Selasa, 10 Februari 2009

Karpal Bakal Dibenamkan..??

Pendirian Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang menggesa supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim berhenti daripada terus menerajui Pakatan Rakyat dilihat tidak mendapat sebarang sokongan daripada pemimpin ikatan pembangkang itu. Malah Karpal juga dilihat 'keseorangan' dalam menyatakan pendiriannya itu kerana pemimpin Pakatan Rakyat termasuk dari DAP sendiri menyatakan rasa terkejut dan tidak percaya dengan kenyataannya itu.
Karpal turut mengkritik Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng kerana mendakwa bersekongkol dengan tindakan Anwar isu 'lompat parti'. Selepas membuat kenyataan 'istimewa'nya di kaca TV pada 8 Februari lalu, sehingga kini peguam veteran itu langsung tidak mendapat sokongan dari pimpinan Pakatan Rakyat mahupun pemimpin partinya sendiri. Ianya dlihat seperti ada usaha untuk mengasingkan Karpal dalam Pakatan Rakyat. Ini mungkin disebabkan tindakan Karpal yang terlalu berpandangan radikal serta tidak dipersetujui oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat itu sendiri.
Kulat: Kelantangan Karpal untuk cuba menjadi jaguhan dikalangan pemimpin dalam Pakatan Rakyat akhirnya tidak menjadi dan memakan dirinya sendiri. Beliau bukan sahaja dikecam oleh sebilangan besar rakyat Perak yang menyokong tindakan Sultan malah tidak mendapat respon dari partinya sendiri. Mungkin usaha ini merupakan salah satu jalan untuk DAP mengasingkan beliau yang suatu hari nanti boleh menjadi punca keretakan hubungan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.

3 ulasan:

Mat Terjah berkata...

Karpal siapa nak tunjukkan kuasanya. Biarlah Melayu yang tentukan politik negara ini. Karpal patut dibenamkan dalam arena politik negara. Dia tak faham politik Melayu sebenarnya hingga kerap kali bertindak biadap. Aksi politiknya asing.

mountdweller berkata...

SiKarpal ni memang patut pun dihumban sebelum PR retak dan terbelah.

Tindakannya seolah-olah menaikan moral UMNO.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya kehidupan Karpal ni sebahagian besarnya bergelomang bersama dengan undang2 yg dipeloporinya sejak sekian lama. Jadi beliau lebih bercakap menjurus kepada logik undang2. memang beliau tidak boleh dinafikan pengamal undang2 yg terhebat di negara ini. Namun dia lupa kepada sejarah Melayu yang telah ada asas undang2nya tersendiri.

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN