gereja Katolik telah dibenarkan Mahkamah untuk gunakan perkataan "ALLAH" dalam terbitan akhbar mereka. Orang Melayu masih menggorek kelemahan masing masing. Tunding menunding.

Berdoalah, Allah swt Selamatkan Remaja kita dengan kita kita sekali. Malaysia terutamanya Orang Melayu amat dahagakan Bantuan dari Allah swt dari segala Aspek.

kulatlapok berkata...

salam 3 WAK....

Kenapa pulak tiga2 wak ni timbul... macam berpakat aje...

Sama2lah kita nantikan sandiwara 2 wak selangor ni...

Wak Khalid sedang menunggu tindakan dari SPRM manakala Wak Khir pula sedang menunggu terbongkarnya saki baki daki2 yg ditinggalkan... jaadi lebih kurang dua2nya macam 5x2 jelah...

kulatlapok berkata...

salam Makcik:

Terima kasih kerana sudi menitipp ke sini.. saya simpati apa yg menimpa Makcik dengan kisah temberang 'PAKAJI' tu.. jadi rumusannya ada orang yg bertopengkan agama untuk menghalalkan cara mereka yg salah..
memang kita kena berhati2 dengan orang macam 'PAKAJI' tu..

Sementara tentang Gereja Katolik yang telah dibenarkan Mahkamah untuk gunakan perkataan "ALLAH" dalam terbitan akhbar mereka sebenarnya kerajaan telah membuat keputusan mengaku 'kesilapan' itu dan Dato' Syed Hamid Albar telah membuat kenyataan media akan memperbetulkan dan larangan penggunaan nama 'ALLAH' tetap dilarang....tahniah di atas ketegasan pihak kerajaan.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN