Ahad, 22 Februari 2009

KINABALU MENGAMIT LAGI....!! ( 3 )

14 Februari 2009 (Sabtu)

7.00 Pagi di sini sama terangnya jam 8.00 pagi di Semenanjung. Kami semua bangun seawal 5.30 pagi disamping membuat persiapan terakhir sebelum bersarapan pagi di Balsam Cafe dan terus dibawa menaiki bas yang telah sedia menanti untuk membawa kami terus ke Tempohon Gate (Pondok Tempohon) iaitu tempat permulaan pendakian. 'Tempohon' dalam bahasa Kadazandusun ialah 'kerusi' atau tempat duduk. Selain Tempohon, pendaki boleh melalui dari Mesilau, tetapi jaraknya agak jauh. Kami disediakan 2 orang guide yang berpengalaman iaitu Sigol, 47 tahun dan Sepain, 53 tahun yang kedua-duanya berbangsa Kadazandusun.

Sebelum memulakan perjalanan, kami melakukan sedikit senaman ringan (streaching) serta memanjatkan doa kepada Ilahi agar pendakian kami nanti dipermudahkan olehNYA. Pendakian kami bermula pada jam 8.30 pagi. Langkah terus diatur, riak wajah rakan2 yang lain mencerminkan kegembiraan meneruskan perjalananan serta seolah-olah sudah bersedia menempuh cabaran yang bakal menanti dihadapan. Untuk sampai ke Laban Rata, pendaki akan menempuh sebanyak 5 shelter (pondok) berehat yang mempunyai nama2 tertentu iaitu Kandis (1,981.7m) Ubah (2,081.4m) Lowii (2,515m) Mempening (2,702m), Villosa (2,690m) dan terakhir Paka (3,080m).

Trek perjalanan masih tidak berubah sejak 10 tahun yang lalu semasa akau menjejaki ke sini. Namun baru 30 minit perjalanan, wajah rakan2 yang lain dah menunjukkan kepenatan. Masing2 meringai yang tidak keruan. Trek perjalanan seperti tidak bertimbang rasa, perjalanan kami terus menerus mendongak ke atas. Adakalanya kami terpaksa melalui trek yang kecondongannya sehingga 45 darjah. Dengusan nafas semakin kencang. Peluh mulai memecah mengalir disetiap liang roma. Namun setiap peserta telah membulatkan tekad, semangat jati diri harus direalisasikan. Segala cabaran dan rintangan harus ditempuhi walau apapun yang mendatang. Puncak Kinabalu terus mengamit kami.

5 Kilometer terakhir untuk sampai di Laban Rata, langkah perjalanan kami semakin perlahan. Pokok2 sudah mula 'membonsai' menandakan udara di paras ini semakin menipis. Dalam keadaan keletihan, akhirnya kami sampai juga di Laban Rata tepat jam 4.20 minit selepas mendaki sejauh 6 kilometer dengan mengambil masa lebih kurang 8 jam perjalanan. Kelihatan telah ramai peserta2 lain yang telah pun sampai awal. Walaupun dalam keadaan lesu serta otot2 kaki yang menegang, hati kami sedikit terubat bila melihat suasana flora dan panorama yang cukup mendamaikan. Kali ini kami betul2 berada di paras awan dan sesekali bila awan datang menyapa, begitu terasa kedinginannya.

Laban Rata (3,272.8m) merupakan tempat dimana semua pendaki mesti bermalam di sini sebelum meneruskan pendakian pada keesokan harinya. Di sini disediakan beberapa tempat penginapan untuk peserta bermalam iaitu Laban Rata Resthouse, Gunting Lagadan Hut, Waras Hut, Burlington Hut, Panar Laban Hut dan yang paling tinggi sekali ialah Sayat-sayat Hut namun ianya telah ditutup atas faktor keselamatan. Di sini kami diberi penginapan di Gunting Lagadan. Kemudahan yang disediakan ialah 4 orang sebilik, tempat memasak, tandas, bilik mandi siap dengan alat pemanas air (hanya boleh digunakan bermula jam 2.00 petang hingga 7.00 malam sahaja). Kami semua disediakan makan malam di Laban Rata Resthouse dan selepas makan tiada aktivi lain yang boleh kami lakukan hanyalah berehat untuk menghilangkan penat pendakian siang tadi.

Suhu diluar semakin sejuk menambahkan lagi kelesuan dan kami semua mengambil keputusan tidur awal supaya dapat bangun seawal jam 2.00 pagi nanti. Kami semua tidur lengkap dengan berbaju tebal. Cabaran fasa pertama telah kami harungi dan esok rintangan fasa kedua pasti lebih mencabar. Suasana di Gunting Lagadan Hut terus sepi dan semua peserta terus lena bersama keletihan pendakian siang tadi.

bergambar sebelum memulakan perjalanan

Pondok Tempohon tempat permulaan pendakian

Para porter mampu mengangkat barang2 yg diupah sehingga berpuluh2 kilo beratnya.

Para pendaki Jepun yg turut sama semasa pendakian yang paling tua berumur 75 tahun

Antara trek berbatu batan yang harus ditempuh oleh pendaki

Laban Rata Resthouse tempat semua pendaki berhenti rehat untuk bermalam

Antara sudut padangan yang sempat dirakam

Sudut padangan dari Gunting Lagadan, kelihatan kepulan awan berada di bawah

15 Februari 2009 (Ahad)

Jam 1.30 pagi suasana sepi di Gunting Lagadan kembali riuh di mana semua para peserta telah bangun awal untuk bersiap memulakan pendakian. Masing2 semua memperlengkapkan diri dengan baju tebal, penutup muka, sarung tangan dan lampu suluh. Kumpulan kami merupakan yang pertama memulakan perjalanan tepat pada jam 2.30 pagi. Cuaca ketika ini amat baik sekali dan memudahkan lagi pergerakan kami walaupun sesekali rasa kedinginan seolah2 dapat menembusi pakaian tebal kami. Langkah terus diatur bersama lampu suluh yang melekap di kepala.

Pendakian kali ini mulai terasa cabarannya kerana kami terpaksa memanjat tangga2 kayu yang agak curam serta terpaksa berpaut pada tali yang disediakan bagi laluan2 yang bercerun. Suasana keliling tidak berapa kami hiraukan walaupun hakikat sebenarnya kami sedang melalui dilereng2 batu yang curam. 1 Jam setengah perjalanan akhirnya kami sampai di Sayat-sayat Hut iaitu tempat di mana semua pendaki mesti melaporkan diri dengan menunjukan kad pengenalan diri yang dibekalkan bagi tujuannya pengesahan sijil pendakian nanti. Jarak perjalanan dari tempat penginapan ke Sayat-sayat lebih kurang 1 kilometer.


Selepas melaporkan diri, kami meneruskan lagi baki perjalanan iaitu kira2 sejauh 1.5 kilometer lagi untuk sampai ke puncak. Kalau diukur jarak ketinggian puncak Kinabalu dari dari Laban Rata hanyalah 800 meter sahaja namun jarak perjalanannya adalah sejauh 2.5 kilometer dan memakan masa hampir 3 jam setengah. 1 Kilometer terakhir pendakian kami benar2 diuji dengan kederat yang semakin lemah. Hayunan langkah semakin perlahan. Beberapa kumpulan pendaki lain sudah mula berlumba2 memotong kami.

Jam 4.30 Pagi, bacaan suhu di jam tangan menunjukan ketika ini ialah 10 darjah celcius. Badan kami yang tadi berpeluh kini sedikit demi sedikit mengalami kesejukan. Beberapa rakan kami mula terasa mual dan mengantuk yang teramat sangat akibat faktor altitud atau lebih dikenali 'mabuk akut gunung' atau AMS (acute mountain sickness). Mereka yang terkena simptom ini dinasihat berehat seketika untuk menstabilkan dirinya akibat kekurangan oksigen yang semakin menipis selain daripada faktor ketahanan fizikal.

Jam 5.30 pagi kelihatan fajar dari sebelah timur mula mencuri-curi keluar dari celah awan. Dalam keadaan yang lemah kami semua gagahi juga melangkah pada 500 meter terakhir walaupun terpaksa merangkak untuk ke puncak. Tepat 6.30 pagi akhirnya kami semua dapat berdiri megah berada dipuncak Kinabalu dengan ketinggian 4,095.2 meter. Rasa kepuasan terpancar pada wajah masing2 setelah misi untuk menawan Kinabalu akhirnya berpijak pada yang nyata. Walaupun kekurangan kederat namun berkat semangat dan kesabaran akhirnya Puncak Warisan Dunia itu dapat jua ku gapai. Kami mengambil kesempatan mengabdikan seberapa banyak potrat sebelum turun pulang dengan seribu kepuasan yang tidak terungkap dengan kata2.


Suasana fajar menyinsing mencuri2 keluar dari puncak Gunung Kinabalu.

Dalam suasana gelap, pendaki harus bergantung pada tali sebagai panduan

Berehat seketika akibat mengalami 'akut gunug'

Sudut fotografi paling popular untuk pendaki

Senyuman kepuasan setelah mencapai matlamat

Keadaan bersesak2 dipuncak yang sempit



Antara gambar menarik, seorang guide membantu pendaki menggunakan tali

Southpeak antara puncak yang paling popular para pendaki mengabdikan foto disini

Bergambar kenangan di Airport sebelum terbang balik ke Kuala Lumpur.

9 ulasan:

Harimau-Menaip berkata...

Perggh..dulu den nengok TV yo...sekarang hang dah tawan Kinabalu tu..Dasyat hang bro.

Jangan lupa blog balik bro. Ramai dah rindu.

Biaqpila berkata...

SALAM GENG

SYABAS KERANA BERJAYA KE PUNCAK G.KINABALU.....
DIHARAP DENGAN SEMANGAT ITU DAPATLAH PAKATAN RAKYAT MENANG DALAM PERTANDINGAN MEMANJAT BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU YANG JAUH LEBIH RENDAH DARI GUNUNG YANG HANG PANJAT TU....

Sangkelembit berkata...

salam Kulat:

Fuhhh..!! Aku belum lagi naik tapi tengok posy ko ni berminat juga aku tapi..apkebendanya bro 'akut gunung' tu.. korang kena angkut hantu gunung ke..?? apapun syabas bro, dapat tawan gunung tertinggi di asia ni.. aku naik gunung ledang macam nak setengah mati...

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku,

Terima Kasih, Terima Kasih dan Terima Kasih atas posting ini terutamanya gambar gambar yang sungguh menarik dan cantik sekali.

Bertuah kamu dapat menawan Kinabalu, Syukur Alhamdulillah!! Mak Cik tumpang gembira dari jauh sahaja.

Inilah nikmat dan kekayaan hidup yang sebenarnya!! Tidak semua insan dapat mengecapinya sebab ukuran kekayaan pada kebanyakkan kita hanya pada wang ringgit dan harta yang bertimbun.

WaAllahuAlam.

Guntun anak Lagan berkata...

salam Bro:

Low's Peak telah jejajki oleh Sir Hugh Low dakwaan setengah pihak. Tetapi dengar kata, sejarah dari Kadazanduzun adalah Gunting Lagadan antara orang tempatan yg pertama menjejakinya di puncak Kinabalu.

kulatlapok berkata...

salam Blogeer semua:

1. Tok Harimau: Sapa pun daki Kinabalu Bro. Yang paling muda buat rekod ialah budak lelaki berusia 4 tahun. Manakala yg paling berusia ialah 95 tahun seorang warga jepun juga.

2. Biaqpilla..: Terima kasih Bro..dua bukit tu rasanya tak memerlukan tenaga tetapi memerlukan PULUSSSS JE...

3. Sangkelembit: Akut Gunung tu macam orng mabuk jugalah..

4. Melayuangkat: Tidak ada pengalaman yg paling berharga selain daripada kepuasan yg dikutip hasil penat lelha sendiri. Terima kasih Makcik atas kata semangat dan nasihat...

5. Guntun anak lagan: Ko punya namapun dah macam GUNTING LAGADAN, ke ko suku sakatnya...

mountdweller berkata...

Tahniah dan selamat pulang. Dari apa yang saudara gambarkan, Kinabalu masih terpelihara.

Teringin pula untuk menjejakkan kaki lagi.

Kepuasan yang dicari, kepuasan yang kita dapat. Alhamdulillah.

kulatlapok berkata...

salam Tuan Mountdweller:

Terima kasih... kita mendapat kepuasan yang dikutip bersama pengalaman, mereka yg mendengar hanya mengutip hasil dari khayalan..

Raden Riau berkata...

Gayat laa.. berpeluh2 tapak tangan tengok gambar tu. Kalau terjatuh masa turun tu, terus tergolek tak dapat brek...

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN